Sambungan citer pertama...
So malam tu kami sekeluarga telah di jemput ke umah pengantin lelaki tuk makan malam. Perh malu giler, kitaorg sekeluarga tak sepatutnya gi umah side lelaki. Aku ada sepupu juga yang tinggal kat Kuala Kangsar. So berlakulah sedikit perebutan dia mana adik ipar aku nak bawak kami makan malam umah dia, dan pak cik sedara aku pulak nak kami datang umah anak dia yang juga tak jauhlah. Tapi mak aku tak sampai hati nak mnghampakan permintan menantu dengan besan dia... maklumlah org dah ada besan... hehehe so kami pun ambik keputusan makan malam kat umah adik ipar aku than baru gi umah bapak sedara aku ni.
Gambar pertama : Suci je muka adik aku pakai tudung yek? Dia pun tumpang sekaki makan
Gambar ke dua : Mak aku makan buah je... action! Tadi beria pujuk ayah aku mai. Last-last tak lalu lak makan... segan konon... heheh
So lepas makan kat umah adik ipar aku, kami pun jengah la umah sedara aku sorang lagi. Kebetulan anak dia baru bersalin. So sekali harung la pergi melawat baby. Kat umah dia pun kami di hidangkan dengan makanan... mana aku tak gemuk! Menta darah je!
Pendatang baru... bukan pendatang asing yek... nama dia Nur Fariha. Comel yek? Bila la aku nak dpt anak buah baru yek!? Tak sabo... nak anak sendiri? Jauh lagi... kawin pun tah bila.
Memang best... mak cik aku ni kalau masak mmg sedap... semua dah kenyang boleh sumbat lagi ni!
Insiden Lucu!
Pagi sabtu, aku bangun kul 8 pagi...bapak aku la kejut konon nak sarapan. Bapak ku ini terkenal dengan kaki jalan, korg tinggal la dia kat mana-mana dia tahu je tempat2 makan. So semua serahkan kat dia la nak gi sarapan. Tapi kali ni timing salah!!! dia bawak kita pusing2 satu Kuala Kangsar. Yang peliknya mmg tak nampak pun kedai2 makan. Mentang2 la Kuala Kangsar bandar kecik, kita main masuk je jalan sehala pun kita redah.
Tetiba adik kepada adik ipar aku call. Tanya dah sarapan ke tak. Kita jawab la belum, on the way cari kedai. Tapi kita pun tak tahu kat mana. So dia suruh kitaorg berhentikan kereta kat tepi jalan dia akan dtg ambik sarapan kat umah dia.
Perh kali kedua kitaorg ketawa nak pecah perut. MANA BOLEH PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN DTG SUKA SUKI?!!! So tebalkan muka kali ke dua. Aku dah vogue dah pakai baju alah2 nak sarapan tepi sungai... wakakak... sekali gi kat umah adik ipar aku dahhhh
Semua dah sedia nak gi makan luar tetiba buat muka tak malu gi umah org.... tak sesuai betul kita org ni!
Kitaorg buat umah sendiri... heheh...
Bapak aku la ni... buat lawak menyesatkan diri... selalu ok jer... kali ni tah mana2 dia bawak!
Kopi dia mmg best!!!
So itu part sarapan...pas perut kenyang mintak diri balik hotel... tak senonoh betul ahli keluarga akuh ni...pas makan balik. So Balik hotel packing apa yang patut sbb terus check out. Balik Klang ari tu jugak sbb takut jam kalau balik hari Ahad, maklumlah dah nak bukak sekolah.
Disebabkan jejaka-jejaka tuh siap macam perempuan, lambat nak mampus, aku dengan adik and anak buah aku posing la sekejap depat bilik!heheheh gatai....
Part weding satu lagi... majlis pukul 12.30 tengahari... yang sakit hati bila kami semua dh sampai tapi adik aku tak sampai. So kitaorg semua soroklah satu tempat... konon nak masuk sesama. Sekali adik ipar aku punya adik (perh panjang tul nak sebut) call suruh kita masuk iring pengantin... wa apa lagi?!! angkat kain kebaya ketat wa lari la... and yang paling tak sangka, aku jadi pengapit adik aku! Mak cik sekalian, on the spot yek... tak plan apa pun lagi! Sebagai penyelamat maruah keluarga, aku pun jadi la pengapit yang tak bertauliah. Tak sesuai betul la... adik aku kata ikut je dia mana pun dia pergi, so aku pun ikut la...
Naik atas pelamin, tak ada pengalaman ni... dah la pelamin atas pentas (macam pentas dewan sekolah dulu) bermakna kedudukan aku lagi la senang org nak nampak... tanpa bawak apa-apa, hand beg masih di tangan aku pun tercongoklah kat atas tu....
Apa kitaorg buat atas tu? itu namanya persidangan pengapit dan pengantin...
si gemuk atas pelamin... uhuhu lawak...lawak... akak sepupu aku gelak suruh aku kenal dengan pengapit lelaki tu... heheh
Lepas majlis kami semua bercadang nak keliling Kuala Kangsar...nak tengok pekan. Kuala Kangsar it not place to shopping... tapi banyak tempat bersejarah... ni satu lagi... dengan baju aku yang alah-alah glamor tu pi muzium... tak sesuai tul la!
Kitaorg gi galeri Sultan Azlan Shah... tapi dlm muzium tak leh ambik gamba la... best! Banyak informasi kita leh dpt.
LET'S GONE!!!! Naufal org pertama yang Xcited nak masuk muzium ni...
Labu sayung trade mark Kuala Kangsar....
Ya Allah dah membesar badan aku...punggung aku sebatu dah nampak!!! sama besar dengan akak sepupu aku!
Yang kelakornya mak aku jadi bebudak... tetiba nak gi toilet... kebetulan hujan lebat. Dia redah je hujan dengan anak buah aku dengan adik aku... kitaorg semua gelak je... dah basah tu kalau kencing pun bukan org perasan, yer tak?
En rusli mmg marah... mana taknya habisla kereta basah... Tapi mak aku buat senyum kambing tak bersalah je....
Anyway itu sahaja cerita aku... dah habis dah... esok lusa boleh citer pasal lain.... aku bengang ni! Awat semua gamba2 aku macam badak ni!!! diet cida!!!! dogel la ekau ni!
Til then semua...