Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, July 24, 2008

Aku Kena TAG lagi!

Kali ni Cik Hasra pulak TAG... mana la dia dpt idea nak pikir soalan2 ni?!!! Dan to Cempka.... pelan-pelan yek... may be esok, kalau sempat saya buat yek... TAG awak kali ni susah ler... nak kena baca sekali lagi jawapan TAG awak tu... ok tanpa buang masa... moh kita mula...

1) NAMA GELARAN ANDA DI WAKTU SEKOLAH & SAPE YG BAGI

  • Anak Jumbo - Kawan aku la bagi... hameh tul... sbb aku gemuk dulu diorg kata macam anak gajah... ada ke patut? Tak patut!!!
  • Negro Kampung - Pak long aku pastu seluruh relative lain gelar benda yang sama. Sedih waktu tu... tapi org dah panggil nak buat apa yer tak? Sekarang try panggil! Wakakak
  • Cida - Love Arissah Mohd Fauzi yang bagi... dia anak buah pada Ex aku... tak leh nak panggil Shida, dok cida...cida... melekat la sampai ke sekarang... and i love that name
  • Cak - Pak arab bagi dulu...kekadang mak aku pun selalu panggil CAK. uhuhuhu... Panggilan tu bermula sbb Arisah panggil diri dia CAK so aku bual2 dengan Pak Arab aku gunakan panggilan diri CAK... so melekat... (Ada faham ini citer? Buat-buat la faham yo)

WOIT TAK ADA KE ORG NAK PANGGIL AKU SITI NURHALIZA KE, MAYA KARIN KE? UHUHU.... NEST QUESTION PLSSSS

2) BARANG-BARANG YANG ANDA SAYANG, DAN KENAPA?

  • Mr Donal Duck aku - Mak aku hadiahkan Birthday yang ke 25 tahun...teman tido
  • MR BEAR BEAR, MR ORGE, MR PINKY , MR NO NAME - Pak arab bagi... it just memory, tak ada makna lain ok... i know jodo kami tak panjang, but tak salah kalau simpan benda2 tu yer tak? Anyway aku yang nak... dia belikan,so i guess benda yang aku nak kenapa nak buang?Anyway i will pay back kalau dia ungkit uhuhuh... u can see them on top of my bed ,kan..kan...kan
  • WHITE GOLD RING - Also from HIM... ni aku tak minta dia beli... sbb emas aku sayang.... wakakak adil?!
  • My WKD - Birthday gift from my dad... anyway sekarang aku continue bayar... tapi for past 4 year my dad bayar ok! Dah kerja ke take over... Sbb tu org suruh aku tukar aku tak nak...
  • My bed - 5 tahun tanggung hutang... mau tak sayang... harge 3k jer.... aku dok bayar 7k... tapi sekarang dah habis dah bayo...

3) NAMA BEKAS KEKASIH YANG ANDA INGATI DAN KENAPA?

First of all apa punya soalan ni.... hahahah gurau Cik Hasra... oh aku ingat semua Ex BF aku...

  • RAJA JASRILL ASRULL RAJA JAFFAR - Cinta monyet... aku tak tahu dia ingat aku ni list GF dia atau tak... biasalah keturunan raja... nice boy... aku ingat dia sbb dia yang boleh tima aku time aku memegang panggilan JUMBO... baik yek? menerima aku seadanya... CUMA!!! Dia tak tahan la di goda... perempuan kurus, kepeng je ngurat dia dah cair daaaaa...
  • MOHD NADIM - Hahahah... meh gelak... BF aku kat Wales, London... berketurunan Bagladesh... gelak...gelak semua... aku kenal kat Princess Diana Chat Room! dulukan heboh dengan Prince Diana tu?! Uhuhu... Tak pernah jumpa, berutus surat, email, call... uh lama juga almost 2 year... hahah pelik la wktu tu
  • MOHD NAZAR - Chat friend... older 5 year from me... kenal kat Chat rum jugak. Waktu tuh dia Study ITM Segamat. Aku tertarik dengan nama dia sebenarnya AMIR ISKANDAR.... lama dia tipu aku dengan nama tuh! Cilakok betul... 3 bulan bercinta baru aku tahu nama dia dan cerita keluarga dia... dia kata dia anak sulung ada 9 org adik beradik... ruponya anak bongsu... hahaha... end up dia kuar dengan classmate dia berjalan2 kat MELAKA.... can you imaging? Kebodohan dia kuar dating kat Melaka (tempat aku) so terserempak... and reason dia kuar dengan perempuan tu, sbb aku tak nak ikut dia gi mana2 and tak nak naik moto dengan dia.... hahah gila...anyway aku rasa Tuhan tu nak tunjuk je...Thank You Allah...
  • MUHAMMAD FAIZAL - 5 year with him, end up aku minta putus... kalau korg pembaca setia blog aku, korang tahu... Lelaki yang aku menyesal kenal! Uh! serius! Tapi...tapi... dia yang buat aku kuat!
  • ZULKIFLI - Lelaki yang singgah sebentar dlm hidup aku...2 month... erm nothing much about him la
  • PAK ARAB (UH NAMA VERY THE CONFIDENTIAL LA) - The last man... erm...and i have no comment bout him ok... bikin hati wa parah nanti kalau ingat2

4) LIMA PEKARA WAJIB YANG ANDA BAWA KETIKA KELUAR RUMAH

  • Purse - wajib
  • Handphome - wajib
  • Kereta - Dekat ke jauh ke mmg akan bawak jugak, sbb malas nak menapak
  • Jam tangan , takkan jam dinding pulak
  • Kunci Umah - So tak la menjerit dari luar suruh org bukak pintu

5) 5 SIKAP YANG ANDA TAK BOLEH TERIMA

  • Org Mungkir Janji
  • Org yang suka cakap "koner-koner" ni
  • Org yang suka berleter
  • Org yang suka bohong
  • Org yang suka ambil kesempatan atas org lain

6) PERKARA YANG ANDA KESALKAN SEHINGGA SEKARANG

  • Beli barang secara installment! Interest bapak punya tinggi!!!!
  • Tang org propose nak jadi GF aku tak pernah pikir panjang... bila dah lama kenal tahu perangai nak angkat kaki dah jadi masalah sbb sayang... uh...Aply to term and condition... heheheh

7 ) LIMA BENDA DLM KERETA ANDA

  • Sponge Box
  • Payung
  • Tisu
  • Cd lagu
  • Sunglasses

8) LIMA PEKARA TENTANG ANDA

  • Baran
  • Emosional
  • Loving
  • Caring
  • Tegas or mak aku kata bukan tegas tapi KERAS KEPALA!

9) KENANGAN INDAH YANG TAK NAK ANDA LUPAKAN

Waktu Convocation...menunjukkan aku berjaya menimba ilmu waktu kat University...it a gift to my parents ...hanya itu buat mak ayah aku banga... and aku bukan takat lulus je... Alhamdulilla tak ada subject pun aku sangkut atau repet! That the most important thing.

10) LIMA PERKARA BUAT ANDA TENANG

  • Solat... Korang muntah la... buat la muka kata aku ni cakap je...
  • Mengaji... bila kalut hati jadi lebih tenang
  • Shopping
  • Tengok wayang
  • Chatting and Suffing Internet.... expecially Bloging ok!

11) SIAPA ANDA 5 TAHUN AKAN DATANG

  • An Accountant
  • Fav Auntie
  • A Housewife may be, kalau dpt kawin ler dengan lelaki kayo yang bole tanggung aku.
  • Datin ( uhuhuhu)
  • Business Woman - aku nak sangat buka salon kecantikan... guna la product Vanesse... wakakaka

12) SIAPA YANG ANDA NAK TAG LEPAS NI

Aku dah malas nak sebut nama sorg-sorg...kang ada jugak reader aku malas nak masuk blog aku....asik kena TAG tak sudah! So sesiapa yang free, tak ada kerja sangat, nak buat, buat la... so i guess person yang aku nak TAG is all my BLOG READER.... amacam? Ada berani?

Uhhhh Cik Hasra oiii panjang benar soalan TAG kamu ni... anyway aku berjaya melakukannya... Cempaka... wait yah.... pasti ku jawab!


Ucapan Maut

Aku nak buat ucapan istimewa pada mereka-mereka... wahhh diorg buat aku betul2 piang la ari khamis ni!!!!

  • Tuk perut ku!

Ko jangan la nak mengada2 time-time aku nak bersikap baik nak beribadat pada Allah... Aku puasa Sunat Rejab dan Khamis... yerlah aku bukan nak show off... tapi aku rasa aku perlu sedar diri sikit la... dok makan je...

KO perut!!! tiap-tiap hari aku bagi ko makan... sedap2 lak tu... makan lunch tuk ko je RM 6-7 hinggit... balik kerja mak aku baik punya layan ko jugak buat itu buat ini tuk mencekik!!!! Sekarang ko cucuk2 diri ko yek minta makanan... kuarang ajo betul! ... bukan puasa bertahun2... satu hari ni je... dah la aku rugi sehari isnin tu! Ikut telunjuk ko pulak sbb kalau ko sakit, aku kena gi Doktor... Ko sakit kul 12 lak tuh!!! terpaksa aku puasa setengah hari! Mmg jahat ko ni!!! Aku nak bagi ko rehat sikit... ko cucuk diri ko pakai apa ha? Pemulas aku rasa sampai nak muntah

  • Tuk pak cik tuo tak sodar diri

Woit pak cik tuo... ingat ko banyak baguih? kalau cakap dengan aku boleh tak jangan tengking2? Ingat baguih sangat ka? Ingat aku budak2? Ingat aku cucu ko ke? Ingat aku tak cukup cantik ke? (uiks terlebih pulak...tak ada kena mengena ) Nanti aku pakai bedak banyak-banyak yer pak... (Mcm pernah ku dengar tapi di mana yah?)

Kat opis aku ni ada pak cik tuo... bengang betul dengan dia ni...cakap bebaik tak bole ke? Ha? Ha? Aku masih nak hormat tapi ko tengking aku macam syial! Sori la... pak cik ke apa ke... ko ajar aku jadi kurang ajo ok!

Dia ada beberapa customer... so dia hanya bole dpt comision setelah cutomer dia bayo...aku tak kisah la semua tu... kalau aku pun aku akan chase... dia masuk bilik aku

Pak cik tuo : Itu Customer B sudah bayar bukan?

Aku blur la... setahu aku tadi kawan aku bagi bank slip, dia kata customer A (which is dia punya customer jugak la) yang bayar.

Aku : Belum... saya dpt slip customer B sahaja

Dia melenting tinggi suara

Pak cik tuo : BUKANNNNN.... ITU LAIN. INI CUSTOMER B BAYAR... SAYA SUDAH BAGI PAGI TADI....

Aku tengok dia kecik je!!!! org tua ni... kan aku kata belum... susah sangat ke nak faham.

Aku : Saya tahu, tapi saya tak dpt itu slip, mana saya boleh cakap dia bayar

Oh dia tak puas hati, masuk2 check tray in akuh!!!! wei org tua ni lobih... aku terus kuarkan slip bagi tunjuk aku hanya terima satu slip sahaja

Aku : You tengok ni... customer A yang bayar... may tak bagi apa-apa...

Pak cik Tuo : Tapi saya dah bagi dia maaaa

Aku : Itu saya tak tau (terus buat kerja...malas nak tengok muka kerepot dia tuh)

Kadang-kadang aku jadi tention dengan dia ni... mungkin dia kata aku bersikap kurang ajar... . Aku hormat tapi aku tak suka... attitude marketing2 kat sini suka tanya dengan nada suara yang tinggi!!! Konon aku tak buat kerja la tak key in payment customer diorg dlm sistem... ... mmg syial!

  • Tuk erm... I KNOW WHO (oh terlalu peribadi! tapi nak jugak tulis)

Ko ko yang tak bernama (hanya aku je yang tahu) Sampai hati tul ko musnahkan plan aku ahad ni... dah excited nak dptkan benda tu sehingga aku ambik cuti jumaat ni half day sbb nak kuar duit kat ASB ( ASB mana bukak ari Sabtukan?) ... aku tahu la ko sibuk macam YB... kalau aku boleh minta tolong dengan org lain, aku tak mengharapkan kau... patkan aja aku tak tau naik kenderaan awam, patkan je aku tak tahu jalan kat KL ni... kalau tahu lama dah aku redah cari sendiri... (tag line nadiah AF 6 REDAH JER)...uh... terpikir-pikir dengan siapa aku nak minta tolong... malas nak cakap 2-3 kali, org kata tak leh nak buat apa yer dak?

Aku dah agak dia mesti plan aku ni tak jadi... ikutkan ati aku nak gi sendiri tapi apa kan daya aku hanya seorg perempuan dan aku tak berani sebenarnya nak naik bus atau Komuter. Tak pernah naik pun benda2 ni semua . Nak bawak kereta sendiri pun tak tahu jalan... tention je... kalau dia, minta tolong aku penat ke apa dia merayu jer... tapi kalau dia, erm kena la faham kerja dia la apa la... cakap pun nak menengking je... . Aku dah lama nak benda tu, dah berbulan2 dah aku tido tak lena nak,kan benda tu . Tapi nampaknya aku masih hampa... tulah kalau ada BF tak la susah macam ni! Kalau ada kawan tak la tention macam ni! MENYESALKAH AKU TAK ADA KAWAN SEKARANG? oh no!!!!aku tak menyesal ... mak aku yang tahu apa aku rasa...siap volunteer nak gi dengan aku naik teksi... hehheh dia kalau berjalan num satu! dekat tak pa la... jauh maaa....

Aku masih menunggu keajaiban berlaku ahad ni... aku tak nak tangguh lagi apa yang aku cari!

I just hope everything is goin to b ok... to perut pls be ok til Magrib... to pak cik tuo...pls respect me like others... to I KNOW WHO... dont expect much from you... i know you have ur own commitment with work, but... i dont know... i really feel sad... but im ok with it! This is not the first time... forgive me if im to emotional