Aku menaip ( berbual) panjang dengan salah seorg kawan chat aku di YM. Kesian dia, dah berminggu bf dia tak call dia hanya sbb kesalahan yang sangat2 kecil. Sangat2 tak masuk akal pun kalau nak gaduh. So pasal benda tu dah rupa macam dah putus dah. Aku suruh dia SMS bf dia at least cakap "i miss you" atau apa sahaja yang bole buat bf dia ni cair. Tapi sayang bf dia tak balas satu pun SMS dia. Dan kemungkinan tuk kehabisan prepaid pun tak akan berlaku sbb dia pakai fon company ( something like that la bunyinya)
So dia frust... aku tahu dan faham sangat apa dia rasa. Dia rasa sangat bodo sbb dia kena minta maaf sedangkan bukan silapnya. Aku cakap dlm hubungan perlu ada sifat bertolak ansur dan kalau dia api, apa salahnya dia jadi air. Kadang2 dlm hubungan, kena banyak mengalah. (Che... kakak aku mesti cakap benda tu... poyo je adik aku ni sorang menasihatkan org) . Well that not the point.
Point aku di sini bila seorg lelaki mula jadi POYO dan mula berfikir, "Alah... this gal mesti tak boleh hidup tanpa aku". Dan bila perempuan tuh cakap "Tak boleh nak lupakan dia sbb dia sangat baik dan banyak kenangan antara saya dan dia. Walaupun saya tahu dia baran dan kasar, tapi bila ok dia baik sangat"
Ok... ulasan aku tentang statement tu... kadang2 perempuanlah buat lelaki bangga diri. Aku tak cakap aku ni baik. Well dulu aku pun gitu jugak. Bf belum tinggalkan aku lagi, baru intro gaduh, aku dah tak leh makan, aku layan sangat perasaan jiwang aku ni tak nak gi kelas la, tak boleh nak belajar la, apa la. Sampai sakit-sakit... padahal BF aku dulu relex je... siap boleh keluar hang out dengan kawan2 lagi tuh. Aku lak dalam bilik melalak... in fact aku siap libatkan kawan2 aku ni... kesian kawan2 aku bila suruh aku tinggalkan Bf aku tuh macam2 aku cakap.... sama la ayat aku dengan kawan aku ni.
But you have to move on!!! YES mmg sakit... mmg pedih... mmg perit... tapi kalau di beri pilihan kawin tapi tak bahagia dan hidup sendiri aku pilih pilihan ke dua. Nak sakitkan kepala buat apa? Aku sound dia dan aku rasa dia kecik hati. But come on la... aku bagi nasihat atas pengalaman aku sendiri. Sampai sekarang aku menyesal kenapa aku boleh berperangai macam tu sekali. You can cry... aku gaduh dengan pak arab sampai ke hari ni, kalau benda membuatkan aku sakit hati, aku akan nangis, but pls... dia tak perlu tahu apa yang kita rasa. Bila dia tahu, dia akan buat tak tahu and time tu maruah kita akan di pijak2.
Jangan sampai bila maruah di pijak baru nak menyesal? Macam aku? Aku tak pernah kata aku baik. Tapi perempuan ni terlalu lemah. Kalau yang dah berumahtangga aku rasa lain la cerita. Kemungkinan besar aku akan nasihatkan supaya banyak mengalah sbb berdosa besar kalau meruntuhkan masjid. Tapi sebelum terlewat, sebelum akad di lafazkan, kita masih boleh mengubah nasib kita. Siapa diorg nak aturkan hidup kita? Dah la tak bersungguh nak kawin dengan kita, than nak mengarah itu ini, nak dengar cakap mereka? No way man!
Heheheh sedap tul ayat aku... tapi bila pak arab tu tak dengar cakap aku, pandai aku marah2... anyway lelaki dengan perempuan lain. Dia lelaki, kalau ikut telunjuk aku mmg la tak boleh jadi ketua keluarga...shhhhh kalau dia baca blog ni mesti dia tahu apa aku rasa. At least dia tegas dlm sesetengah perkara cuma aku je 'cuba try test' dia. Tapi perempuan pun sikit lebih kurang la, if u and him tak ada apa ikatan, just ignore arahan dia.
Sekali lagi, wanita2 yang SINGLE AND BELUM BERKAHWIN, yang dah berkawin tak leh ikut. Korang dah ada ikatan yang sah! Jangan la cakap "Tak leh lupakan si dia sbb tak ada lelaki yang sebaik dia". That bull shit! Selagi belum kawin, selagi itu la kita ada hak membuat pilihan.Jangan butakan mata dengan menilai dia dengan mata yang buta tuh. Jangan lemah dengan kata-kata lelaki dan sentiasa minta petunjuk dari Allah. Kalau jodo kita tak ada dengan dia, kita pasti di temukan dengan org lain yang sesuai dengan kita.
Kini baru aku tahu kenapa aku kena lalui keperitan itu... sebab keperitan itu telah mematangkan aku supaya lebih kuat dr Malik Nor muahahah. It ok to cry.Tak ada salah pun kalau kita nak menangis, but make sure tangisan itu terakhir dan tidak berterusan.
No comments:
Post a Comment