Tapi aku rasa rimas... benda ini berlarutan hampir setahun... tahukah kenapa aku privatekan blog aku? Sbb aku tahu ada segelintir org menyalah gunakan info yang ada dalam blog aku ni... walaupun blog ni tak banyak info la... heheh maksud aku, ada plak setengah pembaca menyampaikan berita yang tak betul kat individu lain...
Ya aku akui aku kadang2 emosi... kadang2 terlepas cakap jugak... kalau tak di tegur kadang2 aku lupa akan kesilapan aku itu... aku tahu kadang2 aku marah, aku gunekan blog sebagai lepas geram... kadang2 ada plak individu lain terasa...aku tak kisah sbb semua org ada perasaan jugakkan... so dari nak panjangkan cerita sbb tu aku privatekan blog ni, supaya tak ramai yang sakit hati...
Tapi ku sedar sesuatu... ada rupanya spy kat FB aku... menyampai jugak pada individu ni... aku tak kisah pun la... dah malas... yang individu ni la bising2 email kat aku... walaupun aku dah block dia kat FB, tapi dia tetap tahu semua status yang tertulis kat FB status aku... erm pelik bukan? Hanya satu... mesti la ada penyampai maklumat bukan?
Semua reader yang aku invite in this blog... i trusted each one of you... including my silence reader... kalau ada pun 'kaki' individu itu di sini membaca dan ingin menyebarkan, ku tak tahu apa salah aku pada kalian, yang aku tahu ini hal antara individu tu dengan dengan Zamani, aku sendiri tak pernah nak masuk campur hal mereka... aku isteri zamani yang sepatutnya ada hak nak masuk campur, tapi aku memilih tuk tidak masuk campur, tapi kenapa kamu yang tidak ada kena mengena dengan mereka perlu masuk campur?
Aku naik rimas, sblm aku private blog, each entry nak kena tapis, sedangkan sebelum ni tak ada isu pun... apa yang aku buat dengan zamani, menjadi salah plak... sampaikan nak tulis entry dapat hadiah dari suami sendiri pun ku malas nak letak, sbb apa?? Bila tahu mula serang, hina macam-macam... tapi aku tetap diam... tetap tak masuk campur, nak diamkan tindakan individu tu, aku tak tulis... tak pa la... not everything bole sharekan?
Tapi bila individu ni email aku... cakap aku tuduh dia nak retak umahtangga aku semua... aku jadi geram plak... bukan la geram kat dia... mungkin english terlampau tinggi tak faham lak bahasa melayu yang simple ku tulis kat FB... aku tak kisah la ko ada unfinish business ke apa ke dengan suami aku, aku tak ada kena mengena...sumpah dengan nama Allah aku tak pernah halang apa juga tindakan suami ku walaupun kadang2 apa dia buat menyakitkan ati aku tapi aku berpegang pada satu tuk terus mempercayainya... mempercayai dengan setiap tindakkan dia... tanpa rasa sangsi... coz i know my husband even we know each other less than a year...
Dan pada penyampai berita... dan sekiranya ada kehadiran kamu dlm blog ni... tolongla... hentikan... cukuplah nak tahu pasal suami ku menerusi aku, blog atau di mana sahaja we connected... aku personally tak ada masalah dengan kamu, bukan? Kamu pun hanya di suruh je tuk tahu kot2 aku ada maki atau hina individu tu... jadi tolong la henti menganiaya saya... dan jangan di laga2kan lagi antara saya dan individu itu bule?
Sebagai seorg isteri, bukan tugas ku tuk bagitahu apa dia ( zamani) perlu buat... apa dia kena buat... tapi kalau konsep itu yang di pegang oleh individu itu, maka tak payah jadi isteri... gi jadi peguam bela sahaja... atau profesional advisor... ORG LAIN mungkin boleh control suami buat itu buat ini... but not me... i guess individu tu lagi kenal lama Zamani dari aku... i think dia patut tahu lakan? sori... its not my business...
And stop atas ugutan2 dan doa buat kami... takut terbalik makan diri sendiri...aku yakin apa jua musibah yang melanda atas aku dan suami... adalah ujian Allah...dia yang berhak menjatuhkan hukuman dan musibah, dan musibah itu tuk mendekatkan kami pada Dia... bukan pada kamu...
So ini pun kalau ada org nak menyampai silakan... bukan nak cari gaduh... tapi jangan buang masa email aku ke, call aku ke... sbbnya aku tak leh nak buat apa-apa... kau sms, atau ko email, aku hanya sekadar baca je la... apa yang boleh aku buat? Kalau kau call sekali pun, kau maki aku sebakul dua pun, apa yang leh aku buat? Hanya mendengar... so cukup... jangan buang masa... dan jangan sakitkan ati sendiri...
From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone |
2 comments:
for setting profile kat facebook
http://thesilentscribbler.blogspot.com/
don't worry cida... the truth will reveal sooner or later...
just berdoa banyak2 pada Allah... supaya kalian berdua sentiasa dilindungi olehNYA.. insyallah...
Post a Comment