Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, July 24, 2008

Ucapan Maut

Aku nak buat ucapan istimewa pada mereka-mereka... wahhh diorg buat aku betul2 piang la ari khamis ni!!!!

  • Tuk perut ku!

Ko jangan la nak mengada2 time-time aku nak bersikap baik nak beribadat pada Allah... Aku puasa Sunat Rejab dan Khamis... yerlah aku bukan nak show off... tapi aku rasa aku perlu sedar diri sikit la... dok makan je...

KO perut!!! tiap-tiap hari aku bagi ko makan... sedap2 lak tu... makan lunch tuk ko je RM 6-7 hinggit... balik kerja mak aku baik punya layan ko jugak buat itu buat ini tuk mencekik!!!! Sekarang ko cucuk2 diri ko yek minta makanan... kuarang ajo betul! ... bukan puasa bertahun2... satu hari ni je... dah la aku rugi sehari isnin tu! Ikut telunjuk ko pulak sbb kalau ko sakit, aku kena gi Doktor... Ko sakit kul 12 lak tuh!!! terpaksa aku puasa setengah hari! Mmg jahat ko ni!!! Aku nak bagi ko rehat sikit... ko cucuk diri ko pakai apa ha? Pemulas aku rasa sampai nak muntah

  • Tuk pak cik tuo tak sodar diri

Woit pak cik tuo... ingat ko banyak baguih? kalau cakap dengan aku boleh tak jangan tengking2? Ingat baguih sangat ka? Ingat aku budak2? Ingat aku cucu ko ke? Ingat aku tak cukup cantik ke? (uiks terlebih pulak...tak ada kena mengena ) Nanti aku pakai bedak banyak-banyak yer pak... (Mcm pernah ku dengar tapi di mana yah?)

Kat opis aku ni ada pak cik tuo... bengang betul dengan dia ni...cakap bebaik tak bole ke? Ha? Ha? Aku masih nak hormat tapi ko tengking aku macam syial! Sori la... pak cik ke apa ke... ko ajar aku jadi kurang ajo ok!

Dia ada beberapa customer... so dia hanya bole dpt comision setelah cutomer dia bayo...aku tak kisah la semua tu... kalau aku pun aku akan chase... dia masuk bilik aku

Pak cik tuo : Itu Customer B sudah bayar bukan?

Aku blur la... setahu aku tadi kawan aku bagi bank slip, dia kata customer A (which is dia punya customer jugak la) yang bayar.

Aku : Belum... saya dpt slip customer B sahaja

Dia melenting tinggi suara

Pak cik tuo : BUKANNNNN.... ITU LAIN. INI CUSTOMER B BAYAR... SAYA SUDAH BAGI PAGI TADI....

Aku tengok dia kecik je!!!! org tua ni... kan aku kata belum... susah sangat ke nak faham.

Aku : Saya tahu, tapi saya tak dpt itu slip, mana saya boleh cakap dia bayar

Oh dia tak puas hati, masuk2 check tray in akuh!!!! wei org tua ni lobih... aku terus kuarkan slip bagi tunjuk aku hanya terima satu slip sahaja

Aku : You tengok ni... customer A yang bayar... may tak bagi apa-apa...

Pak cik Tuo : Tapi saya dah bagi dia maaaa

Aku : Itu saya tak tau (terus buat kerja...malas nak tengok muka kerepot dia tuh)

Kadang-kadang aku jadi tention dengan dia ni... mungkin dia kata aku bersikap kurang ajar... . Aku hormat tapi aku tak suka... attitude marketing2 kat sini suka tanya dengan nada suara yang tinggi!!! Konon aku tak buat kerja la tak key in payment customer diorg dlm sistem... ... mmg syial!

  • Tuk erm... I KNOW WHO (oh terlalu peribadi! tapi nak jugak tulis)

Ko ko yang tak bernama (hanya aku je yang tahu) Sampai hati tul ko musnahkan plan aku ahad ni... dah excited nak dptkan benda tu sehingga aku ambik cuti jumaat ni half day sbb nak kuar duit kat ASB ( ASB mana bukak ari Sabtukan?) ... aku tahu la ko sibuk macam YB... kalau aku boleh minta tolong dengan org lain, aku tak mengharapkan kau... patkan aja aku tak tau naik kenderaan awam, patkan je aku tak tahu jalan kat KL ni... kalau tahu lama dah aku redah cari sendiri... (tag line nadiah AF 6 REDAH JER)...uh... terpikir-pikir dengan siapa aku nak minta tolong... malas nak cakap 2-3 kali, org kata tak leh nak buat apa yer dak?

Aku dah agak dia mesti plan aku ni tak jadi... ikutkan ati aku nak gi sendiri tapi apa kan daya aku hanya seorg perempuan dan aku tak berani sebenarnya nak naik bus atau Komuter. Tak pernah naik pun benda2 ni semua . Nak bawak kereta sendiri pun tak tahu jalan... tention je... kalau dia, minta tolong aku penat ke apa dia merayu jer... tapi kalau dia, erm kena la faham kerja dia la apa la... cakap pun nak menengking je... . Aku dah lama nak benda tu, dah berbulan2 dah aku tido tak lena nak,kan benda tu . Tapi nampaknya aku masih hampa... tulah kalau ada BF tak la susah macam ni! Kalau ada kawan tak la tention macam ni! MENYESALKAH AKU TAK ADA KAWAN SEKARANG? oh no!!!!aku tak menyesal ... mak aku yang tahu apa aku rasa...siap volunteer nak gi dengan aku naik teksi... hehheh dia kalau berjalan num satu! dekat tak pa la... jauh maaa....

Aku masih menunggu keajaiban berlaku ahad ni... aku tak nak tangguh lagi apa yang aku cari!

I just hope everything is goin to b ok... to perut pls be ok til Magrib... to pak cik tuo...pls respect me like others... to I KNOW WHO... dont expect much from you... i know you have ur own commitment with work, but... i dont know... i really feel sad... but im ok with it! This is not the first time... forgive me if im to emotional

1 comment:

mai said...

mai nk teka la..cik cida ni mesti tgh angau kan..
angau nk memiliki laptop.
lalalalala