Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, April 2, 2008

Akhirnya....

Sepanjang dari minggu lepas, aku menonton episod "Kawin Muda". Akhirnya aku berjaya menghabiskan cerita 30 episod drama bersiri itu... nak tunggu TV 1 tayangkan citer tuh yang baru Episod ke 17 lama sangat sbb aku sendiri tak sabar mengetahui kesudahan cerita tuh... best gila dan sangat kelakar.

Hansem betul hero citer tu. Akon Cornalus kot nama dia. Memula aku menyampah tengok muka si botak tu... mengada2 tapi lelama hansem la pulak... heheh terpikat aku

Dan tadi aku berbual dengan kawan chat aku. Ingat tak citer kawan aku yang aku tulis di blog ni semalam? Pasal "Jangan Biar Maruah Kita di Pijak?". Erm... keadaan menjadi rumit. Satu yang buat aku pening bila dia ni tegas mengatakan dia tak bole nak lupakan BF dia ni. Mmg susah, tapi macam dia cakap tak mungkin ada yang faham. Aku faham perasaan dia. Korang pun tentu pikir atau tertanya, kenapa aku susah2 melibatkan diri, yer tak? Buat tak tahu je la... aku tak sampai hati sebab aku tahu dia susah. Aku pernah merasai apa dia rasa. Bila kawan2 di perlu saat dan tika ini, time ini la mereka tak ada. Bzkan diri, buat tak kisah sedangkan kita memerlukan sahabat di saat dan ketika ini.

Waktu aku upload citer ini semalam, ada seorg hamba Allah memberi komen tuk tinggalkan lelaki yang perangai macam ni. Mmg la cakap senang tak kena batang idung sendiri. Bila dah kena baru dia tahu betapa sakitnya. Lagi la kalau perempuan tuh jenis lembut, kawan tak ramai, dan bukan jenis sosial. Kadang2 kita tak boleh terlepas cakap dan membuat anggapan bahawa 'orang-org ini' bodo atau lemah. Bila kita di tempat org tu baru la kita tahu macammana. Mungkin dia susah nak terima sbb kenangan indah tu banyak sedangkan kalau nak compare dengan aku banyak pahit dr manis, sbb tu senang nak lupa.

Tuhan menguji manusia pelbagai cara. Dan ujian demi ujian akan kita tempuhi. Dan aku melibatkan diri aku dengan kawan aku ni sbb aku tahu dia perlukan seseorg tuk dia meluahkan perasaannya. Sabar la kawan ku.. pasti pelangi menunggu mu selepas ini :D

No comments: