Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, June 12, 2008

Kuala Kangsar Trip

Kalau cik Cempaka buat road tour ke Kelantan, aku pulak buat road tour ke Kuala Kangsar. Aku bertolak ke Perak hari Jumaat bersamaan dengan 6 June 2008... 6 June yek? It pak Arab burfday...*sob...sob* pagi tu aku ke JPJ buat lesen... maklumla lesen i, kan ilang? Memang haram kena kompaun RM 20 hinggit! So aku renew terus lesen aku.

Kita org bertolak lepas solat Jumaat... bila akak sepupu aku sampai je dr Melaka, kita org trus bertolak 3 kereta. So kereta aku di penuhi oleh jejaka-jejaka yang agak agak tak gune...sbbnya? Sorang di bawah umur, masih 12 tahun. Sorang lagi ada lesen tapi takut bawak kereta dan sorang lagi tak ada lesen. Maka akak la drive dr Klang ke Perak.... 3 jam... dah lama tak drive jejauh. Paling jauh pun ke Singapore. Tapi tu pun last year.

Gamba pertama tu kereta akak sedara aku and second pic gamba kereta ayah aku. Dan aku tak leh nak ambik gambo kereta sendiri... so petang tu jalan Utara selatan mmg lengang... mugkin sbb org kerja. Kita org je ambik cuti.

So selama 2 jam driving kitaorg pun berhenti la kat mana tah tuk berehat. Yang dari Melaka semuanya lapar sbb tak makan apa-apa dari pagi... diorg lagi la penat dr Melaka ke Klang than ke Perak pulak... so we stop tuk makan. Yang hanginnya R&R baru jumpa 2 jam lepas kitaorg penat drive... kematu punggung aku!

Tapi yang best gi Perak ni, org kata kalau kita tak beli Pau atau makan jambu, limau bali, mmg tak sah... kira tak yah la gi sana kalau tak dptkan benda2 ni... rugi oooo. Tapi aku tak la heran sangat nak makan Bali dengan Jambu... aku lebih teringin makan PAU kacang dia... tak agak2 dah menta darah banyak, beli bekal lak tuh....

Pau kacang merah... yum...yum

So perjalanan kami di teruskan selepas semua solat Asar, dan semua telah kenyang.

Ni la jejaka2 tak gune...Jay ko mesti bangga!!! Aku puji sorg lagi sepupu aku yang kat Irland... baru pas memandu, even stay one year kat Dublin tu tak "peraktik" skill memandu, tapi bila dia balik sekali je bagi pegang kereta, laju je dia bawak... and pada wanita-wanita di luar sana, baik korg pilih lelaki yang boleh bawak kereta... lesen soal ke dua... penat doh nak bawak ke hulur ke hilir...

Meneruskan perjalanan... penat tapi apa nak buat?

Dalam pertengahan jalan pulak, tetiba mendung semacam... rupa-rupanya....

Hujan ... dah makan... keadaan lak sejuk... uh betul menguji... yang dua ekor lagi selagi boleh bercerita dengan aku... tak bagi aku tertido... walaupun hujan tak lebat, aku berjaga2 sbb bila dah nak sampai Ipoh tu, situ kawasan bukit dan kawasan kemalangan. Tapi Alhamdulilla semua berjalan dengan lancar sampai la di Tol Jelapang... uh... pernah dengar tak Tol tu? Dah banyak kemalangan terjadi... aku berdoa sepanjang jalan...

Kami tiba di tol Jelapang pukul 5... org time balik kerja... hahah sepupu aku gelak dia kata mana ada org lalu lebuh raya elite gi kerja... dia ingat semua org kerja kat bandar je? Lebuh elite tu org hanya gune balik kampung? Sekel kepala baru tahu... ini ramalan trafic aku je...

Mmg panjang giler... yang bayo manual tu rasakan "Ke JAM an" yang sejauh 3 km... aku ni kat lorong SMART TAG... ni pun que boleh tahan la... tapi tak sampai 10 minit... wahhh dengan berlagaknya aku potong diorg.... hahahah...

So jalan sendiri sbb adik aku dah bagi direction nak masuk exit mana... so pandai2lah kitaorg pergi sbb nak tunggu berapa jauh lagi sehhhh... Adik aku cakap, lepas tol tu kira2 dlm 45 minit sampai la Kuala Kangsar... tapi kenala tempuh terowong dulu... wah sakai kejap aku... heheh aku mmg penat giler bawak kereta, tambahan pulak aku peyed pulak tuh... makan ubat siang-siang tuk make sure aku tak sakit... gila... kalau aku sakit siapa nak drive?

Seram jugak aku tengok tempat ni... kot2 la ada benda jadi dlm terowong ni? sbb aku tertanya-tanya jugak, kalau ada sesuatu jadi, macam mana org luar nak selamatkan? Tetiba terbayang cerita2 action letupan dlm terowong... hahaha... Kiasu la aku ni... Rizal mengamuk giler, kata aku sakai sampai minta dia ambik gambar... nak letak dlm blog! dia kata aku sewel... oklah tu sekurang2nya AKU TAHU BAWAK KERETA... dari dia duduk je, baik dia tolong aku ambik gamba... ada jugak paedah!

Akhirnya tepat kul 7.00 kami selamat tiba Kuala Kangsar... so ni tunggu adik aku dengan husband dia ambik kitaorg kat Tol Kuala Kangsar...

Keadaanku yang penat giler... jauh perjalanan... aku hanya pikir nak rehat bila sampai Resort nanti... aku nak mandi sbb aku busuk... hehehe

Uik... tetiba ada org ambik gamba aku... tetap senyum... hahaha sbb aku muka masam buruk ruponya... siapa gerangan yang ambik gamba aku tuh?!

Hary selalu cakap "FAIL la ko ni!!! tau tak candid tu macam mana? Senyum...senyum" hahaha aku tak leh la... aku bukan di lahirkan tuk berlakon... hahah when i see camera i will smile sbb tak senyum muka aku buruk...hehehe

Akhirnya kami tiba ke Resort... pemandangan cantik... tapi sbb dah penat aku tak terpikir nak ambik gambar macam blogger name Cempaka... hehehe... sbbnya baju kurung aku dah jatuh... so mud ilang, barang banyak nak di bawa and aku penat sangat... waktu tu terpikir nak clean up myself apa-apa pun.

Adik aku baik kat umah mertua dia je... action bertudung....hampeh! Perangai tetap tak ubah... anyway i miss her actually waktu tu... selalu kuar masuk umah jumpa dia, for one week dia dah turun Kuala Kangsar to help mother in law dia buat persediaan majlis kat sana, aku jadi macam sunyi and really miss her!

Resort tuh penuh hari tu, sbbnya ramai org stay sana sbb attend wedding... bukan wedding adik aku, hehehe kita org je tak make up kereta kitaorg... tengok kereta org lain bereben-reben... berkaler-kaler... kita je sempoi... tak teringat pun pasal tu... yang tahu all theme ari bahagia tu merah... we focus on that! Not the car decoration :D

So sbb penuh bilik jauh2. Yang pasti jejaka dua org ni tetap nak berkepit dengan aku... bukan aku tak tau, kalau kena tinggal sekurang2nya akak diorg ni tahu bawak kereta... hampeh. So bilik kami berhadapan. Bukan sebilik yer... yang best adik aku book bilik sorang tuk kakak dia ni! Bagus adik...

One queen bed only for me!!!!

Tapi sebelum aku lending, tengok la siapa yang menyebok?

Hehehe... my sister dengan anak buah aku sorg ni... tak hormat tul la diorg ni... tu nasib baik bilik sebelah tak join... Diorg teruja bilik diorg... tu yang tak campur bilik aku tuh...

Anyway ni citer pertama... nanti aku citer lak citer majlis kawin adik aku ok... bila? Tah la... ada free time kang aku akan update... til then semua...

3 comments:

chempaka said...

cik suki...kita nak wat trip pi cherating plak ni! hihi....

Anonymous said...

wah penat baca ur post...panjang..thanks la sebab puji my driving skill...hahaha...balik malaysia ni nak merempit balik...lol...ok la kena sambung study balik...ngeh3

Suri said...

wahhhhhh bestnyer.. aku pun suka trip2 mcm ni.. hihih kalau reramai memang best kan? kan? kan?