Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, May 2, 2008

Wedding Road Tour....

Hye... seperti yang di janjikan... i will update last weekend punyer aktiviti... me, my dad and my mum went to Melaka tuk menjemput sedara mara kat sana... well akukan mak pengantin A.K.A pengantin...macam majlis kawin aku je sibuk2.... tapi biasalah tak kawin lagi teruja dengan majlis perkahwinan adik sendiri.... check this out....

Sebelum bertolak... adik aku si Raudah melalak... macam bebudak...padahal kita org pergi sehari je pun... dia tak leh pergi sb jaga si Qiara....

So sepanjang perjalanan tak dpt nak ambik gambar.... perjalanan ke Melaka mengambil masa satu jam setengah. Tak terasapun...aku dok tido je, maklum la penat giler. Balik kerja terus cabut melaka....

Sempat beli kat dengkil...maklumla tak makan tengahari.... my fav from....

Hahah gambo plastik pun jadi la yek?

Sampai di Melaka, jam 4.00 petang....toll naik 70 sen... dulu ke Klang ke Melaka RM 18.10... lah ni RM 18.70

So sampai umah nenek, kitaorg solat Asar... than kami meneruskan perjalanan kami ke rumah pertama iaitu rumah Pak ngah aku kat Kampung Tun Razak, Bukit Katil Melaka....

Gambar 18 sg.... wkahakaha.... mak aku dah rupo datin2, padahal menjemput je... kita tak org tak masuk, just sent the invitation card and authorized my uncle (chewah) tuk jadi wakil menjemput org2 kampung dan sedara mara yang lain.

Perjalanan selepas itu di teruskan ke.....Bukit Katil, Melaka

Umah nek Mon (My father's Auntie)

My mom's relative (Cik Lela)

My dad's Uncle

My dad's cousin.

Than kami terus ke Bukit Bayan, Melaka.... rumah diorg ni nasib la dekat.... kira tak payah la nak ke sana ke sini.... itu la sedara itu la jiran... Bukit Bayan rumah Kakak Nenek aku yang sulung.... penempatan dia dan anak-anaknya.... uhuhuhu

Umah yang aku maksudkan....

Yang tertutup biru tu, rumah kedai... buat niaga kecil-kecilan....

Inilah keadaannya... hahha.... mak aku dah rupa pegawai penyiasatan antarabangsa...

Itu adalah rumah yang terakhir pada petang tuh... malam ada la jugak jalan... kang ambik gamba rumah org memalam, org kata aku tak betul la pulak.... so aku postkan few gambar di saat aku dengan anak buah aku bosan menunggu mak ayah aku menjemput... biasalah kata kejap tapi berjam-jam la pulak menunggu dan menanti dalam kereta....

Si abang dan si adik.... mereka turut bosan... ah jangan tak tahu kedua-dua mereka ada handphone yang cangih dari aku.... 3G tuh! Bebudak sekarang ni... hebat2...

Mira and me yang tahap bosan giler.... lihatlah betapa panasnya hari tu.... dah la pakai lengan panjang... uh!

Ini Aisyah... comel tak? malam tu aku gi Semabok menjemput nenek dan Atuk dia... nak ambik gambar diorg segan la pulak...so mengambil gambar dengan si kecik ni je... tengok gelagat dia... sori rambut i macam tapir yek!

My cousin sister... umah mak mertua dia la aku pergi... Aisyah look sweetkan? Cute habis!

Hari yang sangat memenatkan....Tersantai kejap aku... habis semua pukul 9.30... terlepas setengah jam nak tengok AF aku.... cit

Oklah.... ini report tuk hari pertama... banyak sangat upload gambar... aku sambung hari ke dua pulak... tunggu yek. :D

Wednesday, April 30, 2008

sILLy mIStAKE!

Adeh macam mana boleh terlepas pandang ni?! Ni gara-gara malu nak intercom opis mate aku yang kat depan ni ( yerla kalau libatkan nak minta duit-duit ni i segan sikit....walaupun tak banyak, tapi duit beb...lepas jugak la makan aku seminggu). So dengan baik on la MSN... memula takut jugak...yerlah hamba Allah yang sorg lagi tu pun pakai MSN... kang cari pasal lagi dengan aku... itu tak pa lagi, aku takut aku lak yang cari pasal.

Oh mesti korang keliru aku ni citer pasal siapa ni? Pasal kawan opis aku ke, atau ehem...ehem tu? Di ringkaskan citer aku On MSN sbb nak minta duit balance parking kat opis mate tapi aku takut nak on MSN sbb si ehem...ehem pun ada MNS. Aku tak delete lagi nama dia kat MSN aku tu, since gaduh hari tu aku tak on pun MSN aku kecuali YM je.

So once i on my msn... ada message yang berbunyi


  • Akum
Permulaan msg tu la dari hamba Allah ni. Aku bole jawab pulak
  • Salam
Itu la... ni gara-gara terima email dari org la katanya Akum maksudnya dlm bahasa yahudi tah apa tah... buatkan aku ni guna SALAM je selalu... dia bagi salam tu, aku bodo gi la tulis SALAM jugak. At least kalau aku tulis balik WSLM tak la nampak sangat yer tak? Itu menjawab salam dia yang AKUM tu tadi. Tetiba second msg.....
  • b
And the third msg
  • You can run but you cant hide
Dan yang best sekali... bila window terpampang kat screen aku ni.... tulis off line msg... adehhhhhh ini parahnya MNS jarang guna...kalau YM tu off line msg lain... tau la mak cik nak bezakan.... bagi yang tak tahu msn tu... bukak la satu account. Korang mesti tercompus macam mak cik ni.
Baik aku jawab salam dia... padahal menjawab salam mula dia. Aku pun tak tahu asal aku baik bebenor nak menjawab msg mamat ni.... and kebetulan pulak dia on line.... sesiapa ada senapang? tembak aku! tembak aku sekarang!
  • Hye how are you?
Mesti dia pun salah anggap aku tegur dia... tapi aku tak jawab... sebb apa aku tak jawab? Buat apa nak kerohkan lagi keadaan? bebaik dia boleh lupakan aku, dah teringat...sama la macam aku. Org kata practice make perfectkan? hahahah so practice la mengelakkan diri anda tuk berurusan dengan bekas teman lelaki anda... sebab-sebabnya
  1. Hati anda boleh terluka
  2. Hati anda boleh lembut
  3. Hati anda bole berfungsi kembali tuk menyayangi si dia
  4. Boleh melukakan semua pihak... bagi yang dah penganti tu, ia akan menjahanamkan lagi hati si org baru,sama ada hati org baru bekas teman lelaki anda, mahupun bakal teman lelaki anda sekarang ini

Maka dengan itu saya nasihatkan pada mereka yang dah putus tuh, tak yah la nak action2, purak-purak jadi kawan baik la, itu la ini la, sbb itu semua poyo je... buat apa mengharap? Buka buku baru koyak-koyak buku lama... bila masing2 ada penganti, buat hati korg je sakit, bikin ati org lain je luka, buat apa? Selagi bole di elakkan, elakkan... dan aku rasa aku akan tetap dengan pendirian ku... yerlah memula ada jugak nak ubah kalau kata tak ada jodo, jadi kawan... neeehhhhh buang masa... betul tak? Itulah silly mistake aku buat ari ni.... tebal muka akuh dohhhh!

Dialogue

Ok... kena tulis blog ni cepat-cepat... well lately aku banyak sangat kerja. Besok cuti umum la pulak and date line aku sebenarnya minggu ni. Mean aku kena buat OT sepanjang minggu ni nak siapkan kerja tertangguh.... tapi biasa la aku ni kan, mana ada kawan nak bercerita, aku tetap nak menulis. Meluahkan apa yang kusut dalam otak aku ni. Nasib baiklah aku bz sekarang ni, so tak la ingat sangat masalah2 dalaman yang aku hadapi lately... so ceriter apa...meh kongsi sesama. Aku tak tulis dlm multiply sbb aku tak boleh bagi tahu kakak aku pasal benda ni... for sure dia akan bebel lagi... so nanti-nanti la aku bagi tahu dia.... heheheh

Bab 1.

Semalam ada opis mate baru, 42 year old and she really pretty... anak 3 dan yang sulung 22 tahun... and guess what! She look younger and they tot she around my age.... whaaaa terlebih sudah... so lunch my bos belanja sea food. Bila org baru masuk, aku asik kena perli dengan bos aku... banyak la malas nak cerita sbb buat aku sakit hati je... well aku cuma nak citer apa yang diorg tanya aku... tengah syok makan, kawan opis aku ni mmg kuat la sangat hisap rokok... havy smoker la kiranya... dia boleh turun merokok 15 minit sekali...itu kalau dia tention la. Nak tunggu makan pun dia boleh merokok. So menjadi topic bila bos aku tanya macammana dia nak cium isteri dia, mmg bau rokok dia kuat nausubilla.... aku pun tak tahan... So dia kata dia akan gosok gigi la, mandi la... may be he doing some joke... so dlm gelak2... bos aku tujukan soalan pada aku.

"So Shida you boyfriend smoking?" Dengan pantas, WALAUPUN mmg tahu dan sedar aku ni single and available... aku jawab "Yah he smoking...." Not boyfriend but my ex- boyfriend, dan bos aku telah mengingatkan aku pada dia... Kinda miss him jugak la... tak tipu... but hidup perlu di teruskan...."Mana dia tinggal yah?" Soal bos aku lagi.... aku jawab "PJ" short and hope not futher question for me.

Bab 2....

Ingatkan selesai dan diorg tak ingat pasal tu... semalam aku OT smpai 7 petang... so tinggal aku, may dan sorg lagi Paul. Paul baru je jadi marketing exec kat tempat aku... semetara tunggu May selesai kerja dia tanya soalan;

Paul : How long you been working here Shida?
Me : Almost 2 year
Paul : Oh... before this?
Me : At Subang.
Paul : Oh Subang... eh just now you telling us that your Boyfriend stay in PJ, which area yeh?

Again...adeh buat apa la ingat kan aku pada dia lagi ni.... spoil betul ar....aku dah malas nak feeling-feeling ni....malas nak ingatkan dia sbb kang mula la tak centre otak aku ni! Tapia ku jawab jugak soalan mamat ni

Me : Actually he working at PJ, he stay at Kota Damansara.
Paul : What is he doing?
Me : He open his own company.
Paul : Oh that nice. What company is that?
Me : Courier Service
Paul : IC... so how the business? Is it good? To many courier company right now.
Me : It just small business, oklah, not to said not good business. But bole la....

The conversation end there....

Bab 3...

Semalam aku duduk termenung sekejap... membuang perasaan aku tuh jauh-jauh... tak boleh layan sangat perasaan aku ni... teringat pulak jemputan kawan aku sorg lagi... eheheh.

Si dia : "I know your feeling... tapi macam mana you boleh tabah macam ni yek?"

Me : "Tabah?Esh jangan cakap i kuat... takut i rebah nanti... lagi pun i dah sedia kot. Dah set in mind that tak semestinya lama bercinta berakhir dengan perkahwinan. Kita tak pernah tahu apa yang akan kita tempuh dengan seseorg itukan?Dah banyak kali i cakap tapi dia tetap degil, and true enough tengok je it end up like this. Oklah kot at least bila ada rasa benci, tak ada la nak ingat kenangan manis semua tu. Apa yang lepas tu lepas la"

Si dia : " Ya betul but you kuat semangat... not like last time la... you sure you ok?"

Me : " Yah... insya Allah.... "

Si dia : " You tahu i selalu akan berada di sisi you ok... kalau nak kongsi apa-apa i sedia bantu..."

Me : " Ok... thanks."

Si dia : " Ermm.... you want to go out? Let have some dinner ke apa?"

Uhu?! Dan..dan la yek ajak keluar... well not now... may be nanti-nanti... biarpun aku nampak macam ni, tapi tah yek... tak berani nak bermain perasaan... terutama perasaan sendiri.

Hahahaha.... ayat je semua lelaki-lelaki ni... tang tak dpt manis la.... tabur janji semua. Last-last dah kenal? Mula la menunding jari, kata diorg berubah sbb tak tahan dengan perangai kita...what ever... aku lali sangat alasan-alasan tuh....

Bab 3....

Semalam aku tengok cerita Sinderella.... meh tengok dialong story ni....

Hussien : Kau tahu tak, saat yang menyakitkan perasaan org bercinta adalah bila dia dapat tahu org yang dia cinta itu akan berubah. Tapi dia tak mampu tuk buat apa-apa"

Zoiela : Kenapa?

Hussien : Sebab terlalu pegang pada janji.Janji yang dia tak akan berubah dan cintakan aku selama-lamanya...eternity"

Zoiela : Habis bos nak dia berubah macam tu aje?

Erm.... kadang-kadang kita tak mampu nak ubah semua ni... kita biarkan semua itu terjadi... dan still harapkan miracle dalam sesuatu hubungan itu... termasuklah aku ni... heheheh...ok continue dengan cerita ni

Hussien : I know....

Zoiela : I think you should fight!

Hussien : Fight?

Zoiela : Yah... you love her right? So be a man... fight for her!

Hussien : No i wont

Zoiela : Why not?

Hussien : Sebab kalau aku boleh pegang pada janji,dan aku boleh sayang dan cintakan dia selamany. Kenapa dia perlu berubah?

Ini satu lagi... ayat lelaki yang frust... teringat jugak kata-kata si dia... kalau dah tahu dia seorg baik hati, lelaki yang menjadi idaman setiap perempuan, kenapa tak jaga hati dia betul-betul supaya dia tak jatuh ke tangan org lain? Tuk soalan dia tuh... aku mengaku aku ni kadang2 bersikap kejam...aku pun tak ada jawapan tuk itu sampai sekarang... well better KOT kehilangan dia sekarang daripada aku kehilangan dia bila dah kawin nanti. Biar la dia masak dengan perangai aku ni... kalau tahan stay... kalau tak tahan dan rasa ada perempuan yang boleh jaga hati dan perasaan dia lebih baik dari aku, aku tak kisah melepaskan dia, cewahhhh.... aku masih lagi tak tahu kenapa aku bersikap kasar dengan dia... well aku juga sedar bahawa semua manusia ada tahap kesabarannya... dah banyak kali dia pujuk lelama bosan jugak... heheheh but im ok... still ok and masih boleh menerima kenyataan bahawa hubungan ini setakat ini sahaja....sambung lagi

Zoiela : Kalau dia tak berubah?

Hussien : Makna dia tak sayangkan akulah

Zoiela : So?

Hussien : arggg malas la nak pikir

Zoiela : Bos what are you waiting for ha? Bos nak tunggu sampai dia datang sini lepas tu dia cakap 'Ayu tak cintakan abang,Ayu nak tinggalkan abang... Ayu benci...benci...benci kat abang' you want to wait until that is it?"

Hussien : Mungkin kot...

Zoiela terperanjat beruk....jangan cakap Zoiela...aku pun sama...bagusnya lelaki macam ni... hahah aku dah dpt pun, cuma aku ni bodo si Ayu kot... tah kejar apa tah.

Hussien : Kalau benda itu benar-benar terjadi, aku akan tetap tunggu dia Zoeila.

Zoiela : Bos you need to wake up! What's wrong with you? Boss look here, you are a good person, wonderful person ok. Ayu are blind not to see that. Dia yang rugi not you. You know how many woman out there.....

Hussien : Like you, that want me as a man?Is that you are trying to said Zoiela?

Zoiela : you poyo la mat! You feeling tau tak! Lu ingat lu siapa? Mawi ke sampai semua org minat kat lu?

Hahahah... yah... ayu is blind not to see good thing in Hussien... But tak agree kot... kita tak lalui apa perasaan dia... kita tak tahu. Semua org boleh salahkan aku. Even keluarga aku yang lain semua boleh salahkan aku... tapi diorg tak tahu apa yang aku lalui... pak arab need gal yang sopan santun, yang boleh hormat dia, yang boleh dengar cakap dia. Menyesal ke aku? Menyesal tu tak la kot... tapi terkilan sbb banyak menghabiskan masa dengan benda yang tak berhasil... tengok la umur aku sekarang. Waste my time 6 years with someone and now almost 3 year baziq masa lagi... kesal sbb tu je la... but apa pun always believe that semua ni kerja Allah...

Oklah nak kojo la... berjam-jam cerita.... :)

Note : Doakan semoga kerja aku dpt siap...aku nak upload citer pasal Roud Tour di Melaka minggu lepas... jemputan kawin adik aku dah bermula!

Monday, April 28, 2008

Doa

Thanks to some one yang email me this doa.... mari kita kongsi doa ini ramai-ramai... semoga Dia beri petunjuk...


Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku
Maka satukan hatinya dengan hatiku
Titipkan la kebahagian antara kami
Agar Kemesraan ini abadi

Dan YA Allah Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari penglihatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta YA Allah Tuhan Yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan
Melontarkan jauh bayangnnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya


Dan YA Allah tercinta
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walaupun tiada sama dengan dirinya

Ya Allah Ya TUhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMU
Sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku kerana Kau yang Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukup Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat

Friday, April 25, 2008

Tapi bukan aku....

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin, kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima.

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semua
Lebih baik jangan mencinta biarkan aku dan semua hatiku...
Karena takkan pernah kau temui
cinta sejati


[reff:]
Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Perasaan ku tlah mati untuk menyadarinya

Tapi bukan aku...........

Semoga saja kan kau dapati hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku.....
[reff:]
Berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
Perasaan ku tlah mati untuk menyadarinya
[reff:]
Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Perasaan ku tlah mati untuk menyadarinya

what wrong now?

Asal kena dengan aku ni? Tetiba je aku rasa

  • Lemah badan, ingatkan sebb tak makan. Tapi pagi tadi makan biskut plus MILO.

So Lunch time....

  • Aku makan rojak, ingatkan sbb lapar badan aku jadi lemah. So order la rojak mamak and teh ais limau..

Tapi

  • Still lemah. Bila berdiri rasa badan nak melayang.
  • Kepala berat, leher tegang semacam.

Masuk petang je

  • Mata rasa berat, berair
  • Tekak rasa perit
  • Badan semakin lemah
  • Badan terasa panas
  • Kaki tangan makin sejuk

Adakah ini bermakna aku......

DEMAM?!!!!

Oh tidakkkkkk, aku ada banyak kerja kat opis.... esok aku ada plan nak bercuti... so ini peluang yang aku ada tuk bercuti.... esok aku akan adakan road tour kat melaka... tak syok la kalau demam! Aku nak makan ubat, tp takut la pulak. Aku mmg lemah bila bab-bab nak makan ubat ni... tapi buat masa ni aku tak leh demam! Aku banyak kerja dan kerja perlukan aku tuk siap. Air cond da lama dah tutup,kaki aku makin sejuk ar.... macam mana yek? Balik telan la apa ubat pun. Janji baik :D

Wednesday, April 23, 2008

Kerja...kerja...kerja....

Kerja.... mak cik banyak kerja... akakak tapi tangan macam biasa la, mak cik minat nak menaip. Erm korang semua ingat tak ceriter antara bos mak cik dengan auditor mak cik... alamak alhamdulilla dah selesai. Kan mak cik dah kata bila bos bertemu bos ni, dua-dua nak jaga muka... so bos mak cik pun luluskan pembayaran audit and comp fees tu.... lega mak cik dah ni... oklah mak cik nak sambung kerja.... chow

Monday, April 21, 2008

Aktiviti hujung minggu

Ok pada yang sedia maklum, rumah aku bahagian depan dah pun siap. Cat pun sudah. So tinggal pagar je tak pasang. Mungkin dlm minggu ni jugak. I'll up date my new house's look.

So di pendekkan citer, rumah aku dah 3 minggu tak bersihkan sbb rasa tak gune kot, bersih pun tetap berhabuk sbb rumh aku di hadapan jalan besar dan compom habuk selagi renovation kat depan tu tak siap. So Ahad tu mak cik ni jadi rajin kojap... mengemas sbb kapet kena hanta dobi. Berhabuk dengan bulu kucing, rambut and habuk akibat dari buat pagar batu. So kebetulan 3 toilet rumah aku di cat, so bilik air pun lebih kurang kotor.

Jadi nak kemas sabtu tu tak larat. Maklumlah balik kerja terus gi Shah Alam. Than balik je makan, mandi, pukul 9.00 mengadap tengok Akedemi Fantasia. Whaaaa sedih Saidah terkeluar... hampeh tul. So dengan frustnya aku tido sebaik AF habis.

Kul 7.45 pagi, mak cik dah tersedar... patutnya mak cik kalau cuti hujung minggu mak cik bangun paling lewat pun kul 10.00. So ni bangun pagi. Mak cik tention sbb toilet kotor. NAk cuci malam sabtu tu tak larat mana dengan penat dengan tak tahan air sejuk. So bangun pagi tu mak cik kemaslah toilet. Menyental cat-cat yang ada kat lantai, singki dlm toilet bowl semua ar.

Lepas bersihkan toilet, mak cik turun... kat tangga dah pikir 18 kali nak mengemas ke tak. Yer la,dalam rumah tak selesai lagi. Tunggu plumber tukar paip air. Kang berhabuk lagi. So nekad, kemaslah. Kalau kucing mak cik pun dok bersin sama, maknanya umah mak cik ni dah tahap kritikal.

Sebelum tuh mintak maaf la.... umah mak cik ni bukan le rumah bunglo atau semi D atau sem C ke, Kondo ke... umah teres biasa. Dah 20 tahun pun keluarga mak cik duduk sini. So kalau you all mengharapkan gambar2 macam rumah org kaya-kaya tak ada la... hehehehe maklumlah bapak mak cik kerja nelayan je, so umah nelayan, biasalah kecik je kat tengah bandar.

Opsss dah galih kerusi baru teringat nak ambik gamba. Patutnya sebelum kemas ambik gambar dulu, yer tak? Inilah keadaan umah mak cik anak-anak oiii... idok la besar mana... kat situ ruang tamu, kat situ juga meja makan.

Nampak tak putih2 tuh? Itu lah habuk yang mak cik dok kumpul... sangat pemalas org-org di rumah ku... aakakak. Agak-agak korang la berapa tahun aku mengumpul habuk-habuk ni? Ini dah tak boleh nak tolong da. Berhabuk tahap gaban dah ni, gaban pun boleh semput kalau habuk banyak macam ni.

Terima kasih pada QIARA.... dia banyak membantu... mana aku pergi dia ikut. Tapi bunyi vacum je dia lari lintang pukang. Aku sapu dia main tangkap-tangkap. NI aku lipat kapet ni nak hantar gi dobi dia duduk atas kapet tu. Aku rasa kalau dia ni manusia, mau dia yang bantu aku buat kerja-kerja ni.

Ini nama dia Neng Wijowo... dari jawa timur... mak cik jumpa dia dan dia kata dia boleh tolong... sian jadi rupo itu dah ha! Cun-cun dah jadi maid la pulak yer? Wakakah... tengok la lantai umah aku, mau dekat 10 kali aku mop. Kering je mop, kering je mop. Ini jenis Walaupun tak sesinar mana, tapi oklah bersih. Kalau nak nampak bayang-bayang kat lantai tu, 1000 kali mop pun tak leh nampak. Al- maklumla rumah lama.

Ini bukan tangga sebarang tangga... tengok je la betapa berhabuknya tangga rumah aku. Itu kalau tak lalu tangga tu, mau boleh sapu muka korang buat bedak... tangga pun hampir 2 kali aku mop. Memang tak puas hati sbb dinding tangga pun di cat sama. So ada bahagian cat yang meleleh tu tak leh nak hilang dengan air. 2 round tu mak cik mop... naik pusing kepala ni.... so ini la hasilnya....

Bole la walaupun tak la kilat sangat, yer tak?

Ruang tamu umah mak cik... yang tak berkapet... oklah tu, lantai tak la kilat mana, tapi bersih.. nak makan atas lantai tanpa pinggan pun ok... di jamin bersih (Buat masa tu ar, hahaha)

Pandangan dari tangga. Mesti korang pelik, awat meja tu letak gitu? Patut memanjang... penghuni rumah aku ni tak ada sivik, sebelum diorg yang alihkan meja tu, baik aku bagi ruang, diorg suka tido depan situ... hahah termasuklah aku sekali...

SELESAI MENGEMAS DI RUANG TAMU, MARI KITA KE BILIK AKU....

Ari tu aku cerita, aku gaduh dengan pak arab sbb kata dah berapa minggu cakap nak kemas umah tapi satu pun tak ada, betul tak? Kali ni lepas kemas bawah, termaksuk cuci kipas syiling, aku kemas bilik aku...

Ini la ruang beradu ku. Mmg la nampak katil je berselerak, tak tengok bawah katil, bawah meja TV aku tuh, kat almari solek. Habis minyak wangi aku semua di selaputi habuk, rambut dan sewaktu dengannya. Bangun pagi, kemas katil. Sapu pun yang mana nampak, yang tak nampak buat tak tahu je.

Inilah meja solek ku... nampak tak paper beg tu? Dalam tu lense yang aku beli awal bulan 2. MMg kat situ je tempatnya.

Bangun pagi, siap gi kerja trus cabut. Tak letak barang2 dengan baik dan elok. Hahaha pemalasnya aku ni.... dah malas ada hati pulak nak marah org bila org tuh tegur.

So it take me 2 hours to clean up everything termaksuk Vacum, Sapu, Mop, lap tingkap, lap grill dan lap semua barang2 yang dah kena habuk.

Nampak lebih kurang sama... tapi at least habuk tak ada, meja kemas, rambut-rambut dah buang, syiling aku atas tu dah terkumpul. Gelang, rantai tersusun, apa lagi?

Semuanya selesai.... Ini la katil ku, dan tilam itulah yang berharga RM 3000 lebih. Berat nak mampus! Tapi best..... Nak cube? heheheh

Itu la aktiviti ku semalam.... mengemas uma....

Apt for relative on 30 - 1 june 2008

Sabtu tu seperti yang di janjikan, aku dengan sepupu ayah pergi melihat keadaan apartment yang kami sekeluarga carikan tuk sedara di Singapura dengan Melaka (awat ayat aku skema semacam ni?).

Kalau tuk holiday tentu la tak selesa. Memandangkan Uitm akan buat convocation pada bulan May, maka mak cik compom hotel2 termasuk hotel kat Klang akan fully booked. So sebat aje apa yang ada.

Pukul 4.00 aku pergi umah sepupu ayah ambik dia tuk ke lokasi kejadian di Shah Alam. Oh buat jurung-jurung kalinya, kad pertama di edarkan ke rumah Tok Teh (Bapak sedara bapak aku). Umah dia dengan aku dekat je, 3km je, tapi diorg org pertama yang dapat invitation... hahahah mak aku bilang, alang-alang gi ambik sepupu ayah kat rumah diorg bagi je la terus....

So perjalanan kami pun bermula la ke Shah Alam... tapi tak dapat nak rakamkan gamba-gamba sbb juru kamera, iaitu aku bawak kereta. So takkan nak suruh mak aku pulak... dia asik cakap, "aku pening la... kang goyang pulak gambar ni". Walaupun camera tu anti shock.

Ini la apartment hotel yang terletak kat Shah Alam. Korang mesti tanya awat Shah Alam? Jauh tu Klang dan Shah Alam. Agak jauh la 10 km dari rumah aku. Tapi senang sbb kat KLang tak ada apartment. So murah dan jimat la... sewa satu apartment ramai-ramai boleh duduk,kan?

Tah tahu la berapa tingkat. Bukan semua milik management hotel. Yang lain mungkin rumah org atau pun tempat hostel pelajar-pelajar sbb tengok kat bawah pun tahu kot. Hotel ni dekat dengan University, so may be diorg pun stay situ.

Bahagian bawah apartment ni banyak kedai makan. Biasalah kalau tempat yang banyak student ni, kdai makan bersepah2. Heheh gambar ni actually aku main ambik je. Kang diorg kata aku ni sakai lak... heheheh kalau tengok betul2 kat bawah tu banyak kedai makan.

Bahagian pintu masuk...

Yang kuar pintu tu pekerja Hotel Apartment ni, yang tudung merah tu MANAGER.... hahahah itu mak aku... so jangan mengharapkan sepanjang jalan dr Lif ke rumah ni terhias kapet mau pun lagu dan lampu yang malap... wakahakahak

Bahagian ruang tamu. Kecik, rasa boleh kot muat 3 org kat sini... sori no TV....

First Room...

Second Room

Third Room

Well bilik agak sempit... tengok lah ruang antara katil2. Kalau mk aku dah sure dia lompat je dari depan... heheheh. Sori queen bed tak available tuk apartment 3 room... only available for 4 room je... dah booked baru la tahu ari tu.

Apartment ini agak kecik.. tengok ruang dia...sangat kecikkan? Tapi tak pa la KOT... bukan nak gi holiday. Diorg nak pun tuk tido dah salin sahaja. Memandangkan rumah aku hanya rumah teres bukan bunglo atau semi D

Bahagian Dapur

Bilik air pertama....

Air panas di setiap bilik air... heheh ok la tuh... ada gak air panas...

Bilik mandi yang ke dua.

Kat bawah ni ada taman kecik. Boleh la, aku kenal sepupu-sepupu aku ni... diorg suka merayap and lepak bersembang sesama sendiri... sbb kalau kat bilik sure tak ada privacy la apa la... mak ada, nenek ada... so kalau diorg lepak kat bawah pun aku rasa tak jadi masalah kot... jangan jalan jauh2 sudah.

Oklah itu sahaja buat tatapan ari ni... well ada satu cerita lagi... aku akan upload waktu lunch nanti ok...

Thanks to Ayah's cousin Nurul Syakira. She help me alot... bersusah payah tolong mendapatkan informasi tentang apartment ni. Selagi aku tak pergi, selagi tu la aku dok kacau dia... :) thanks alot....

Friday, April 18, 2008

Cerita..cerita... cerita....

Nampak benor aku ni tak ada kerja... dok update blog... heheheh bgi yang brmint nak baca, baca la... yang tak berminat tak apa... tiada paksaan dlm ni.

Tadi aku menerima panggilan dari seseorg... kurang ajar org ni. Org ni hilang ingatan agaknya. Dia pernah call comp aku sebelum ni. Kalau aku tahu siapa dia ni... mau ku tarik telinga dia. Tengah syok aku buat kerja (akakak kerja konon) phone aku bunyi... aku pun angkat la phone... siapa la kacau aku buat kerja ni (heheh banyak citer menarik la katakan nak tulis dlm blog).

Si pembohong :- Selamat pagi, bole saya tahu siapa cakap di sana?

Aku :- Shida sini (Bengang tul nak berkenalan2 ni)

Si Pembohong : - Saya dari Income tax yer. Tuk makluman anda bahawa Income tax tengah mengupdate sistem kami dan kalau boleh sila buat pembayaran PCB sebelum 10 hari bulan.

Aku terdiam seketika... macam ku kenal ayat ini... sah! si mangkuk ni pernh call aku 4 bulan lepas. Banyak sangat menipu sampai lupa company aku ni dia dah goreng sekali. Termasuk aku dan bos aku la kena tipu.

Aku :- Oh ok... saya tahu benda tu, kami jelaskan sebelum setiap 1 hari bulan lagi

Si pembohong :- Untuk makluman je yer, bole saya tahu nama director?

Aku :- Mr *** ***** *****

Si Pembohong :- Boleh tak saya bercakap dengan dia?

Aku terus la cakap... dia tak ada la. Keluar. Siap tanya bila balik semua

Well kalau korg nak tahu, si puaka ni, bukan la dari Income tax... dia dari Jabatan kemasyarakatan. Nak minta derma. Al maklumlah kononnya kat sini kalau derma, akan di kecualikan cukai. So dulu mamat ni call nak minta derma sebuah kerusi roda tuk umah kanak-kanak cacat. Bos aku kata dia tak janji, tapi melaun ni telah kata kat aku yang bos aku ni janji nak derma 2 kerusi roda. So aku cakap la bos aku tak berminat. Dia boleh mara aku. Kata yang bos aku penipu. Than nak cakap dengan bos aku aku tak bagi. Ingatkan dia dah ilang. Muncul lagi... cukup pantang tul mengunakan nama kerajaan. Kambing gurun betul. Nak minta derma pun agak-agak la... dah kata derma seiklas hati. Dah la dia pandai2 tentukan kita bayar derma.

Hari ni je tah berapa kali di call. Tapi mak cik bijak, mak cik siang-siang dah warning member opis supaya jangan terpedaya. "If any one from income tax looking Andy, pls dont pass the line to him, or give andy's mobile number..." just ask him pass away <-------- wkakaka itu aku yang tambah....

So petang tadi panggilan si pembohong tu di sambung pada aku.... sekali lagi tipu. Mak bos aku jumpa aku tanya apa org income tax tu nak dengan anak dia. Buat apa nak takut Mak bos? Andy personally never owe goverment or the company, so kalau ia pun ada yang tergendala, diorg personally akan mari jumpa aku.

Ecewh berlagaknya... dulu first time dia call pun aku kecut perut. Heheheh