Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 13, 2008

kesan daripada camera yang ilang....

Din baru beli ... erkkk aku pun tak tahu nama kayu tu... tapi kegunaan benda tu ketuk kaki org... so kalau korg tengok entry aku yang lepas, kan aku bagi tahu yang camera dia ilang? So akibat dari kehilangan camera tu, habis kaki aku dengan Dd dia buat xperimen... giloz... aku layan je la... kang dia ketuk kepala aku, siapa pulak nak jawab?

Pernah tak nampak benda ni? Aku ingat dia cilok dari mana... menyesal pulak tanya fungsi benda ni... so dia cuba atas DD dulu sbb kitaorg gelak je bila dia buat benda tu....

Cubaan atas Dd...si DD ni pun selenge tak laeh nak duduk diam... berpuluh kali Din cari tempat nak pukul... tak gerak pun kaki dia... hahahah

Chewah... Dr sakit jiwa.... heheheh

Tak puas ati tuh! Nak jugak buat atas aku... layannn je laaa.... opss gemuz lak gamba ni... hahah kan...kan?! Serabai lak tu...

Beriter Penting... wajib anda tahu...

Aku nak nangis on behalf of Din ar... jom nangis sesama... hahaha camera canggih Din telah hilang dalam bus... actually bukan hilang ... tu ar... ada ke patut dia bawak camera dia macam bawak handbeg... kuar dengan awekz lak tu... bual2 tertinggal dlm bus... aku suruh kejar... dia kata bus banyak sangat tak tahu yang mana satu...

Mmg satu sumpahan la mamat ni... asik ilang camera jerk... yup... dah berapa kali ilang camera... ni tengah memberontak nak beli yang baru pulak... camera lama cost RM 1,800 and ni nak cari pulak RM 2,500... giloz... baik ko simpan duit tu, boleh balik Malaysia Tahun depan la Busu Din...Dah la bulan lepas dia rosakkan fon bapak dia... giloz cmpak fon bapak sendiri dlm pool... hahah kejam gila... dah kena ganti dah tu.. ni ilang camera pulak.... adoyai

Ok itu adalah berita yang anda perlu tahu! Heheheh

Oh malam tadi Din tido dengan aku...satu katil... ha! jangan pikir lain... pintu tak kunci pun... mamat ni malas giloz nak bentang tilam kat bawah. Aku tak tahu kul berapa dia tido sbb dia dok browse internet kat bilik aku. Maka tah bila dia tah dia tido sebelah aku... yang aku bengang dia pasang alarm kul berapa tah... banyak kali lak tu... wa mata mengantuk! Rasa nak baling je fon dia kat bawah...

Aku panggil sekali tak sedar... pastu fon dia senyap... than bunyik lagi... mau bunyi 4 kali fon tu... siot jer letak bawah bantal aku lak tu... tu yang terjaga... aku nekad kali ke 5 bunyi aku baling fon dia kat bawah...tapi mamat ni macam tahu je niat aku nak campak fon dia tuh... heheh

Than pagi2 dia gelakkan aku... puaka punya budak! Cukup baik akak ko ni bagi tido sebilik ok! Ni la nama melayu tak sedar diri... baru 4 tahun stay Dublin, aksen... dia kata umah aku panas... so nak tido bilik aku sbb ada aircond... aku nak suggest tido bilik air je... oiii Busu Din... sedarla... di mana Bumi di pijak di Situ langit di junjung ok! Hahahah dalam neraka lagi panas... wahhhh tetiba jerk...

Oh plssss alarm dah la irritating... lagu Madona perempuan tua perasan jadi Britney tu... lagu Hang Up! Berkali2 bunyi... uh! Bro if u read this entry! Change lagu yang aku suka...wahhhh aiza...aiza... wopssss

the Devil wears Sunglass...*gelak guling-guling* ----> Bro amacam? Pernah dengar tak ayat tu???

@ Starbuck!

Aku bawak lappy ok! Sbb tahu Din sure bawak camera dia yang cangih tu... haruss babeh. Kalau tunggu dia email, gamatnya sampai dia balik Malaysia balik tahun depan baru terhegeh2 nak bagi...So lepak Starbuck sbb nak wireless... walaupun ada broadband, Din kata tak glamor kalau buat tempat lain... hahah... giloz.... maka lepas makan lepak minum lagi!

Kali ni dia yang belanja... wakakak.... Akak suka!

Hanya semata-mata nak browse internet... macam tempat lain tak ada yek?!



@ Mid Valley with Double D



Last Sunday, aku kuar dengan Din and DD... Padan muka Din... memula berlagak bukan main... kata Ahad nanti dia nak kuar dengan kawan2 dia... last2 pagi Ahad ganggu tido aku pulak... ajak aku kuar... tu la... bila aku offer bukan main eksen lagi ko yek busu din!

Kul 11 aku bersiap ke Mid Valley... aku bawak DD sekali sbb dia kata dia busan nak tinggal sorang2 kat umah... macam nak rak aku bawak kerete lelaju... sampai sana bila call Din, dia kata dia kat umah nizam lagi.... bengkek je aku dengar... nasib baik dengan DD, kalau tak...mau bosan jalan sorg2... uhuhu...

So By 12.30 Din sampai... ha! Lapo pulak dia kata... so pilih tempat makan... korg tahu je la Mid Valley hujung minggu macam apa je... tention jerk rasa. So last2 we decided to having lunch at....

Yah... bole la tahang.... Din order Cha Kuew Tiau dengan Watermelon Jus tuk Lunch dia... aku plak nasik goreng ikan masin dengan ais lemon tea....

Our drink

Our Food... arrr tetiba rasa lapar la pulak...

Didi poyo tak nak makan.. kata menu tak sedap :p

What i've been told

My bos told me, my task is just to culculate and make sure the figure are in the rite account... when bonus or increment time, the priority is given to sales person... mean while he always told me and few staff (who not in sales), we are subjective staff... which mean, wheater the company make profit or not it will not effect us! Maknanya di sini, sama ada syarikat menguntung atau membawa kerugian, kami mmg tak mengubah apa-apa. Sbb ada tak ada kami ni, comp sentiasa boleh cari sesiapa buat kerja kami.... kalau sales person tu mmg capai target setiap bulan dan berhenti, agk susah nak cari penganti, sbb itu kebajikan mereka di jaga baikkkkkkkk punyaaaaa....

Sekrang aku di landa kebimbangna... dah buat report... i sedar keuntungan bulan June ada yang tak kena... and bila periksa dengan teliti, tak ada cacat cela, semua figure aku masukkan dengan betul... tapi aku risau... begitu jugak dengan teman pejabat aku... Bos aku ada pendirian dia sendiri... sbb dia rajin buat buget... so he will make sure my report will similar dengan dia... sekarang, figure yang aku dpt jauh sekali dengan estimation dia tuk every month... siapa nak jawab? Mungkinkah dia akan kata account aku salah? Atau dia akan kata aku buat pengiraan salah? Atau mungkin dia kata apa yang aku tunjuk tak mungkin betul anya kerana dia sendiri ada rekod dia sendiri?

Last year aku kena kaw...kaw dengan dia sbb benda ni la... dia kata aku buat account salah... buat sekali lagi... dia kata salah jugak... ayo...serba salah la jadinya... ok! last year account was a mistake... aku mmg suka suki key in supp inv to make the profit low...payment yang kita tak nak bayar kat supplier semua aku key in sekali... as long ada cost yang di bil to my company... tapi boss tak happy...yer la, account dah salahla maknanya... aku terima... dan sekarang aku buat betul-betul, and keep track all payment... last year nak hanta audit baru aku adjust balik account aku.

Korang faham ke apa aku citer ni?!! Uh!

Tapi sekarang aku kecut perut... kalau aku tunjukan working paper aku pun, will my bos sastified? Will my boss mengamuk lagi macam last year? Perangai Bos aku yang aku tak tahan, kalau dia marah, kita kena terima apa yang dia cakap... we can not defence ourself... ada je di taruk bagi pengsan...itu yang aku tak suka... lagi kita menjawab, lagi la dia tinggi suara dan kuarlah cerita yang tak sepatutnya kuar... habis semua dia ungkit! Namun nak salahkan budak sales dia, jauh sekali .... dan rasa tak mungkin kot berlaku....

Adoyai.... apa nak buat ni?! Buntu... of coz aku tak leh nak jawab apa-apa... kalau diam dia kata salah, kalau menjawab dia kata kita bagi alasan... ayooo