Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 21, 2008

Yeh! Dapat kad raya... lalalala

Aku dah dapat kad raya dari 4 org sahabat bloger! Jangan tak tahu, aku mmg tak malu... gi email diorg bagi add... tak sangka diorg hantar... terharu la....

Tapi kenapa tak tulis add umah... nak "Pecah kaca pecah gelas.... kalau tak ada alamat, macam mana nak balas?"

Ni pulak minggu terakhir...kalau hantar lepas raya baru sampai... aduh serba salah... kad yang beli ari tu mak aku sakan hantar kat org :( tak tinggalkan bahagian aku pun...

Aku ingat org tak sudi nak bagi aku kad raya... sbb aku taklah tanya mak akukan.... akukan anak yang baik... tengok maleh... main tanya.... tapi rasa dah seminggu aku tak tanya mak aku ada surat tuk aku ker tak.. dia pun tak cakap ada... sekali tengok 4 daaaaa....

Jom tengok yek dari siapa yek?

Taraaaa.... tengok tandatangan dia... mmg confirm la susah nak ikut... cun secun orgnya...

Amacam? Cunkan... heheh gaya lady bos ni...

Pengirimnya... ialah Kak EJ... aku mmg suke tengok muka dia yang sweet ni tau... Kasi enter 'perem' pemilik kad ni yek....

Sbb sepanjang aku baca blog dia, aku tak lagi tengok dia pakai baju kurung, so aku cilok gamba ni... biasalah aku kalau pat cilok mencilok gamba ni, mmg hobi... wakakak...
Thanks Kak EJ atas kiriman kad ni...


Second card dari gadis comel... siapa yek?

Alamak! Bukan aku yang hantar kat diri sendiri ok... dia adalah dariiiiiii


Aku kira dia ni gadis serba boleh la... dah la pandai ok! Akak jeles! To me dia ni wanita melayu terakhir... mana nak dpt gadis seba boleh macam dia ni? Menjahit, memasak, mengemas, mengajar, 'mengenjet' hahah... ni nasib dia bz, kalau dia tak bz, dia nak cat uma dia, kan DR SHIEDA? Jangan marah yer Cida gurau ajer...

Than kad yang ketiga pulak dari kawan baik aku ni...

Pengirimnya bernama?

Sign seorg lecture.... berbelit aku tengok... jawi ke ni cik hasra?

Manis je la hai dia ni... Thanks yah...

Kad yang terakhir pulak datang dari? Jeng...jeng...

Pandai sungguh aku snap gamba ni... wakakak.

Dari....

Thanks yah Cik Cempaka... sudi jugak awak hantar kad tuk saya...

Senyum yek cik cempaka... jangan masam2... hehehe dia tak banyak la letak gamba dia kat blog dia... so aku jenis yang malas nak cari sbb internet aku lembab anak kambing... heheheh, next time ambik gamba senyum yek cik Cempaka. Saya bebila je boleh cilok...

Anyway she has beautiful smile tau... kan...kan Cik Cempaka,kan?

To this 4 beautiful ladies... Thanks so much! Anyway nak balas pun tak sempat... time kasih sekali lagi ye...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Hamper Raya

Hamper ni adik aku punya... tapi aku suke isi dia... heheheh... bila nak bukak chip oiii......


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Background!

Semalam aku balik je patut aku tido... tapi teringin pulak nak buat ubahsuai umah aku ni...balik kerja sembahyang zuhur, mengadap blog sampai ler ke magrib...

Yahhhh i know... aku anak yang baik... bukan nak tolong mak aku masak Sibuk buat blog... and mak aku lak ingat aku tido kat atas... hahahah *Gelak puaka tebing biru*

Bosannya... tapi tulah, banyak yang aku tukar... aku tukar background letak gambar aku memula... gambar yang aku letak kat header tu la... tapi nampak serabut dan aku rasa poyo lak nak letak gamba sendiri as background.

Punya lama aku mengadap, last2 balik kat backgound lama jugak... aku rasa ni jugak la suci yek... tukar color pun macam tak menarik gitu, so last2 tukar header je...

Jangan tertipu dengan gamba di atas... akak lagi cun dari gamba di atas.... wakakakak...

Sila muntah semua... kuikuikui... senak perut dengar yek dengar...

Oklah tuan puteri nak beradu... daaaaa

Oh semalam juga mak aku masak Sambal goreng Singapore... Fav aku...aku malas nak ambik gambar makanan yang lain...

Ada kacang, tahu, tempe, udang, daging... sedaaapppp... tekak aku la... korang akak tak tahu...
Dia macam sambal jawa jugak tapi ni confirm pedasssss......

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Uiks... ingat pun

Bagus jugak dia masih ingat... aku pun nak tanya macam segan je...may be alasan dia wallet tertinggal tu alasan semata-mata je kot...

Aku mmg kedekut sikit kalau pat duit ni... dah banyak kali dah sebenarnya org pinjam pastu buat tak tahu... biarlah kat akhirat nanti dia yang tanggung dosa tu...

Wei RM 20 boleh bagi anak2 buah aku ampau oooo raya...betul tak?

Nak pinjam lagi? wekkk jangan harap!!!

Tapi tak tahu la kenapa aku boleh bagi kat dia... pelik!

NOTA KEPALA : Aku tak pandai la nak buat xprasi muke yang tomei2 macam korang..kihkihkih

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-