Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, May 20, 2008

TAG

Ush... mmg aku tak faham memula TAG ni....berputar sat aku bila on line buddy aku ni minta aku buat TAG... masuk blog dia perhatikan satu-satu tak ada apa pun... than masuk pulak kawan2 dia punya blog...dan aku ternampak sama je dengan penulisan dengan blog dia... oh kira TAG berantai ni.... oklah... syok jugak...

Waktu aku baca blog dia tuh terpikir jugak, macam mana dia boleh terpikir nak tulis macam ni... bila sebut nama aku, chewah bangga mak cik... ok menyahut cabaran.... kita mula yek

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan :

  1. Notebook
  2. N95...
  3. Sedozen ros , coklat Ferro yang paling banyak serta teddy bear sebesar bapak
  4. Unlimited Credit card
  5. Rumah

Senang tak nak dapat benda-benda ni?

Senaraikan alasan atas pilihan itu :-

  1. Sebab pertama aku perlukan notebook tuk blog kat umah, heheheh pukul 4,5,6 pagi pun kalau aku rasa nak menulis senang, lagi satu boleh buat kerja kat umah tak payah la aku bahayakan diri kerja lebih masa, maklumlah kawasan opis aku ni sunyi lepas waktu pejabat, lagipun sekarang pun zaman teknologi kan? Cume nak beli ni aku berkira sikit, bila tengok simpanan baru nak naik rase sayang je nak kuarkan, so kalau org nak bagi aku hadiah, dah kaya nak buang duit, belikan aku note book yek
  2. Fon yang cangih tuk merakam saat dan detik terindah
  3. Aku suka hadiah, bagi aku lelaki sekarang malu nak bagi benda2 macam ni.... kalau ada pun satu pun susah nak dpt
  4. Aku nak belanja suka aku.... shopping!!suka je beli... tak payah pikir2
  5. Dalam kelewatan usia ni, kalau ada umah dah lengkap dah idup....

Impresi terhadap orang yang diminati :-

  1. Jujur
  2. Tak cakap besar
  3. Yang beriman
  4. Pendengar yang baik
  5. Hormat wanita, org tua, kanak-kanak, binatang dan apa je yang idup la

Perkara hebat yang pernah di lakukan :

Uh apa yek? Aku rasa meninggalkan seseorg jantan yang nak aku tinggalkan sepanjang bersama dengan dia. Memerlukan kekuatan dan keyakinan, motivasi diri... hahahah. Paling bestttttt!!!! Dan aku berjaya... sampai sekarang aku boleh tersenyum sbb aku mampu lakukan dan mampu tunjukkan aku boleh idup tampa dia!

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):

  1. I love cats... ciptaan Allah, bagi aku alat permainan manusia yang bernyawa... siapa bole buat?
  2. Make over... aku suka tengok org buat make over, dengan make up muka buruk jadi lawa
  3. Air Cond... aku tak leh hidup dlm kepanasan
  4. Blog aku la... my stories, nyawa rahsia aku kat sini...
  5. Water heater... aku bole mandi bebila je aku nak... hahahah

5 Pekara yang di benci :-

  1. Bila org buat tak tahu...
  2. Bila org tanya soalan bodo terutama bila aku marah
  3. Bila aku sakit perut waktu jalan2.... memang tak suka toilet selain dr umah sendiri
  4. Bila org mungkir janji
  5. Bila org tipu dan cuba menutup cerita tipu dia tu

5 org yang mahu di Tag :-

  1. Miss Angle
  2. Ayang Baby
  3. Cempaka
  4. Deqna? Hahahah kawan tak ramai la... kalau rajin buat lagi... heheheh
  5. Pembaca misteri blog aku ni!

Uhhhh akhirnya siap... so... enjoiiiii

2 comments:

Deqna said...

Cayalah Cida, akhirnya berjaya jugak awak yer.. sebenarnya lama saya tunggu awak siapkan tag ni tau, ingatkan tak sudi nak buat.. :)

Hasra_Razali said...

Apa citer ni? TAG? SMART TAG ke apa ni...? hahaha....guek ngak faham..