Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 16, 2008

Doa tuk kesejahteraan Shalia


Semalam mak aku call aku kat opis, minta hantar dia dengan adik aku ke HTAR klang, kawan sekelas Didi nazak sbb jatuh motor...

Berderau darah ku... aku tak kenal budak ni sbb Didi kata dia tak pernah bawak this gurl kat uma. Tapi aku tetap tak tentu arah... yerla dengar pasal kemalangan motor je dah cukup buat aku seram-seram sejuk...

Sian budak ni... marilah kita sama2 kongsi kesedihan ini ok...

Nama gadis ni Shalia... dia jatuh motor ketika nak menunaikan solat terawih sabtu lepas... itu yang sedih... menurut keluarga dia, walaupun dia di halang tuk pergi, dia tetap berdegil dan meminta adik dia yang baru berusia 15 tahun tuk menghantar dia ke Surau tuk menunaikan solat terawih...

Mungkin ini di namakan ajal... sewaktu adiknya di katakan nak mengelak batu, beliau jatuh dari belakang, dan kepalanya terhentak kerana beliau tidak memakai helmet.

Dan kini doktor telah mengesahkan peluang dia tuk hidup hanya 20% sahaja... dan sekiranya tiada tindak balas, doktor terpaksa memutuskan bantuan pernafasan.

Ya Allah... aku sendiri tak kuat dengar berita ini... apatah lagi ahli keluarganya... ketika datang ke ICU, ramai yang ingin melihat beliau tuk kali terakhir... aku sendiri tak sanggup nak melihat wajah ibu dan ayahnya... mereka kelihatan tenang tapi di sebalik ketenangan itu siapa yang tahu?

Aku tak sanggup nak tengok... aku biarkan mak dengan Didi je yang masuk... hati aku berdebar2... sesungguhnya Tuhan itu lebih menyayangi dirinya.

Dah tadi Didi menerima panggilan telefon dari adiknya, kakak dia dah sampai tahap kritikal... hanya menunggu waktu sahaja...

Tiada apa yang dapat aku hulurkan di sini, hanya doa untuknya... pada semua reader... kita sama-sama berdoa semoga jalan untuknya di permudahkan. Actually ada gamba, tapi aku sendiri tak sanggup nak tunjukkan di sini... sedih siot bila tengok keadaannya... Hanya gamba tu je sempat aku ambik... sekali lagi aku tak sanggup nak merakamkan kesedihan keluarga mereka...

Post- Mortem,kasi lapor

4 comments:

Hasra_Razali said...

Alfatihah.....:-(

Deqna said...

Sedih. Semoga adik shalia sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Sama2 kita berdoa yg terbaik untuk dirinya..

zbelleza said...

kesian kan..tp takdir dah tertulis begitu..semoga keluarga nya tabah menghadapi dugaan ini..

Suki Cida said...

amin... semoga dia terus di rahmati dan di lindungi