Entry aku yang lepas macam suspen yer... tengok komen pun ramai yang concern... thank to all my dear friend... thank for your concern semua yek...
Macam ni... semalam aku balik kerja, mak aku mengadu dia sakit kaki ok! Giler2 nangis... letak minyak urut tak jalan, makan ubat tak jalan...aku pun jadi pelik kenapa macam tu... nak bangun pun mengigil... ubat doktor pun dah habis... parahlah macam ni kalau ubat habis je dia mula sakitkan? Semua jenis minyak urut aku sapu kat kaki mak aku... Tapi aku,kan seorg yang baran ... bila tengok mak aku macam tu tentu je aku rasa geramkan... mula la bertegang urat... aku suruh dia rehat dia marah aku balik!
"Kalau aku rehat siapa nak masak, nak kemas umah nak basuh baju... kau?!" Dah tentu bukan aku,kan? heheheh
Panadol pun habis, call Pidah dia cakap dia balik lambat. Aku ni benda2 macam ni agak panic la,kan. Tak tentu arah... so decide to solat asar dulu than nak gi 7-11 lepas solat. Lepas je solat aku dpt call dr Pidah... dlm hati ni rasa sedap sikit la kot MUNGKIN dia nak volunteer beli panadol tuk mak aku....
Pidah :- Ko buat apa?
Aku :- Habis solat, kenapa?
Pidah :- Aku nak gi Hospital (Nada cemas)
Aku :- Apa hal?
Pidah :- Aku bleeding....Oklah aku call ko kejap lagi... nak gi Bangsar.
Aku :- Ko dengan siapa?
Pidah :- Aku sorang, abang jumpa aku kat sana terus.
OOOooo tetiba rasa nak pengsan ok! Terkaku sat kat sejadah... Bleeding? Sorang? Aku tak tentu arah, nak cakap dengan ibu ke tak? Panic ooooo...Oh for new reader, adik aku pregnet 5 bulan... so agak merisaukan la...aku sms kakak sepupu aku Zy.... dalam otak aku dia the first...
"Kak Zy, Pidah baru call. Dia kata tetibe dia bleeding macam peyed... aku risau gile"
Zy pun pregnet 4 month plus... so lately we share lots of information pasal baby... tapi kalau bukan pasal baby pun we share lots of secret and story ok! Kan sis?
Back to the story...kalau tak kerana Zy aku rasa aku lagi panic... mana dengan mak aku sakit... mana dengan berita tu...kelam kelibut... kerja aku apa lagi... bila dah marah + risau + panik = nangis.... hahah equation yang tak releven... aku mmg kuat nangis... tak buat apa-apa bila panik je nangis... time tu air mata nak mengalir dah ni.
Aku jadi geram pun ada... Geram dengan sikap Pidah yang suke buat keputusan tanpa bincang dengan family dulu!Mmg dia dah bersuami, tapi kalau soal2 macam ni jangan la membelakangkan mak ayah... dia nak senangkan diri dia tapi merumitkan org lain. Mak aku hanya mengharapkan aku yang bawak kereta. Aku pulak kalau area KL ni bebal sikit... dunggu... ajar la macammana pun aku lambat pick up...kalau org kata tinggal Ampang la, Cheras la, Bangi la, aku akan jawab "ooOOoooOO" Eksen tahu... tapi tak tahu pun.
Ni aku nak buat serang balas kat blog ni... hati ibu mengandung nak kena jaga... aku kalau boleh nak sepak2 je muke Pidah (biar! aku tahu dia baca). Suke tau buat keputusan sendiri. Awak tu mengandung anak pertama...so dengar la nasihat org tua macam mak aku la kan... bukan aku yeh.Aku belum tua lagi...heheh
Mmg awak dah beli umah kat KL... so may be salah satu sbb ko book Hospital Pantai Bangsar tu sbb dekat dengan umah, dekat dengan opis... tapi pikir la adik ku sayang yang mangkuk! Ko pikir tu je... umah ko sendiri ko belum duduk lagi... pastu niat nak berpantang kat Klang pulak... kenapa ko tak cari je hospital kat Klang ni?... ok dia dok pikir kalau emergency kat tempat kerja atau umah ko kat KL, dia boleh belari kat hospital berdekat... kalau dia kat Klang? Takkan aku nak drive ke KL bawak dia... dengan aku yang tak reti jalan ni ha!
Tapi tak kisahlah... dah itu pilihan dia,kan? tapi jadi tak puas hati bila tengok ini jadi... aku tak senang duduk... call dia, takut sbb dia drive ... dlm hati ni Tuhan je tahu ok!!! So aku dok SmS Zy tanya itu ini... bertubi2 SmS dia hantar tenangkan aku... time tu tengah semangat nak upate blog... tapi pikiran melayang....terus akak cancel nak update! aku Kakak yang baik tau... mana nak dpt kakak macam ni, very the bz body, adik dah kawin pun dok nak jaga,kan?
Pidah mmg independent... itu yang aku dengan family aku dpt lihat... dia ni banyak dengar pengalaman kawan... tapi aku selalu tak setuju dengan dia tau...dok dengar cakap kawan pastu yang susah diri sendiri... sesekali cube dengar cakap kakak ni...baby pun nak jaga cara moden... sian mak aku... kecik hati sampai terkentut-kentut... dah ko bagi green lite org tua tu jaga, dia suggest itu ini tak mo pulak... org tua tu lak ketegak! excited nak dpt cucu, "Biorlah ibu anak dia..." Itu je la aku boleh cakap... aku balik kena marah... kang aku dah kawin dpt anak, buat la apa nak buat dengan anak aku... heheheh korg tahu mak aku jawab apa? "Tunggu ko dapat anak bila agaknya tu... yang makin banyak anak kucing" Eh ok la tukan korg? Tak yah buat susu tuk kucing tu... tak yah mandi bedakkan kucing tu... senang per *Dush Dush Dush Haiyaakkkkk!
Ok dah ke laut lagi aku ni... back to basic story! Tengah sms dengan Zy, dapt call dari Pidah
Pidah :- Along aku kena tahan ward... jap lagi abang balik, tolong packkan barang....
Kan...kan...kan....tang macam ni aku tak suke ni!!!!Bukan tak suke pack barang... aku tak ada hal la nak packkan barang dia... nama pun adikkan... anyway diakan rapat dengan aku... wahh air mata aku mencurah2 time tu... ewahhh kalau dah kena tahan tu, seriuslah tu...
Aku naik bilik dia packing apa yang patut... dlm hati ni tak tenang... yerlah selagi tak tengok keadaan dia, kita tak tenteram... tanya pasal kandungan baby dia kata tak tahu lagi, ESOK baru doktor dia datang! Dengar kata nak periksa ESOK tu kan lagi aku gelabah ayam! Anything could happenkan?
Ok penat aku menaip... sesak napas aku... panjang lagi ni cerita aku! Gambo tak ada... maklumlah dah kelam kelibutkan?!
Aku frust jugak dengan attitute mak aku... tetiba tak mo pergi Hospital, sbb pidah suruh aku ikut laki dia gi hospital, balik aku bawak balik kereta dia. Mak aku dan2 tak mo pergi... ayo! Naik darah la aku... minah tu mestilah takut, at least la kalau mak aku ada boleh tenangkan dia... terus aku dapat label anak durhaka tau
" Pidah tu sakit, ibu ingat dia sakit biasa ke? Bagi la dia support sikit!"
"Aku sakit kaki la!!!"
"Oooo kalau gi umah terbuke, umah jiran kat belakang tu ok je... ni bukan suruh jalan kaki sampai hospital, naik duduk je dlm kereta tu pun tak boleh?" Korang sedih tak? aku terus naik atas.... SmS Zy lagi...
Bapak aku pun satu, lagi slumber... cakap pidah masuk hospital... dia tanya kenapa... mak aku cakap dia bleeding... ko tahu apa bapak aku cakap?
"OoOOO biasa la period jekan?" Aduihhh sodar tak anak tu mengandung? Blur la bapak aku ni!!!
Si Didi lak nama je form 5...dok tanya angah nak bersalin dah ke... aku tak larat! Soalan dlm umah semua mengarut! Dah mak bapak aku bertekaq...aku malas nak layan... sorg menerangkan sorang lagi buat conclusion macam dia doktor... tapi seyes kalau jadi pada aku lahkan, mak aku tak nak gi tengok aku... aku.... aku...aku akan.... (tak pikir lagi nak buat apa) kuikuikui.
So bila dah siapkan barang Pidah...turun je aku tengok mak aku dah siap... dah kena sound dengan aku baru nak gi... ingat dia sakit telinga ke kat sana? kitaorg tunggu Shaiful (adik ipar aku ) balik tuk jemput kitaorg...dalam kul 11.15 malam baru Shaiful sampai umah....
So continue nanti apa jadi ok! Second update ada gamba! Promise! Heheheh...
Aku update kat opis! So sbb tu kalau tengok semacam ayat aku, gue tak dpt pikirankan ayat yang betul ~ wahhh tetiba macam bagus pun ayat selama nikan?!~
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-