Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, November 1, 2008

Today plan

Weekend aku selalu kosong... so tak banyak activity yang boleh buat... so today apa aku nak buat yeh?

1:00 - 3:00 : Over time ! Audit period 30 June 2008 (Giler rajin tak sumit account lagi)

3:00 : Balik Tido!

6:00 : Swimming / jogging! (lemak giler banyak berkumpul kat pungkuq aku!)

Malam.... blogging! Will update yeh yang mana satu aku buat... swimming or jogging petang ni! Semangat! Semangat!


Sunday?!!!!

Basuh kereta aku yang dua bulan tak basuh... wakakak ni patut rendam dlm pool sekali ni! Kita pergi shopping!!!!! ke mana? Usj 10... nak tengok baju yang best2... than kalau tak ada, patah balik ke Jusco Bukit Raja... kita ke Cosmo!

Ermmmmm ada cadangan?

Petang ahad?!!! aku nak lepak taman rakyat belakang umah aku dengan Didi... chewahhh antara dua la you all... sama ada ari ni kalau aku gi taman rakyat esok aku swimming je... kalau ari ni aku swimming, esok aku gi taman rakyat lak...

Chewah giler semangat tetiba,kan? Sekali tak jadi... wakakak.... ni ai tahan lapar ni... perut berbunyik! Giler! tak pa minum air jer... tahan suki! tahan!!!!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Perhatian org2 klang...

Hati tetiba panas bila baca article ni oooo.... rasa nak bakar je bandar kelang! Berapa lama lagi nak jadi macam ni? jadi katak di bawah tempurung... yerlah bagi org2 macam aku yang tak tahu jalankan... erm macam ni dok shopping Klang je la... sedihhhh oooo

Awat aku emo?! Meh korg baca benda ni, sakit ati tak rasa korg? Nasib aku kerja Port klang ok! Kalau out from Klang, mmg aku bakar bandar klang... wakakak... emo lebih2 lak yeh... ko pun bukan selalu kuar klang!Cakap macam kerja kat luar klang pulakkan?!

KLANG 23 Okt. - Jika anda mahu ke Bandar Diraja ini menggunakan Lebuh Raya Persekutuan, bersiap sedia untuk menghadapi kesesakan jalan yang lebih teruk untuk masuk ke bandar itu.

Ini kerana mulai 1 November ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup sepenuhnya jejambat di atas Bulatan 100 dari arah Shah Alam ke Pelabuhan Klang selama tiga bulan.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina approach slab jejambat baru ke Jambatan Kota dilaksanakan.Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf Jalan Persekutuan itu yang melalui pusat bandar Klang yang dimulakan sejak awal tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.Bulatan 100 yang sememangnya sentiasa sesak walaupun sebelum projek itu dimulakan, dijangka akan bertambah teruk berikutan penutupannya.

Ahli Majlis MPK, Jamuliddin Elias berkata, berikutan penutupan itu, semua kenderaan dari Shah Alam yang menggunakan Lebuh Raya Persekutuan perlu melalui Bulatan 100 dan jalan susur Persiaran Sultan Ibrahim atau Jalan Batu Tiga untuk ke pusat bandar, Pelabuhan Klang atau Banting.

Menurutnya, kenderaan dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kapar, Jalan Meru, Pelabuhan Utara atau Pelabuhan Klang dinasihatkan supaya tidak melalui pusat bandar sebaliknya menggunakan Lebuh Raya Shahpadu.

Katanya, kenderaan dari Lebuh Raya Shahpadu, NKVE dan Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kota Raja, Jalan Kebun, Jalan Sungai Jati dan kawasan sekitarnya juga diminta tidak melalui pusat bandar."Mereka dinasihatkan supaya menggunakan Jalan Datuk Mohamad Sidin atau lebih dikenali sebagai Jambatan Connaught atau Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)."Pada masa yang sama, bagi melancarkan aliran trafik di Bulatan 100, Jalan Batu Tiga, Lebuh Tapah dan Jalan Mantin akan diubah menjadi jalan sehala," katanya kepada pemberita di sini.

Jamuliddin berkata, kenderaan dari Jambatan Musaeddin yang hendak ke Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur atau Jalan Meru hendaklah melalui Jalan Pasar ke Lebuh Tapah kemudian menuju ke Jalan Mantin seterusnya Jalan Sireh dan Bulatan 100.

Ujarnya, bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Jalan Kapar yang hendak ke Klang atau Banting boleh melalui Jalan Kapar ke Jalan Sireh kemudian ke Bulatan 100 dan seterusnya ke Jalan Batu Tiga dan Jambatan Musaeddin.

"Kenderaan dari Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Klang Selatan atau Banting pula boleh menggunakan Bulatan 100 menuju ke Persiaran Sultan Ibrahim dan Jambatan Kota."Bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Kapar yang hendak ke Jalan Pasar atau Lebuh Tapah pula, mereka boleh melalui Jalan Kapar/Jalan Meru ke Jalan Raja Bot kemudian ke Jalan Nanas seterusnya ke Jalan Pasar," katanya.Sehubungan itu, pengguna diminta bersabar dengan kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak di sebelah pagi dan petang.

MPK, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya turut menasihatkan orang awam supaya memilih laluan alternatif untuk menuju destinasi dan mengelakkan daripada menggunakan laluan tersebut sebanyak mungkin.

"Jika tiada pilihan lain, diharap pengguna dapat merancang masa perjalanan iaitu mungkin keluar lebih awal di sebelah pagi dan pulang lewat malam bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan," katanya.Tinjauan mendapati, walaupun berlaku kesesakan tetapi laluan tersebut masih dapat menampung jumlah trafik dan kenderaan dapat bergerak perlahan untuk beredar dari pusat bandar.

---------
Macam palat tak korang rasa? Satu nama jalan pun aku tak tahu... wakakak gila tak?

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Bole Bla ok!


The babiEST thing yang aku paling pantang dan cukup pantang biler org poyo berjanji... bikin Chak bengang ooooo... sometime aku tak faham dengan org-org nikan? Especially lelaki... kalau nak mak aiii manis mulut nampak semut2 kat tepi bibir...

Aku tak tahu kenapa Tuhan tu temukan kita sedangkan aku rasa aku dah cukup kuat dah... diam diam tapi sama je... awat lelaki yang aku kenal semua macam palat? Kadang2 rasa macam loser tau sbb aku gagal cari pilihan aku sendiri... tengok org lain relex je...

Mesti korang tercengang and terpingga aku cerita apa... i meet new guy and i guess boleh la bagi dia peluang... yes i know every one make mistake... and tak ada org yang sempurna pun, betul tak? Lagi la kan kalau tengok umur aku yang meningkat ni, malas nak memilih... tapi bukan sekali dua ar...akak boleh jadi gila ok!

I just wanna a new life... ingat aku tak teringin ke to be like other ppl? ingat aku tak pernah terasa ke nak cerita pasal pasangan aku kat blog ni, semua cerita yang aku citer pasal mak aku, pasal adik beradik aku, pasal sepupu sepapat aku...aku rasa korg lagi kenalkan keluarga aku kalau nak di bandingkan siapa pasangan aku...
Anyway aku pun baru kenal budak ni... so ta leh nak salahkan sbb aku letakkan expected yang tinggi buat this guy... but to tell you all aku dah bosannnnn!!!! Kadang-kadang aku rasa nak terima je sesiapa (muahahah kecuali anak jiran sebelah umah aku yek)... aku malas nak menunggu sbb semua pilihan aku buat is like BABIyis!!! totally zero value!

Aku rasa dah tiba masanya aku bagi peluang pada sedara aku ke, kenalan aku tuk kenalkan seseorg yang diorg rasa sesuai tuk aku... aku dah tak kisah dah... apa gune bercinta tapi tak bahagia,kan? Kawan 5-6 tahun tapi masih tak kenal hati budi masing2.

Tak tahu la sumpahan apa la kena pada aku ni.

And as for today.... aku excited nak bershoppingkan? Tetiba aku rasa sakit hati... bagi tahu ibu that im goin out with someone lepas kerja... guess i just stay in the office... and AS FOR YOU! thanks la sbb buat janji kosong... tak pa la... tak ada rezeki nak kuar sesamakan? Diam je la... balik kerja aku rasa nak ke Subang... ajak ibu (aku rasa kuar dengan mak aku lagi best kot... tak sakit hati... ) nak tengok kedai baju kesukaan aku kat sana....

Shopping is the best therapy... tak kisah la duit ada ke tak ada ke...

And for now guys... aku feel like to cry now! Mmg aku 'gembeng' , 'memeh' ! Just want let out my geram! Bukan nangis tak dpt shopping dengan dia ke apa... sorry no time for that!

Feel much better now... bye have nice weekend with beloved one yah :)


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-