Ok appointment aku dengan auditor pukul 3 petang. Aku nak arrange to thurs or Friday, tapi auditor aku kena audit kat luar...jadi tak ada pilihan lain sbb waktu aku fixed appoiment tu, dah kul 12 lebih... kelam kelibut la aku sediakan document tuk tunjukkan.Seperti yang korang maklumlah, bandar kelang sangat jam tahap gaban sbb diorg sibuk buat jalan.Kalau takat nak kuar setengah jam awal, lupakan sahaja....
Tapi sejak jalan tengah buat, aku tak tempuh pun kelang ok!so aku tak tahu jalan2 yang dah tutup, so sblm aku gi jumpa auditor, aku call office boy aku tanya jalan kelang... dia suruh jalan dlm... yakni jalan kampung2.... jauh tapi jam tak seberapa.
Tahu aku kuar kul berapa?
Yes.... mmg tak sempat ok!Mmg gelabah... aku plan nak kuar kul 2, tapikan di sebabkan aku nak Zuhur sebelum pergi, plus saat akhir buat kerja, tu yang lambat... mmg kelibut... terserempak dengan
laki aku kat luar... dia nak masuk opis, aku nak kuar... OooOO sangat gelabah! Dia lak tahu aku ada appoiment dengan auditor sbb sebelum tu aku SMS bagi tahu dia.
Siapa suke jumpa Auditor? Siapa suke berurusan dengan LEMBAGA? Dia mmg la nak lepas tangan kaki diri... tersengih2... aku lak depan dia terus panic dan korang tahu apa aku tanya dia? MasyaAllahhhhh.... patut cakaplah
"Hye boss, im goin to ********"... not gud! not gud!tapi aku cakap
"Oh im late already, goin to ******, you wanna to folo me?" HYE!!! Hang ingat dia kawan hang ke?!!!
*hentak kepala kat dinding*
. Tahu la bakal suami kan... tapi kat opis dia boss
. Boss aku buat muke cute dia geleng kepala....pastu tersenyum2...
Aku tak tahu la, kalau depan bos akukan aku gelabah tahap cipan tau... dulu waktu aku bagi kad jemputan kawin Pidah, dia tanya aku turn aku bila, bple aku jawab "I wait for you." mak!!!! macammana leh terlepas tu padahal aku nak cakap "Wait after you..." AFTER aku tu ilang daaa... ni tanya you want to follow me? Ingat apa? iklan Digi....
Ok malu...malu... tak mo ingat... ok aku bertolak kul
Mmg tak sempat.
Dah lambat macam ni, macam org giler la aku bawak kereta... tak sedap ati tul tau... terbayang2 bos aku senyum perli kat aku tu.... wahaaaaa.... habis la aku!
Aku jalan dalam macam opis boy aku suruh...
Kalau jalan dalam selalunya jalan kampung. Kereta suka suki nak potong jalan org... sangat merbahaya. Dengan org bawak moto sambal menghirup udara kampung... puiii tak ada maknanya udara segar ok...
Jalan kecik... banyak lori ok... tapi bila nampak lori aku tak berani nak ambik gamba... gilo apa? Bawak dah la laju nak mampus, mmg lori tak sedar diri la...
...Jalan bengkang bengkok...
Perjalanan aku semakin lambat bila moto depan ni terus bawak seperlahan yang bole... aku lak jenis yang tak berani nak take over...jalan yang korg nampak ni bukan one way ok. Dan pokok2 yang korg nampak tu bukan hutan sbb tu semua jalan kuar masuk umah2 kampung... so kat sini mmg banyak xciden kereta moto main kuar je.
Anyway aku sampai kul 310 minit...hahah hampir setengah jam la jugakkan? Kalau pakai higway kat bandar klang tu rasanya 15 minit je...
Yang aku bulat tu la pintu masuk auditor aku... aku tahu aku lambat tapi tarik nafas dalam2... sbb aku ni jenis kelibut la... kang tah apa-apa je yang aku cakap tau... tak suke! So relex dlm kereta 3 minit gitu than kuar...
Aku nak ambik gamba tapi takkan kuatkan kamera lakkan? Aku bukan ada handfone cangih macam korg semua... insya Allah bonus kuar aku sambar fon 3G yek... time tu semua gamba aku ambik tak malu punya.muahah
Ok update korang nanti yeh...
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-