Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 3, 2008

Memori




Perh angin sungguh mak cik anak-anak oiii.... aku upload sikit punya lama... dok pikir macam mana nak upload video ni... kat multiply aku upload dekat 2 jam... kat blogger lak tak leh nak upload. Apa ke heinya yob?! Punya la sengal aku ni, dah berjaya upload kat Multiply aku dok rite clik konon2 nak save la... kepala otak aku... heheheh. Tapi aku berjaya juga cari jalan tuk tunjukan video ni kat sini... Jay and Yana... Pidah sedih sbb korg tak dpt datang. So she know both of u selalu jengah blog aku ni tuk mengetahui cerita2 dan aksi-aksi panas kat Malaysia ni... so tengoklah drama senandung air mata duyung mak aku dan si pidah... tak sesuai tul! Poyo mak aku gelak2kan bapak aku konon nangis, tengok dia lagi parah... bila tegok vedio ni sedih je rasa.

Pagi tadi dengan slumbernya aku bukak almari adik aku... maklumlah kita share2 baju. Tetiba kerkujat kejap ada kemeja lelaki dalam almari dia... mustahil kemeja bapak aku,kan? So teringat la dia dah jadi isteri org... aku ni suka suki lagi bukak almari dia... kena biasakan :( kalau tak melarat tak tahu nak hormat barang org :)

Wedding

Aku rasa blog ni panjang... banyak citer aku nak bagi tahu ni... but i will make it short ok... and full this page with picture!

Alhamdulilla segalanya berakhir dengan selamat. Walaupun banyak sangat masalah yang muncul di saat akhir... aku kalau boleh tak nak cerita, tapi semua dah ok and banyak pujian yang kami terima. The wedding berjalan dengan lancar. Semua org memuji layanan yang sangat baik ( chewah... me and my family sedaya upaya menyambut tetamu sama ada kenal atau tak), makanan yang TIP TOP, thanks to Saleha Catering. Kemah yang sangat selesa, with light and fan top of it...so tak la kepanasan. Thanks to Siti Bridal tuk kemah yang sangat2 selesa. To my untie and uncle yang tak letih melayan tetamu... serius... aku mmg terharu... even it only my sister's wedding...

Ok banyak masalah muncul and kami buat semua last minute punya kerja... well pada yang mengikuti cerita aku, semua tahu prelude mcam nak rak yek... FYI, mak andam adik aku last minit buat hal... less than 10 day dia nak kawin, kakak mak andam dia call suruh cari backup plan. And kami apa lagi, bridal mana yang nak ambik dalam masa seminggu majlis perkahwinan. And i really pity my sister... tapi ARZU BRIDAL yang terletak depan Sogo sanggup menolong kami... saiz adik aku sangat kecik. Semua Bridal tak ada baju sekecik dia dan kalau nak tempah punmmg tak sempat, nak fitting pun akan nampak kelakar. So ARZU BRIDAL yang ada 20 org mak andam, sanggup ambik and kebetulan diorg baru buat collection tuk org2 bertubuh kecik macam adik aku.

Second problem, pelamin kita pasang one week before... dah last minit so jadual diorg dah penuh so terpaksa la buat pelamin awal2.

Bilik tido kita buat sendiri and pujian tip top to my sister's friend Akmal.

Last minit jugak tangki umah aku bocor, waktu bz pasang kemah semua, time tu air melimpah2... time tu jugak la betulkan. Hari tu jugak mak aku sibuk suruh cousin aku mengecat kat belakang rumah, than sehari sebelum nikah, baru perasan bunga manga tak siap lagi, lepas tu berkat tuk pihak lelaki tak siap lagi... semua kami buat hari khamis tu jugak.

8 Kemah yang kami pasang... mmg puas hati. Walaupun RM 250 sekemah, org kata mahal, tapi puas hati hasil kerja diorg yang sangat kemas... so gamba yang dah siap tak ada la... pastu dah bz sampai tak sempat nak ambik gamba.

Dengan cat tumpah...

That nite is Pida's Birthday... so buat suprise tuk dia dalam sibuk2 buat kerja persiapan nikah tuh.

Rupa bilik pengantin.... mmg menerima pujian... Akmal, lepas ni boleh terima tempahan gubahan bilik tido :)

Sebelum

Selepas

Ok la tu yek? Adik aku pun request kat kawan dia buat sesimple boleh... so ini la hasil dia, kami hanya decor dengan bintang ni....

Dan thanks to this girl... mmg semua puji bilik tido pengantin lain dari lain.... aku tak kisah itu pujian iklas atau tak, but aku sendiri suka :)

Majlis pernikahan berlangsung di Majid Ampuan Rahimah, Klang ( kalau tak salah la nama Masjid tu). She is the most beautiful gal :) that my sister! Ken jugak tak kurangnya.... kecoh sikit sbb pengantin lelaki datang lewat gara-gara tersekat kat MIR2 akibat banjir kilat kat KL. Sepatut majlis nikah pukul 4.45 tergendala ke pukul 6.00... tapi ada hikmah di sebaliknya, sbb tok kadi dah bengang tunggu lama sangat, sampa je terus nikah berlangsung... sebelum tu ada satu pengantin lain, menurut saksi kejadian pengantin lelaki tu kena baca banyak surah...

Hantaran dari pihak lelaki

Akaq di jalankan...

Sijil Nikah... wahhhh dah sah!

So meh tengok gambo malam berinai and persandingan

Sori muka akak mmg tak suda punya muka, tak sempat nak make up, tak sempat nak buat rambut... bengang arrrr muka makin naik macam pen kek!!!!

So macam mana? Gamba-gambar nanti aku upload kat Foto Album kat Multiply. Uhhh penat taip. So next week pulak majlis kat Kuala Kangsar pulak... beban yang aku tanggung dah pun selesai...lepas majlis ari Ahad tu aku bantai tido....

Oh lupa nak citer masa berlangsungnya majlis, purse aku hilang. IC, lesen, ATM Kad, Credit Card, discount card, point card (heheheh) habis ilang.... so semalam setengah hari aku habiskan masa gi report, buat IC baru.... kena kompaun RM 100...hampeh tul la! Asal la kompaun aku lak? Bukan aku suruh pencuri tu ambik IC aku!!!! Mmg bengang gila. Aku dah jadi pendatang tanpa izin.... kad pengenalan sementara aku hanya sehelai kertas!

P/s : Bakal2 pengantin... ambik ARZU BRIDAL... layanan mmg bagus. Call adik aku every time tanya, pelamin macam mana, baju ok ke tak? Kasut matching ke tak? Even dia call mak andam to check everything ok ke tak and yang best secara langsung dia tanya adik aku waktu solek tu, mak andam diorg buat kerja dengan bagus atau tak!!!! MMg tak menyesal ambik, cuma mahal sikit la kot... heheheh