Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, March 31, 2008

Hujung Minggu ku...

Sabtu lepas, akhirnya aku dapat keluar dengan si dia... wah lama bangat gue tak kuar sama dia. Hari2 yang biasa sahaja. Cuma aku dah janji dengan adik aku untuk hadiah perkahwinan dia, dia minta hadiah purse RENOMA.... terkincit jugaklah, sebab aku sendiri tak pernah beli purse segitu mahal. So aku belikan since gaji masuk ari Jumaat lepas :)

Anyway we went Mid Valley Mega MAll, Kuala Lumpur! Perhhh sales gila babong... aku beli dengar harga RM 167.90 after 20% discount. Oklah tuh...

Kami makan tengahari di........

Tempat yang biasa. Di sebabkan sabtu tu org sangat ramai, so kena la berhempit2. Aku dengan si Dia makan kat betul2 pintu masuk... apa nak buat, dah la lapar, sebat je la labu.

Choc ais for us

Tom Yam Koong Soup for me... arg meleleh air liur aku... kalau dtg ke Secret Recipe jangan lupa order Tom Yam Mee dia ni... sedap bangat... pedas, masam and semua ada....sehinggakan org "di hadapan ku" siap cilok lagi.... uik... ada buktinya....

Ambil dari mangkuk ku.... kemudian?

Yum... masuk mulut and click... bukti cendawan tom yam ku di curi....

Menikmati makan tengahari ...my fav food Tom Yam Mee. Uh makan memang tak ingat orang dah.

Menu si dia... tak tahu apa namanya, but i guess my one is much...much better!

Choc Cheese for both of us....

Terasa nak makan lagi la ;P

My sister's Wedding Part III


Additional berkat for her close friend. Jewellery box....will upload wedding card pic once it ready :)

Tuesday, March 25, 2008

How is it feel.....?

How is it feel when your beloved boyfriend propose you to be his wife? Is it same when you planning future together?

How is it feel when he bring you to meet his parent? It is same when you bring him meet your parent?

How is it feel when his parent come over to your house, propose you to be their daughter in law, is it same when you get promoted in your company?

How is it feel when you get engage?

How is it feel when you getting married?

Well i always wonder, how do they feel and how they react when this happen to them. Most of them will said "Im the happiest gal in this world" is that true?

Why til now i cant get to feel this feeling? Is it difficult to have serious relation? Is it hard to have commitment?

I always afraid on attachment. I wonder if i can be gud wife and mother. But anyway, mungkin jodo aku masih belum sampai. Bila tiba saat dan tika itu, aku akan merasainya jua.... :)

Cerita lagi...

5 hari lagi, berakhir la bulan 3. Cepat betul masa berlalu yek? Tak lama lagi adik aku nak kawin. Banyak benda yang kami kena lakukan sebelum tibanya detik bersejarah bagi kami semua.

Dalam kesibukan aku menguruskan majlis perkahwinan adik aku yang akan berlangsung akhir bulan 5 ini nanti, macam2 kerenah yang aku kena hadapi. Antaranya sanak saudara aku yang berada di seberang negara. Sangat memeningkan kepala. Kadang2 tertanya jugak, they goin to wedding ke atau they goin to stay here for holiday.

Alhamdulilla aku tak mengharapkan apa-apa dari mereka. Apa yang aku harapkan diorg dpt datang. Niat di hati konon nak bahagikan tugas, tapi bila jadi macam ni aku bersyukur sangat aku tak la mengharapkan diorg. Baik aku upah org, lagi puas hati. Cengkadak tak ada.

Well not all my relative like that. Only a few. Yang buat aku sakit hati is one of the family. Mereka nak bilik yang selesa dan kalau boleh tak nak ramai org dalam satu rumah. Oh! For their accommondations, i already booked one appartment dekat Shah Alam. They asking me 1000 time how the conditions. Mereka dok tanya bilik macam mana, ada air panas ke tak, ada air cond ke tak, ada breakfast ke tak, membuatkan aku jadi rimas pulak. I tought they only need place to sleep and to take shower only, tapi sekarang they asking me like they want to stay a week or two.

Tak pulak diorg tanya macam mana persediaan majlis ni. Bagi pendapat ke apa ke. Yang aku dapat hanya perintah. Diorg nak "tour guide" and ask me to find balachi for them. And seriusly i sick and bored to have instruction from everyone. Dekat rumah pun aku terima arahan, bila terima panggilan telefon pun sama juga aku mendengar arahan.

Kat rumah pun ramai yang tak membantu.Kalau aku tak buat apa-apa, yang lain pun sama. Kecik ati jugak rasa bila kita membantu, org still nak mengarah, tak nak terima pendapat and nak ikut selera mereka je. Tapi i dont mind. It her's wedding. Tapi berhadapan dengan semua ni buat aku rasa penat sangat. Sepatutnya dia patut "turun padang" help us yang mana patut. Tapi tak. Bz dengan kerja, ada masa terluang pun di gunakan tuk benda lain. Bila aku tegur, tak terima. Macam-macam alasan yang dia bagi.

Aku dah kemas rumah dari awal lagi, aku clearkan semua sampah2 sarap yang terkumpul kat rumah tu, tapi tak sampai seminggu jadi benda yang asal semula. Rimas dan kadang2 aku dah malas nak mengemas. Aku kemas, ada je yang buat sepah. Tak ada sivik betul la.

Monday, March 24, 2008

Qiara

Aku selalu risaukan ibu kat rumah bila aku pergi kerja. Well mak aku nampak sihat tapi apa pun bole terjadi kat rumah. Bila semua kerja dan adik bongsu aku ke sekolah, dia keseorangan kat rumah. Buat kerja rumah, dan dia selalu mengadu kaki dia tak kuat kalau nak naik tangga mengemas.That why im worried. Mendengar beberapa kisah dr kenalan, mak diorg meninggal jatuh kat rumah, nausubilla minta di jauhkan pada mak aku dan semoga Allah sentiasa lindungi dia kat rumah.

Aku selalu call dia kat rumah at least 2 kali sehari. Sajer tanya itu ini tapi nak make sure she ok. Aku hanya mengharapkan adik bongsu aku dapat balik cepat dan tak melencong balik dari sekolah sbb sekurang2nya dia ada kat rumah menemani mak aku kat rumah. Tapi adik aku ni banyak sangat alasan. Dia balik sama seperti aku balik dr kerja. Itu yang buat aku selalu memekak kat rumah.

Anyway when ever i call my mom. Dia lebih banyak citer pasal kucing kami, Qiara. Qiara ni kucing biasa je. Tapi aku tak tahu dia mmg tak nak kuar dari rumah. Kalau kitaorg kuarkan dia, dia mesti main kat kawasan rumah dan dia tak merayap pun. Dan Qiara yang selalu menemani mak aku kat rumah. Kalau call mak aku mesti mak aku mara2 jerit2 macam jaga budak padahal kucing. Kalau mak aku masak dia lepak kat dapur. Kalau mak ku mengemas dia sibuk duduk perhatikan mak aku kerja. Kalau mak aku tido, dia pun tido sama.

Tapi satu je masalah si Qiara ni. Berak merata. Puas ajar dari kecik. Kalau dia rasa nak berak kat pasir, dia berak la, kalau dia malas dia akan berak merata, alhamdulilla selalu dia akan berak kat depan bilik air, dah tu pandai lak dah berak panggil mak aku dan tunjuk kat mak aku yang dia dah melepas kat depan bilik air. Mak aku apa lagi kalau dah nampak, dia jerit la macam gaduh dengan manusia.

Aku mmg tak boleh, kalau mak aku tak ada, gi mana2 untuk jangka masa yang lama, than aku akan hantar dia ke Pet's care. Tak kuasa nak kaup najis dia... Mak aku ni 10 kali kata nak buang si Qiara, tapi dia sayang. Qiara ni kalau di buang aku sure dia tak boleh nak hidup kat luar sendiri. Dia tak berani nak keluar rumah macam SIMBA (my other cat). Simba lak lain pulak perangai. Sejak dah besar ni, dia buat umah hotel pulak. Balik makan pastu keluar. My dad selalu kata dia dah kawin... heheheh so nak kena jaga anak bini.

Kelakar tengok mak aku ni. Kalau la si Qiara tu manusia, mau dia ajar kucing tu memasak.

My niece's school project!

Last weekend, Marina's family comeover my house. Spending the weekend with us since her husband attend class at Shah Alam. My niece yang sorang ni mmg la rajin, aku dengan pidah selalu gelakkan cara dia buat kerja sekolah yang sangat mudah. "Mak long kita tak faham soalan satu hingga sepuluh, tolong tulis jawapan kat situ". Perh dengan mudahnya dia suruh aku tulis jawapan. Kalau kita mengajar dia, masya Allah... boleh sakit jantung.

Dia ni mmg payah sikit nak mengajar. Kesian jugak bila tengok budak sekarang, cuti sekolah je kerja rumah mengalahkan hari sekolah biasa. So pagi tuh, dia buat kerja sekolah dia macam biasa. Cik gu dia siapa lagi mak aku la. Mak aku je rajin melayan budak2. Tapi aku tahu teknik mak aku sbb she aply the same technic, sama dia mengajar kami adik beradik.

The first 10 min, dia terangkan, she will write and explain to us... 20 min after that you will see she the one who finish the homework... hahahah. Lagi la anak buah aku ni, manja.

Ayah dia balik kelas pukul 6, selalunya lepas magrib diorg akan balik melaka. Tengah sedap tengok TV, mak aku dok cari barang, menghalang TV dan anak buah aku ni dok cari barang kat almari kasut. So aku tanya mak aku, mak aku jawab dia nak tolong Amira buat school project. Aku pun buat la tak tahu, mmg dah paham perangai mak aku ni, dia mmg penolong kanan budak2...

Half hour after that mak aku menjerit "&^&(***)(*) macam mana ni!!! Tak jadi la mira" So aku gi la kat bilik tempat diorg buat kerja tu. aku tanya mak aku... tahu mak aku cakap apa?

"Tolong Along, sekolah dia kena buat project buat kereta, kalau kereta tu tak boleh berjalan, nanti Mira fail." Si kecik tuh dah sembunyi belakang mak aku. Macam mana kereta tu nak jalan kalau mak aku gi gam tayar lori (CD ) tu kat badan lori tu ( Kotak kasut).

Dan bermula di situ aku pun terlibat sama dengan project budak ni!!!! Menyesal aku tanya! Dalam hati menyirap je... mana tak, aku bukan pandai seni lukis melukis ni! mak aku pulak merayu, si Mira ni relex je... anyway school project aku pun kebanyakkannya mak aku yang buat... heheheh. Cuma dah tua2 ni, dia dah lupa cara-cara nak buat. Nak tengok apa jadi dengan lori ni, look at those pic that i upload.

Barang yang diorg dah sediakan tuk aku buat...

Kotak kasut yang jadi badan lori

CD sebagai tayar lori...

Meletakkan gam pada penutup botol sos... Lupa nak citer, my mom bukak semua sos baru kat umah semata-mata nak ambik penutup botol sos ni!

Nak jugak posing walaupun bukan diorg yang buat... uhhhh

Mak aku rajin lukis gambar driver kat kepala lori tu...

Tah daaaa... nasib ko la Mira!

Lori ke kereta pajak ke ni? Cd dengan penutup botol tu kena balut tapi aku tak nak bagi sugest sebab aku jugak yang kena buat... hehehe lori ni hanya bole bergerak atas kapet je, kalau simen tayar rosak... hahaha...

Master mind! Kids love my mom... sbb dia je suka melayan budak2, terutamanya si Mira

Sometime i wonder, kalau kami adik beradik ada anak, my mom gonna spoil them with love. Tp Alhamdulilla kami adik beradik masih lagi sayang and hormat dia sebagai ibu, cuma kadang2 je la ada terkasar bahasa dengan dia. But we still love her and aku susah nak berjalan2 kalau my mom tak ada.

Love you IBU...

Broke!

Pokai aku minggu ni. Well, satu penykit aku yang sukar nak ubat ialah berbelanja. I spent to much. Terutamanya kalau duitgaji ada 'Balen-balen'. Uh... bila dah beli baru nak menyesal, baru terpikir, asal pulak aku beli barang2 ni? Kalau makanan still ok kot, tapi ni beli baju.

Last saturday aku gi temankan adik aku buat facial muka. Memula malas nak pergi, so my sister cakap dia bayarkan sekali, so ni peluang terbaik! So pergi la.... than leps facial kita org gi Jusco, memula nawaitu hanya nak "look at shop's window" tapi ambik ko! Masuk, tarik barang, gi kaunter bayar! Itu adalah 4 cara mengeluarkan duit dari poket. Kalau tak ada duit, dah masuk 5 langkah iaitu cucuk duit kat ATM, masuk kedai, tarik barang, gi kaunter dan langkah terakhir bayar!

Uh... but anyway benda dah berlaku. Ini yang aku buat bila aku tengah bengang dengan org di sekeliling aku... kalau aku tengah ada problem je ni la aku buat, buang duit! Look what i bought that saturday.

I bought this blouse dengan harge RM 18.95 from SODA 70% off...

Baju for Naufal Fariz... anak sepupu aku. Tak boleh nak menahan diri bila tengok baju budak2 yang cute sekarang. The price is RM 69.90 and 50% discount from PADINI KIDS

Baju ni tuk Nazmi Faiz... si budak demuk tuh... geram tengok dia. Baju dia ni only 10% discount from RM 45.00... perh... tak ada warna hijau terpaksalah ambik yang ni.

The reason i bought this shirt for them is for my sister's wedding... The theme colour will be green. So sbb tuh aku beli. Tapi bila dah beli aku terpikir kejap... macam mana baju diorg lebih mahal dr aku? Heheheh... anyway tak pa la... dah beli pun, bukan selalu aku belikan diorg barang... love them so much!

Friday, March 21, 2008

SMS

I received SMS from my friend. We both study in the same collage and in the same University. And I already know her more than 5 year. She is my bestfriend. And we share everything together. But since she got married 2 years ago, hubungan kawan tu dah makin rengang

One is because of the distance,Two is because her husband is my EX bestfriend. I dont want get involve with my EX and i heard from sources that my EX always wanted to know bit of my story. Not because he loves me or he still want me. But he purposely want to make fun of me infront of my friend, talking bad about me , and being 'kepochi' about my life. Third reason. since she is full time house wife, i guess her attention is more to the family (of Coz la kan?)

Well she is nice friend. Helpful friend, i cant deny that. She always be gud listener but somehow her word sometime hurt me. That make me drawn the line between us.

Her SMS :- Akum, Elo perempuan. Awat senyap je sekarang ni?Bz giler ke? Ari tuh aku jumpa Mar dan Hubby dia kat Tesco.Kecoh kejap kat Tesco. Wei bila kita nak jumpa ni. BIAR ORANG DAH KAWIN BULI KO.Heheheh

so when i received this SMS. I only caption the words BIAR ORG KAWIN BULI KO. So i reply

MY SMS :- Ko la tak habis BZ, org single idup hanya BZ tang kerja. Erm 2 la kan,nanti ar, aku kemungkinan akan balik mlk bulan 4. Apa citer ko kat sana? Anak ko dah sekolah ke? Hehehe, ke nak masuk anak ke 2?

She reply...

Her SMS :- Anak ke dua? Belum rezeki lagi la.... bla..bla..bla ( well the second sms sound normal so dont waste time to type and read)

I reply :-

MY SMS :- bla...bla...bla... ( about her second SMS,) till one part i wrote KERJA MACAM PUAKA, RASA NAK CARI LELAKI YANG KAYA JE, SO NAK BERHENTI KERJA DUDUK RUMAH.

And she reply back

Her SMS :- Bla... bla.. bla... SEMALAM AKU DTG KL INGAT NAK SINGAH RUMAH KO TAPI MAK MERTUA AKU ADA SAMA. SAJER NAK TUNJUKKAN ANAK AKU MAMA CIDA YANG BELUM KAWIN....

Terkedu kejap aku baca. Tunjuk mama cida yang belum kawin... Well that why i draw the line between us. Since she got married i heard all gud thing about her marrige life and it like something wrong with me that until now i havent get married. When ever i meet her or any of my friend , i really dont understand, why they have to bother, why im not married.

I guess they just been jelous kot... heheh i dont have any attachment with kids or HUBBY... i dont need permission from HUBBY to go any where. I dont have to disscuss with HUBBY to buy something. Heheheh seronok kan hidup single ni?

Haahah it just to cool my self je la. It gud to have someone that can share everything with us actually. I always want that. Tapi nak buat macam mana? Jodo tak sampai... yang kat luar tu, mak2, ibu2 yang dah berumahtangga, jaga je rumah tangga sendiri. Dont ask question that i dont know the answer. And for those yang kepochi ni (especially my friend yang dok gelak i tak kawin lagi ni). I will invite you. You WONT GET ANY wedding card from me... i will make sure only you will get BANNER WEDDING invitation from me... show it to your daughter and HUBBY, How luck you are to have friend like me

Shopping!

Yesterday is public holiday. Aku mengunakan hari cuti ini sebaik baiknya. Semalam aku uruskan hal yang berkaitan dengan wedding my sister. I already find person who can supply cakes on my sister's wedding.

Semalam jugak aku dengan mak aku pergi tempah baju for the wedding. Aku hantar 5 pasang baju. For me 3 pasang, and for my younger sister 2 pasang baju. Semua cost about RM 300. Murahkan? Baju semua berbatu, so i think the price bit ok la compare to last tailor yang aku hantar. It cos me RM 220 for satu baju kurung yang sangat simple and RM 300 for baju kebaya. Perh it just normal butik and cost me Rm 500. Baik aku hantar baju aku kat designer terkenal macam Razuan Radzwil ke, Bernard Chandran ke, Jasmi Rejab ke, syaban ke, Muharam ke... berbaloi jugak.

Anyway yesterday aku shopping banyak jugak. Since i got voucher from Jusco RM 60 and RM 20 voucher from PADINI. Check this out... apa yang aku beli yesterday...

This black pant cost me RM 49.90. Yang menyedihkan saiz seluar is "L". Gemuknya aku!!!! 'L' for LEMBU!!! Large saiz for me? Uhhhh tak dpt nak bayangkan!!! tapi that the truth.

Quarter pant that cost me RM 29.90. Like this pant. Sbb bila tak bergerak, it look like skrit. But mom said it look like seluar apek. It free saiz, even my mom also can wear this... heheheh. Tulis je Free saiz, but senak jugak perut, sbb getahkan? Tention je!

Black skirt for me! Only RM 21.90... muahaha... Pick "L" saiz :( uh damn im getting fat rite now. Eh semua hitam yek... sajer choose this color so that tak nampak gemuk. Tention la. Yestreday i didnt take any rice. Just bread and MILO. And for lunch i had Yong Tau Fu. And for breakfast, i had LONTONG! Macam mana nak trun badan kalau gitu? :(

Oh the last thing i forgot to mention... i bought this shoe only RM 2.95... heheh the price is RM 49.90 than the price has been cut to 50% (discount) so after discount price it cost RM 22.95, since i've received voucher RM 20 from PADINI than i only pay RM 2.95. Muahaha. Bagus betul.

I never had this type of shoes. I used to wear heels. Looking at people wearing this type of shoes, it attract me to have one. And i only pay RM 2.95 for this shoe. Hahahah... hope this shoe wont "bite" my feet! :)

Wednesday, March 19, 2008

Celabrity Look alike

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity Fun la this one. Anyone yang teringin to see muka macam celabrity yang mana satu, pls visit www.myheritage.com. I wasted my time by trying this and i change alot of pic but at the end, the result still Zhang Ziyi! Uh.... And i try this for si dia.... hahah kat sini lot ppl said muka dia macam Norman Hakim. Pelakon kat malaysia yang terkenal ni. Sekali pandang je la... heheheh but terkejut jugak bila muka dia like this guy. Siapa yek this guys?

MyHeritage: Celebrity Morph - Geneology - Free family tree Anyway i get this web from one user at Multiply... sori yek user named "Liza Noor". Kita cilok web ni and find it fun.

Tention!

What is goin on? What wrong today?

  1. When i view my previous blog, no paragraph! I edit few time and i get same result! Boring!
  2. Try to enter Multiply.com, fail! Server not found
  3. My computer running so slow!
  4. When i saw Zazu's picture, i feel like to cry! Miss him so much!

Damn! I feel like to kick this computer!

It WedNesDay

  • Job done! No work! Tomorrow is Public Holiday. Uh! Tak sabar nak tunggu masa berlalu.
  • Bunny selamat sampai Johor @ 5.15 am this morning. He wake me up. Sajer nak suruh aku bangun pagi-pagi. My mum pun terjaga. She slept with me yesterday. And including yesterday, dah 3 malam dia tido dengan aku. Hehehe....she is my new roomate :)
  • I wake up as usual, 7.00 am. Send my sister to school, than went back home, bersiap than go to office. And this morning, hujan lebat. So i have to walk from the car park to my office block without umbrella.
  • Masuk opis pulak internet problem. Adeh boring gila when u tak ada kerja, internet pulak buat hal. Rasa macam dlm hutan je. At least aku bole la tulis apa-a yang patut. Tul tak?
  • I went through my computer. Banyak sangat benda personel dlm computer aku ni. Gambar la paling banyak. I already delete yang mana tak penting. And sbb tu la computer aku ni lembab gila tambahan lagi computer dari zaman jepun. Biasa la longlai je memory dia gerak. Terpikir nak beli pen drive la. Well i dont have any PC or notebook at home, kesiankan? Tapi bagus jugak, kalau tak 24-7 la aku mengadap computer. Anyway i dont really need computer kat rumah sbb aku tak bawak balik kerja pun.
  • Aku sakit kepala bila memikirkan pasal adik2 aku ni. Yang satu macam ni, dan satu lagi macam ni. Every day aku dengar complain from my mom pasal adik2 aku ni. Yang sorang nak kawin, tapi lepas tangan. Bz dengan benda apa-apa tah. Nak marah dah besar panjang. Aku yang sorang ni dah siap dah 800 berkat tuk tetamu and 40 berkad for VIP dah pun selesai. Dia ni tah la. May be she so excited sbb loan umah dia dah approve. So dia dengan bakal suami dia nak la tengok2 pasal umah tu. To me buat apa nak sibuk2? Umah dia dengan opis pun dekat. So bebila je boleh tengok umah tu. Anyway rumah tu masih berpenghuni lagi. Owner lama masih ada penyewa dan diaorg kuar umah tu end of this year. She told me that she need to take the house pic. Untuk apa aku tak tahu. Sepatutnya cuti2 macam esok ni, dia tolong la apa yang patut. Bila tengok aku buat muka, she said tomorrow she goin to order wedding cake, ect...ect.... tapi bila tiba masanya, semua tak buat pun. NAk kena ingatkan baru la nak buat. Bila last minute mengelabah.
  • My younger sister pulak satu lagi perangai. Dia tak balik umah after school. She in form 4 rite now. Aku sampai rumah lagi awal dari dia. Pergi pagi balik dlm pukul 7. Alasan ada class tambahan kat sekolah. I dont think so. And i guess she went some where after school. My mom getting worry about her everyday. Akhir2 ni dia batuk non stop, tak pernah2 dia batuk macam tuh, suara pun hilang. Aku takut she do bad thing,smoking! Yup my niece told me that my sister's friend are smoking. But she never see my sister smoking. That make me feel worried. But i dont have any prove. I dont see any of her friend smoke infront of me.
  • Luck me! I only have two sister. Ini pun dah sakit kepala. Poor mom and dad. Diorg ni bagi muka sangat. Terutama yang kecik ni. She cant stop sms her friend. Pukul 3-4 pgi pun she can wake up to reply her friend SMS. Aku yang tua ni pun, pernah lalui zaman macam dia, tapi tak la sampai macam tu sekali. Just wait for perfect moment. Bila dapat point, aku akan tarik handphone dia! I will make sure that. Ini aku dengar mak aku yang mengadu. Dia takut dengan aku,depan aku buat baik. Tunggu je result dia nanti.

Aku lapar ar!

Uhg! Lapar bangat ni! But i still on diet... tak boleh jadi, gi kerja sekarang pakai jeans je. seluar kerja aku semua tak muat. Baju kemeja pun banyak yang sendat. Uh! Makan apa ko ni suki sampai gini naik sekali badan ko?!

Lapar...lapar...lapar... dr tadi minum MILO je... i know... i make my own self suffer... kan bagus kalau dapat makan mee or at least buah2an... mana la pulak aku nak cari buah?!

Tuesday, March 18, 2008

No Specific Topic

Damn! Ari ni betul2 aku tak ada kerja. I already finish my work. I already do the filling, aku sempat pindahkan file2 2007 kat store room kat belakang. Apa nak buat? I read ppl blog, i review ppl profile. Kalau banyak kerja, melambak2 tak ada tangan nak buat. And i wrote 3 blog today, bole tahukan betapa bosannya aku ketika dan saat ini
I called Mr Bunny, he in meeting room. Bosan gila bila dia angkat gaya "bisik-bisik nak berbini". Than an hour after that Mr Bunny call me. Hahahaha ask me kenapa call tadi "apa pasat?" aku cakap aku boring. Dah tak tahu nak buat apa.
Perh pukul 3 pun belum. Apa nak buat? Looking at my table, looking at my computer, lama-lama aku boleh jadi gila. It seemed my opis mate banyak sangat kerja. One markeing exec when out, satu lagi MC, sorang lagi menghilangkan diri. Bagi alasan dr Jumaat lepas, tak dpt dtg opis sbb nak jaga datuk jatuh pengsan. Sampai sekarang tak nampak batang idung. Kot2 dia pulak yang pengsan. My bos dah tak tahan dengan attitude budak ni dan tunggu masa tuk berhenti.
So opis tak ada org kecuali aku and my other friend. Macam robot dia buat kerja. Lintang pukang jawab fon, buat invoice. Aku interkom pun dia bunyi gini "What you want??" Hahaha dah biasa dengan this gal. Kalau aku pun, dah semua kerja kena buat, aku pun hangin.
Apa aku nak buat ye? Payment Voucher aku dah key in, Aging Aku dah print out, account 2007 is still pending, my bos need to discuss with the auditor. So both side, me and the audit side tergendala sehingga perjumpaan antara bos-bos melaya ni.
Apa lagi? Nak tulis blog ni pun aku dah kering idea. Nak ambik cuti :( but i cant take leave sesuka hati sbb 1. MY sister getting married 2. Cuti Raya nanti nak pulun habis2 3. Boleh convert to money end of year for thos yang tak habiskan cuti.
Anyway working here not bad at all, cuma my boss, dont mess up with him. All i can say about my bos, he is gud bos after all, but non of us like his attitude, lagi2 kalau ada problem.Benda kecik yang tak ada kena mengena dengan aku pun, aku terlibat sama. Uhhhhh...

Jodoh.

Hari ni aku berbual dengan member chating aku. It happen when he told me that it not gud to take cat's picture sbb kucing boleh mati. So i told him, this cat mmg pun dah mati. So dia tanya aku, "jadi betul la kata org tua"

Logic ke? Maut di tangan Tuhan, kalau panjang umur kucing tu, panjang la.

So dia sambung lagi "U ni kena lekas kawin la. Patut jadi seorg ibu." Hahaha. Itu namanya kemanusian. Bukan keibuan. Sesiapa pun yang sayang binatang, lagi2 binatang yang kecik tanpa ibu, sangup ke kita nak tengok dia hidup seorg diri. Kalau di biarkan apa la nasib anak2 kucing ni. May be semua tu terserah pada takdir. Kalau dia pandai maka panjang la umur dia. Tak ada kena mengena dengan sifat keibuan aku rasa. Betul tak?

Bicara soal keibuan, tah la, perancangan tuk kawin pun jauh lagi. Macam dah putus harapan nak kawin pun. Keinginan pun aku rasa dah tak sehebat dulu kot. Kalau dulu aku tertanya, aku menjadi resah dan gelisah, tapi Alhamdulilla sekarang bila org bicara si minah ni nak kawin, mamat ni nak tunang, bagi aku benda yang normal kot. Melihat tanggungjawab yang di pikul bukan la mudah. Dan sebagai seorg perempuan aku rasa mesti inginkan pasangan hidup tu biarlah seorg yang bertanggungjawab dan bukan seorg yang poyo depan perempuan, tapi semua nak harapkan hasil bini. Opsss maaf kalau salah kata.

Perempuan sekarang perlu banyak berhati-hati. Kadang2 aku jadi tak faham, banyak yang tak kisah tentang pasangan diorg,main tangkap muat je. Bila dah kawin baru rasa menyesal. Hahah... tah la... tapi bagi aku sendiri seru tak sampai. Aku tahu tak ada pun org yang sempurna dalam dunia ni. Patut kita perlu menerima kelemahan seseorg tu dan belajar untuk memahami dan jugak menilai. Tak semua hati manusia ni sama. Rambut je nampak hitam, hati lain-lain.

Sesuatu yang tidak kena.

Aku jadi tak sedap hati pulak pagi ni. Kenapa ya? Si dia nak ke Johor hari ni. Dia selalu jugak pergi jauh2... pergi Indonesia, Singapore, kalau Johor tu dah memang tempat dia. Tapi kali ni aku rasa tak sedap hati pulak.

Anyway aku harap semoga tak ada apa-apa. Insya Allah.

Every one in my house miss Zazu. My mom dah kemaskan barang2 Zazu. Cage Zazu dah simpan. Tilam dan tuala Zazu dah di basuh dan lepas ni jugak akan di simpan. Botol susu Zazu pun mak aku dah simpan. Sedih sangat. Sunyi rumah. Aku pulak asyik tersasul memanggil Qiara dengan nama Zazu... missed him so much.

Monday, March 17, 2008

Welcome to Suki's Blog.

Hye, welcome to Suki's Blog. Satu permulaan cerita, selalunya aku berkongsi cerita di http://sukicidda.multiply.com tapi tiba-tiba je nak tukar angin. Melihat rakan2 yang lain menulis dia blogger.com, mencetus minat untuk menulis ceritera di sini.



Mungkin cerita ku agak bosan, but who care? Aku menulis hanya suka suka. Tiada kaitan sama ada untuk menarik perhatian org atau tak. Sekira berminat teruskan membaca.


Well im bit frust today. And feel down cause aku kehilangan sesuatu yang amat brharga semalam. Aku kehilangan kucing ku yang baru sahaja berusia 3 bulan. It might sound crazy, kehilangan seekor anak kucing je dah buat aku frust and down giler tapi tah la yer, kehilangan dia betul2 terasa.


Waktu aku jumpa Zazu, keadaannya agak teruk. Dia di serang dan mengakibatkan luka di tengkok, mata yang hampir buta, dan kaki yang patah ( i guess la that what doc told me). Alhamdulillah dalam jagaan aku selama 3 bulan, dia sihat. Tapi Tuhan lebih sayangkan Zazu. He die yesterday morning. Aku jumpa dia bawah kereta dan tak bernyawa. Arggg already start to cry. I cried all night. And cant sleep. Keep thingking apa yang menyebabkan dia mati.


Tiada lagi kedengaran suaranya. Tiada lagi dapat aku lihat dirinya....