Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, May 16, 2009

Keciwa!

Hari ni sabtu... malas tul nak gi kerja... nasib baik suamiku sangup nak menghantar gi kerja... suci je...ari ni nan ado sarapan... bangun lewat... tak la lewat mana... macam biasa je... tak sempat nak buat sarapan... Zamani pun tak kisah... dia darhagakan kasih sayang kat mamak tu... muahah...

Sampai opis punch card... aku suruh Zamani orderkan aku bihun goreng and milo ais... than aku naik tuk punch card and on kan PC...

Turun2... aku tengok bihun dengan telo mata yang lembek2 tu... adehhhhh suami ku... 5 bulan kawan, tiap hari jumpa, masih lagi tak reti apa yang aku suke ke?

Aku :- I ada bagi tahu ke nak telo mata
Zamani :- Asal? makan je la...
Aku :- Ada tak?
Zamani :- Tak ada... napa tak makan ke?

Frust tul! Whyyyyyyy guy tak sensitif macam perempuan eh.... oklah tak pa, hal kecik je... tak makan letak je tepi... tapi telo kuning tu pecah!!!! membasahi bihun aku.... terus darah menyirap! cancel la nak makan....tapi tak la cakap dengan suami aku tukan... mau dia mengamuk kat situ....tapi nasib baik dia sedar isterinya mara... kalau tu buat tak tahu jugak... tak tahu nak kata apa la....

Rasa2 kalau aku suruh dia list apa yang aku suke dengan apa yang aku tak suke... rasa2 dia berjaya tak?!! ngeh ngeh ngeh...

Ok bukan isu besar pun... kecewa sikit je... tengok muke aku nak hijau hijau sikit... dia terus orderkan aku yang baru... dan dia habiskan bihun aku tu... hahahah yer!!!! saya mmg very the manja...janju saya tak manja dengan laki korang sudah...hua hua hua...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Karangan terbaik

Enjoy reading... sungguh lawak... aku cilok dr FB si Suri... hampeh mu tak tag aku dengan benda macam ni... aku rasa nak tampo je kalau anak aku yang buat... ikut perangai bapak ko 100%! imiginasi kuat! chewah! En Zamani, take note... jangan dok ajar anak or anak buah yang bukan2... sbb ini yang diorg tulis tuk karangan sekolah.... hahaha

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.


Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.



Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.



Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.



Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter..


Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.



Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.


Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Aku rasa tajuk karangan ni Kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat... agak2 time Zamani sekolah, dia buat tak karangan se-cretive budak ni? .... hahah very the lawak! tapi seyes la budak2 sekarang, kalau la karangan ni di tulis oleh anak buah aku... aku pun tak tahu nak marah ke tak,kan kan kan...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-