Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 16, 2009

Mari baca info bergune

Mesti korang ingat aku dah bertudung konon alim arrrr.... silap sehhhh... sesi mengumpat still jalan seperti biasa...kutuk org, maki org still tak dapat hidayah nak stop... hehehe... not gud for baby tau ibu ( mengingatkan diri sendiri)...

Aku still belajar... masih lagi mencari ilmu... solat pun ada jugak tinggal... kih kih kih...kalau dah tertido tu, mmg la sampai ke sudah pun tak bangun... so jangan la kata akak ni baik naaaa.... poyo ke apa ka... me still me... luar je tertukar, dlm sama jugak... hahahah...


So i hope benda ni boleh membantu anda... menakutkan anda jugak... ha! kenapa rezeki tak masuk??? sbb tak solat subuh.... kenapa sakit perut dan selalu nak marah2? sbb tertinggal solat Zuhur.... kenapa kita rasa kita tak creative??? sbb kita tinggal solat Asar... kenapa kita sering sakit sendiri semua? Sbb kita tertinggal solat magrib? dan kenapa kita selalu dalam kegelisahan??? sbb kita meninggalkan solat isya...


Aik... aku rasa macam aku rasa semua je??? heheheh... kan aku cakap aku bukan la baik bebenor, pakai tudung je nak jadi taraf ustazah... idok la teman gitu... macam teman kata la... sharing is caringkan? So kongsi la... mungkin lepas ni, benda2 ni boleh menakutkan kita, maka kita akan buatkan? itu tujuannya... so korang bacalah... malas nak leter panjang2...



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan. Jangan lenggahkan solat ya.......banyak yang kita akan kerugian... Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai. Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah! Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.


Subject: Rahsia Solat Awal Waktu Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang t ida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? Sebagai contoh,


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda t ida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang t ida k optimum lagi.



Waktu Zuhur Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.



Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Ha sejauh mana aku tak tahu la... tapi apa pun solat tukan wajib??? so kalau dia kelentong macammana pun, tujuannya hanya satu... nak korg solat... heheh sbb org2 sekarang ni tak percaya benda2 tahyul ni... ada pulak tahyul... nak sangat kaitan dengan sains bagai... ha! ha! ha!


Jom solat semua... hehehehe....dan dan je kan????




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

1 comment:

Deqna said...

betul tuh... pendek kata tepuk dada tanya iman..