Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, August 27, 2009

Suami ku yang teruk!!!!

Nak kutuk suami ni... hambik ko... Saya tak mo geng awak En Zamani...kijam... chewah emo nampak... penampar nak??

Oh korang nampak title 'suami ku teruk' berlumba2 nak masuk baca eh??? bawak mengucap... ni gaduh2 manja... tapi ku tetap nak cakap... you mmg teruk en zamani...hahahah... ku tulis kat blog biar org tahu...

Biasalah aku gimik je lebih... dah korg bosan ku puji dia memanjang berjela-jelakan? Ate dia tak adonya salah... semuanya elokkkkk je, teman pun excited la nak cerita... kalau ada salah, teman malas nak menulis dah... boikot terus dlm blog...

Di sebabkan mud raya mai... ku tengok la 'Kalandur'... raya jatuh ari apa... ari apa nak perhabiskan cuti... plan plan... harus... kerja??? Melambak kat opis...al maklumlah macam ku bagi tahu Fifi, abang dia ada share besar kat opis ni... sbb tu bini dia mengulor banyak... ahak!
Ermmm 31 Ogos... cuti... merdeka... pastu tak ada cuti ka???

Ada...

7 Sept... rasa pernah nampak tarik keramat tu kat mana2???? Yer tarikh keramat... bukan kiamat yer kawan2... maka bersuka rialah wahai penduduk bahagian Selangor...Pahang... Perak... Perlis... Pulau Pinang dan terengganu... kerana cuti Nuzul Quran... rasa2 on the day nak gi terjah dak Pidah kat opis... lalalalala, penyumbang hadiah terbesar... sbb tahun ni mesti dia dengan Shaiful tak leh nak buat suprise kat opis aku lagi...sbb opis Along tutup! ahak!

7 Sept aku istiharkan itu hari aku...

sorri kak pnut cilok gambar kek kak pnut...jangan saman!

Meh nak recall, kot2 ada la insan yang nak buat akak terkujat macam tahun lepas... ahak!

Ku terima bunga besar nak mampus... terkejut aku ok... konon popular la... ahahaha... semua kat opis ni macam terkujat... dpt bunga... siap si Fidah suruh Cina tu heboh kat satu opis ni kot birthday aku...hahahahah...lawak... satu opis tahu bitrhday aku...ambik ko! Ku sangka kan BF ler bagi... haramm tengok card... from lovely sister Fida dan KentAky fried ciken... kih kih kih... eh ku rasa ada gambo kat slide show tu... yang aku ambik gamba dengan vangga dengan rose merah... ha tu la hadiahnya... so jangan ingat aku dpt dr peminat ke BF ke yer... ha dah menjawab dah tanda tanya gamba tu kan????

Tak pa Fidah aku gi opis ko...ko buat2 la suprise tuk aku (ha! ambik ayat Fida yang selalu dia gune bila birthday dia... hahahah rasakan!) ... tapi apa kena mengena dengan Zamani???

Dia selalu cakap...

'Bulan puasa yang... tak elok sambut...'

Lepas buke bole apa? Masih muke tak malu ni suruh jugak ni dia buat suprise tuk aku

'Buke dah kenyang... than nak gi terawih... pastu malam tadarus...'

Banyak ko punya tadarus...

Than tadi aku sms dia

"B! Just wanna let u know... 7 sept ni cuti Nuzul Quran"

"7 sept ari apa???"

"Lalalal ari Isnin ar (simbol marah) Ooo Exam Mira ingat! (Simbol Sedih)"

"Ha Exam Mira??? Bila? (Simbol confuse)"

How dare you Encik Zamani... haiyak dush dush wachaaaaa....ari tu bukan main ingatkan Mira, 7 Sept tu birthday mak long... so anak dara aku tu, dia ada Exam UPSR ok on 7 Sept! Sungguh kejam dunia ni... hahahaha...malas ku nak layan, terus ku jawab

"Tak nak geng!"

Siankan aku???? Tapi bosan la... tahun lepas pun sama... dan tiap2 tahun jugak la JAY! Merambus balik DUBLINkan kan kan??? Dah 4 tahun birthday aku sambut kat KLIA... hahah yang syok hanya la Marina, akak sepupu aku tu... nak elak bagi hadiah, dia main sponser kek tuk semua org punya birthday, termasuk aku...

Erm tahun ni punya birthday rasa2nya sambut kat KLIA tak???? Ku tak kisah, org pasang lilin kat birthday kek je aku dah gedik2 terharu... hahahah... that the best la along 4 years... uniq... sbb menyambut birthday dengan Kak ina and pak ngah sekeluarga... sebb everytime jay balik Malaysia end of June... balik Dublin balik mesti SEPT! Kali ni Jay jangan buat tak tahu... ko hutang hadiah kawin lagi dengan aku...hahahahaha.... plusss birthday...

Asal aku suke paksa2 org ni???? heheheh biar la... patut entry ni tukar 'Jay yang teruk' hahah...

Tak la, seyes aku tak harap apa-apa *buat-buat muke bosan dan tak iklas*. kih kih kih tetiba teringat suprise yang aku buat tuk Zamani april lepas...macam haremmmm.... tak yah buat macam tu lagi... anyway nak suprisekan Zamani ni susah... sakit jiwa aku... ikut je lakan??? habis kantoi semua... hampeh... hari ni ku rajin sikit... meh aku link balik cerita birthday Zamani april lepas... sila baca... ni paksa ni...
Anyway September is coming... and i like September... hahahah...

I like!!!! Anyway korang cari la pasangan yang sept ni... ahak! tentu seronok...sakit jiwa sepanjang masa sbb nak tersentap je... tak percaya tanya si sang lelabah... ahak! Ni entry prelude eh... siapa buat2 tak hengat hari tu... siap korang... ku tunggu kar parking lot...muah muah muah... chow!

Erk energy aku hari le bih dari biasa... heheh alhamdulilla... aku pun tak tahu kenapa???

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Kongsi sesama jom

Wah wah suke eh kalau aku cerita pasal aku?? Ni bukan cerita pasal aku... bagi korang info lain lak... baca... kot2 boleh insaf... aku pun lama tak derma and sedekah ni... hehehe... masih tak terlewat... ni bulan Ramadhan ni gunekan bulan ni sebaik mungkin tuk beribadah... kalau bulan lain jangan la harap nak buatkan? Biasalah bukan korg je... aku pun... ok lets share...


SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?"

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.


Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Cerita apa semalam cik kiah oiiii???

Sesekali ku rasa teringinnnnnn..... che che wah... sudah kembali mengada nampak????




Tah la ni nafsu org mengandung ke? Atau nafsu org puasa... hehehe... semalam aku tak pose, tapi buat terawih... heheheh... first time dalam hidup *gelak MACAM syaiton*... setankan dah kena tangkap kat jail... kui kui kui



Semalam satu badan sakit... macam ada org cucuk cucuk... siapa la yang cucuk aku tukan... badan berbisa- bisa... dah la tak puasa, letih macam org puasa... boleh bayangkan tak??? Sila bayangkan sekarang jugak!!!!



Sms suami ku... jam la pulak federal... dah tak larat rasa... nak baring je rasa... tapi Zamani biasalah kalau aku cakap sakit dia panic lebih2... tak pa i like... terasa di sayangi... sampai opis je dengan muke bengis dia tanya...alah laki aku tu muke je eksen garang... tapi ku tahu POYOS je tu...



Zamani :- What wrong??? apa yang sakit???



Aku :- Badan i sakit



Zamani :- Bahagian mana?



Aku :- Semua... macam ada org cucuk i macam ni...



Aku cucuk-cucuk dia satu badan... ha macam tu la... kena air cond lagi la rasa nak demam pun ada...



Zamani :- Dah makan?



Aku :- belum... minum air je...



Zamani :- Dah tahu tak puasa asal tak makan??? bla... bla... bla... bla.. bla...



Tetiba aku terasa telinga aku lak di cucuk2 bole??? Biasalah laki aku ni... lain kali bukak kaunter bebel... heheh ampunnnnnn sayang... yer yer sila la bising sbb i tahu u sayang i,kan kan kan?



Zamani :- gi klinik malam ni eh...



Aku :- B... normal pain la... puasa kot...



So tu intro... hhahaha ada reader cakap blog aku ni macam novel pulak ada dialong... kasi korang peluang belakon depan PC... heheheh... ok tak?So semalam buke beli kat bazar je... teringin nak makan char kueh teaw... tapi aku tak tahu la rupo dan rasanya begitu sekali... tah apa-apa... dengan udang 3 ekoq, besar2... ngeri aku nak makan... hahaha... mmg fail la... taugeh dia melambak2... taugeh jatuh dlm kuali ke apa? tapi aku giler taugeh... dr kueh teaw tu, aku makan taugeh habis... tak mo la beli lagi... putus selera ku... baik aku beli kueh tiaw goreng je... mangkuk tul... last2 makan murtabak dengan roti si john... john mana??? John Cena... wakakaka...



Tapikan... semalam terjah blog kak Ej... akak tu mmg teror masaklah... dah la cantik... pandai masak...kelas ko! Suke baca blog dia... Bz woman, but still boleh jalankan kewajipan sebagai isteri... semalam dia tunjuk menu dia masak... siap ko pencuci mulut bagai dia siapkan...kalau aku, nan ado la... nak sangat pencuci mulut, ku cuci je mulut mu di air paip...



Teringin nak bubur ni bole??? Pagi ni masuk opis ku siap google resepi...konon la nak buat... tengok barang dia leceh giler... ermmm malas la... hahahaha...kang order la kat ibu... tak pun cari je kat bazar tu...lalalalala... mampus aku kena flying kick dengan ibukan? Hahahah... ada sesiapa yang rajin bebenor yang suke masak tu... jemput2 la aku dtg umah... tak pun delivery je kat umah... wakakaka... mengadas muke tak malu... biar la muke aku... wekkkkkk!

THAN....

Balik je? mmg tak larat dah... tapi aku gigih jugak siapkan semua juadan atas meja... nak baring tetiba kesian kat laki aku, dah la balik kerja penat, makan dah la nasi bungkus, kena lak hidang sendiri...not gud! not gud... aku tak leh la... aku baikkan? wakakak puji diri sendiri... aku suruh dia mandi... tak pa la, sediakan apa yang patut...berdua je pun... dah siap semua, baring kejap tengok TV, azan...makan... than kemas la balik meja...

Zamani dah bising2 suruh aku naik atas baring... alamak! tapi mmg lepas buke, makan tu, badan aku dah habis recharged dah... mmg nak pengsan... so naik baring atas katil dah tertido... sedar2 azan isya... laki aku??? di sisi dengan lappy dia... alamak! Magrib terlepas sudah... tapi mata tak leh nak bukak... sambung tido... kul 9 bangun...mandi, solat isya... dan alhamdulilla mampu aku buat solat terawih...


Lepas solat sambung tido balik... bole??? aku penat giler semalam... tapi sebelum tu tanya la Zamani sahur nanti aku masak nasi goreng je la... dia tak bagi... jangan mengarut nak masak sbb keadaan tak mengizinkan... aku tanya nak sahur apa??? dia jawab???


"Susah2 esok subuh B gi umah mak sahur...." Pastu gelak... ko main2 lak dengan aku... mengada nak gi umah mak mintak nasik subuh2...


"Jangan mengada bole??? Nanti i goreng nasi la...bukan susah pun" Aku tahu la aku masak tak la sodap mana... tak kira kena makan jugak....wakakakaka... dia suke tau manjakan aku jangan masak...jangan kemas... ku jadi isteri yang tak gune, gigit jari ko,kang... kan kan kan?


"Tak pa... tak pa kita beli je lauk kat mamak ok... B gi beli..." So dia kuar beli, dia balik je aku masak nasik...

Ok cerita sampai di sini... ahahahaha... malas la nak sambung... cerita malam tadi je pun... tapi aku rasa menaip macam cerita minggu ini... oklah sambung buat kerja... hari ni dengan vangganya aku nak bagi tahu korang... Aku puasa... heheheh insya Allah...

Oh badannnn jangan la ko lemah sangat... bagi aku laksanakan puasa dengan sempurna ya...




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-