Cube korang perhatikan lirik lagu ni...
Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana 'kan lebih bermakna
Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari
Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini
Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
KU mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu
Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang, kala malam
Hakikatnya yang ku ada, Satu jasad
Satu nyawa, satu cinta
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku mengenggam satu azam
Melempar khayalan
Bentuk kehidupan
Sesekali jiwang ok, kan? Aku dengar tadi... tetiba rasa sedih pulak... teringatkan dia... well aku tahu mesti ada yang bosan tapi tah la yek... i just wrote what i feel... tapi peduli apa yer tak? Blog aku, penulisnya aku... rasa2 bosan sila close window anda... akakak
Aku nak cerita tapi tah tak tahu nak mula... semalam aku jumpa dia... sedih jugak... hampir sebulan kitaorg mendiamkan diri... sebulan ke? almost 2 month... dia ada dtg majlis kawin adik aku... semua terkejut... termasuk aku.
Bukan aku tak jemput, cume aku rasa tak perlu sbb buat apa? Aku sendiri takut tak kuat bila jumpa dia nanti... but dia dtg bukan sebagai tamu, tapi mungkin di sebabkan dia kenal ahli keluarga aku yang lain, dia act macam biasa... dan aku? tah la...
Semalam kami jumpa...we talk... and he did told me dia mendiamkan diri sbb dia nak bagi aku space... sedih jugak tengok dia... rasa bersalah pun ada... aku ingat dia mendiamkan diri sbb mungkin dah tak tahan dengan sikap aku, tapi aku salah. Dia baca semua cerita aku kat blog... aku jadi pelik. Maklumlah dia tak minat nak baca2 blog ni... itu yang pasti. Dia kata aku suka merepek... and at the end dia jadi pembaca setia blog aku... dia sedih bila aku sedih and dia hapy bila aku happy. Tapi dia tak mampu nak hubungi aku sbb dia takut penerimaan aku...
Dia tanya aku sama ada aku dah sedia nak pikul tanggungjwab sebagai seorg isteri? Dan aku terdiam... jawapan ku "Yes, im ready to be some one wife but not to you" Mulut aku mmg tak ada insurance. Lancar je aku jawab. Aku nampak kesedihan dia tu...
KATANYA : Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan. He did almost everything... tapi aku tetap degil... malah aku jauhkan diri darinya... Dia juga dah sedaya upaya buat aku hapy tapi aku tak harga apa dia buat. Aku tak pernah jaga hati dia. Aku tak pernah hormat dia.
Dia sedih sbb dlm ruang yang dia bagi, aku gune tuk berkawan dengan lelaki lain. Aku tak gunakan masa itu untuk fikir pasal relation ni... dia tak pernah setuju tuk berpisah tapi aku selalu dengan ego ku.
Dia tak penah pertikaikan kejujuran aku, sedangkan dia tahu aku intouch dengan lelaki lain. Sedangkan dia? Baru keluar dengan customer atas urusan kerja, aku ambik kesempatan tu tuk ungkit kesalahan yang dia lakukan....
Bila aku call, MAK dia yang jawab pun boleh jadi isu besar... sampai dia jadi takut. Not afraid to his mom, tapi takut kalau aku merajuk. Dia selalu berhati-hati dalam berbicara, tak nak aku terluka sbb dia tahu aku seorg yang sensitif, tapi aku? Dia salah sikit aku maki berbakul2, bukan takat salah dia, salah aku pun aku salahkan dia... dia tetap sabar.
What else i wanted from him?!
Aku tak tahu.... aku tak nafikan dia mmg baik... kalau ex aku ni, dah lebam muka aku kena bantai... tapi kenapa aku buat macam ni kat dia? Aku selalu salahkan dia...
Aku pulak bila dia dah point macam tu aku pun tanya la, kalau tahu perangai aku macam tu, kenapa tak cari org lain...
KATANYA :- Sbb dia mahu dan tahu aku akan berubah. Cuma dia tak tahu bila... dia sentiasa berdoa supaya aku berubah. Hargai relation yang kami bina. And he willing to do everything. Dan dia juga tahu aku masih sayangkan dia.
Sekali lagi aku terdiam...perasan la pulak aku sayang kat dia.... aku nafikan dan dia tersenyum
KATANYA :- Kalau tak kenapa pakai cincin yang i hadiahkan? That show you still love me.
Yer ke? Malu-malu khinzir la aku....
Tah la... semalam dia pulangkan simcard... and want us to continue.
KATANYA :- Dia nak aku sabar...jangan melenting, jangan ambik jalan mudah putus je. Dah 3 tahun pun bersama, patut lebih faham antara satu sama lain.
Aku tak tahu nak cakap apa... Pak arab, kita serah semua pada Allah... kalau ada jodoh antara kita, i tak pernah tolak dan tak akan tolak. Dan sekiranya tiada jodoh antara kita yang pasti aku jugak takkan mencari...
Anyway dia tegur semalam. "You not fat my dear... malah you makin cantik... "
Akakak banyak la ko punya ampu....
Dia menyesuaikan diri walau time tu aku sibuk sangat sangat.
3 comments:
hai cida.. bila saya baca citer awak ni, saya rasa saya cam blh memahaminya.. saya rasa pak arab tu benar2 syg kat awak, cuma awak saje yg belum bersedia..so, utk tidak menghampakan dia awak minta perpisahan sebagai jln penyelesaian..awak tidak membencinya dan awak sendiri pun tak tau kenapa awak selalu sakitkan hatinya.. mungkin utk menguji.. only my 2 cents opinion.. maaf kalau tersilap
Insyaallah.. kalau jodoh kamu berdua kuat... alhamdulillah..
deqna- eh tak silap... saya rasa betul 100%... tak tahu la rasa macam tak sesuai je dengan dia ni... kita sedar siapa kita, tapi tah yek dia ni baik tapi tu la... thanks anyway... :)
you should give him a chance cida.. push your ego away sekejap. give him a chance. hopefuly things will work out.. try to patch things up k bebeh?
Post a Comment