Macam mana nak mula yer...
Ermmmm... agak frust jugak la bila ku dapat keputusan darah tu... appoiment pukul 9 pagi... tapi nama ku di panggil pukul 11.45 pagi... gila sanggap aku kat situ... tempat yang sama aku di perika oleh Dr Maria 3 bulan lepas. Hati jangan cakap la... tengok semua org bawak perut... aku pun bawak perut jugak... kih kih kih...
Lepas buat pendaftaran terus ke bahagian ibu mengandung... card pendaftaran ku tinggal kat kaunter ibu mengandung tuk di key in dalam system... kena tanya lagi...
"Buku mengandung puan?"
Kenapa la nak di tanya dua tiga kali??? tengok la system bole?
"Saya tak mengandung, saya dth tuk tahu keputusan darah saya."
Nurse muke blur... pandang kawan dia plak...
"Anak saya meninggal dalam kandungan, ni nak ambik result darah..."
Oooooo.... ha masing2 tercengang... dan aku??? rasa di perhatikan oleh ibu2 mengandung kat situ... may be simpati dengan aku... tak pa la... simpati la... terima kasih banyak2... tetiba terasa plakkan???
Lamanya nak tunggu, aku main game kat fon... Wifi lak tak ada kat sepital... gila sanggap... main la game... itu je ada... kan bagus ada game Zuma??? *wink wink kat Zamani*
2 jam tunggu nama di panggil... kul 11.45 pagi baru masuk jumpa doktor...
Perasaan berdebar... tahu je la sepital kerajaan... dua doktor dalam satu bilik. Doktor yang ambik report aku dulu... doktor indian... satu doktor seniour periksa ibu2 mengandung... da la bilik kecik... bising... perhatian hanya tertumpu pada perbualan antara ibu, ayah dan doktor seniour tu... yang datang semua scan baby... mesti la happy...
ok lupakan tu... dan meh kongsi apa yang doktor cerita dengan aku... laporan aku di baca...
"Ok Puan... blood test tu dah kuar... ada yang ok, ada yang tak ok... puan ada tak ambik suntikan Rubella masa mengandung?" Soal Doktor tu...
"Tak ada... tapi time sekolah ada." Doktor hanya angguk...
"Mcm ni puan, puan tak ada masalah lain, semua normal... tapi time mengandung puan ada darah tinggi ke?"
"Tak ada... doktor yang saya buat medical check up tu tak cakap apa-apa pun... saya hanya ada kencing manis je..."
"Betul ke tak ada?" Soalan doktor buat aku menjadi risau... dia meneliti semula laporan di screen laptopnya...
"Ok... time baby meninggal, kami ada ambik uri dan tali pusat baby sikit... laporan ni mengatakan ada darah beku kat saluran baby, sbb tu darah tak cukup pada baby dan mengakibatkan baby tak dapat bekalan darah yang cukup dalam badan dia"
Allahuakbar! Nak pengsan aku dengar benda tu...darah beku dalam saluran? Kebetulan ada ibu mengandung yang over excited nak bersalin awal... gelak2 mcm dia sorg dlm bilik tu...buat aku kurang faham dengan penarangan doktor...
"Macam ni puan... ada protein dalam darah puan " Lagi la mcm nak jatuh jantung aku... aku penyebab Aryssa meninggal???
"Protein??? Maksud you sbb salah makan ke???"
"eh bukan bukan... not that protein...protein tu dlm term medical erkkk mcm darah beku." Ko pun terangkan kat aku term medical... mana aku nak tahu... dia sebut as 'trombofelia' sori kalau ejaan salah yer. Dr Jay sila betulkan!
Perasaan risau tu tetiba muncul...
"Macam ni puan, darah puan terlalu pekat... dan tak lepas ke salur baby... salur baby puan terlalu halus dan pengaliran darah tersumbat...tapi kami kena buat pemeriksaan jenis protein puan... jadi for next pregnacy kita tahu ubat yang sesuai tuk puan... once puan start mengandung, puan kena ambik ubat tu tuk cairkan darah...kami perlu screening kali ke dua... untuk hantar darah puan ke makmal HKL...dan ujian ni kita akan dpt tahu 3 bulan lagi... so buat masa ni puan di nasihatkan tuk tidak mengandung..."
Ok noted!
"Dah lebih tiga bulan ye? Puan tunggu sekejap..." Dia bawa laporan aku ke bilik hadapan dengan bilik pemeriksaan tu...dan datang semula lepas tu...
"Ok Puan Doktor Maria cakap kami kena ambik darah puan semua tuk hantar ke makmal HKL... 3 bulan lepas ni makna akhir bulan 6 nanti kita dpat result jenis protein darah puan, tuk ubat yang sesuai dengan puan... "
"Puan... jangan salahkan diri puan ok... benda ni normal... its not u yang tak normal, tapi system pada baby yang gagal... so dont feel sad... sbb kami akan pantau puan lepas ni... doktor Maria ada nasihatkan 3 bulan ni restkan? Ok now dia suruh rest lagi 3 bulan... mean puan kalau boleh jangan mengdung dlm tempoh ni sbb kita nak tahu dan nak pantau keadaan puan dan baby... for you information, salur antara ibu dengan anak tak bersatu... dia hanya bersentuhan sahaja, u produce blood, but baby yang terima... dia tak ada connection secara terus... and in between ia tak complete sbb baby gagal nak terima bekalan darah ibu..."
Lebih kurang halal la advice doktor tu...Aku tak tahu betul atau nak sedapkan ati aku je... kalau ikut logic, salah aku la... darah aku terlalu pekat sampai mengakibatkan darah beku...
"My advice... bila start tahu mengandung, jumpa kami terus...jangan rujuk mana2 hospital. Atau klinik swasta sbb puan dah ada kes, dan kita akan rujuk puan pada pakar...second puan kena rest 3 bulan lagi... dan bila plan nak mengandung, puan kena banyak rest... jangan stress... kalau boleh pergi holiday dengan suami ke tempat yang romentik Ok tu ayat tambahan sahaja... ngeh ngeh ngeh... kena jaga makanan, kena jaga activiti jangan lakukan benda yang lasak... dan puan tak boleh penat sangat... so u need to control semua ni sblm mengandung... sbb once you mengandung, you tak leh stress, penat semua...kena banyak rehat... so tahun ni ada plan yang besar ke dengan suami?" Soal doktor dengan senyuman.
"Yah, ada jugak"
"Ok enjoy la puan... jangan stress sangat... actually apa yang jadi bagus jugak... puan muda lagi... nanti dah ok semua, than start plan dengan suami...ok? Now puan ambik darah... kami nak darah puan tuk hantar ke HKL..."
Darah lagi???!!!! So terus ke bilik procedure A
Tapi nasib tak buat, doktor panggil aku semula... darah aku dah di ambik tuk ujian tu jugak dulu dan diorg pakai darah tu je tuk hantar ke sana...
Dan aku terus keluar... tengok ibu berbual dengan sorg...sian bosan... 2 jam dia berkenalan dengan semua org duduk kat situ... lepas dari tu je Zamani call ask macammana dengan keputusan darah tu... than mak pun call...
Tetiba aku rasa bersalah plak... bersalah pada diri sendiri... bersalah pada anak aku... dan bersalah pada Zamani...
Walaupun ku tahu ini semua takdir Tuhan, tak ada siapa yang mampu mengubahnya...
Friday, February 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)