Siapa Mereka?
Oh... ini la kad undangan perkahwinan yang akan berlangsung akhir bulan depan.
The card full view... macam card Valentine yek? Pernah tengok tak card valentin? Pertama kali aku tengok card ni...macam card Valentine yang aku pernah dapat... nasib baik warna putih...hehehehh.
Masa dan tarikh majlis persandingan. Tinggal sebulan je lagi :)
Isi Kandungan Kad Jemputan.... bole baca tak?
Look better? Sori full add tak berani nak tulis... will sent you the card nanti.
Ok cukup dengan preview kad jemputan and mari kita bercerita.... semalam aku dah mula menulis semua nama-nama jemputan yang telah aku senaraikan.... Semalam aku berjaya habiskan senarai nama dan semua kad di susun mengikut keluarga. Since aku tak kenal siapa sedara mara aku yang lain, mak akulah org yang mengasingkan kad-kad mengikut nama-nama. And pertengahan bulan 4 ini, En Rusli and Puan Latipah akan mengadakan Road Tour di Melaka dan di Singapura...
Tekun menulis nama tetamu....
Nak tunjuk muka... aku sorang je yang menulis... Nampak aku je yang bersungguh2 yek... tak pa bagi credit to my sister sbb ini wedding dia. Bila time aku nanti, aku tak kisah kalau dia atas katil hospital atau berpantang ke, dia tidak akan di kecualikan dari melakukan apa-apa sebaliknya dia kena buat apa yang aku buat untuk dia sekarang.... hahahah
400 kad lagi yang masih belum di isi... keluarga terdekat dah selamat dah 200 keping.... so yang tinggal sedara jauh, rakan- rakan dan juga jiran tetangga.
Meja yang di penuhi dengan kad-kad jemputan kawin...
Semalam semua makan malam kat bawah... hahahah teruk betul melihat keadaan meja. Ada tak macam meja kat pejabat pos?
Ini adalah sebahagian kad yang selamat di tulis dan di susun...
Memenatkan...kadang memeningkan. Tetapi aku gembira sbb selalunya aku hanya terpikir macam mana org melakukan persiapan. Aku dah kira mak pengantin da. Tak pa kumpul pengalaman dulu, kang time aku nanti tak perlu minta bantuan sesiapa aku boleh buat sendiri. So far my sister tak ada komen apa-apa malah dia ambil kira pendapat aku. kalau banyak sangat colok, buat sendiri. For all my friend and relative, please understand bukan aku saje tak nak hang out dengan korang macam selalu, dan aku bukan bagi alasan tak nak keluar dengan korang tapi keluarga aku bergantung sangat pada aku untuk buat kerja2 ni. And aku akan upload new mengenai prelude wedding ni sehingga tarikh yang sebenar. Lepas aku akan upload keadaan rumah aku sebelum dan selepas renovation ok...
No comments:
Post a Comment