Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, November 6, 2009

uhhhhh

Cicida penat ari ni...

Balik kerja basuh baju... start kul 7 malam kul 10 baru siap basuh... last round suruh En Zamani sidaikan sbb tempat penyidai tinggi sangat... akakkan comel... mana nak sampai...

Anyway dari tadi asik bersin je... naik rimas...

Makan ubat selsema... than Suamiku suruh aku update blog...

Ermmm dia nak berjalan dengan kembar dia la tu! umpan aku suruh buat blog... bukak blog je mata mula mengantuk... mungkin kesan ubat sbb doktor kata ubat ni mmg mengantuk sangat2...

Rasanya nak tanya Dr Umu la... bole ke perempuan mengandung ambik jap HINI... risau lak akukan... Lupa nak bagi tahu korg, last week Rayyan kena H1N1... aku punyalah sedih... tapi penyakit tu dah tak bahaya macam memula ia tersebar... vaksin semua dah adakan? Jay pun cakap penyakit tu tak la bahaya sangat mcm memula kuar... harap2 la... perempuan mengandungkan senang terkena...

Ermmm... esok sabtu... aku jer yang kerja... busan!!! Ijat dengan Awie ada test MUET esok... so kena bangun macam biasa sbb abang Jamani ai bertanggungjawab tuk menghantar mereka esok. And aku yang memula nak bangun kul 8 terpaksa bangun macam biasa... kalau tak laki aku bangun tah kul berapa... kui kui kui

Che ta take over menu tuk weekend... hehehe susah2 buat Sardin Rol kat umah... so esok may be aku bangun buat air... kita rasa lak masakan biras ku itu yah...

Oklah dah tersangap2 aku... mata pun nak tertutup... dadadaaaaa...





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Perempuan mesti ke dapur

Kak Pnut!!!!! Cida curik entry ni eh... insap kejap akukan... ahak!



Actually kak pnut dah lama buat entry pasal ni... cume aku dok deley ... bukan la apa, takkan sekali dua masak tetiba nak tulis macam pro lak... idok la... well sememangnya aku suke tengok org masak.. even aku tanam semangat kalau aku kawin dan ada family aku sendiri, aku nak bagi diorg makan dengan air tangan aku... chewah... mmg aku mmg malas... tanya la mak aku... kadang2 sampai nangis puas suruh masak, tapi aku tetap tak nak... tapi tak bermakna aku tak mo ambik tahu... sbb aku lebih suke makan masakan ibu walaupun dia bukan tukang masak yang hebat... no she not! But apa pun masakan dia tetap di hati saya... itu yang saya rasa... kalau berjauhan, pastinya aku akan teringat masakan ibu... itu la namanya air tangan seorg isteri dan ibu...



Ayah pun sama... kalau nak rasa masakan yang sedap, pejam mata je dia boleh gi pilih restaurant dan kedai... but dia prefer ibu masak... kalau aku masak dia sanggup makan kedai, bule? akak lak jenis cepat kecik ati... kwang kwang kwang... alasan...



Kak pnut!!! akak dah macam penasihat dah... ada respond melalui email... kak pnut paste kat blog dia... ampun kalau cida ambik ni ya... korang baca!



Salam kak Pnut, saya F****, saya ni dah lama baca blog akak, lama tak lama, seingat saya, dari saya student (3 tahun, habiskan degree, setahun dah kerja, dan sekarang dah setahun berkahwin, dah anak sorang baby) kiranya family akak tu dah macam sebahagian dari apa yang saya perlu tahu, ye la dah lama membaca blog akak, so memang dah jadi satu kemestian, saya mesti baca blog akak, kalau out station ke apa, balik je khatam blog akak la.



Kak, saya nak share sedikit perasaan saya bila akak ada mention pasal masakan emak dalam entry waffle akak hari tu. Kak, saya pun lalui seperti mana kawan akak yang emaknya tak suka masak tu. Samalah macam saya lalui. Emak saya bekerja, emak saya bekerja sebagai nurse, jadi dah tentu kerja shif kan, jadi siang malam tak tentu kerjanya. Bila emak kerja kami akan tinggal di umah Mak Long saya, iaitu kak sulung ayah saya.



Jadi kami adik beradik rapat dengan keluarga Mak Long, Mak LOng saya macam emak akak la, suka masak dan kami-kami ni sukalah makan. Berbeza dengan emak saya, walaupun hari dia cuti, dia tidak memasak, samaada dia belikan lauk, just masak nasi, goreng-goreng ayam, ikan cam tu lah, atau mak atau ayah akan bawa kami adik beradik makan kat luar. Itulah rutinnya.



So bila akak sebut tentangan keluhan kawan akak di hostel, tepat dan benarlah seperti apa saya rasa suatu ketika dahulu. Itulah perasaan saya. Bila melihat keterujaan kawan-kawan nak balik kampung nak makan masakan emak masing-masing, saya diam, tak der perasaan apa-apa. Saya lebih teringatkan Mak Long berbanding emak, kerana saya percaya kuatnya perasaan itu kerana tangan mak long itu yang menyediakan makan minum kami adik beradik bertahun-tahun.





Air tangan Mak Long dah banyak masuk tekak kami. Akak tau dak, ada sekali saya balik dari hostel, kebetulan mama saya cuti 3 hari masa tu, saya teruja juga sebab terasa kotlah ada kelainan, tapi tak der kak, saya sampai rumah petang tu, mama just sediakan meggi kari je, ye la walau dia masak mee tu kreatif la juga, letak daging, sayur, udang, tetapi bagi saya, takat nak makan meggi kat hostel dah berbungkus saya telan, tak tau la nak kata perasaan tu macam mana, tapi saya makan juga demi menjaga hati dia. Tak tau nak kata perasaan masa tu macam mana, hambar je bila balik rumah mama.



Tetapi perasaan jadi kisah bila saya dah masuk universiti, saya dikeliling dari kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, saya terbuka minda sikit, lebih bermakna kawan-kawan saya yang dari kalangan orang-orang tak berapa senang, emaknya duduk rumah tak bekerja, tetapi kekuatan emak-emak macam ni sangat melekat di hati.Kak, dari unviversiti saya berazam hendak cari calon isteri yang benar-benar dapat menyemperunakan dirinya sebagai seorang isteri. So dari universiti saya ada juga usha-usha awek-awek yang ayu-ayu ni.. kira jenis pompuan melayu terakhir la. Ada juga yang saya berkenan tapi derang pulak tak berkenan kat saya, kui..kui..kui.. ada juga yang saya bekenan giler-giler.. tapi dah orang lain book dulu. Maka solo la saya sampai grad.





Kat universiti saya ada kawan baik, dia orang Perlis, selalu juga saya ikut dia balik Perlis, (saya orang Selangor) dalam dok ikut dia balik Perlis, saya jadi rapat dan baik dengan emak dia, bila dah kerja saya saya masih single, dan saya nak cepat-cepat kawin, saya nak dapatkan kembali hak-hak saya sebagai lelaki yang patut dimanjakan oleh seorang perempuan hahahah terukkan.





Satu hari, saya ikut kawan baik saya balik kampung, dan ada sekali saya ikut kawan saya ni pergi rumah tok wan dia kat Jitra, di situlah cinta pandang pertama saya berputik. Saya berkenan sungguhlah dengan sepupu dia yang tinggal sebelah rumah Tok wan kawan saya ni, tok wan kawan saya ni dah uzur, jadi sebagai cucu paling dekat kat situ, sepupu kawan saya ni selalu mandikan tok wan, suapkan makan, masak makanan kat tok wan, bak kata dia memenuhi naluri lelaki saya la.





Saya angau kak... Akhirnya saya suarakan hati kat kawan saya, dan minta emak dia risik-risik, dah tersurat, akhirnya jodoh kami la kan, tak lama saya kenal-kenal dia, dalam 5-6 bulan je, terus bertunang, mama saya agak menentang awalnya sebab awek saya tu minah kilang je kak, tapi saya tak peduli, hati saya dah suka. Last-last mama ok je la.So sekarang kami dah kawen, dah ada sorang baby boy, Alhamdulillah kak, walau dia bukanlah isteri yang bijak kalau nak diukur dari segi pendidikan, tetapi cukup bijak dalam rumah tangga.





Cekap uruskan makan minum saya, masa pregnant pun dalam mabuk kepayang, tak pernah dia abaikan saya. Walaupun dia tak larat sangat, tetapi setidak-tidak, ikan bilis goreng potong bawang dan sardin jadi juadah kami. Itulah yang saya cari kak. Saya tak mau nanti anak-anak saya lalui apa dah saya rasa, itu sebab saya carikan ibu yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah isteri saya juga mudah mendengar kata, tak pernah kasar dengan saya. And now, jadi menantu kesayangan mama saya.





Saya tak salahkan mama saya mungkin dia sudah biasa dari kecil dimanjakan nenek, diaorang ada orang gaji, jadi semua disediakan orang gaji kot, dan mama saya pulak anak pompuan paling bongus, jadi mungkin dia dah biasa disediakan semua.BIla akak tulis entry lepas tu, saya sangatlah setuju, isteri sehebat mana pun dia, kalau tak pandai ke dapur, bagi saya, tidaklah hebat sangat.



Keep on blogging kak.. saya suka cara akak, sinis, selamba tetapi tepat. Apa akak tulis selalu biasa je, takder ayat bunga-bunga, tetapi akak deliver message tu tepat. Akak educate orang-orang macam saya secara selamba. Wish that kita dapat jumpa nanti, saya nak kenalkan akak pada isteri saya. Walaupun isteri saya tak kerja duduk rumah je, tapi saya ajar dia guna internet, biar dia terbuka minda sikit, dan dia peminat hasil cupcakes akak tu.. Insya-Allah bila hero kami setahun nanti saya nak order gak cupcakes ngan akak.

Ermmm betul... aku pernah duduk kat asrama... macam aku cakap la... masakan mak aku tak sedap mana pun... tapi aku boleh jadi rindu... dan sbb tu bila balik je, order ibu nak makan itu ini... terharu baca email dari mamat ni...



Lately aku bincang dengan Zamani... dia biasalah dengan isi-isi penting perbahasan dia... nawaitu isteri dan ibu tu penting... kalau bersungguh dia sediakan makanan tuk suami dan anak dia, dia akan di sayangi anak dan suami... dan kalau niat isteri tu menyediakan makanan hanya sebagai syarat,janji aku bagi korang makan, tak kisah la makan segera ke, makanan dlm tin ke, maka jangan salah anak atau suami puji masakan org lain, sbb nawaitu isteri sediakan makanan pun dah pesong jauh... some time aku bagi tahu Zamani jugak... kalau dia jenis yang banyak sangat komplain, aku mmg tak akan masak langsung... tapi Zamani cakap just think satu je... sampai bila? Nak tengok anak dan suami cakap puji masakan org lain? Kenapa tak ambik kritikan tu sebagai satu semangat tuk berubah? Beta terkaku di situ...



May be senang tuk dia cakap, kadang2 hati kita perempuan ni sangat soft... semangat berkobar bila suami cakap tak sedap, alamak sedih rasanyakan? Tapi tu la... jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab isteri... aku terpikir jugak... banyak jugak kes aku tengok... contoh terdekat anak jiran aku... heheheh... slumber je cakap kat mak dia, masakan mak aku sedap sangat2... hahaha... padahal mak dia masak lagi hebat dr maka aku, cume malas... hanya ada masa je masak... tapi puji masakan mak aku melangit... sbb masakan mak aku yang dia makan lebih dari mak dia... sbb tu la dia puji... tapi sedap je mulut jiran aku ni cakap... apa-apa je kak tipah letak sampai budak2 ni cakap sedap sgt, sedap lagi saya masak... heheh maid dia sampaikan kat mak aku bila anak dia dok puji masakan mak aku... salah siapa than???



Satu lagi tak yah tengok jauh2... adik2 ipar aku... mak tak ada... dok teringat... kadang2 aku tertanya... masakan sekarang semua simple... tapi mak gune jalan jauh, tumis bagai... padahal boleh je bukak tin tu makan,kan? Tpi di situ la rahsianya... she want the best for her children... learn cida... learn from that...



Kan sedap kalau kita antar anak kita sekolah, dia balik uma... bercerita kisah dia di sekolah than cakap....



"Ibu, tadi abang/kakak gi sekolahkan... kawan bawak bekal kasi abang/kakak rasa... tapikan sedap lagi masakan ibu..." Tak ko berbungga lalang kat situ... pujian tu yang paling indahkan? tak perlu pujian jiran sebelah atau org kampung hulu... cukup anak suami kita puji...wahhh suke suke...



Ni aku nak cerita ni... kisah benar.... perempuan ni!!!! Mak anak buah aku yang celupar tu... Si mira... Marina... tanya la adik2 dia... dia mmg tak tahu masak... lagi teruk dr aku, masak air pun tak tahu ok... seyes... aku tak kutuk dia, aku tahu dia baca blog ni... hahah... mmg malang la siapa buat dia bini... ahak! Sori abang Amir... kih kih kih... aku rasa nenek buat keputusan salah kawinkan dia tau tak... But now... dia super duper hebat dlm masak... sampaikan suami dia balik makan tengahri tak beli tak makan luar... even aku pun ya Allah... mmg sedap ar kalau dia masak... rasa kalau dia duduk Klang mau aku tender mangkuk tingkat, ambik lauk dr dia...kui kui kui...



Sampai pengakuan anak2 dia...



"Ushhhh masakan ibu terhebat!" Ko tak bangga ke? Tak perlu org lain yang puji, cukup sekadar anak dan suami puji... hehehe...suami tu tak perlu ar... kadang2 diorg ni nak jaga hati... belakang lepas makan, pui pui pui... siapa tahu... tapi anak of coz tak tipu,kan?



Tapi aku mmg nekad la... kalau ada anak, aku nak masak... simple pun tapi ada... kan? Ini azam aku... chewah... sejak2 kena masak tuk adik2 ipar ni... entry pasal masakkkkkk je...idok la uolz... can ask Zamani... aku selalu cakap dengan dia pasal isu ni... sblm kawin lagi... dia berkenan dengan aku kerana aku ada semangat... hahah semangat je selalu berkobar2... hahah... tapi aku cume malas bila time mengandung aje... ni dah ok, Alhamdulilla tak ada apa-apa... baby pun dah baik je kat perut ibu... heheh... kasi peluang kat ibu belajar masak kot...



Bila saya berusia 6 bulan ke atas... untie2 dan uncle2 jadi saksi yer... ibu kata dia nak masak tuk saya... walaupun tak sedap, semangat ibu tu yang penting... so dengan itu ibu sila la belajar masak dengan tok mama, dengan nenek dan mak long Marina ok?!! Slbm saya pandai bercakap, sbb sekali saya dah pandai bercakap saya akan puji masakan ibu masakan terbaik di dunia...



Kih kih kih... anak ke ibu yang berangan ni??? hahahah... sbb tu ada blog yang aku suke baca... kerjaya tinggi melangit, time di umah dia tetap di dapur... suami pun sayang, anak pun sihat... heheh...




Cheh! Ini peringatan tuk diri sendiri... yang baik ikut la... yang tak baik jangan ikut ok... kang ada lak kata aku mengada pulak... yang penting keluarga ku tahu... siapa aku...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Nasik Kicap Pedas Ijat

Poor the AnaS...

Mak tak ada masing2 mencari masakan mak... tak pa mak rehat lelama sikit kat sana... mak ambik cuti sebulan... kalau aku dengan Ijat masak je... mesti diorg cakap...


"Ok ok sama dengan masakan mak..." yer bukan saya yer... saya hanya membantu... yang buat adik ipar saya Ijat... kalau saya masak dah tentu macam mak saya... hahah mak aku bukan teror sangat masak ni... dia masak asal bole... hahah janji anak2 tak lapar... tak cari kat umah org lain... dia senang ati... kui kui kui...


Bila dengar macam tu sedih plak... mmg aku akui mak masak sedap... benda tak makan pun terus jadi makan... hahah Che ta baru bagi tahu dia tak makan baked bean... tapi mak punya dia makan... aku cukup menyampah lauk lemak cili api... tapi since jadi menantu mak... hambik ko... pembuka selera... teringat time beta sedih2 saat dok giler tu cakap kandungan beta ni tak kuat... tunggu je pendarahan berlaku... arggggg tak leh ku ingat2 ayat doktor tu... betapa downnya aku saat tu... tapi mak hantar lauk... lauk lemak mmg tak jamah... di sebab nak jaga hati suami... sbb kalau aku tak makan dia tak nak makan, ku jamah la... pikiran celaru kot, terus cedok lauk tu...


Perhhh semangat aku makan... hahah dalam sedih2 tu boleh lalu... hahaha peliksssss...but since than aku suke lauk masak lemak... especially lauk lemak mak... yum yum yum


So petang semalam, aku bagi tahu Ijat... since Zamani tak kerja, dia kat umah, tak yah la kuar makan, panaskan sambal ayam tu dan masak je nasik... tapi Ijat dah suke main masak-masak... dia kuar skill dia so jadi la....


Laki aku puji... oooo sangat sedap....
Awie Puji.... ooooo sebijik macam mak masak, pedas, best....
Fifi and Mr Ana???? komen on sardin dia semalam Pandai noooo hang masak... sama mak...
Hahaha... susah ooooo nak dpt pujian... or they miss mak so much??? Ijat ijat... nasib mak tak bawak hang... mana pulak aku nak cari yang 'serupa macam mak'
Ermmmm sedapnya... buat tuk kak long plzzzzzz... baby request... wakakak....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Lucky to have them as Family

Semalam dapat Sms dari mak...

"Salam apa habaq semua. Doakan sihat dan terpeliharalah hendaknya. Mama kami shat belaka. Phone Mama tak boleh call hanya sms aje. Doakan mama kuat tempuh dugaan di sini"

Ermmm bila baca Doakan mama kuat tempuh dugaan di sini... aku tak sedap hati...Semoga Allah lindungi mak dan abak di sana dan harap mereka dpt jalani ibadah haji dengan sempurna.

Anyway semalam me and Ijat nak masak simple... ayam masak kicap, sayur khailan goreng ikan masin pluss sardin istimewa resepi mak... kih kih kih ijat tak sia2 hang tolong mak kat dapurkan??? Tapi last minit menu tukar... En Zamani cakap masak daging kicap, goreng ayam, than goreng telor...

Dan last minit jugak... laki aku sms suruh masak nasik lebih sbb Mr Ana and family nak makan umah... glub!!!! ni payah... sbb Mr ana pandai masak... apa la sangat nak banding dengan kami (Me expeciallykan???) Padan muke... ibu suruh belajar masak tak nak... mak ada sblm gi haji pun tak mo tolong tanya atau tolong masak... ambik ko... tetiba ku rasa keseganan sangat... tapi Che ta kata abaikan kalau suami dia tak makan sbb Mr Ana mmg tak makan tambah... tapi yang pasti Che ta kata dia nak makan sampai habis... kui kui kui... kira lebih garam pun telan naaaa....

Ijat bila dengan Mr Ana nak makan umah... dia tanya Zamani... kalau gitu kita makan luar la... hahah... adik sendiri takut nak dengar kritikan abang...tapi lama2 ku pikir... alaaaa masak je... sedap makan, tak sedap tak makan tu tak pa la... ku faham... hahahah... maklumlah mengandungkan... jiwa tersentap lebih2...

Zamani cakap muke aku pucat macam nak masuk pertandingan... hahah anyah (MR Ana is not pengadil rancangan memasak....)

Kih kih kih betul jugak... al maklumlah kak long segan ler... masakan kak long rating kumpulan 'Z' iaitu kumpulan budak baru belajar... wakakak... giler kentang... Bila tau macam tu, ku siap2 solat kat opis... ahak! plan dengan Ijat... kita kena masak sblm Mr Ana sampai... wakakak... by the time dia sampai idoklah teman takut...kot2 la terlebih garam ka... terlebih ayaq... ehhh tak tahu la... ku rasa semalam aku takut mengalahkan perasaan nak jumpa mak dengan abak pestime tau...

Balik je gigih aku siapkan barang... nasib baik hujan... hahah aku tahu mesti kes jam kat luar... fifi pun lambat balik... so aku masak daging masak kicap... NASIB baik la 2 hari sblm mak pergi Mekah aku call mak tanya mcm mana nak buat daging masak kicap, sbb mak punya resepi meletop... tapi ari tu terlebih lak air... kali ni kena buat betul2 ni... kih kih kih... ku ingat ijat tahu rupanya minah ni kata dia tak perasan mak buat macammana...belasah je la... last alhamdulilla jadi... WALAUPUN TAK SAMA dengan mak... tapi janji masuk perut ok la,kan??? Than Ijat goreng ayam... lepas tu aku tolong buat sup sayur pelato lagi tuk Aisyah... sbb semalam dah buatkan... so ari ni dah semi pro dah... *wink wink* kat Ijat sbb depa kata sama macam sup mak... vangga vangga Ijat eh...

So menu semalam itu je la... as biasa gambar tunggu Ijat... ku up date kat sini...

Anyway... tu report duty semalam...

actually aku rasa vangga dapat family inlaw dan biras yang berkerjasama... i think mak dengan abak must be proud... heheh... bukan la... aku tak puji aku baik...tapi dah mmg tugaskan. Mak dengan abak dah amanahkan umah dan jaga adik2 sepeninggalan dia ke sana... so bagi aku itu satu tanggungjawab yang perlu di pikul oleh Zamani sbb dia abang sulung... and as wife kenalah berdiri belakang diakan? takkan nak suruh dia sediakan semua...

Baby doing just fine... may be dia pun faham... tapi buat aku risau dia tak gerak2 2 hari dah... bual dengan dia pun tak ada respond... ermmm kenapa eh? i dont feel any pain la,kan... may be aku yang tak perasan atau mmg dia dah kurang gerak2...

But aku tak jalan tugas ni sorg diri... well Che Ta dengan Mr Ana pun tak lepas tangan... macam setengah family kadang2 ipar dengan biras ni mengambil kesempatan... aku faham diorg ada anak kecik, nak hantar anak gi sekolah bagai... so tak kisah sangat... sbb hujung minggu Che ta dengan Mr ana will take over lak... may be aku akan kemas2 umah, basuh baju adik-adik, bila tang masa ada org take over. Gigih menantu Cik gu yati cari resepi tiap2 ari kat opis... wakakak bule???

Tak lupa jugak pada cik yayang... tak involve directly... but tanya2 la jugak kot2 dia boleh tolong apa yang patut... ahak! Me and Che ta happy je... Fifi tu bakal laki hang jugak... time ni la tunjuk skill sayang lebih... datang umah weekend tolong kami apa yang patut ka... masak tuk abang Fifi A.K.A yang lain menumpang sama ka... kan???

Even macam semalam pun, seminggu sekali mak akan panggil anak menantu, dtg makan kat umah. Aku dengan Ijat pun takat masak tuk perut2 kat umah tu je. Tapi Zamani mmg every day akan ingatkan adik2 dia, walaupun yang hak sorang tu dah kawin ada family sendirikan? kuikuikui... every nite mmg nama Mr Ana di sebut2... tup tup dengan hapynya dia beri arahan pada me and Ijat masak nasi lebih. But bila dah berkumpul tu,kan, meriah la... cume kurang mak dengan abak je... selalu berbual dengan mak macam2 pekara, but yesterday ku senyap tetiba... hahahah... takut kena komplain... wakaka...


So malam ni apa eh menu che ta??? muahaha... or mungkin malam ni kita semua makan luar je? Boleh la survey tudung kat kedai tudung tu... muah muah muah... abang Jamani ai jeling, TB jegil mata... helo abang2.... isteri nak beli tudung tak elok halang2... abang abang jugak dapat pahala... abang abang jugak sedap mata memandang, sejuk hati, kan kan kan??? TB mungkin ku faham la, mungkin tudung umah depa dah boleh buat jumbo sale depan umah... tapi abang Jamani, dr kamu nak dengar aku bebel tak ada tudung yang kena dengan baju, baik bagi moral support ok... kalau idak???? ku keluar pakai tudung saji padan muke ko! hahah aku sendiri sanggup ke? Kih kih kih...

Gambar eh??? nantu ku post... banyak kerja nak buat... ari ni Jumaat... oh pagi ni aku gigih buat nasi goreng... erm tak sedap sbb rencah megi masin... yer pakai rencah nasik goreng la! rajin la sangat aku nak giling cili bagai... muahaha... letak sikit macam tawar... ku letak satu paket masin nak mampus... at last alternative nak bagi lupa rasa masin tu, ku potong cili padi banyak2... wakakak... bagus tak idea kawan tu??? kih kih kih... than goreng nuget... lambat punya pasal, sampai lupa aku bukan wonder women atau iron lady sbb slumber pegang kuali yang panas tanpa kain...hambik ko... gelembung tangan mak nakkkkk....tapi tak pa... suami ai punya pasal, ku sanggup redah... Encik Zamani... sapu ubat... wink wink... lain jeeeee bunyiknya...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-