Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, April 3, 2008

Kelahiran di antara 1973 - 1983

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warnikan? Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...Aku paling suka kalau sesi berus gigi ni kat sekolah. Pastu minta mak aku beli berus gigi yang comel-comel.

Ingat tak lagi, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Aku paling seram bila nampak van klinik gigi ni.... macam nak putus nyawa. Kalau aku tahu bila diorg datang, sure buat-buat sakit.... Teringat nurse-nurse klinik gigi ni gemuk2...mentang2 kerja klinik gigi, tersengih je bila panggil nama pelajar.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...bila cik gu bagi list mesti mak aku suruh beli 10 kotak... terhencut2 aku bawak balik sbb berat. Ada ke lagi susu semurah itu? Tima adik aku Raudhah dah tak ada dah benda macam ni... bila aku tanya, dia kata asal nak beli kat sekolah, cik gu tu banyak kerja, nak jual susu... beli kat kedai mamak je. Perh rasa nak pelempang je jawapan tuh.Actionnnn bangat budak sekarang

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.Betapa murahnya waktu tuh. Tetiba teringat pulak mee asam laksa kat sekolah aku tuh... mee karinya... sedap... ada tak lagi benda tu?

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? Menda alah ape tu? First time aku beljar email dan Internet pada tahun 1995... sakai sekejap aku... kejap2 hantar email kat sedara mara kat singapore... Kira 1995 dah kira mula zaman teknologi... ada lagi computer tu kat umah. Aku upgrade sampai dah tak boleh lagi nak upgrade.

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. Seronok gila bila time tu... cik gu kasi bawak apa juga permainan.... beg aku paling berat waktu tuh, 1001 permainan aku bawak ke sekolah...

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... Terkedek2 aku beratur nakbeli ais cream. selalu juga merungut awat la tinggi sangat aku nak hulur duit kat apek tu. Sekarang cuba tengok, nasib la kalau apek tutak nampak aku... heheheh

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. (RMT) ialah bantuan makan percuma tuk murid yang tak mampu. Makan diorg sedap2 tuh. Kadang2 cik gu aku bagi kupon makan kat aku bila kawan aku tak dpt. Gaji bapak aku tinggi da waktu tu sampai tak layak aku nak dpt makan percuma macam kawan aku yang lain. Serius sedap gila... maklum la free. Heheheh duit sekolah aku yang boleh beli keropok bila balik sekolah nanti.

lLgi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...
Aku teringat waktu tu, aku mmg dari kecik tak boleh nak bau benda2 busuk ni... muntah je kerja aku... tak thu kenapa, aku tak buat2 pun. Cik gu dok paksa aku ambik bola kat stor sukan. Ambik ko aku muntah kat situ,menyesal tak sudah cik gu tu. Kahkahakah

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk... syok gila... kalau balik kampung mesti main... rugi ooo tak main permainan ni...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! Hahahah seronok tul... Sekarang nak jumpa kedai yang jual pun susah.... kalau tak senang je. Paling best.
.
Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...heheh aku pun tak tahu Billy Joel tu siapa. Itu pun mak aku yang bilang, Heheheh

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

Rindunya saat2 dulu. Kalau boleh ulang aku takkan menyesal. Mungkin waktu sekolah aku akan belajar LEBIH bersungguh2. Bukan takat cukup makan. Bagi perhatian dalam kelas. Hahahah fire org2 yang panggil aku JUMBO tu... heheheh... semua ni kenangan... :)

Boikot Produk Dari Belanda?

Berikut adalah senarai barangan yang di keluarkan oleh PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) untuk memboikot produk keluaran Belanda... ini berikutan Filem Fitna yang di keluarkan oleh pihak kerajaan Belanda yang bukan di anggap, tetapi secara nyata menghina Islam dan kitab kita iaitu Al-Quran.

Tapikan.... banyak barangan mereka di gunakan sebagai pengunaan harian... boleh ke kita boikot barang-barang ni? Hehehehe

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - CoklaT
  3. Wall's - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady's Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Dumex -Susu Tepung
  30. Nutricia -Susu Bayi
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Amacam? Sanggup menyahut cabaran tuk memboikot barangan2 di atas? Ramai yang tak sedar semua barangan harian tuh rupanya keluaran luar negara ke? Mak aiiii tak pernah pulak aden perikso negara pengeluarnya... erm apa nak buat? Harap kerajaan Belanda dapat melakukan sesuatu...