Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, September 10, 2009

Hati tak tenang

Nak call but i know he's sleeping...

Tapi aku nak tahu dia macammana... ok ke? Nak buat kerja tak leh... buat kerja asik salah... last2 layan FB layan blog... but senang hati bila ijat drop komen and inform me tru YM...

Along baru tido... mak baru masak sup ayam... dia baru makan and makan ubat... now dia dah tido...

Bertakung air mata akukan... GEMBENG la ko cida... risau wei... tapi aku rasa aku buat keputusan yang betul... kalau biarkan dia kat umah, nak makan apa? Aku sup2 ni tak pas lagi... kalau masak pun tunggu malam baru laki aku makan... adoiiii nasib la mak ada... tapi still risau sbb dia tak ada depan mata...

Kepala aku dah berat sangat... nak lelap kejap lunch tadi pun tak lena... korang nak kata aku mengada pun kata la... jadi kat suami korang, apa korang rasa??? gelabah tak macam aku? Just wanna be at home rite now... hampeh lembab tul jam nak kul 530!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Lagi Birthday wish....

Lagi birthday wish.... jeng jeng jeng....

To Puan Nurarfieza... my ex school mate... ex class... bertemu jugak kita kat internetkan... tak pa aku suke... heheh...


Dulu kat sekolah dia selalu wish aku birthday... kalau tidak aku akan buat2 lupa birthday dia... ahak! Sekian lama, berjumpa yang best dia ingat birthday aku... memula jumpa dia kat FB dia tak kenal aku... kecik ati beta... tapi bila dah ku recall baru dia ingat...mati2 ku ingat dia sombong dah sekarang, but happy bila sent invitation tuk wedding, dia dengan besar hati nak dtg majlis sanding aku, tapi tak dpt dtg sbb MIL dia tak sihat... tak pa la... next time may be kita leh lepak2 luar sama2...


The burfday lady...
With her beloved hubby... hahah slumber je ku add suami dia kat FB... peramah jugak... terasa selesa la nak bual2... dia pun ku rasa sama macam laki aku, i guess... tengok suke menyakat Fieza... sama je dengan abang Jamani aku tu... anyway Fieza...

Happy 29th birthday...

Stay cute...

Keep in touch...

and

Semoga hidup mu, rumahtanggamu di berkati sentiasa olehNya....
Enjoy your day today ok...
____________________________________________________

Tapi Aci tak nak buat anniversary wish tuk suami ku itu kat entry yang sepatutnya untuk kawan aku ini??? heheheh tumpang la yer.... to hubby... Happy 4th month anniversary sayang... ku tahu keadaaan mu tidak mengizinkan tuk ingat... its ok... ayang tak harap apa-apa from B, kecuali kasih sayang dan mcm first word from Aisyah 'Cinta'... as long u always b with me, dah cukup dah... tak mintak lebih dr itu... cepat2 sembuh ok... me love you always...





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Hero half blood princess sakit daaaa

Semalam Zamani mengadu sakit kepala... so aku suruh dia rest kat umah je... dia ambik MC... than semalam time dia ambik aku kat opis, kitaorg gi bazar beli juadah berbuke puasa. Tapi kali ni aku rasa badan dia panas... memula aku ingat sbb aku berdiri sebelah gerai ayam golek tu panas... cheh! tapi mcm lain macam je badan laki aku ni... demam ke??? Zamani cakap puasa... oklah, mungkin la...

Balik umah dia baring... aku sediakan juadah semua... tetiba dia merengek... (sila tau, nampak je macho, tapi dia sakit, he being such a baby)

Ku rasa badan dia panas... haiyooo... tak tak yooooo...5 minit je time buke... so lepas buke nampak sihat sikit... aku sediakan ubat demam, than dia makan terus dia naik atas, aku kemas meja semua... so naik nak solat magrib aku tengok dia berselubung... kipas tutup, aircond pun tutup... macam pelik, so ku rasa badan dia, macam kena bakar...terus aku panaskan tuala tuam... and dia keep merengek... sangat comel... heheh... tapi time tu tak ku rsaa comel pun...giler apa... risau la... susah la macam ni kalau dia sakitkan... nasib baik badan aku tak buat hal malam tadikan... kalau dua2 sakit... siapa lak nak jaga siapa...

Dah selubung dengan selimut plus pakai baju sejuk pun, dia still mengigil... sampai nangis2... dia kalau nangis tu, makna panas sangat la... mmg panas pun... dia cakap badan dia bisa-bisa... so aku picit pelan2... dlm 15 minit dia tido... aku bangun terus solat magrib... than sambung lap kepala dia, sampai aku pun tertido...

Dlm pukul berapa aku dengar dia bual kat fon... mak call... mata aku tak larat nak bukak... tapi paksa jugak sbb lepas tu dia dah mengigil teruk... seram seh aku... mintak jangan apa-apa... tak tahu nak buat apa... dia dah ke kanan ke kiri tak tahan... aku pun tak tahu nak buat apa... give him hug dengan harapan la dia leh jadi panas sikit...tapi badan aku yang panas... uh tak tahan beb!... ubat tak jalan... badan masih lagi panas... panadol lak tak ada... so terlelap sampai pukul 12.30...bangun solat isya... terawih dah tak larat dah nak buat... bangun masak nasik, kemas pinggang mangkuk kat bawah... naik atas suruh dia makan ubat sekali lagi...

And after that, aku terus tak leh nak tido sbb risau Zamani tido tak lena... sampai sakit tengkuk aku hahah... baru nak lena, jam bunyik kul 430 pagi... haiyooo... bangun panaskan lauk2... kejut dia sahur... badan still tak kebah... aku suruh dia jangan puasa je... tapi dia nak jugak puasa. Degil suami ku itu... tak pa la... kalau tak tahan then leh buke,kan...

Pagi ni bangun badan panas... dia dah bangun mandi nak gi kerja... on the way gi opis aku, tetiba dia cakap, 'B tak larat la ayang...' Aku rasa badan dia makin panas... kebetulan sampai opis aku naik tuk punch card... kena bawak gi klinik jugak... budak opis semua dah buat muke... menyampah.. wei aku tak pernah la ambik cuti... MC suke2... 3 tahun aku kerja sini, tiap2 tahun company bayar baki cuti aku... cume this year aku mengaku aku dah banyak cuti... so jangan buat muke!

So bawak gi klinik semalam dia gi tuk extend MC... demam Zamani 39 deg... ermmm panaskan? Kalau esok tak kebah, doktor suruh test darah kat sepital... takut dengi atau HINI. Aku jadi risau la... nak ambik cuti, cuti dah habis... nak tinggalkan dia kat umah sorg2 takut jadi apa-apa... dengan stok makanan pun tak ada... yang ada roti... megi... itu pun degil tak nak bukekan? Nak makanubat lepas buke puasa... ha! doktor tak kasi sbb panas dia melampau... cakap isteri tak mo dengar...

Puas pujuk nak hantar gi umah mak. Dia tak nak... dia lak risaukan aku sorg kat umah nanti... elok la tu, aku risau ko, ko risau aku... romentikkan kami??? ahak! kalau dah sakit macam tu, macammana nak jaga aku... dan aku pun kalau aku sakit macammana nak jaga dia??? At least kat umah mak,mak ada... boleh la tengokkan dia... macam dia, aku pun tak percaya dia jugak bab makan ubat...ahak! tadi pun susah nak makan... nak air manis la, oooo ku ingat aku je... doktor nak inject dia tak mo...kalau aku, aku sanggup inject dr nak telan ubat... sori!

Lepas tu aku sediakan air panas dlm botol tepi katil, 100 plus, ubat, vicks... tuala pun aku basahkan letak kat kepala... nak kuar umah aku salam dia... oooo sangat panas macam terbakar... hati tak sedap... sbb mata dia tak leh nak bukak. Nak tak nak terpaksa aku call mak... minta awie ambik Zamani kat umah, since dia nak mula naik hangin bila aku mention nak anta dia umah mak... dia nak tunggu aku balik kerja... hati siapa tak risau? Apa je boleh jadikan? mmg la dia kata dia akan baring je, tapi tah... mmg nak kuar gi kerja tadi aku mmg tak sedap hati... lepas call mak aku tanya awie kalau dia boleh ambik Zamani kat umah...

Sampai opis chat dengan ijat, mak dengan abak yang ambik dia... aku tahu Zamani marah sbb dia mati2 nak tunggu aku balik kerja gi sama-sama... but kalau dia sendiri kat tempat aku pun dia akan rasa apa yang aku rasa... macammana aku nak buat kerja dengan tenang kalau pikiran aku kat umah? At least kalau kat umah mak,ada jugak yang tengok2kan dia.

Tak pa balik kerja, ku take over jaga dia... tadi dah pesan ijat kejutkan dia kul 2 tuk makan ubat antibiotik... senang sikit hati aku...tapi dia merajuk dengan aku sbb aku bagi tahu mak on the way dtg ambik dia kat umah...dia marah sbb aku susahkan mak dengan abak, tapi kalau apa-apa jadi kat dia dlm umah tu? lagi susahkan? see now tanya ijat dia kata Along tengah tido... kan boleh je tido... balik kerja kemas baju semua, than terus balik Shah Alam... dah janji dengan Zamani terus balik...kalau tak panjang la muncung laki aku...

Tuk mak and abak, terima kasih sekali lagi... Cida tahu as isteri cida sepatutnya kena ada jaga dia waktu dia sakit macam ni... tapi tu la... i wish kat opis ni semua org faham! ni tak, asal aku cuti ada je mulut nak berbunyik... hopefully panas dia turun la... risau gak akukan... raya2 ni sakit plak dia...

Hopefully everything ok... mmg dugaan buat aku dan dia...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-