Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 20, 2008

Berjalan bersama Cik Hasra

Lepas ke rumah SURI aku ajak Cik Hasra jalan2 ke Jusco Bukit Tinggi Klang. Tapi sebelum tu, aku bawak Hasra ke Butik Saloon Vannesse International... ingat entry aku ari tu? Dia dah berkenan dengan produk tu... akak tu promosi baikkkk punyeee.... niat hati nak tahu je yek Cik Hasra? Tapi terbeli jugak yek? Aku tak bersubahat... macam aku cakap entry aku yang lepas tu tak ada niat ooo nak suruh dia beli ke apa... tapi Cik Hasra nak menerai... habis RM 150 dia... siap akak tu kata jumpa aku kalau ada masalah.... larikssss.

Tapi betul la aku sendiri pakai product ni dah 7 tahun... lama tukan? in fact adik aku pun pakai. Perubahan yang amat ketara. Tapi sekali lagi, aku tak tahu la, tapi aku serasi dengan product ni. Lepas dah beli Vannese tu, kitaorg pun gi la ke Jusco Bukit Tinggi sbb Cik Hasra dah teringin nak makan Big Apple dek gara2 entry aku yang lepas...so kita ke Big Apple sekali lagi.

Pilih jangan tak pilih....

Member dok excited nak rasa Big Apple ni... tak agak2 ambik satu kotak yang ada 6 piec.Aden hanya jurugamba :(


Pilihan-pilihan donat yang ada

Mamat casher tu mcm nak telan aku jo... dia yang posing... takut akak dik!!!

Aku tak kenal pun cino2 ni... saje nak tunju korg yang aku ni pembawa rejeki di sini ~haktuiiii sila muntah you all~ tetiba je ramai org beratur kat belakang...tadi waktu kitaorg masuk pekerja-pekarja siap berbual2 tak ada kerja.Dan dan ramai... vangga la tu konon... hahaha...

Ok Cik Hasra dah puas hati da. Jom... aku nak lepak secret receipies lepas ni...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Award from PearlEj

Thank you Kak Ej sebb bagi award ni...Active Blogger Award 2008... tapi slack la pulak... gambo mamat ni...siapa yek dia? Confirm tau mamat ni yang create Award ini...tak pa la... korg jangan ingat lak dia ni BF aku ke apa lak kalau aku letak kat side bar. Try tukar gambo kak EJ tak boleh la...

Sehari suntuk aku cube menukar gambo lelaki ni pada gambar PearlEj tapi tak leh la... tapi nak jugak letak... heheheh

Time kasih kak Ej yek... and all this Award aku bagi ke mereka yang rasa-rasa diri mereka tu active blogger macam aku...kang sebut nama tak letak, akak tukar jadi badang siapa yang susah? Kuikuikui... so ambik ok! Jangan memalu....:)



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Kunjungan Ke Rumah Intan Suraya (SURI)

Kita ke rumah ex schoolmate... jeng jeng... mesti korang pelik... kenapa title ke umah Intan Suraya lak... tu nama dia dlm IC... SURI is combination nama dia dah husband jadilah SURI...di sebabkan nama blog dia SURI, so just mention her as SURI lah ok... kang ada lak terconfuse.... aku panggil dia Sue je...

Lama aku tak jumpa dia... sejak sekolah semuanya ilang... tapi Friendster menemukan aku... heheh tak sangka ok dia boleh ingat nama full aku ok! Vanga! Maklumlah kalau korg nak tahu akak ni tak popular... suri lak opposite...

Tapi blog dan YM telah merapatkan kami... she not bad at all! Dulu ganster oooo... tapi aku tahu she is nice and sweet friend...

So itu salah sebab aku tak nak hampakan undangan dia... dia siang2 cakap "Aku merajuk kalau ko tak dtg ok" so aku dah la tak ada kawan... heheh takkan nak bagi dia merajukkan?

Umah aku dengan SURI dekat je... dalam 5 KM je...so carilah umah dia... dia ada bagi landmark umah dia depan tangki air yang besar kat Bukit Tinggi.... so i folo ooo that landmark... sekali jumpa satu umah yang sangat besar di hujung... (akak terpaku sekejap) betul ke umah ni... segan la nak masuk.. call SURI than dia sambut kami... wah suke...

Aku nak ambik gamba tapi macam segan gitukan... sbb org lain tak giler macam aku... heheh... 10kali kuar camera tapi masuk balik dalam beg sbb segan... padahal SURI pun blogger.. mak aku pesan kalau gi umah org kena sopan...kuikuikui....

Tertarik dengan benda ni... mmg sesuai...

Sampai2 je kami di jemput untuk makan!!! Alamak! aku sangat malu ok nak makan. Bukan nak ampu SURI kat sini... Chewah Suri jemput2 aku mkn aku kata ya ya aku makan, aku ambik Suri jangan riso tapi penyakit segan aku buat aku gigit jari oooo kalau tengok makanan fav aku all the way... ku pandang kiri aku nak makan ini, pandang kanan aku nak makan tu... tengah lapa ok! Maklumlah baru balik kerja... Cik Hasra ambik sikit je sbb dah melantak umah aku. Aku jeling2 je makanan tu...

Gamba ni aku suruh tuan umah yang ambik... hahah nak masuk blog! Tapi CIK SURI oiiii awat ko ambik bekas laksa? Mana gamba isi dlm tu? Heheh saja tau nak tunjuk bekas makanan yang uniq tu....kuikuikui....

Aku makan nasik beriyani dengan daging masak kicap + Ayam masak merah... serius... sangat sedap... padahal mak dia masak...Sumpah aku tak tipu...ayam aku sebat 2 ketul, daging ambik satu senduk... aku nak ambik kuih segan... aku sempat makan capai kuih cara berlauk (ye kot) tapi kat melaka panggil kuih bakar berlauk. Sedap la... ayooo terbayang2 ok rasa ayam masak merah dengan daging tu... tak caya tanya Cik Hasra...

Di sebabkan SURI kata ayam masak merah tu mak dia goreng dulu... so agak keras... agak susah nak makan pakai sudu garfu... maintain akak makan nasik dulu... ayam ni macammana aku nak makan ni... last nasi habis akak mmg ambik risiko sanggup mati.. gata pakai tangan ooooo... sodappp. Tak percaya ke?Mesti ada bukti....

Kalau kat umah aku mmg slumber... umah org tuh!!!ada jugak ayam aku terbang tau... Cik Hasra golak je.... time ni tak ada org... kalau ada org jangan harap aku nak ambik gamba...

Cik Hasra yang kekenyangan

Aku yang ruper badak kekenyangan...kuikuikui

Memula ni SURI duduk berbual dengan aku dan Hasra... tapi dia become Bz women bila kengkawan dia dan laki dia dah sampai...so gamba baru nak snap... siap warning Hasra ambik gamba kitaorg bual... pastu SURI lesappppp. Punah harapan mak cik nak...

SURI yang bz bagi direction ke umah dia...banyak tul org call tanya direction umah dia.

Suri dengan anak buah dia... geram aku budak debab ni... memula tak mo aku... siap tepis2 lagi... nak balik dia nak lak dengan aku... siap halau mak cik dia... (SURI)... maka tertangguhlah lagi masaku tuk pulang sbb Baby Sofia ni dah sedia nak ikut aku balik.... hehehe... atuk si Sofia ni dok mengendap je takut ler cucu yang comei ni ilang,kan... aku nak kipnap budak demuk ni!!! montel sungguh!

Ok layan gamba ok!

Tengok dia nak acik Cida ooo.... cayak la...

Ya budak ni mmg tak akan senyum...agar la macammana pun.... Bencik tau! Suri dah kawin muke macam anak dara la... stil maintain tau muke cute alah2 baby manja... muke aku macam anak satu...anyway ada rupa ibu mithali dak? wahhh gitu...

Tengok... puas SURI pujuk dia... dia tak mo da... yahhhh masa tuk mengkipnap budak montel ni...

Masih tidak berjaya ok... suke giler aku... hahaha... SURI apa nama full si Sofia ni? Budak2 sekarang nama Masya Allah... tak panjang mesti berbelit...tak berbelit mesti panjang... kuikuikui...

Apa-apa pun time kasih ok Darling sbb sudi jemput aku ke rumah. Nanti bebila kita lepak luar ok... *HUGZ

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Dia!

Ni gara-gara mimpi malam tadi la ni buat aku tak senang duduk... dok pikirkan dia... i tot everything ok tapi sebaliknya pulak! Not strong enuff!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Kunjungan Cik Hasra

Hari sabtu yang lepas Cik Hasra mai umah... Sabtu tu kawan sekolah aku si SURI buat open house... lama tak jumpa dia... sepanjang aku meninggalkan sekolah, sepanjang itu la aku tak jumpa SURI...

So tu nanti aku citer ok... di sebabkan aku tak ada kawan, boyperen pun 'elek' nak menyeret... macam segankan nak gi sengsorang... aku ni jenis memalu sikit... heheheh takkanlah SURI nak berkepit je dengan aku... macam aku je kawan dia,kan?mestilah dia bz sebagai tuan rumah,kan?

So nasiblah Cik Hasra sudi menemani walaupun tak berberapa sihat hari tuh... time kasih :)Dr jauh dia dtg ooo... sorg lak tu... kalau mak cik maaf la... kalau tak ada Cik Tipah kat sebelah, jangan harap ar.Tapi nak gi open house umah kawan lama takkan nak bawak mak lak... hehehe...

Menu kat umah aku simple je... buat alah2 hidangan singapore... Cik Hasra tetiba nak rasa sambal goreng Singapore tu...sbb aku ada post kat entry bulan puasa ari tu... even waktu raya pun ada kot... so suruh mak aku masak... over lak org tua tu dengan nasi impit dengan sate goreng... well tekak aku tekan Malaysia lagi... macam pelik nasik impit makan dengan sambal goreng tu.... tapi Cik Hasra nak mencube...

Ok tak ada gamba sbb aku charge bateri camera. Lepas makan, aku siap than zazzzzz kat umah Suri.


Cume waktu nak gi je aku snap satu... bukti dia dah beraya kat umah aku.... jommmm ke rumah SURI...

P/s tuk Hasra - maaf la waktu Hasra mai umah berselerak... maklumlah akak sepupu cida and family mai pastu agak kelam kelibut sb cida balik kerja mak tak masak lagi... kira Hasra dtg on time la... makanan panas-panas... kalau tak sedap sori yek :) Thanks again for coming

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thanks Ikhmar

Thanks to My dear sista IKHMAR sbb bagi award ni... tetiba macam terharu gitukan....thanks ikhmar...

Thanks Ikhmar... suke sangat ... kucing lak tu... buat sendiri ke? Time kasih ok...

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Fadzlin Basyirah ~ Al - fatihah~

Petikan blog dari seorg sahabat.... (Entry ni di tulis Jumaat lepas ok)

Masihkah ada harapan
Fazlin Basyirah…4 tahunapa takdirnya jadi begini..??? Dia sedang menderita mengidap penyakit Kanser organ..hampir 90% organ dalam badannya diserang kanser…Macam mimpi..! Kanak-kanak secomel fazlin terpaksa mengharungi hidup dengan kedua belah buah pinggangnya rosak...

Ya Allah, apalah dosa kanak-kanak ini..dulunya dialah yang paling comel, cerdik, kuat menyanyi, melaram…dia tak nakal macam kanak-kanak lain..dia sentiasa leka bermain anak patung..tapi kini dia hanya terbujur kaku…hanya mata yang memandang sekeliling..Hampir 2 bulan berlalu…kini Fazlin disahkan tiada harapan malah kini dia sedang tenat…macam-macam usaha sedang dilakukan namun semuanya menemui jalan buntu..
Kenapa???

Hanya kerana doktor mengatakan kejadian ini berlaku pertama kali di Malaysia…Benarkah ini??? Mengapa dugaan ini melanda lagi…? Kak Eta, abang asry iaitu ibu dan ayah fazlin terkelu..banyak mana pun melimpahnya duit..dah takde makna lagi..Aku dan suami sentiasa mengingatkan..SELAGI ADA HARAPAN JANGAN SESEKALI KITA BERHENTI BERHARAP…biarpun telah disahkan tiada harapan lagi, namun ALLAH maha mengetahui..takdir akan mengatasi segalanya..hanya doa dan tawakal akan mengiringi usaha untuk menyelamatkan fazlin…Bagi pembaca blog ini..sama2lah mendoakan kesejahteraan fazlin..baik didunia ataupun di akhirat..Amin..
*******

Penulisan seorg sahabat lama aku tentang anak buah suaminya... aku pernah baca article ni kat blog kawan aku setahun yang lepas... dan seyes, budak ni sangat cantik... tapi di sebalik itu, tak ada siapa pun tahu dia menghidap penyakit buah pinggang...

Semalam aku berchatting dengan kawan aku Nurbaya... memula perasan status kat YM dia, tapi aku diamkan je... tak nak la sibuk sbb mungkin dia bersedih... tapi petang tu kami berkongsi la cerita... sbb aku perasan 2 hari dia tak on YM dia...

Rupanya budak tu dah kembali ke Rahmatullah... terkejut aku... aku tak pernah dengar cerita budak ni, dan aku jugak tak pernah kenal siapa budak ni... tapi air mata ni mengalir bila Nurbaya (skema aku panggil minah ni Nurbaya...padahal aku panggil dia Abby jo) cerita pasal budak ni...

Contoh on that day terbaca blog seorg kawan, waktu kes hidung anak diorg berdarah sbb benda alah tu... aku yang balik panic... tak tahu tapi ini yang aku rasa... aku tak tahu la kalau masa hadapan aku boleh jadi yang baik atau tak... adik2 aku kata aku kejam!!! Bila Mira jatuh kerusi waktu dia berusia 5 tahun dulu... aku boleh jadi gaduh dengan akak sepupu aku semata2 dia kata anak dia gurau... jatuh sikit tapi menangis dan mengada je lebih... dah bila aku naik hantu... dia bawak nak dia gi klinik... terbukti tangan Mira retak! Siapa nak jawab?

Aku bukan nak menunding tangan atau jari... setiap manusia ada lalainya... tapi apa yang aku dpt dari Nurbaya sangat bermakna... anak sekecik itu tak pantas menangung kesakitan macam tu... wahhh akak very sensitip adik oiiii

Menurut Nurbaya, penyakit Fazlin dapat di kesan waktu 4 tahun... selalu mengadu sakit pinggang semua org kata dia macam mak nenek kecik2 dah sakit pinggang... sampai darah keluar dari pampers baru parents dia sedar... Ya Allah hanya mendengar cerita je aku dah sedih... jiwa aku dah jadi kacau... apa lagi perasaan mak diakan?

Tambah lak bila Nurbaya cakap abang dia yang sulung berusia 12 tahun, dan 8 tahun... cium jenazah siap minta adik dia maafkan salah silap dan maaf kalau air buatan dia tak sedap... aduhhh makin tersiksa batin aku tengok kanak2 macam ni... apa pun... kita ramai2 sedekahkan Al fatihah yer...

Oh satu lagi yang aku nak kongsi... kacang tanah penyumbang kepada sakit barah... kacang mudah merebakan sel darah... sejauh mana kebenarannya aku tak tahu...may be DR Hanna, Dr Shieda dan DR Din boleh huraikan sejauh mana kebenaran ini sbb yang bagi tahu Nurbaya ni pun doktor yang merawat Fadzlin ni...
Jom layan gamba ye...

Cutekan? aduhhh sedih aku tengok

Sakit tapi masih mampu tersenyum

Aku tersentuh dengan gamba di bawah ini. Dia masih mampu tersenyum walaupun dah kritikal... seyes aku sedih gila... sebak wei rasanya....
Guys bukan niat aku nak menyebarkan gamba2 ni untuk penghinaan... i love kid so much! Tapi mungkin ini boleh kita kongsi bersama... kalau kita boleh cegah kita cegah... ramai ibubapa ambik mudah kesihatan anak2... diorg kecik tak leh tahu apa itu sakit... paling tidak diorg menangis... sedih aku tengok gamba yang Nurbaya sent kat aku... sebak weiii... tapi ini lah dugaan Tuhan....


Semoga dia tenang di sana...


Al fatihah....


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-