Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

macam bangang!

Uhhhhh baran sungguh!!! Panas hati pun ada! Ni gara2

1. Beta tak peyed lagi! mungkinkah???? peyed aku sentiasa cepat atau tepat... tak pernah lagi lewat wokeh!

2. Kerja terlalu banyak nak buat! Tapi sempat update blog... tengah2 emo ni seronok menulis!


Tapi ari ni kesabaran ku tercabar! Olehhhhh???? ha ni aku nak cerita! Ctos!Pasal apa???

Ku terima statement ari ni... kawan aku biasalah sore dia mmg macam petir! Dia cakap dia dah bayar payment tuk May - sept 2009... pls check betul ke tak??

Aku check mmg betul.... ku carilah num chq bagai! Sbb sedia tuk bagi maklumat... but this gurl, make my bloody blood go up! Y???

The gurl call Atie

Atie :- Maaf puan boleh sent copy bank slip tak???

Ada la pulak bank slip??? 2009 rekod ma! hagak sikit ko nak aku cari???? Anyway yang buat tu semua kawan aku, dia isu payment, dia bank in terus kat Ctos, itu pun tengok tahap kerajinan dia, kalau ada bank slip dia bagi la kat aku, kalau tak, mmg buat bodo sua! Sbb dia akan fax copy kat Ctos, so bila dah fax buat tak tahu dah la,kan?

Aku :- Cik adik... 2009 punya kes oooo... saya kena cari satu2... saya bagi cek number, u cek la.

Atie :- Oh Susah puan kami banyak customer bank in... Ada aku kisah???

Than what is ur job?? tengok bank statement ko duit masuk??? siapa masuk ko tak ambik peduli??? I do the account la bai! Every each transaction yang masuk tanpa ku tahu siapa yang bank in, ko buat bodo ke pun??? Proper account ke tu??? Wahhh darah naik kat kepala

Aku :- So problem saya ke tu? U kena la monitor... kena la tahu siapa yang yang bank in duit tu

Atie :- Kalau customer tak fax bank slip, kami tak tahu puan...

Mmg la HARAM!!!!! Benda tu anak buah aku pun tahu!

Aku :- Than duit masuk than korang buat apa? ternganga???

Ha! Best kalau marah org nak peyed! Dia pun hangin jugak dengan aku siap 10 kali sebut Ya Allah! tapi tidak mengisapkan aku atau menyejukkan ati yang membara.

Atie :- Customer kami banyak puan, bukan sikit

Aku :- Than Ctos must have gud system than to keep track payment... not by sending statement je... and like my case, i tentu la marah sbb dah bayar and statment u show kita hutang... when i give you the cek number than senang la u mark rite? Now i give you cheque num, pls check!

Korang tahu dia jawab apa???

Atie :- Tak boleh cek puan, tak gune puan bagi sbb Maybank statement tak show cek number bank in...

WHAT THE FCUK! DIA TETAP TAK NAK CARI JALAN TUK SETTLE BENDA NIKAN???

Aku rasa nak lempang je minah ni! tapi mmg betul aku tak faham awat maybank tak ada tulis number cek masuk>>> hehehe perluka aku salahkan dia??? Nak je aku tanya... korang tak buat bank reconcile every month ke????? opsss big company gue tak tahu... but somehow aku rasa mmg perlu adakan? Even waktu aku buat practikal kat Majlis Perbandaran Melaka dulu, macam haram je aku kena buat bank reconcile manually. Ha customer kami??? Tu satu kawasan melaka tengah tu... org dok bayar cukai pintu, cermin bagai... duit kuar semua...

Yang buat aku marah, kot yer pun bontot ko berat nak cek, ko boleh tak at least laaaaa

  • Puan bagi number cek, tarikh cek and amount puan bagi saya cek dulu?????

BUKANNYA!!!!

  • Puan tengok bank statement puan, than fax kat saya amount tu....sbb mmg tak ada figure tu dlm bank statement kami!

Heloooooo u asking ur customer buat kerja onbehalf of you???? kepala otak berjambul hang!

Aku :- Kalau saya jumpa amount tu clear dlm bank statement saya! You watch out! seriously!

GEDEBANKKKKKKKK!!!! akak hentak fon purak2 garang arrrr!

Than cari bank statement! Jumpa that figure! Ku tulis sebesar anak semut yang gemuks nota kat dia! Tinggal tak tulis...

KO BERHENTI LA KERJA! TAK PUN KO BACA BLOG CIK YAYANG PASAL ANAK MELAYU MALAS NAK MAMPUS!

Hahahah termasuk aku! Eh malas aku pun, tanya bos aku bila ada inquiry dari dia atau customer ada tak aku bagi alasan bodo macam minah ni... malas aku pun ko tanya laki aku, aku abaikan tak kerja umah??? ha ha ha!

Monday, January 18, 2010

Sila hentikan semua ini...

Ku bukan nak cari gaduh... ku bukan nak menuduh (seperti sesetengah pihak cakap aku suke sangat serkap jarang)

Tapi aku rasa rimas... benda ini berlarutan hampir setahun... tahukah kenapa aku privatekan blog aku? Sbb aku tahu ada segelintir org menyalah gunakan info yang ada dalam blog aku ni... walaupun blog ni tak banyak info la... heheh maksud aku, ada plak setengah pembaca menyampaikan berita yang tak betul kat individu lain...

Ya aku akui aku kadang2 emosi... kadang2 terlepas cakap jugak... kalau tak di tegur kadang2 aku lupa akan kesilapan aku itu... aku tahu kadang2 aku marah, aku gunekan blog sebagai lepas geram... kadang2 ada plak individu lain terasa...aku tak kisah sbb semua org ada perasaan jugakkan... so dari nak panjangkan cerita sbb tu aku privatekan blog ni, supaya tak ramai yang sakit hati...

Tapi ku sedar sesuatu... ada rupanya spy kat FB aku... menyampai jugak pada individu ni... aku tak kisah pun la... dah malas... yang individu ni la bising2 email kat aku... walaupun aku dah block dia kat FB, tapi dia tetap tahu semua status yang tertulis kat FB status aku... erm pelik bukan? Hanya satu... mesti la ada penyampai maklumat bukan?

Semua reader yang aku invite in this blog... i trusted each one of you... including my silence reader... kalau ada pun 'kaki' individu itu di sini membaca dan ingin menyebarkan, ku tak tahu apa salah aku pada kalian, yang aku tahu ini hal antara individu tu dengan dengan Zamani, aku sendiri tak pernah nak masuk campur hal mereka... aku isteri zamani yang sepatutnya ada hak nak masuk campur, tapi aku memilih tuk tidak masuk campur, tapi kenapa kamu yang tidak ada kena mengena dengan mereka perlu masuk campur?

Aku naik rimas, sblm aku private blog, each entry nak kena tapis, sedangkan sebelum ni tak ada isu pun... apa yang aku buat dengan zamani, menjadi salah plak... sampaikan nak tulis entry dapat hadiah dari suami sendiri pun ku malas nak letak, sbb apa?? Bila tahu mula serang, hina macam-macam... tapi aku tetap diam... tetap tak masuk campur, nak diamkan tindakan individu tu, aku tak tulis... tak pa la... not everything bole sharekan?

Tapi bila individu ni email aku... cakap aku tuduh dia nak retak umahtangga aku semua... aku jadi geram plak... bukan la geram kat dia... mungkin english terlampau tinggi tak faham lak bahasa melayu yang simple ku tulis kat FB... aku tak kisah la ko ada unfinish business ke apa ke dengan suami aku, aku tak ada kena mengena...sumpah dengan nama Allah aku tak pernah halang apa juga tindakan suami ku walaupun kadang2 apa dia buat menyakitkan ati aku tapi aku berpegang pada satu tuk terus mempercayainya... mempercayai dengan setiap tindakkan dia... tanpa rasa sangsi... coz i know my husband even we know each other less than a year...

Dan pada penyampai berita... dan sekiranya ada kehadiran kamu dlm blog ni... tolongla... hentikan... cukuplah nak tahu pasal suami ku menerusi aku, blog atau di mana sahaja we connected... aku personally tak ada masalah dengan kamu, bukan? Kamu pun hanya di suruh je tuk tahu kot2 aku ada maki atau hina individu tu... jadi tolong la henti menganiaya saya... dan jangan di laga2kan lagi antara saya dan individu itu bule?

Sebagai seorg isteri, bukan tugas ku tuk bagitahu apa dia ( zamani) perlu buat... apa dia kena buat... tapi kalau konsep itu yang di pegang oleh individu itu, maka tak payah jadi isteri... gi jadi peguam bela sahaja... atau profesional advisor... ORG LAIN mungkin boleh control suami buat itu buat ini... but not me... i guess individu tu lagi kenal lama Zamani dari aku... i think dia patut tahu lakan? sori... its not my business...

And stop atas ugutan2 dan doa buat kami... takut terbalik makan diri sendiri...aku yakin apa jua musibah yang melanda atas aku dan suami... adalah ujian Allah...dia yang berhak menjatuhkan hukuman dan musibah, dan musibah itu tuk mendekatkan kami pada Dia... bukan pada kamu...

So ini pun kalau ada org nak menyampai silakan... bukan nak cari gaduh... tapi jangan buang masa email aku ke, call aku ke... sbbnya aku tak leh nak buat apa-apa... kau sms, atau ko email, aku hanya sekadar baca je la... apa yang boleh aku buat? Kalau kau call sekali pun, kau maki aku sebakul dua pun, apa yang leh aku buat? Hanya mendengar... so cukup... jangan buang masa... dan jangan sakitkan ati sendiri...


From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Saturday, January 9, 2010

Maaf tapi sekadar luahan

Bila dengar lagu ini, aku jadi pilu....




Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku



Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...



Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini



Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Pelangi petang... lagu Arwah Sudirman... tetiba dengar lagu ni, menitis air mata... wordnya amat menusuk hati... sesungguhnya aku rindukan saat kehadiran dan bersama Aryssa...



Ya Allah... tiada niatku tuk mempersoalkan segala yang telah kau tuliskan buat ku... tapi setiap hari aku jadi rindu... aku ingat dengan masuk kerja, bule lupakan semua, but ingatan terhadapnya semakin kuat... ku cube lupakan... membzkan diri, namun gagal... walaupun tak sekerap mana, tapi ada ketika air mata mengalir kerana rindukan dia...



Aku hanya dpt lawat kubur sekali sahaja... keadaan tak mengizinkan... hujan di waktu petang... hari biasa pulak kerja... tapi setiap kali solat ku tak lupa doa tuknya... WALAUPUN ku tahu dia bersih tiada dosa... tapi hatiku lebih tenang...



Maafkan saya... tapi terlalu lama saya simpan...melihat anak2 kecil ni, hati aku terasa sangat sedih... tp saya sembunyikan kedukaan ini sbb tak nak mereka di sekeliling saya susah hati... terutama Zamani... tiap hari without fail... aku terkenangkan dia... indah saat itu walaupun aku tak dapat nak tengok dia besar... macammana agaknya ibu2 yang dah tengok anak mereka, than saat tu Allah mengambil anaknya... tentu lagi parah perasaan mereka...



Hanya itu yang aku boleh pikir tuk menyedapkan hati... melupakan sedikit kesedihan dan kerinduan... "Engkau tiba bagaikan pelangi tak bercahya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati ini, seharian waktu bersamamu tak terasa saat yang berlalu, bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua..."



Aku tahu pasti ada yang cakap aku ni nak ambik simpati... sajer mengada... tapi percaya la... perasaan ini bukan aku buat2... perasaan ini melemahkan aku...kian lama ku tunggu kedatangannya...segalanya indah pada mulanya tapi berakhir dengan kesedihan. Anak harta yang paling berharga bagi setiap wanita... dan anak jugalah membuatkan wanita2 sanggup melakukan apa sahaja tuk mendapatkannya...



Apa lagi mendengar berita yang buang anak... hati aku jadi begitu sedih...sekali lagi mempersoalkan mengapa mereka begitu senang membuang rezeki Allah tanpa rasa simpati dan kasih sayang??? Tak indah ke saat kandungan tu? Tak sakit ka menanggung sakit bersalin tu?



Dan ketika hati di landa pelbagai soalan, aku masih sedar... dan tak sepatutnya aku mempersoalkan segala hukum dan ketentuan Allah... en suami selalu nasihatkan aku, ada sbb Allah tak makbulkan dan tarik dia dari aku... Allah tak kejam dan tak pernah menzalimi hambaNya walaupun Dia di persekutukan.



Pagi ni terlampau pulak rasa sedih... selalunya takat termenung... tapi hari ni berjurai2 air mata... dada semakin sebak... ternyata aku masih belum lagi kuat tuk menerima... tapi aku harap kalian dapat faham apa yang aku rasa... agak sukar bagi ku tuk melupakan saat2 itu.



Ku percaya nanti di satu masa, sang suria akan menjelma jua, membawa harapan yang mengunung... bersamanya...Insya Allah...





From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone


Monday, January 4, 2010

Ku tahu

Banyak kerja tapi nak jugak buat blog bule??? hahahah

Lately me and Zamani ada sikit gangguan... tapi aku sedar dan sebagai isteri tak boleh nak melatah... kalau suami aku bohong sekali pun, wajib bagi aku tuk percaya dia... dosa dia la tanggung sbb menipu isterikan? Idok la beta bodo atas janji lelaki yang bukan suami beta...

Bukan niat nak lepas cakap,tapi ku harap sesetengah pihak faham... nak kata aku bodo... katalah... aku nak masuk syurga... hehehe... tapi lebih lagi bodo kalau percaya lelaki yang bukan suami kitakan?

Dan ari ni sangat peliks bila suami ku call berulang kali... tak la berulang kali... but i know he worried about my feeling... tersentuh bila dia cakap apa dia buat yang lepas tu semata2 nak jaga emosi aku tika mengandung... dia tak nak aku stress... now me and him tak ada komitmen pasal anak dan emosi... so dia berani buat keputusan...biar pun keputusan itu akan buat umahtangga kami goyah... (dek kerana org dok kacau)... yang penting based on trust! Mmg susah, tapi its time to change... dengar cakap BF hidup ko dunia akhirat merana, tapi kalau dengar cakap suami, di dunia mungkin agak suffer, tapi di akhirat Allah janjikan kebahagian...

Hubby you dont have to worry...

Selagi kau perlukan aku di sisi... selama itu la ku akan bertahan... aku akan pergi sekiranya aku tak di perlukan lagi... ku harap kau terus jujur like u did now... apa berlaku mmg menyakitkan... tapi sakit tu kurang bila kau sentiasa ada...

Ingat janji kita tuk senang sesama... susah together2... insya Allah kasih ni terus tetap sampai bila2... insya Allah..

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Wednesday, December 16, 2009

ermmmm

Tak tahu la apa yang perlu aku takutkan... ermmm

Kadang2 melihat 'ia' di mana2, aku menjadi

Sedih...

Kecik hati...

Mula sangsi...

Setan mula berbisik... perlukah aku bersuara dari terus berdiam??? Itu dah hak dia... hak peribadi dia... siapa aku nak bz bodi???? kan Jenab kan kan????


Crying 1



From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Tuesday, December 8, 2009

Tazzzzkirah

Semalam duduk dlm bilik dengan zamani... sian dia seharian ke Klang memula ambik kerja2 aku kat opis... yer siap bawak balik umah... padahal nak sedapkan ati... konon2 buat jugak la kerja walau ku tak ke opis... gambar malas ku nak ambik... nanti2 la... bukan nak buat entry pasal kerja... so semalam Zamani gi opis ambik document2... than bayar bil2 aku kat klang... OCBC susah bebenor nak jumpa... we all tahu kat klang je... so bayar kat sana je... than Zamani ambik stok baju kat umah klang, sambil2 kemas apa yang patut...

So balik je dia dah flat! Sian suami beta... berbual2... report duty apa aku buat kat umah... bual dengan che ta... berbual dengan cik yayang... so cerita la apa yang di bualkan... tetiba masuk lak cerita pasal isteri nusyus... ku tetiba lak nak tanya dia pasal benda tu... sbbnya???

Time aku mengurut tu, akak urut tu dengan daringnya membuat pengakuan berani mati... dia ada scandle kat luar. Bule? Aku nak membangkang apa dia buat, kang dia lanyak aku lak.. so aku pun memenangkan apa yang dia buat... maaf ku Ya Tuhan...

Tapi dia luahkan kat aku... suami dia strok... dia berkerja hampir 17 tahun dan sanggup berhenti kerja... kebetulan dia dpt offer kat putrajaya... dia dah pun bagi offer tu kat kawan dia... tapi saat akhir, anak dah di hantar ke kampung, dia nak balik sana, mak mertua dia tak bagi dia balik, suruh kerja terus di sana... boleh tahan jugak la conversation tu... dia cakap la dia kesunyian, cakap la time suami dia susah dia yang basuh berak kencing dia, now suami dia dah sihat, dia kecik hati suami dia belakangkan dia... ikut cakap mak dia... tapi nak sex pandai cari dia...

So dia salahkan MIL dia... dia kata biar org tua tu tanggung segala dosa yang dia buat... dia dengan boiperen from monday to friday... weekend dengan suami...

Than isu krisdayati lak... org kata krisdayanti curang sbb tak puas dengan layanan batin tak cukup... so salah isteri ke kalau dia cari org yang boleh buat dia bahagia?

Terus suami ku cakap apa yang 'dua'org tu buat tidak menghalalkan cara... walaupun suami gagal menjalankan tanggungjawab... banyak cara kenapa memilih jalan yang salah nak tambah dosa? Baik2 boleh cium bau syurga, terus bau pun tak dpt...

Ada jugak kalangan kawan2 yang bertindak macam tu... kadang2 aku terpikir jugak, kot2 kalau suami aku curang, aku pun boleh buat... tapi berbalik pada asas agama, Allah mmg laknati tindakkan curang walaupun suami tu ada silap...

Ermmm.... sbb tu la, kalau org menceritakan masalah perkawinan bagi tahu suami dia curang, suami dia kawin satu lagi, apa lagi perempuan2 ni nak buat... actually wanita2 yang sabar dan usahakan perkahwinan tu kembali seperti biasa adalah wanita yang hebat... sbb dia tabah dengan masalah rumahtangga dia, cume kita yang tak faham ni... selalu nak cakap kalau aku, aku dah cari org lain, kalau aku aku dah tinggalkan dia, kalau aku aku dah minta cerai... dia bodo sbb bertahan, dia bodo sbb dia diamkan apa jugak suami dia buat...hehehe aku pun kadang2 tergolong jugak dlm kategori tu... tapi tu la... kita tak boleh bagi pendapat kita kalau kita bukan di tempat org tu...

Zamani selalu nasihatkan aku... ambik iktibar dengan penderitaan org... belajar dr pengalaman org lain.. jangan tunding jari je...sbb aku ni kadang2 emo jugak... nasib setiap org berbeza...

Macam kes akak urut tu, aku tak leh nak kata apa... simpati jugak... dia sayang suami dia, tapi aku tak tahu kalau sayang kenapa nak kena pasang luar... dia hanya cakap suke2 je... cari teman di kala dia bosan... kuar pun ramai2... ermmmm tak mo komen... tapi kalau korang nak komen, komen eh...

Tapi tu la... ni tuk yang kawin je la... kena banyak bersabar... kalau boiperen ko buat gitu... tinggal sudahhhh tak dosa mana pun.... heheheh so konsep kena betul yer... jangan lak ko cakap kak suki cida cakap kena sabar biarpun dia kuar dengan perempuan lain... muaahha...

Tampo pada sesiapa yang kuar statement tu eh...

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Sunday, December 6, 2009

Geram jadinya

Kali ni tak mo la protection entry... nak luah secara umum... biar org2 yang terlibat baca sama...

Tak faham asal suami ni kalau nak kuar, suke nak rahsia-rahsia... mmg dr azali lagi... kalau nak kuar tu, cakap nak kuar tapi berjam2 tah ke mana... call tak angkat... tahu2 setengah jam muncul depan kita... takut la tu nak angkat sbb takut kena bebel...

Bila buat muke ketat dia kata kita kongkong lak... cukup menyampah! macam tu tak yah kawin... time bujang bukan main report bagai! dah kawin macam takut bini halang kuar... susah sangat nak bagi tahu gi mana???

Mmg cukup pantang kalau nak sorok sorok ni... bukan la sorok-sorok, tak nak terus terang... ingat bini kat umah tunggul kayu mati??? bila balik buat muke tak bersalah, gelak2... macam suke aku buat muke ketatkan???

Zamani selalu gitu... takut sangat aku halang dia jumpa adik2 dia agaknya... ha ni kak long nak bebel... memula tu faham jugak la... lelama jadi tak faham... 4 AnaS tu pun sama bersekutu... hep!!!! nasib baik ijat dengan Che ta penyelamat... kadang2 terpaksa call cik yayang... kan sampai dah tahap tu dah... tahu tak en zamani, cara mcm tu lagi membuat dan menampakkan saya lagi mengcontrol awak???? Sampai kena tanya ipar biras. Padahal kalau nak tahu, dia tak pernahnya nak cakap betul dia kat mana...kejap kuar sengsorang... tapi dpt tahu kuar dengan adik2 dia... ha... mana mak cik tak geram uolzzzz!!! Kalau uloz sendiri, nak marah ke kalau suami uolz tu kuar dengan adik2 dia?? kalau dengan pompuan mana2 mmg la... mmg sedia nak baling periuk belanga, wakakak (yer saya mmg garang, sila takut) *buat aksi muke paling ganas*

Perlukah aku pasang GPS kat kereta, dengan badan dia???? ha! baru bestkan???

Mana aku tak geram... tu yang buat aku naik darah selalu...

"Ayang nak kuar..."

"gi mana???"

"Kuar jap je..."

LESAP!!!!!! macam simpan apa je kat luar sana... so pada mereka yang 'bersekutu' sila bagi kerjasama... jangan nak selamatkan along kalian... hahahah... ni saje je buat entry ni... bagi mak abak baca.... lalalala... sekali aku yang kena marah eh... glup!!!!

Bukan la... tapi tention tau... aku tak nak la call 10 kali tanya dia kat mana... sms sejuta kali... kalau dia bagitahu boleh je simpan kat kepala otak aku ni... ni tak... kuar berjam-jam... statement dari mulut 'keluar kejap'...

kang kalau chat dengan cik yayang... berbual dengan che ta mau pun Ijat... keluar kenyataan lisan yang tulen... "tadi along ada kat sini..." tak pun "Oh semalam diorg kuar minum" Waaaaaaaa sakit hati tau...sob sob, setahu aku aku tak la meroyan nak gaduh2 kalau tahu diorg kuar :(

Mulut tu ada emas kot kalau cakap nak ke mana... tak pun takut aku mengikot! dah kawin lak rajin tinggal bini kat umah... time bercinta... bersungguh2 nak bawak aku ke hulur ke hilir...

Beta bukan apa... kalau kesorangan kat umah, jadi la risau... kalau ada kat putrajaya, mak ayah aku dok tanya aku dia kat mana, aku tak tahu... mcm sekarang ni berpantang kat umah, dia dok memanjang kuar... aku tahu dia bosan... takkan nak mengadap muke aku yang 'berpantang'... aktiviti nak buat dengan aku pun terbatas, tapi pening kepala... aku dah bosan duduk umah, mak aku ok la... ayah aku ni prihatin kat menantu lebih2... risau menantu ilang... dok tanya aku, aku tak tahu... jadi hangin la jugak... bila balik, bila ayah tanya dia, dia jawab lain, aku jawab lain dah satu soalan lak nak jawab... argggggg tention!

Ni bukan isu 'dah besar panjang' layak ke mana2... tapi ingat eh... awak ada bini... and aku bukan takat title GURLFRIEND... mmg kalau saya gurlprennn awak, awak nak cakap saya tak perlu tau tak pa. Cik yayang... baik warning fifi... hahah kalau tak nasib kita akan......


SERUPA... wakakak...

Tapi jangan risau... saya tahu suami saya macammana... erm masih percayakan dia... sbb dia suami yang sangat baik dan penyayang... seorg isteri perlu mempercayai suaminya... menerima baik dan buruk suaminya... kadang2 cerita saat bahagia pun busan jugak...

Tapi ku tahu the 4 anaS dok gelak2... hepppppp!!!! Ijat sila jangan terpengaruh ya... andakan di pihak kakak-kakak yang soleha... muahahahaha....

Diorg ingat diorg yer yang bole bersatu???? 4 brothersssssss????? ha ni 4 sista sista...

muahahahah... kita pung leh bersatu...

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Friday, November 27, 2009

Terima kasih semua....

Aku nak ucapkan terima kasih pada pembaca2 blog Half Blood Princess... rupanya ramai jugak yang mengikuti cerita aku... vangga plus sedih plus terharu plus 100 plus... kih kih kih...

Maaflah aku terpaksa private blog ni... sbb aku tak suke org menyebok pasal aku dan suami... apa yang aku tulis hanya tuk tatapan aku... org kata macam diari la... aku tulis kat sini pun, sekadar berkongsi suke duka... sbb kepuasan tuk aku kalau menulis ni... sambil2 tu bila menulis blog ni, kita boleh buat kawan... aku jumpa banyak kawan2 yang prihatin... terima kasih semua... banyak yang aku belajar... erti kawan...

Tapi ada yang mengunakan blog aku ni tuk mengetahui perkembangan aku dan family.... than kutuk2... so the best way is to private my blog... TAPIIIIII macam aku ckap tadi... aku terharu bila dah private blog ni... wah wah silence reader banyak tanya... aku terharu...

Tak pa... aku masih suke org baca blog aku... penulisan ku ada jugak yang nak kongsi... ingat nan ado... terima kasih la banyak2... Zamani pun tersenyum riang sbb dia tahu blog je yang boleh buat aku tersenyum... kala aku ada masalah...tah... aku tak pandai nak bercerita kat org... sbb penilaian setiap org berbeza... tapi kat sini... aku bebas bersuara... kalau ada opinion tentu org drop komenkan?

apa pun aku mengucapkan terima kasih... banyak yang menyokong dan mendoakan aku di saat aku sedih... aku sayang korang... jangan segan2 tinggal jejak yer... mungkin kita boleh berkawan teruskan... siapa tahu??? So ada kawan-kawan yang baca blog ni tapi tetiba tak leh masuk, u all just drop email org tu, so i can invite masuk ke page yang tak seberapa ni... heheh ayat velagak macam fufular bebenor yer dak???


From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Selamat hari raya buat semua...

Pagi ni rasa syahdu bila dengar takbir raya... actually dari malam tadi... terasa pilu... bila agaknya aku boleh melawat puasa anak aku sendiri... tapi semalam aku tahan jugak... bzkan diri panaskan lauk... buat air tuk suami... chewahhhh

Heheh ibu tak ada... kalau dia ada semalam mau dia jeritkan... tu pun pesan berapa kali kalau nak apa-apa minta Zamani... alah... asik baring je... busan jugakkan??? sebenarnya aku rindukan Aryssa... time raya lepas dia masih belum rasa dia bergerak... but terasa macam perut masuk angin je... but still Ibu ucapkan selamat ari raya kat dia...dan bisik kat dia, tahun depan kita raya sama2... you will be with us... ibu and abak...

Opssss enuff!!! nanti aku tersedih lebih2... tapi takbir raya dari masjid Putrajaya ni mmg jelas kedengaran sbb umah ibu dengan Masjid tu tak la jauh mana... kalau jalan kaki jauh la... heheheh...

Air mata still turun...Zamani solat kat batu tiga... dia cakap nak ziarah kubur... i wish to be there also :( tak pa la... doa ibu sentiasa mengiringi Aryssa...

Selamat hari raya anak ku....

NOTA KEPALA :- Ok today ku berbaju kurung... tapi bau tetap bau rempah ratus... uhhhhh.... aku sendiri tak tahan... i dont know lak Zamani macammana.... heheh tak pernah tanya... sometime dia tertido kat hall,mungkin bau binik dia terlampau kuat bau rempah rempah... hahaha... tu la nak ai ikut pantang... see dah buchuk2... berbaju kurung... bengkung tetap lilit kat badan... and nasib baik baju kurung muat... *wink wink*

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Thursday, November 26, 2009

Aku bengang dan tensi!

Ok apa yang aku nak tulis ni may be ada yang korang rasa aku mengikut perasaan... tapi mmg pun... luka ni tak sembuh lagi... jadi apa jua berkaitan dengannya buat aku sedikit emo... layan je la, kalau nak layan... iyo dak???

Org pantang apa je boleh buat... habis cerita kat astro ni aku tengok... cerita melayu... selalu aku tengok je.... tak banyak komen... tapi tah eh...jadi emo lak bila tengok cerita skrip 7707... cerita hantu... tapi aku jadi emo tang Fasha sanda bunuh diri... bukan aku minat dia pun... dlm cerita tu dia bunuh diri sbb nak gugurkan anak...

aduhhhhh hati jadi panas... tetiba terpikir mereka yang gugurkan anak macam anak tak berharga... tetiba aku sedih... ada jugak org macam ni... buat tak malu, bila dpt tahu mengandung, lelaki lepas tangan, yang perempuan bersungguh2 nak tutup kemaluan yang dah buat... yer aku emo di sini... baik ko lahirkan anak tu... sakit nak bersalin sama je... apa la dosa budak tu???

Kes bayi kena buang... aduiiiii... tak sakit ke beranak??? buang anak macam buang sampah... nilai nyawa macam tu ke??? bagi anak tu kat aku bule???!!!! aku perlukan anak... ok now aku sound mcm org tak betul... tapi tah la... syahdu rasa tengok... sekarang pun cerita melayu banyak cerita mcm tu... keterlanjuran.... buang anak... gugur anak... itu yang berlaku dlm masyarat kita...

Semalam berbual dengan Zamani... ku luahkan apa ku rasa... mmg aku tahu kadang2 aku tak dapt nak elak layan perasan rindu kat Aryssa... tapi dia janji nak bagi aku anak banyak2... heheheh... yer ke??? Pandai memujuk... tapi aku kena janji tuk jaga diri dan kesihatan aku dalam masa 6 bulan... dia boleh bagi apa yang aku nak... tapi of coz dengan izin Allah... berapa banyak pun nak bagi kalau Allah kata belum rezeki takkan ada punyakan???

Bosan tul duduk umah... semua cerita aku tengok... termasuk kartun... wakakak... tu jadi mcm ni... free nak komen itu ini...korang layan je yer... dadaaaaaa....tu je nak bebel... kamu di luar sana... nak buat apa-apa beringat la... yang nak di gugurkan itu adalah nyawa... dr bunuh insan yang tak bersalah tu... baik bunuh diri sendiri... senang...

Heheh ok emosi dah melampau2... jangan mara aaaa....

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Monday, November 16, 2009

Tuhan sesungguhnya ujian mu menguatkan iman ku.

Ingat tak buku yang abak dengan mak bagi sblm mereka berangkat ke Mekah? Aku rasa ada khimahnya abak dengan mak bagi buku tu pada anak-anak...

Sejujurnya aku mmg tak kuat dengan dugaan ini... bayangkan... anak... semua org nakkan anak... aku di kira beruntung sbb Allah memberikan rezeki yang awal buat ku... tapi Dia hanya meminjamkan anak tu sementara sahaja... mmg dah tertulis segalanya bagi setiap manusia kejadian ajal dan maut...

Dalam aku rasa sedih tu, aku cube la menyibukkan diri dengan membaca, surfing benda2 yang boleh melupakan aku pada kesedihan aku ni... berat uolz nak terima... yang ada anak tu tahu la apa aku rasa... aku terbaca Akhlak - sifat Mahmudah dan Mazmunah seorg islam. Buat aku terpikir dan mula menerima... aku harus menerima ujian ini dengan redha.

Rupanya di sini, ramai lagi yang bernasib malang dari aku...

Ramai yang bersimpati dengan aku... terutama nurse2 di sini... dan yang bagus bila mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri...mcm semalam ada nurse ni... dia tanya aku pasal anak, than dia cakap dia juga pernah alami keguguran anak ke dua... waktu dia cerita tu, aku masih rasa kisah dia tak sehebat ku... dia masih ada anak dan dia tak perlu menjalani apa yang aku jalani... sbb kandungan hanya berusia 3 bulan.

Tapi hari ni... akak nurse ni... dugaan dia jauh hebat dari aku...2 kali anak meninggal dalam perut... kandungan mencecah 6 bulan je, Allah menjemput anaknya... 3 kali keguguran... dan sampai sekarang dia tak punyai anak, dan berakhir ambil anak angkat... aku terdiam... 2 kali anak meninggal, dia masih lagi tersenyum dan yang paling hebat bila sepanjang dia kerja sebagai nurse, dia di tempatkan di wad bersalin... aku yang baru kehilangan yang pertama, aku dah tak leh nak dengar suara bayi, tengok org mengadung... mcmmana perasaan dia yang berhadapan hampir setiap hari???

Lagi hebatkan?

Akak tu pujuk aku jugak.... terima qada dan ketentuan Allah... ada sebb dia tarik anak kita... dan kita (kes aku) adalah golongan yang baik sbb di uji dan anak2 ini yang akan menarik kita ke syurga (insya Allah)...

Ku usap perut ku... Insya Allah... janji dengan ibu Aryssa akan tunggu ibu dan abak di sana sayang...

Cume aku risau je sekarang, 6.30 pagi tu ubat dah masuk... sampai sekarang tak ada contraction... Zamani lak risau... takkan nak kebumikan anak memalam lakkan? Ya Allah permudahkan segalanya buat ku... permudahkan la jasad si kecil ini tuk keluar dari tubuhku...

Aku nak tengok dia... aku nak kucup dia... aku perlu kuatkan semangat sbb dia anak ku... nurse tadi cerita ari kamis tu ada cina mengandung 7 bulan... tak mahu tengok anak dia, tak mau bawak balik pun jasad anak dia... bila pihak hospital kata kena bawak balik, dia menurut, dlm hati aku, mungkinkah dia buang anak dia tu?

Masya Allah... tu la beza kita yang beragama... iman membezakan kita dengan mereka yang tidak percaya akan kehidupan dan kelahiran...kalau aku tak di duga sebegini, aku dan suami akan jadi semakin lalai...sesungguhnya ujian Mu ya Allah menguatkan iman ku....




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Sunday, November 15, 2009

Doakan untuk saya

Esok, aku akan di induce... tetiba je aku rasa tak sedap hati... tetiba sahaja aku rasa takut... esok aku mungkin keseorgangan... biasalah hospital kerajaan, tak pasti sama ada membenarkan suami tuk masuk atau tak... tapi selalunya tak... dan aku tak tahu bagaimana aku nak harungi seorg diri...

Zamani tak putus beri kucupan semangat... tawakal la sayang semoga semua berjalan dengan sempurna...

Sekali lagi... Allah menentukan segalaNya... Dia yang mengkehendaki... aku tak pernah rasa takut begini... tubuhku sejuk, jiwa ku tak tenang dari tadi. Aku mula rasa sakit macam nak peyed... korang tahukan kalau aku nak peyed dulu, mmg sakit sangat2... walupun sakitnya masih tak teruk, tapi aku dah mula tak selesa... pinggang, perut ku bisa sangat...

Air mata dah tak mampu nak mengalir... ku gengam tangan Zamani... perasaan menjadi lebih tidak tenteram.... maka aku terus ambil wuduk, solat hajat dan taubat...

Ya Allah... ampunkan dosaku... Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat ku... berikan aku kekuatan, berikan aku semangat supaya aku boleh harungi semua ini...

Aku bukan la pandai sangat dalam bab solat ni... maksud aku secara detail... aku buat sekadar yang aku tahu... Tapi sesungguhnya aku harap sangat doaku Allah terima...

Pada semua... aku mohon maaf... sekiranya aku ada salah dan silap terkasar bahasa...

Pada ibu dan ayah....
Along minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... dari along lahir sampai la sekarang, kasih sayang ayah dan ibu takkan along lupakan... halalkan segala makan minum dan pakai...

Pada adik2...
Maafkan akak kalau ada salah silap... maaf sekiranya aku bukan kakak yang terbaik buat kalian...To Rafidah expecially... you been such wonderful sister... terima kasih di atas kegembiraan, dan kesedihan... tak terbalas jasa mu sampai bila-bila... i love you and you will be in my heart... dan to didi... jadilah anak yang baik...

Pada mak dan abak
Maaf kalau cida bukan menantu yang baik... terima kasih mak dengan abak banyak memberi tunjuk ajar pada cida dan tak pernah mak dan abak membezakan kasih anak dan menantu... mak dan abak telah menunjukkan erti kasih yang sebenar... cida sayang mak dan abak

Pada In law and future in law
Kak long sayang korang... you all the best... maaf kalau sepanjang akak masuk dlm family, ada salah dan silap... thanks to che ta, anyah, fifi, hasra, awie and ijat... korang dah banyak membantu along dan kak long...

To my Niece and nephew
Rayyan, Aisyah,Aliya, Amira, Amirin, Naufal and Nazmi... mak long will always love you all... u all always in my heart...

To All cozen and relative
Terlalu banyak nama yang nak ku sebut... tapi aku bersyukur kalian sangat2 mengambil berat tentang ku... terima kasih banyak2... tak terbalas jasa kalian terhadap ku... doa dan sokongan kalian hanya mampu di balas oleh Allah.

and to my beloved husband...
I love you...ampun dan maaf sepanjang kita bersama... terima kasih di atas kasih sayang B selama ini... kasih sayang B tak mungkin ayang bandingkan dengan sesiapa pun... Terima kasih sbb B sanggup susah senang dengan ayang... sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan menentukan segalanya... ayang tak pernah rasa menyesal memilih B sebagai suami... B seorg suami dan ayah yang sangat penyayang, sangat mengambil berat, walaupun kita hanya memegang title bakal ayah dan ibu, but sepanjang pregnancy without fail you show ur love and care and you know what the best for me... no one will ever take ur place... you complete me sayang...

Mungkin korang kata aku mengarut... terpulang... i just save my last word to those ppl i love... in case apa-apa jadi pada ku,kan?? Setelah apa yang terjadi, aku jadi semakin takut... apa lagi ini merupakan pengalaman pertama aku... aku tak tahu mcm mana rasanya... apa pun tolong doakan tuk ku ya...

Sekali lagi sekiranya aku menyakiti kalian sama ada secara langsung atau tidak langsung, aku harap sangat korg dpt maafkan... take semua... doakan semoga esok semua berjalan dengan lancar... aminnnn








The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, November 14, 2009

Kini...

Syukur Alhamdulilla... berkat doa semua alhamdulilla aku mendapat sedikit ketenangan... mmg tak di nafikan sakitnya amat pedih... tp aku sedar ini semua telah tertulis buat kami...

Subuh seperti biasa ku bangun...ku akui aku masih rindu padanya... perut dah mula rasa sakit2... tak tahu la sudah tiba masa tuk jasadnya keluar atau kesan jasad yang terlalu lama dlm tubuh... tapi sekali lagi aku redha ketentuannya...

Tubuh ini perlu bersedia dan kuat tuk menjalankan pengeluaran Jasad Arrysa... itu yang doktor bagitahu... supaya senang dia di keluarkan... dan aku tak mahu terus menyiksa dia... dan dia perlu di kembalikan di tempat asalnya...

Permudahkan segalanya Ya Allah...

Semalam mak anjang dengan pak anjang (Bapa saudara Zamani) dtg menziarah... terima kasih... dan maaf aku tak menjawab beberapa fon call dr kawan2... sesungguhnya diri ini masih belum mampu nak jumpa sesiapa... terlalu sedih dengan kehilangan Arrysa... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...walaupun ada org yang menanggung kesakitan yang lebih dari apa yang aku dan Zamani lalui, tapi sedikit sebanyak kami terasa kesakitan itu...

Pada fizikal ku... buah dada dah semakin kembali ke bentuk asal... perut ku semakin kecil... usia kandungan sepatutnya 25 minggu... saiz perut menurun seperti ibu2 yang mengandung 23 minggu... baju2 maternity telah ku simpan walaupun jasad Arrysa masih ada lagi. Tak sanggup nak tengok...

Bila dengar suara bayi, aku mula syahdu... apa lagi kalau lihat wanita2 hamil di klinik ibu mengandung... Rayyan datang umah ibu... sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terhibur... tapi aku akui dan aku tak boleh nak nafikan melihat Rayyan membuatkan aku rasa rindu pada anak ku... harapan dan segala impian telah tiada... namun aku redha... tidak ku sesali apa yang berlaku... mmg telah tertulis segalanya... cume ku pohon kalian semua memahami apa yang aku rasa... kehilangan anak yang kami nantikan amat menyakitkan... memerlukan masa tuk sembuh sepenuhnya...

Fobia pun ada... bila ramai yang memberi harapan cube sekali lagi... aku jadi takut... adakah punca kematian anak ku di sbbkan oleh kesihatan dan ketahanan aku sendiri??? Tapi menurut doktor, tiada masalah tentang kesihatan ku. Bayi membesar sehingga minggu ke 24 sudah menunjukkan aku sihat cume masalah baby... tak tahu la... mungkin kata2 itu hanya tuk menyedapkan hati ku? I dont know... ku hanya perlu menunggu keputusan pihak hospital tentang ujian darah yang di ambil.

Ya Allah... ku bersyukur dan berterima kasih atas dugaan yang kau berikan... walaupun berat buat kami suami isteri, tapi aku tahu dan yakin akan ketentuanMu itu... ampunkan kami sekiranya kami lalai dan alpa dengan kesenangan yang Kau berikan.

Buat suami ku, Zamani... kamu satu2nya kekuatan ku...tanpa semangat dan bimbingan kamu, aku hanyut...terima kasih juga pada semua sedara mara... yang tak putus2 memberi kami suami isteri semangat... adik-adik juga... terima kasih atas keperihatinan...ibu dan ayah terima kasih sbb jaga along sebaik mungkin... berkongsi sama kesedihan...

Doakan kak long and abang long tabah menerusi dugaan ini... Insya Allah...

Zikir, istifar sebaik2 teman bagi menenang jiwa... terima kasih buat mak dengan abak juga... walau jauh di mata, ku tahu doa mereka di sana buat kami berdua.

Dan Ya Allah... peliharalah Puteri kami di sana...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, November 13, 2009

Masih ada yang memerlukan aku...

Salam semua...

Bila membaca komen-komen semua aku menjadi sedikit tenang... alhamdulilla... terima kasih atas nasihat dan doa semua... walaupun ada yang beranggapan dugaan ini kecil, tapi bagi kami suami isteri ini dugaan yang amat besar...Zamani yang nampak begitu tenang hanya menjaga hati ku yang sedih... setiap kali aku menangis, setiap kali itu air mata dia turut mengalir...

Begitu juga ibu dengan ayah... semalam consider dua hari aku tak jamah apa-apa pun... macammana aku nak makan?? Hati aku terlalu sedih...selama ini aku makan tuk dia... tapi sekarang dia dah tak ada... hanya jasad yang masih lagi di tubuh ku...

Tidoku tak selena mana... setiap kali aku begerak, jasad di dlm ku bergerak sama... adakah kau idup lagi anak ku??? Tapi aku tahu dia tiada....

alhamdulilla... aku dah boleh baca Yasin tuknya... yang buat aku sedih, aku membaca surah yasin tuk anak ku sendiri... Ya Allah... berat sungguh dugaan mu... tapi aku redha... teringat pesan abak satu ketika dulu...

Kalau kita susah, ada lagi org yang susah dr kita... kalau kita rasa dugaan Tuhan ini berat, ada lagi dugaan besar yang Allah berikan pada org lain.

Aku tahu semalam semua bersedih atas kehilangan arrysah... bukan kehilangan Arysah sahaja,,, tapi sedih dengan kelakuan aku... yang sedih.... yang murung... Zamani pujuk aku makan, ibu pujuk aku makan, tapi aku tetap berdegil... tapi aku tak sanggup melihat air mata yang jatuh pada org yang aku sayang...aku tahu Zamani turut berlapar, ibu juga turut berlapar... dan aku tak patut pentingkan diri sendiri... Arysah dah tak ada... walau macamman aku mogok, aku marah, aku ratapi pemergian dia, dia tak akan hidup semula...

Dan semalam aku telah jatuhkan air mata suamiku, dan ibu... bila aku tak nak makan... tetiba aku rasa bersalah membuat mereka sedih... bila aku setuju tuk makan, semua turut makan... ibu masak fav aku ikan parang masak asam pedas... dan baru aku sedar, semua sayangkan aku...

Aku cube tuk tidak menangis.Ku kuat kan semangat... tuk suami tuk ibu...

Malam tadi aku tersedar pukul 2 pagi... terasa seolah Arysah menendang... ku bangun istifar, dan aku masih belum solat isya... lepas solat aku baca Yasin tuknya... Ibu rindu sangat dengan Arysah... rindu sangat sangat... Ya Allah jangan biarkan anak ku keseorgan di sana... peliharala Puteri kami...lindungilah Puteri kami... Dia anak yang baik... anak yang dengar kata... pelihara la dia...

Hanya ini yang tinggal... Ya Allah... tabahkan ati ku tuk semua... aku percaya akan rahmat Mu... tenang la kamu di sana sayang... kita jumpa di Jannah nanti... tunggu ibu, tunggu abak di sana yer...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, November 12, 2009

Dugaan yang berat tuk ku lalui

Salam buat semua...

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua... mungkin ada tertanya... dlm keadaan sedih macam ni pun boleh nak berbloging bagai... tapi saya hanya dpt luahkan bila menulis... saya tak banyak bercakap... saya tak tahu nak luahkan macammana walaupun Zamani banyak bagi saya nasihat tuk terus tabah... but i keep crying... seolah2 saya menetang takdir Tuhan...

Kesedihan saya tak boleh di bendung... hanya air mata peneman saya... otak saya bercelaru... bayangan baby terus bermain di pikiran saya walaupun saya cube lupakannya... dia sihat last scan yang lepas... tak ada apa yang kurang atau boleh membimbangkan... tapi ketiadaan dia yang mengejut itu buat saya benar2 terkilan...

Tahniah puan... bayi sihat... taniah puan anak puan perempuan... tahniah puan... tahniah...

Tapi semalam... takziah dari kami puan... bayi puan tak ada...

Ya Allah... luluh hati aku...aku mula menyalahkan diri bila doktor tanya kenapa sekarang baru dtg berjumpa doktor??

Aku dengan Zamani ambik keputusan tuk buat DNC di Putrajaya Hospital... senang sikit dekat dengan ibu... lagi pun cost dia swasta bergantung pada berapa lama kesan ubat... boleh menjangkau ke RM3k... tanpa baby... perlukah???

Tengahari tadi kami terus ke sana.... thanks to all family in law... anyah and che ta, fifi and hasra... terima kasih menemani dan sanggup cuti demi menemani kami... tapi tak terkuar pun kata2 ucapan itu... perasaan sedih dan binggung menyelubungi hati... sehingga aku lupa mereka di sekeliling ku...

Pada suami juga... tiada kata hanya air mata... membuatkan dia turut sedih melihat keadaan yang terlalu sedih ini... tapi aku harap semuanya faham... tolong la... sebb she still inside me... selagi dia berada dlm diri ini, macamaman aku nak lupakan kesedihan??

Jumpa doktor... buat kali ke tiga scan di jalankan... aku tak sanggup nak tengok sbb aku tahu dia dah tak ada... tapi mungkin tuk permerhatian diorg... ambik sample cecair di kemaluan... doktor seluk bahagian bawah... pintu rahim belum terbuka lagi... perlu ambik masa...

Mengikut apa yang doktor cakap, baby tak kencing (tak ada air ketuban) mungkin buah pinggang dia ada masalah... sekali lagi aku bagai di pukul... Tuhan kuatkan la semangat aku menerima semua ini... dan nasihat doktor better semuanya end up sekarang... mungkin kalau dia di lahirkan, mungkin lebih banyak masalah yang aku dengan zamani kena harungi... that the reason y god take her from us...

Katil hospital ful... lagi pun ari ni ari khamis... so nak dekat dengan weekend... so doktor suggest tuk buat over weekdays. Supaya pemantauan bole di jalankan... so insya Allah ari ahad ni aku masuk ward dan akan di beri ubat tuk kuarkan baby...

Lamakan??? Dan selama itu aku akan bawa dia ke mana-mana... tapi dia dah tak ada... hanya jasadnya sahaja... Mana mungkin aku terus terima? Bila melihat perutku aku jadi sedih... hanya jasad yang tidak bernyawa sedangkan dia telah bertemu dengan penciptanya.

Doktor tanya sama ada aku nak buat post mortem... aku tak nak siksa dia lagi... jadi ujian akan di jalankan ke atas aku... tak pa, aku redha dan rela... tak usah siksa dia yang telah tiada... cukup-cukup la... so diorg ambik darah aku... dlm 15 botol/ balang tabung uji... dah la aku susah nak dpt darah... sampai nurse tu pun cakap, sepanjang dia jadi nurse, ini kali pertama dia ambik banyak darah...

Lengan kiri di cucuk... tak kuarkan setitis darah...

Kemudian tangan kanan... hanya mampu menyimpan 4 tabung sahaja sbb tak cukup... kemudian yang lagi 11 lagi di lengan kanan...

Lemah badan... tuk tanggung sakit fizikal dan mental...

Balik aku terus baring... me and zamani feels so sad about this... we cried... im sory sayang... im not that strong... she still inside me... pejam mata pun tak lena... aku rasakan gerakkan baby dlm perut ni... dia dah tak bernyawakan so bila aku bergerak, dia turut gerak sama... macammana aku nak buat tak tahu? berikan aku sedikit masa tuk sembuh...

"Hati I hancur dan luluh bila tahu dia tak ada... tapi lagi hancur bila tengok keadaan you macam ni..."

Tuhan... aku perlukan kekuatan... aku hanya ada suami ku... dan dia hanya ada aku... berikan aku kekuatan itu...

To all reader and friend... doakan semoga Arrysa Dania tenang di sana... dan terus doakan kami terus tabah mengharungi segalanya... Dan aku harap semua berjalan dengan lancar... jangan la ada halangan kelewatan tuk lahirkan dia... sbb dia perlu di kapan dan di mandikan kerana cukup sifatnya... me and Zamani decide tuk kebumikan dia di Klang... at least senang tuk aku tengok dia...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuhan,,,, pelihara la dia di sana

Aku tak tahu nak gambarkan perasaanku... tiada ungkapan, hanya air mata... Aku sedar Allah telah menentukan segalanya... dari saat dia di jadikan sehingga la dia mati...

Aku kehilangan anak di dalam kandungan ku.... yer... baby telah di jemput oleh penciptanya... hancur luluh hatiku bila doktor bagi tahu tiada denyutan jantung pada dia... but she doing just fine that day....dan aku telah pergi ke dua tempat untuk pastikan imbasan itu tidak silap... ternyata dia telah tiada...

Anak ibu....

Dalam tempoh 5 bulan ini, kamu telah beri ibu kesempatan... merasai bagaimana perasaan seorg ibu...gembiranya hati ibu bila anak ibu active bergerak... tiap pagi... tengahari...malam... dan bila ibu marah, ibu sedih, baby bergerak seolah2 baby faham apa yang ibu rasa... tapi sepanjang malam ni ibu nangis... ibu mengharapkan respond baby walaupun ibu tahu baby dah tak ada... tapi hampa... hanya air mata yang teman ibu... baby dah tak ada....

Aku harus redha atas permergiannya... tapi berilah aku masa tuk lepaskan kesedihan ini... tiada kata yang boleh ku ungkap buat masa ni... hanya kesedihan yang tak dpt ku gambarkan... she still inside me... doktor kata process nak keluarkan baby bukan mudah sbb dia sudah 25 minggu... tambahan ini anak pertama... mungkin akan memakan masa... jadi doktor sarankan tuk buat di hospital kerajaan...mereka akan buat post mortem bagi mengetahui punya kematian... untuk apa??? Jangkaan kematian dia sudah hampir seminggu... sbb selama itu aku tak rasa dia gerak... doktor cakap muke dia kembang... air dalam rahim tak ada... aku tak tahu aku boleh tatap dia dlm keadaan macam tu...jangan di siksa anak aku...

Silap aku kerana melengahkan waktu... aku tak dpt memaafkan diri tuk itu...

Anak ku.... tenangla kamu di sana... ibu sentiasa doakan tuk kamu... satu hari nanti pasti kita jumpa...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, November 11, 2009

Susah sbb punca dr diri sendiri ke? atau????

Susah la sekarang nak berbloging... nak ber FB... ada je yang tak kena... tak seseronok dulu rasanya... aku dah buat ramai sangat yang terasa... aku dah buat ramai saja yang tersentap... tapi tak ada niat pun sebenarnya... tapi aku tahu tak semua suke dengan apa yang kita buat...

Maaf kan saya kalau ada yang buat anda tersingung... tak kurang jugak kalau ada yang buat anda terlibat sama dengan masalah saya... rasa serba salah pulak jadinya...

Should i stop blogging???

Tetiba lak terpikir benda tu... tapi ini la minat aku... menulis... entah la... buat seketika may be...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, October 22, 2009

Keampunan terlanjur kata sudah!

Pasal entry before this... ada lak lalat terasa... bagus... sikap penyayang.... tapi biasa la, tak tinggal nama sbb tak berani...

But anyway... thanks for that respond yer...betul jugak... and kalau ada yang perasan,... tengok balik entry yang lepas, entry sebelum ni, ada ayat yang panjang lebar aku syarah tegur pasal seorg umat islam di FB...tapi kalau korang tengok balik aku dah delete, atas arahan suami saya... bukan sbb aku takut dengan komen yang org tu drop yah... tak effect pun...yer yer saya mengandung tak baik tuk anak... ku terima ayat tu, wahai komentor yang tak bernama tadi ...

Hahah sekarang apa pun yang kait dengan anak, saya takut...

Zamani suruh delete sbb secara tak langung apa yang aku buat tu masuk campur urusan umahtangga org...tak ada beza pun aku dengan org yang aku mengata tu. So dia (suami aku tu lerkan...) suruh saya jaga hal umahtangga sendiri... walaupun niat aku at the first place nak mengingatkan but secara tak langsung aku pung sama dengan je kepochi pasal umahtangga org? tapi tak sangka lak boleh buat org terluka, so sori to yang terasa...

To all my relative... i remove annoymous to komen... sbb korg boleh komen kat FB aku terus... much more ez,kan? sbb aku tak kuasa la nak gaduh2 ke apa... aku pun tak nak mud terganggu sbb ayat yang terkuar dr mulut aku sendiri... kan ku bilang... kepala je ku tutup... kadang2 mulut terngaga jugak... suke jerk nak mendengar org mengumpat, suke je nak bzbodi pasal org... still the same me,kan... so now??? Aku menurut perintah... walaupun pedih kena sound dengan suami sendiri... sob sob... mmg salah aku pung...

Ari ni malam jumaat... di sebabkan suami aku tak backing aku, siap lagi soundkan.... malam ni En Zamani....

>

>

>

>

>

You baca Yassin sorang2... wakakka...

Cheh korang... suke je yer...

Ok... salam... again... yang terasa... jangan la marah...

Heheheh tak mo dah emo2... sbb will effect my baby... Yer yer mulut Suki cida jahat... ampunnn yer...

Sumetime kita tak sedar kesilapan kita buat sehingga kita di tegur... so kalau dulu aku PANTANG org tegur aku... but know take thing as positive... TRY TRY...walaupun ati aku bengkak ni...

Zamani... bini mu merajuk ni... dengar tak???? nampak tak???... saya merajuk nihhh...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, October 13, 2009

Dia menduga ku lagi...

Allahu Akbar...

Allahu Akbar...

Allahu Akbar...

Sesungguhnya Kau menguji ku... Tabahkan hati ini... Kuatkan semangat ini... lindungi la aku... lindungilah keluargaku... permudahkan semuanya Ya Allah...

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada - Mu dari sifat pengecut dan kedekut, aku berlinding kepada-Mu dari di tewaskan oleh hutang dan penindasan orang"


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, October 2, 2009

Ku pohon...

Selamat pagi semua...

Aku nak berkongsi sumeting dengan korg... semalam berbual2 dengan Hubby pasal few thing... dan aku tertarik dengan ayat yang kuar dr suami ku ini...

Lelaki di benarkan kawin sebanyak empat org... sama ada sekali gus atau satu persatu... kalau cerai empat isteri ni, dia bole dan layak berkawin empat lagi... tapi ibu hanya ada satu dalam dunia tuk setiap org... selagi ada hayat ibu tu, jagalah... isteri boleh cari di mana-mana... kalau tak baik, kami tetap di beri peluang tuk cari... tapi ibu hanya satu... tiada ganti dan tidak boleh berganti...baik buruk seorg ibu tu, dia tetap ibu yang melahirkan dan membesarkan... berdosa besar bagi seorg anak melukakan hati ibu hanya kerana seorh perempuan...

Pengajaran buat aku juga dan yang lain... beringat la... jangan sesekali kita cube pisahkan kasih ibu dengan seorg anak... dan sebagai isteri kita perlu taat pada suami... syurga wanita yang berkahwin terletak di kaki suami, manakala syurga suami tetap di telapak kaki ibu... pesanan ibu padaku sebelum kawin, sampai sekarang ku pegang... tidak berkad sesebuah perkahwinan itu tanpa restu dari ibu... hidup akan di landa masalah sepanjang perkahwinan tu nanti...

Aku insap seketika... tetiba teringat pergorbanan mak mertua ku... aku ni hanya org luar tapi kasih sayang dia tak pernah berbelah bagi... baik pada anak, mau pada menantu... betapa aku syukur sangat dapat ibu mertua yang memberi sama kasih sayang dengan ibu sendiri... bila terkenang kawan2 cerita mak mertua diorg macam ni macam tu... aku rasa akulah insan yang paling bertuah memiliki suami dan keluarga mertua yang sangat baik... Alhamdulilla aku senang dengan pimpinan suami ku... melihat wajah mereka, hati aku sejuk dan nekad tuk berubah arah kebaikan...nak buat suami ku bahagia, nak buat mereka bahagia kerana dah banyak sengsara yang mereka lalui dan cukup! aku tak mahu menambahkannya lagi...

Ampunkan cida mak, kalau cida ada salah dengan mak... ada sikap dan perangai cida yang mak tak senang... tak kisah la apa pun kesalahan cida pada mak... kalau cida salah, tegur la cida... marah la cida, tegur zamani supaya dia boleh tegur apa silap cida pada mak... Saat mak nak pergi mengerjakan haji ni, banyak dugaan dan rintangan mak terpaksa hadapi, dan luluh ati aku sebagai anak melihat seorg ibu menangis walaupun dia bukan ibu yang mengandung dan membesarkan aku...

Dan suami ku... kau tak perlu meminta kebenaran atau meminta pendapat tuk melakukan sesuatu yang terbaik tuk keluargamu... aku tahu kau memikul tangungjawab yang begitu besar... dan sebagai isteri, aku akan sentiasa berdiri di belakang mu... Insya Allah ku hulurkan segala bantuan yang termampu ku beri...

Maaf... hari emosi aku la ni... tetiba aku jadi sedih dengan apa yang berlaku... aku kecewa dengan apa yang terjadi... walauapa pun dugaan mu Ya Allah, tetapkan pendirian ku... tetapkan imanku, tetapkan kesetiaanku pada suami ku serta tetapkanlah kasih sayangku terhadap suami ku... walau apa jua yang dia lakukan, jangan la kau wujudkan rasa dengki, iri hati dalam diri ini... amin...



Tiada apa yang boleh mengembirakan kami , dari terus melihat mak tersenyum... to the AnaS, anggap apa yang kak long tulis ni sebagai nasihat, walaupun ku bukan org yang layak... tapi sebagai org baru, kak long nampak ikatan keluarga yang mak abak bina sangat kuat... janganlah hancurkan semua tu... and kalau kak long ada salah, silap, besar kepala... tegur... jangan diam, thatz is the meaning of family... kawan merata2 kita boleh cari, tapi keluarga susah macammana pun mereka tetap akan tolong dan bantu mereka...
Tetiba aku teringat Fidah... sob sob... maaf teremo pagi2 jumaat ni....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-