Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, May 2, 2008

Wedding Road Tour.... (DAY 2)

Second Day.... awal pagi kita dah bersiap nak ke Sungai Udang, Paya Rumput dan Tangga Batu, Melaka... the second day best gila sbb tak habis2 makan...makan...makan.... bagaikan pucuk di cipta ulam mendatang daaaa.....

Oh this is my friend's daughter... Nur Aliya Najwa... aku gi umah dia dulu... sian dia demam ari tu... so nak kat mak dia je... ok sambung citer balik....

Umah pak cik aku... bapak aku punya adik yang nombor tiga... kami tuju umah dia dulu... ini pun sama. Ayah bagi KUASA menjemput di majlis perkahwinan adik aku....

My dad and his brother....

Hidangan petang tuh.... erm yam...yam.... seronok tul....

Anak-anak buah aku...pat makan mmg tak tolak.... diorg sebat je....

TERMASUKLAH.......mak sedara dia ni ha.... wakahakaha

So lepas makan kami ke.....

Di rumah ini kami di hidang teh dan biskut.... heheheh gamba biskut tak ada lak.... tapi yang pasti, biskut-biskut pun habis jugak tuh!

Tengok je macam mana kucing ni bersantai.... heheh cute yeh...

So the third house....

Umah nek long piah... arggg inilah tempat aku bermain kecik-kecik dulu... best betul... tak ubah macam dulu jugak....

Pose istimewa ari tu... akakaka.... so umah ini kami di jamu dengan air teh serta Jemput-jemput pisang.... Di sebabkan ada insiden berlaku buat aku tak ambik la gambar makanan tuh... eh perut ni boleh isi lagi.... tu yang tak tahan tuh

Apa dah jadi dengan anak dara aku ni? Hahahah terkencing dlm seluar... tahan kencing... tak sempat nak gi toilet... dia kata mak aku buat lawak sampai di tak tahan nak kencing... ambik ko... pakaila kain batik nenek ni sbb dia tinggal sorang... baju cucu dia pun tak ada.... sbb insiden ni la aku tak leh nak ambik detik2 yang patut aku ambik... pecah perut je...

Kad jemputan turut di serakan pada nek piah tuk bagi sedara mara yang lain...

Uh... besarnya badan akuh ni... anak buah aku la ni... diorg ni pantang tengok camera... kalau boleh gambar semut pun dia nak ambik... heheheh tapi bagus jugak diorg ambik! Wakahakah....

Wah naik syok pulak... bukan syok basuh pinggan tapi syok ambik gambo!

Sopan anak dara aku ni... lepas tu kami terus menuju ke rumah seterusnya... umah kakak ayah... aku panggil dia Mak unggal Sebah... satu bapa dengan ayah... berlainan ibu....

Mak Unggal... aku serius tak tahu ayah ada kakak... aku hanya tahu 3 tahun lepas kot... selalu jumpa dia tapi aku tak pernah tanya dia siapa.... and best gi umah dia ni, dia rajin sangat masak... dan hari tu kami di sajikan...

Laksa... yum... yum...

So bila dah kenyang kami pun balik la ke Kampung Tun Razak... waktu tuh pun dah nak senja... so see the tired face of us...

Ayah tetap semangat tulis kad jemputan di saat akhir nak balik....

Inilah nenek aku... mak ayah aku... well she bit frust la sbb niat hati nak ikut sama menjemput tapi di halang oleh dua ekor anak buah aku yang jugak sibuk nak ikut... mana nak muat kereta... so biasalah dia la yang mengalah... sian nenek... pujuk ayah beli kereta besar...MPV ke, Van ke apa ke... so jalan memana pun selesa... akakakak.

Sekian laporan ari ni.... mengenai cerita minggu lepas.... :D

Wedding Road Tour....

Hye... seperti yang di janjikan... i will update last weekend punyer aktiviti... me, my dad and my mum went to Melaka tuk menjemput sedara mara kat sana... well akukan mak pengantin A.K.A pengantin...macam majlis kawin aku je sibuk2.... tapi biasalah tak kawin lagi teruja dengan majlis perkahwinan adik sendiri.... check this out....

Sebelum bertolak... adik aku si Raudah melalak... macam bebudak...padahal kita org pergi sehari je pun... dia tak leh pergi sb jaga si Qiara....

So sepanjang perjalanan tak dpt nak ambik gambar.... perjalanan ke Melaka mengambil masa satu jam setengah. Tak terasapun...aku dok tido je, maklum la penat giler. Balik kerja terus cabut melaka....

Sempat beli kat dengkil...maklumla tak makan tengahari.... my fav from....

Hahah gambo plastik pun jadi la yek?

Sampai di Melaka, jam 4.00 petang....toll naik 70 sen... dulu ke Klang ke Melaka RM 18.10... lah ni RM 18.70

So sampai umah nenek, kitaorg solat Asar... than kami meneruskan perjalanan kami ke rumah pertama iaitu rumah Pak ngah aku kat Kampung Tun Razak, Bukit Katil Melaka....

Gambar 18 sg.... wkahakaha.... mak aku dah rupo datin2, padahal menjemput je... kita tak org tak masuk, just sent the invitation card and authorized my uncle (chewah) tuk jadi wakil menjemput org2 kampung dan sedara mara yang lain.

Perjalanan selepas itu di teruskan ke.....Bukit Katil, Melaka

Umah nek Mon (My father's Auntie)

My mom's relative (Cik Lela)

My dad's Uncle

My dad's cousin.

Than kami terus ke Bukit Bayan, Melaka.... rumah diorg ni nasib la dekat.... kira tak payah la nak ke sana ke sini.... itu la sedara itu la jiran... Bukit Bayan rumah Kakak Nenek aku yang sulung.... penempatan dia dan anak-anaknya.... uhuhuhu

Umah yang aku maksudkan....

Yang tertutup biru tu, rumah kedai... buat niaga kecil-kecilan....

Inilah keadaannya... hahha.... mak aku dah rupa pegawai penyiasatan antarabangsa...

Itu adalah rumah yang terakhir pada petang tuh... malam ada la jugak jalan... kang ambik gamba rumah org memalam, org kata aku tak betul la pulak.... so aku postkan few gambar di saat aku dengan anak buah aku bosan menunggu mak ayah aku menjemput... biasalah kata kejap tapi berjam-jam la pulak menunggu dan menanti dalam kereta....

Si abang dan si adik.... mereka turut bosan... ah jangan tak tahu kedua-dua mereka ada handphone yang cangih dari aku.... 3G tuh! Bebudak sekarang ni... hebat2...

Mira and me yang tahap bosan giler.... lihatlah betapa panasnya hari tu.... dah la pakai lengan panjang... uh!

Ini Aisyah... comel tak? malam tu aku gi Semabok menjemput nenek dan Atuk dia... nak ambik gambar diorg segan la pulak...so mengambil gambar dengan si kecik ni je... tengok gelagat dia... sori rambut i macam tapir yek!

My cousin sister... umah mak mertua dia la aku pergi... Aisyah look sweetkan? Cute habis!

Hari yang sangat memenatkan....Tersantai kejap aku... habis semua pukul 9.30... terlepas setengah jam nak tengok AF aku.... cit

Oklah.... ini report tuk hari pertama... banyak sangat upload gambar... aku sambung hari ke dua pulak... tunggu yek. :D

Wednesday, April 30, 2008

sILLy mIStAKE!

Adeh macam mana boleh terlepas pandang ni?! Ni gara-gara malu nak intercom opis mate aku yang kat depan ni ( yerla kalau libatkan nak minta duit-duit ni i segan sikit....walaupun tak banyak, tapi duit beb...lepas jugak la makan aku seminggu). So dengan baik on la MSN... memula takut jugak...yerlah hamba Allah yang sorg lagi tu pun pakai MSN... kang cari pasal lagi dengan aku... itu tak pa lagi, aku takut aku lak yang cari pasal.

Oh mesti korang keliru aku ni citer pasal siapa ni? Pasal kawan opis aku ke, atau ehem...ehem tu? Di ringkaskan citer aku On MSN sbb nak minta duit balance parking kat opis mate tapi aku takut nak on MSN sbb si ehem...ehem pun ada MNS. Aku tak delete lagi nama dia kat MSN aku tu, since gaduh hari tu aku tak on pun MSN aku kecuali YM je.

So once i on my msn... ada message yang berbunyi


  • Akum
Permulaan msg tu la dari hamba Allah ni. Aku bole jawab pulak
  • Salam
Itu la... ni gara-gara terima email dari org la katanya Akum maksudnya dlm bahasa yahudi tah apa tah... buatkan aku ni guna SALAM je selalu... dia bagi salam tu, aku bodo gi la tulis SALAM jugak. At least kalau aku tulis balik WSLM tak la nampak sangat yer tak? Itu menjawab salam dia yang AKUM tu tadi. Tetiba second msg.....
  • b
And the third msg
  • You can run but you cant hide
Dan yang best sekali... bila window terpampang kat screen aku ni.... tulis off line msg... adehhhhhh ini parahnya MNS jarang guna...kalau YM tu off line msg lain... tau la mak cik nak bezakan.... bagi yang tak tahu msn tu... bukak la satu account. Korang mesti tercompus macam mak cik ni.
Baik aku jawab salam dia... padahal menjawab salam mula dia. Aku pun tak tahu asal aku baik bebenor nak menjawab msg mamat ni.... and kebetulan pulak dia on line.... sesiapa ada senapang? tembak aku! tembak aku sekarang!
  • Hye how are you?
Mesti dia pun salah anggap aku tegur dia... tapi aku tak jawab... sebb apa aku tak jawab? Buat apa nak kerohkan lagi keadaan? bebaik dia boleh lupakan aku, dah teringat...sama la macam aku. Org kata practice make perfectkan? hahahah so practice la mengelakkan diri anda tuk berurusan dengan bekas teman lelaki anda... sebab-sebabnya
  1. Hati anda boleh terluka
  2. Hati anda boleh lembut
  3. Hati anda bole berfungsi kembali tuk menyayangi si dia
  4. Boleh melukakan semua pihak... bagi yang dah penganti tu, ia akan menjahanamkan lagi hati si org baru,sama ada hati org baru bekas teman lelaki anda, mahupun bakal teman lelaki anda sekarang ini

Maka dengan itu saya nasihatkan pada mereka yang dah putus tuh, tak yah la nak action2, purak-purak jadi kawan baik la, itu la ini la, sbb itu semua poyo je... buat apa mengharap? Buka buku baru koyak-koyak buku lama... bila masing2 ada penganti, buat hati korg je sakit, bikin ati org lain je luka, buat apa? Selagi bole di elakkan, elakkan... dan aku rasa aku akan tetap dengan pendirian ku... yerlah memula ada jugak nak ubah kalau kata tak ada jodo, jadi kawan... neeehhhhh buang masa... betul tak? Itulah silly mistake aku buat ari ni.... tebal muka akuh dohhhh!

Dialogue

Ok... kena tulis blog ni cepat-cepat... well lately aku banyak sangat kerja. Besok cuti umum la pulak and date line aku sebenarnya minggu ni. Mean aku kena buat OT sepanjang minggu ni nak siapkan kerja tertangguh.... tapi biasa la aku ni kan, mana ada kawan nak bercerita, aku tetap nak menulis. Meluahkan apa yang kusut dalam otak aku ni. Nasib baiklah aku bz sekarang ni, so tak la ingat sangat masalah2 dalaman yang aku hadapi lately... so ceriter apa...meh kongsi sesama. Aku tak tulis dlm multiply sbb aku tak boleh bagi tahu kakak aku pasal benda ni... for sure dia akan bebel lagi... so nanti-nanti la aku bagi tahu dia.... heheheh

Bab 1.

Semalam ada opis mate baru, 42 year old and she really pretty... anak 3 dan yang sulung 22 tahun... and guess what! She look younger and they tot she around my age.... whaaaa terlebih sudah... so lunch my bos belanja sea food. Bila org baru masuk, aku asik kena perli dengan bos aku... banyak la malas nak cerita sbb buat aku sakit hati je... well aku cuma nak citer apa yang diorg tanya aku... tengah syok makan, kawan opis aku ni mmg kuat la sangat hisap rokok... havy smoker la kiranya... dia boleh turun merokok 15 minit sekali...itu kalau dia tention la. Nak tunggu makan pun dia boleh merokok. So menjadi topic bila bos aku tanya macammana dia nak cium isteri dia, mmg bau rokok dia kuat nausubilla.... aku pun tak tahan... So dia kata dia akan gosok gigi la, mandi la... may be he doing some joke... so dlm gelak2... bos aku tujukan soalan pada aku.

"So Shida you boyfriend smoking?" Dengan pantas, WALAUPUN mmg tahu dan sedar aku ni single and available... aku jawab "Yah he smoking...." Not boyfriend but my ex- boyfriend, dan bos aku telah mengingatkan aku pada dia... Kinda miss him jugak la... tak tipu... but hidup perlu di teruskan...."Mana dia tinggal yah?" Soal bos aku lagi.... aku jawab "PJ" short and hope not futher question for me.

Bab 2....

Ingatkan selesai dan diorg tak ingat pasal tu... semalam aku OT smpai 7 petang... so tinggal aku, may dan sorg lagi Paul. Paul baru je jadi marketing exec kat tempat aku... semetara tunggu May selesai kerja dia tanya soalan;

Paul : How long you been working here Shida?
Me : Almost 2 year
Paul : Oh... before this?
Me : At Subang.
Paul : Oh Subang... eh just now you telling us that your Boyfriend stay in PJ, which area yeh?

Again...adeh buat apa la ingat kan aku pada dia lagi ni.... spoil betul ar....aku dah malas nak feeling-feeling ni....malas nak ingatkan dia sbb kang mula la tak centre otak aku ni! Tapia ku jawab jugak soalan mamat ni

Me : Actually he working at PJ, he stay at Kota Damansara.
Paul : What is he doing?
Me : He open his own company.
Paul : Oh that nice. What company is that?
Me : Courier Service
Paul : IC... so how the business? Is it good? To many courier company right now.
Me : It just small business, oklah, not to said not good business. But bole la....

The conversation end there....

Bab 3...

Semalam aku duduk termenung sekejap... membuang perasaan aku tuh jauh-jauh... tak boleh layan sangat perasaan aku ni... teringat pulak jemputan kawan aku sorg lagi... eheheh.

Si dia : "I know your feeling... tapi macam mana you boleh tabah macam ni yek?"

Me : "Tabah?Esh jangan cakap i kuat... takut i rebah nanti... lagi pun i dah sedia kot. Dah set in mind that tak semestinya lama bercinta berakhir dengan perkahwinan. Kita tak pernah tahu apa yang akan kita tempuh dengan seseorg itukan?Dah banyak kali i cakap tapi dia tetap degil, and true enough tengok je it end up like this. Oklah kot at least bila ada rasa benci, tak ada la nak ingat kenangan manis semua tu. Apa yang lepas tu lepas la"

Si dia : " Ya betul but you kuat semangat... not like last time la... you sure you ok?"

Me : " Yah... insya Allah.... "

Si dia : " You tahu i selalu akan berada di sisi you ok... kalau nak kongsi apa-apa i sedia bantu..."

Me : " Ok... thanks."

Si dia : " Ermm.... you want to go out? Let have some dinner ke apa?"

Uhu?! Dan..dan la yek ajak keluar... well not now... may be nanti-nanti... biarpun aku nampak macam ni, tapi tah yek... tak berani nak bermain perasaan... terutama perasaan sendiri.

Hahahaha.... ayat je semua lelaki-lelaki ni... tang tak dpt manis la.... tabur janji semua. Last-last dah kenal? Mula la menunding jari, kata diorg berubah sbb tak tahan dengan perangai kita...what ever... aku lali sangat alasan-alasan tuh....

Bab 3....

Semalam aku tengok cerita Sinderella.... meh tengok dialong story ni....

Hussien : Kau tahu tak, saat yang menyakitkan perasaan org bercinta adalah bila dia dapat tahu org yang dia cinta itu akan berubah. Tapi dia tak mampu tuk buat apa-apa"

Zoiela : Kenapa?

Hussien : Sebab terlalu pegang pada janji.Janji yang dia tak akan berubah dan cintakan aku selama-lamanya...eternity"

Zoiela : Habis bos nak dia berubah macam tu aje?

Erm.... kadang-kadang kita tak mampu nak ubah semua ni... kita biarkan semua itu terjadi... dan still harapkan miracle dalam sesuatu hubungan itu... termasuklah aku ni... heheheh...ok continue dengan cerita ni

Hussien : I know....

Zoiela : I think you should fight!

Hussien : Fight?

Zoiela : Yah... you love her right? So be a man... fight for her!

Hussien : No i wont

Zoiela : Why not?

Hussien : Sebab kalau aku boleh pegang pada janji,dan aku boleh sayang dan cintakan dia selamany. Kenapa dia perlu berubah?

Ini satu lagi... ayat lelaki yang frust... teringat jugak kata-kata si dia... kalau dah tahu dia seorg baik hati, lelaki yang menjadi idaman setiap perempuan, kenapa tak jaga hati dia betul-betul supaya dia tak jatuh ke tangan org lain? Tuk soalan dia tuh... aku mengaku aku ni kadang2 bersikap kejam...aku pun tak ada jawapan tuk itu sampai sekarang... well better KOT kehilangan dia sekarang daripada aku kehilangan dia bila dah kawin nanti. Biar la dia masak dengan perangai aku ni... kalau tahan stay... kalau tak tahan dan rasa ada perempuan yang boleh jaga hati dan perasaan dia lebih baik dari aku, aku tak kisah melepaskan dia, cewahhhh.... aku masih lagi tak tahu kenapa aku bersikap kasar dengan dia... well aku juga sedar bahawa semua manusia ada tahap kesabarannya... dah banyak kali dia pujuk lelama bosan jugak... heheheh but im ok... still ok and masih boleh menerima kenyataan bahawa hubungan ini setakat ini sahaja....sambung lagi

Zoiela : Kalau dia tak berubah?

Hussien : Makna dia tak sayangkan akulah

Zoiela : So?

Hussien : arggg malas la nak pikir

Zoiela : Bos what are you waiting for ha? Bos nak tunggu sampai dia datang sini lepas tu dia cakap 'Ayu tak cintakan abang,Ayu nak tinggalkan abang... Ayu benci...benci...benci kat abang' you want to wait until that is it?"

Hussien : Mungkin kot...

Zoiela terperanjat beruk....jangan cakap Zoiela...aku pun sama...bagusnya lelaki macam ni... hahah aku dah dpt pun, cuma aku ni bodo si Ayu kot... tah kejar apa tah.

Hussien : Kalau benda itu benar-benar terjadi, aku akan tetap tunggu dia Zoeila.

Zoiela : Bos you need to wake up! What's wrong with you? Boss look here, you are a good person, wonderful person ok. Ayu are blind not to see that. Dia yang rugi not you. You know how many woman out there.....

Hussien : Like you, that want me as a man?Is that you are trying to said Zoiela?

Zoiela : you poyo la mat! You feeling tau tak! Lu ingat lu siapa? Mawi ke sampai semua org minat kat lu?

Hahahah... yah... ayu is blind not to see good thing in Hussien... But tak agree kot... kita tak lalui apa perasaan dia... kita tak tahu. Semua org boleh salahkan aku. Even keluarga aku yang lain semua boleh salahkan aku... tapi diorg tak tahu apa yang aku lalui... pak arab need gal yang sopan santun, yang boleh hormat dia, yang boleh dengar cakap dia. Menyesal ke aku? Menyesal tu tak la kot... tapi terkilan sbb banyak menghabiskan masa dengan benda yang tak berhasil... tengok la umur aku sekarang. Waste my time 6 years with someone and now almost 3 year baziq masa lagi... kesal sbb tu je la... but apa pun always believe that semua ni kerja Allah...

Oklah nak kojo la... berjam-jam cerita.... :)

Note : Doakan semoga kerja aku dpt siap...aku nak upload citer pasal Roud Tour di Melaka minggu lepas... jemputan kawin adik aku dah bermula!