Ingat tak N3 aku pasal jeket anak arab tu? { ingat balik}
Ok bila dengar citer kawan Didi tu, aku jadi risaukan... kalau penungang dengan pembonceng motosikal selalunya teruk kalau berlakunya kemalangan.
And of coz... yang terdekat siapa lagi pak arab tu le... kerja macam dia takkan nak naik kereta... kadang2 dia pun tiga suku jugak... kalau lambat dia main langgar je trafic light, bawak selaju yang bole...
Aku tak suka apa yang pak arab buat sekarang actually... serupa tak payah hire org buat sendiri... mungkin attitude despatch semua sama je kot... diorg senang berhenti senang dapat kerja.... so bila staff buat hal, dia terpaksa turun padang. And turnover staff berhenti sebulan, dah tak terbilang dengan jari ok!
Ok aku dah ke laut ni...
So balik dari hospital aku hantar jeket dia ke tailor... mahal giler betulkan zip jaket tu... zip biasa harge RM 28, yang luar biasa (akakakak) hargenya RM 38... tapi aku puas hati dengan zip tu... lagi elok dari original zip yang hidup segan mati tak mau tu...
Ada kedai lain sebenarnya... dah di akui kedai tu mmg mahal gilo... buat baju kurung biasa RM 80 ok... kalau ada sulam mau RM 180... aku pernah buat kat situ...ahhhh itu first and the last.... tapi sangat puas hati ok jahitan dia... selesa gilo....tapi tu la mahal...
So dah settele, lepas solat terawih aku gi ambik kat tailor...
Aku minta tolong Mizi hantarkan kat pak arab.. kalau aku sendiri hantar lepas raya la kot sampai... selagi boleh cegah, kita cegahlah... jaket ni bukan la baju besi, tapi sekurang2nya dpt la lindung dari jalan makan kulit dia... uhhhh ngeri la.... so Mizi sanggup tolong... rasa serba salah la dengan mamat tu,kan? Dok kutuk, boleh pakai jugak dia tuh.... uuuhuhuhu....
Post- Mortem,kasi lapor
Tuesday, September 16, 2008
Doa tuk kesejahteraan Shalia
Semalam mak aku call aku kat opis, minta hantar dia dengan adik aku ke HTAR klang, kawan sekelas Didi nazak sbb jatuh motor...
Berderau darah ku... aku tak kenal budak ni sbb Didi kata dia tak pernah bawak this gurl kat uma. Tapi aku tetap tak tentu arah... yerla dengar pasal kemalangan motor je dah cukup buat aku seram-seram sejuk...
Sian budak ni... marilah kita sama2 kongsi kesedihan ini ok...
Nama gadis ni Shalia... dia jatuh motor ketika nak menunaikan solat terawih sabtu lepas... itu yang sedih... menurut keluarga dia, walaupun dia di halang tuk pergi, dia tetap berdegil dan meminta adik dia yang baru berusia 15 tahun tuk menghantar dia ke Surau tuk menunaikan solat terawih...
Mungkin ini di namakan ajal... sewaktu adiknya di katakan nak mengelak batu, beliau jatuh dari belakang, dan kepalanya terhentak kerana beliau tidak memakai helmet.
Dan kini doktor telah mengesahkan peluang dia tuk hidup hanya 20% sahaja... dan sekiranya tiada tindak balas, doktor terpaksa memutuskan bantuan pernafasan.
Ya Allah... aku sendiri tak kuat dengar berita ini... apatah lagi ahli keluarganya... ketika datang ke ICU, ramai yang ingin melihat beliau tuk kali terakhir... aku sendiri tak sanggup nak melihat wajah ibu dan ayahnya... mereka kelihatan tenang tapi di sebalik ketenangan itu siapa yang tahu?
Aku tak sanggup nak tengok... aku biarkan mak dengan Didi je yang masuk... hati aku berdebar2... sesungguhnya Tuhan itu lebih menyayangi dirinya.
Dah tadi Didi menerima panggilan telefon dari adiknya, kakak dia dah sampai tahap kritikal... hanya menunggu waktu sahaja...
Tiada apa yang dapat aku hulurkan di sini, hanya doa untuknya... pada semua reader... kita sama-sama berdoa semoga jalan untuknya di permudahkan. Actually ada gamba, tapi aku sendiri tak sanggup nak tunjukkan di sini... sedih siot bila tengok keadaannya... Hanya gamba tu je sempat aku ambik... sekali lagi aku tak sanggup nak merakamkan kesedihan keluarga mereka...
Post- Mortem,kasi lapor
Tagline
kesedihan
Subscribe to:
Posts (Atom)