Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, July 31, 2008

Kesian Si Didi

Kesian aku tengok adik aku yang bongsu ni... kadang2 perangai dia menyakitkan hati. Kadang-kadang aku lupa dia dah besar.

Aku kesian tengok dia sbb pada remaja yang seusia dia dah celik IT. Cume dia je ketinggalan... happy gila bila dia dpt buat ID YM... Chatting bagi dia benda yang baru. And sebagai kakak aku takut pulak nak ajar dia chatting...oh! bahana chatting sangat merbahaya. Aku takut dia alpa je... so aku hanya ajar dia boleh berchatting dengan org yang di kenal, sepupu-sepupuku, mak cik dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Terkial-kial jugak aku tengok dia menaip... sesekali terukir wajah ingin tahu and plus excited dia... bila dia tanya aku je, aku ni jenis cepat marah... sian dia, aku banyak keluarkan perkataan bodo setiap kali dia tanyakan soalan. Jahatkan aku?! Padahal kawan2 sebaya dia ada FB, FS, MS dan aku tak terkejut kalau diorg pun ada blog macam aku sekarang ni. Tapi dia? nak bukak YM pun tak lulus lagi.

Terasa serba salah pulak tinggikan suara, bila dia tanya "Along macam mana didi nak upload gambar?!". Dia dah siap kuarkan memori kad handphone, tapi tetiba aku naik hangin... saiz memori kad tu tak boleh masuk dlm lappy aku ni. Dengan nada suara yang tinggi, aku suruh dia pinjam card reader Fida... bila dia turun dia kata "Tak pa la.Angah kata card reader tu kat abang" Sedih muka dia... terkial-kial dia pasang memory card tu balik dan aku tak ambik initiative tuk transfer gamba dia, sedangkan laptop aku ni ada bluetooh!

Ush zalim aku ni :(Tak pa la, ari sabtu ni aku akan ajar dia buat Friendster , my space yang mana dia nak la... aku selalu dengar dia dok citer kawan dia ada friendster, ada my space. Dia cerita kadang2 dia terpaksa tipu kata ada, cuma tak active sbb umah tak ada computer. Padahal aku tahu dia nak sangat buat benda tu...

Sian didi... berkobar-kobar dia nak belajar... tapi tiap kali aku balik umah aku mengadap computer sampai aku lupa janji aku sebelum aku dpt laptop tuk ajar dia... Bad cida! U are very bad sister!

Kena tag lagi

Uh kena tag lagi! Kali ni Cik Cempaka lak yang tag hambo... layan je la yer... malam ni panas nak mampus and aku tak leh nak tido. Confirm esok mata gue Kuyu...

Oklah citer banyak pun tak kena... Cik Cempaka.., sila senyum ok!

Google Tag FTW:Go to Google and search the phrase. Please include the double quotation marks “…” Tag friends. Please use your REAL 1st name. Use the first thing that comes up that makes sense.

Q: Type in “[your name] needs” in the Google search: “Suki needs”
A: “Suki needs a Hero. (PREVIEW) (CANCELED) " Aikyak.... mana tahu ni? Yang best Preview , canceled? Adakah ini bermakna, aku nilai lepas tu angkat kaki? Hahahah aku selalu buat gitu... heheheh... gilo!


Q: Type in “[your name] looks like” in Google search: “Suki looks like”
A: “Suki looks just like TV drama rare quality. Uish... yer ker? Macam yer pun ada... kihkihkih. Just being poyoz la kau ni!

Q: Type in “[your name] says” in Google search: “Suki says”
A: “Suki says I fight harder for what my heart want" Hahah betul...betul...betul...selagi aku tak dpt apa yang aku nak, aku akan memberontak!

Q: Type in “[your name] wants” in Google search: “Suki wants”
A: “ Suki wants Nexus." Do i really want that? ....

Q: Type in “[your name] does” in Google search: “Suki does”
A: “Suki does not have any contact at this time " Contact siapakah yang di maksudkan itu? Pelik pulak aku.... tapi layannnnn je la soalan-soalan ni...uhuhuh

Q: Type in “[your name] hates” in Google search: “Suki hates”
A: “Suki Hates me just because she think i hate her " You better like me before i think you hate me... once i got that feeling than u die... layannnnn je la... wakakaka

Q: Type in “[your name] asks” in Google search: “Suki asks”
A: “Suki asks them." Them gapo? Damn you?! Uhuhuh

Q: Type in “[your name] likes ” in Google search: “Suki likes”
A: “Suki likes girl" Ushiiissss... haram! Ingat aku Shaiful Buhari version perempuan? Hahah aku tak nak gune nama Anuar sbb aku tak rasa dia buat benda terkutuk tu... hehehe aku masih bernafu pada lelaki ( teeeeetttttt harus di potong bahagian ni)...bukan pada perempuan yah! Pada gadis2 yang nak tekel aku...pengkid2 tu, lupakan niat anda...hahahah boleh gitu.

Dek kerana soalan-soalan ini, lihat la apa jadi pada search enjin aku bila aku tekan tanda ( " ) je, berderet yang terkuar...

Sekian

Hangin satu badan!

Ari ni aku print aging tuk marketing-marketing kat opis aku... diorg yang kena pastikan customer diorg buat pembayaran. Aku nak balik awal tadi tapi tergendalam bila salah sorg marketing manager aku minta statement of account yang proper tuk di serahkan kepada customer dia. Perh aku dah tutup computer da... you all paham je la computer opis aku tuh, masih lagi belum di tukar. Jadi mengambil masa nak bukak balik.

Tetiba dia call sekali lagi... dia tengok aging customer dia, dah bayar. Tapi kenapa aku masih tak minus dari system. Salah aku ke tu?

Ok benda tu bole bawak bincang. Aku tak suka org nak marah2... kerja aku sempoi je, ada prove payment maka off set la... mustahil aku terlepas pandang sbb setiap bank in slip yang aku terima, diorg tulis num inv. Kalau tak ada jangan harap aku nak off set selagi aku tahu nama inv.

So mamat ni macam menuduh aku ni pandai-pandai buat inv tuk customer dia... dengan nada suara yang tinggi dan sambil nak hempas-hempas kertas atas meja buat aku jadi naik hangin! Ko ingat kau siapa?!!!

"Selalu macam ni la... kalau i bagi mereka statement, diorg kata ini bukan mereka punya...susah la kalau nak jawab macam ni..." Dia campak aging dia atas meja... dan dia jugak hangin bila dlm report yang dia summit tuk claim, figure dia lain dari aging yang aku buat.

"U tengok ini inv, dalam report saya ini saja maaa.... Macammana boleh lebih RM 30 ni? Siapa nak bayar? Mereka tak akan bayar punya!" Waktu tu aku dah cuak! Adakah aku yang salah key in figure? Aku takberani la nak jawab, mungkin aku yang salah taip kot waktu key in invoice tu, so aku berlari masuk bilik tuk cari invoice yang di maksudkan!

Bila aku tengok, betul la apa yang aku taip... oh nak tengok siapa hempas kertas paling kuat yek... aku pun serbula meja dia

"U sendiri tengok... diorg bagi ini inv, ini figure, So buat apa saya nak tukar?" Dia perhatikan inv yang salah tu. Aku mmg tak sabar dengan perangai org yang BERKEPALA besar!

"You tengok ini invoice... mana dpt ini invoice?" Question apa dia tanya aku ni?

"Ini invoice tak ada dlm rekod saya... Ini customers saya Shida... shipment sudah lama, mana diorg nak bayar?!" Sekali lagi aku tengok inv yang di maksudkan... mmg kambing! Betul la apa yang aku buat!

"Dereck, you tak boleh nak salahkan i... i bukan pandai-pandai buat ini invoice... i just KEY IN semula dlm system... u kena tanya May atau Lynn. Diorg preparte inv... bukan i yang bagi instruction suka-suka... and u tahu insruction tuk customer u datang dr u sendiri maaa... i only key in data yang diorg bagi kat i. If the inv state RM 20, i key in RM 20." Mamat ni muka tak puas hati... kebetulan kak Lynn pun ada sama.

"I cume buat apa yang May suruh... bukan salah i pun" Lagi la mamat ni bengang

"I nak jumpa u, and May to discuss benda ni... sudah banyak kali berlaku la... suka suka nak bill org. Sudah bil tak mau kasi tahu org" Jumpa la... jawapan aku tetap sama... bukan salah aku!

Itu cerita si Dereck... ni cerita si Mizi pulak...

Pagi-pagi masuk bilik aku... aku dah agak da...

"Bila Mizi bole dpt gaji? Rasa-rasa ari ni boleh tak dpt?" Ewah-ewah... panas telinga aku jap

"Tak kot... sbb cida belum prepare slip awak" Dia tunjuk muka itam dia

"Ha? Tapi nikan dah akhir bulan... Mizi nak pakai duit la Shida"

"Tu la... ari tu saya dah siapkan da... gi ambik cuti kenapa?"

"Oh ari tu punya kena tolak eh gaji?" Kawan-kawan... dia tanya soalan ke apa ni? Bos aku ada deal dengan dia ke apa?

"Yah la... " Muka dia mmg kalut la... aku tahu semua hujung bulan nak tunggu gaji... tapi melihat performance ko ni, aku yang kerja kat situ pun berat nak releasekan gaji ko tau tak!

"Mak saya tak sihat la Shida, saya kena hantar dia gi hospital pagi-pagi sebelum pergi kerja. Ni kereta ayah saya rosak pulak... saya nak gi ambik mak saya ni, mak saya tunggu kat hospital" Ha? nak ambik mak? Kan ni opis hour?!!!

"Saya nak kuar dah ni... macammana yek?"

Ok first of all, it 8.45 in the morning...opis aku belum start kerja. Dah cukup baik aku dtg awal semata-mata nak prepare slip ko! Than bos aku tak tahu masuk atau tak and benda ni memerlukan 2 org tuk sign cek ok!

"Cek 2 org la Mizi kena sign...kalau Andy sign pun father dia kena sign jugak"

"Tak ada org ke bole tolong?" Wahhhhh makin banyak lak opition dia yek?

"Sori i tak leh nak tolong... rasa tak sempat hari ni... Andy tak ada masalah, prob nak cari father dia."

Banyak lagi conversation! Tapi tah la... kata kawan aku jangan benci sangat... yang benci tu la jodo kita... so tu je korang boleh pikir la aku marah ke tak yer!

Wednesday, July 30, 2008

Blogging dari Kelana Jaya

Teka aku kat mana? Hahaha dalam kereta... Jeles cepat jeles! Ni yang best ni kalau boleh on line kat mana je... beli korang jangan tak beli broadband... Celcom harus bagi aku discount terhebat ok!

Sila perhatikan lappy di sini... uhuhu... aku suka... line mmg clear ar.. sempit sikit... kerusi habis tolak ke belakang.. sementara tunggu org tu habis kerja, aku sempat chat dan vedio cam dengan dia ok! I like. Sepatutnya aku marah! Tapi mud aku baik bila line mmg best!

Nampak ke? Buat tak nampak la org dlm window tu... tah la, my new lappy make made want to explore more. Tetiba mud aku bertukar... hahaha... i just love this lappy and the broadband!

Ok... itu kat dalam kereta, seharusnya aku nak bercerita, ari ni aku pakai dress yang aku beli sebulan yang lepas. Uh sayang gila nak pakai... sbb aku rasa cantik sangat baju ni... aku beli dengan harge yang murah and yet aku takutlah kalau-kalau pakai baju jadi kembang... maklumlah aku,kan dah kembang semangkuk!

Simple... aku suka sb jarang ar jumpa dress warne itam... sori muka tak dapat di tayangkan... muka aku bughuk ar... tido lambat lately so bangun sembab-sembab muka aku... uh! I just like this dress :)

Sampai opis aku teringin nak makan.... biskut cecah dengan Nescafe... uh! Lama aku tak buat macam ni...

Mana cukup sekeping? Padahal dah berkeping cair dlm tuh... uh sarapan ku pagi-pagi ni ler... tengok kawan aku may rendam biskut lagi hebat... pakai mangkuk ko! Aku tal boleh la nak buat gitu yek...tapi mmg best! Pakai mangkuk zaman aku sekolah dulu... aku pun tak faham asal mak aku bagi aku makan dlm mangkuk dan bukan dlm cawan dulu...

Dinner aku makan kueh tiau goreng je... nak dekat bendera jepun ni tetiba tekak kering semacam je... harus aku minum...

Teh ais... waaaaa sedap! I like..

Padanlah program dlm lappy aku ni dok asik suruh update...update... aku pun confuse... maklumla last aku pakai computer bila? Program kat opis pun XP jerk... ni vista ni payah (uhhh show off! tak kuasa!!!)... so sementara aku makan, aku di ajar cara-cara nak update... erm... terasa bodo pun ada, niat nak jumpa lain, ending lain...erm... korang layan je la....

Wei layan internet kat kedai mamak wei... serius aku mmg puas ati giler... sesama la kita berbroadband yah!

U all, aku tak dah 4 hari tido lambat la... maklumlah dok mengadap komputer... tido mmg tak cukup! Harus aku ni! Dan sekarang aku betul-betul mengantuk...

Ini bukan gambar hiasan... mata tak larat sangat... kalau korang nak tahu lepas aku tulis blog ni aku kena restart computer sbb semua dah update! Ar tak sabar nak tengok hasilnya!

Terlangar Baldi

Aku balik kerja kul 530 macam biasa la... bila aku kuar dr simpang jalan, aku tengok ramai org berkumpul... so buat tak tahu jelah,kan. Rupanya belakang opis aku ada tokong kecik, nampaknya diorg tengah nak sembahyang... aku buat tak tahu la... tetiba diorg jerit-jerit...yang tak sedap diorg pandang kereta aku.... apa kes? Datang sekumpulan org-org cine menghampiri kereta aku... ooo panic... apa jadi? Makin kuat diorg jerit...

Aku pandang cermin belakang... OMG... aku nampak baldi jatuh... air tumpah... oh oooooo.... semua pandang aku... ada yang tersengih-sengih, ada yang geleng kepala... apa aku dah buat... aduh rosak ke baldi org? Kaki tangan aku dah mengigil... tengok kereta kat belakang aku dah beratur...

Aku kuar kereta, seorg lelaki cine menghampiri aku... "Sori uncle... " sekali dia jawab

"Chin Cua pooo she... cing cong cheng" Aku terdiam... lelaki ni maki aku ke? Suruh bayar ke apa?

"Sori Uncle... saya tak faham..."

"Oh tak ada apa apa.... jalan...jalan... semua ok" Alhamdulilla... hye mata aku punya besar macam ni... cakap cine? betul ke tak? Arggg dah suruh cabut, cabut la... aku terus start kereta, terus je jalan.

Apa pun dr opis ke umah, aku mengeletar... kenapa la aku boleh tak nampak baldi kat tengah situ... uhs malu-malu.

Dek kerana kejadian tu, balik umah aku parking WKD aku kat depan umah sbb aku nak kuar ke KJ jumpa seseorg, bukak pintu tak tengok, nasib baik kereta tak rembat pintu kereta aku... what goin on with me today?! Hayaaaa...kalau aku bukak pintu tu luas, confirm kereta aku jadi kereta sport! Mengeletar lutut ku....:(

Apa pun Alhamdulilla... tak ada apa yang berlaku... Ya Allah, aku sentiasa memohon pelindungan dariMU

Sinderella

Sinitron Sinderella habis semalam... bengkek je aku tengok... punya la cinta sakan... ending tak kawin dengan Haidar mahupun Hussien? Bodoh betul... kalau aku tahu ending selenge macam tu aku tak nak tengok... memula plot hebat...walaupun banyak yang menipu, tapi aku rasa tuk santai ok ler...

Tapi dapan jugak muka si Hussien kena reject macam tuh... GO GURL... kasi penumbuk sekali pada jantan macam tu... jiwang bukan main depan kita...depan org ramai tak leh nak kata apa... uh!

Baik Zoela tu kawin dengan kawan dia yang kat bengkel tu...aku pun tak tahu namanya... akakak...tak pun kawin je dengan butang... dah alang2 nak buat gimik macam tu,kan?

Anyway...bangang pun aku ikut jugak citer tu sampai habis...wakakaka... ok nak gi kerja

NOTA KEPALA : Aden blog kat umah ni... ni nak mandi gi kerja... i like!Bye semua...oh Maxis ari ni cepat dari biasa...anyway sori... aku dah terbeli celcom broadband daaaaa

Tuesday, July 29, 2008

Apa citer?!!!!

Hye,,, dah makan da... sodap! ok... meh sambung citer nak?! Kalau tak nak, korang balik la umah korang.Uhuhuhu...

  • PENGAKUAN CHEDIH *SOB...SOB*

Korang... num aku yang aku sub dengan pak arab telah di tamatkan... sedihnya aku rasa... dia call to inform yang dia dah terminate line tu... tetiba jadi sedih, aku buka line tu, tengok dah mmg tak ada network... sedihnya...

Kenapa sedih? Tak tahu la u all.. mungkin nak lepas kenangan tu. Dia pulak kali ni nekad... sedihnya aku rasa. Erm... FYI kan, aku tiap-tiap ari bukak line tu.. selalu kalau gaduh macammana pun dia akan pujuk... kali ni dia dah malas nak layan aku. Tapi bila dia tanya aku sama ada aku dah ada lelaki lain, aku selalu mengelak... bior la dia rasa aku ada lelaki lain walaupun hakikatnya aku single and available lagi. Dia call pun aku buat layan tak layan, konon-konon mmg tah tak ada ati la... uh betapa egonya aku.

Aku still pakai cincin dia... dah putus ni barulah pakai, kalau tak simpan je. Jarang aku pakai cincin ni, tapi sejak putus, tido pun aku pakai... ambik ko! sampai kebas tangan aku.

"I just want you to know that i alwayz love you" That the last SmS from him.

And semalam aku webcam dengan dia... agak serabai jugakla... tak sanggup nak tengok... tak pa la Eipin, Cak doakan Eipin bahagia yek...

  • BERITA GUMBIRA

Tahniah, Congrate to one of my reader... ehem...ehem... sbb tak lama lagi jadi IBU... jangan la stress sangat pasal morning sickness. Mulut aku dah tak saba nak cerita kat semua org... tapi atas permintaan dia, dia tak nak kecoh2... ok i respect that alrite... so take take of yourself ok... jangan tention-tention sbb tak ada selera makan... Penantiannya berakhir juga...

  • PENDING ENTRY

1) IM NOT SINGLE

Ok banyak citer yang pendingkan? So sedia nak tahu? On 25 July,kan aku ada bagi tahu yang aku tengok wayang citer Im Not Single...

Citer yang agak slow permulaannya... menguap jugak la aku tengok waktu tu... aku tak tahu apa fungsi si Ahmad Idham dengan David Teoh tu... tak ada kena mengena langsung... mungkin Perier Andre nak ampu David Teoh dengan Ahmad Idham kot?!

Than citer tu ,macam tak sesuai je dengan masyarakat Melayu... taklah kotor, tapi starting nak buat adegan tak senonoh tu,macam apa je... lucah je bila si Maya tu terketap-ketap bibir dia tu... walaupun ketap bibir sendiri tapi tah... tak sesuai... ada lagi, tapi korang sendiri la tengok.

Aku pergi tengok dengan Dd, Pidah dengan adik ipar aku Shaiful. Wayang start pukul 9.20 tapi kami bertolak pukul 8.30. Gara-gara adik aku lambat siap! Kul 8.30 kuar umah, nak gi makan lagi korang rasa sempat ke?

Erm sampai Jusco Bukit Tinggi kul 8.45... dekat je pun dengan uma aku. Dah la lambat, dlm masa setengah jam kena makan cepat-cepat... adik aku baru nak kuar duit?! Ayo!!! aku panic gila!

So kitaorg terus makan kat....

Cepat dengan ringkas, kan...kan?

Take order... aku dengan DD cakap Pidah pasangan tak ada tulang belakang,

Me and DD menunggu makan penuh kesabaran... uhuhuhu

Dinner aku malam tu.... malas nak makan ayam... leceh!

My Drink

Semua makan cepat2.. so kitaorg masuk ngam ngam kul 9.20.

Sbb lambat tak dapat nak ambik gamba kat dlm wayang... kat pintu jerk! Boring tul!

2) NASIK AYAM HAINAN...

We went there on Sunday... sementara nak tunggu laptop di programkan, kami makan kedai nasi ayam hainan, dekat china... wakakak... depan lowyat... sori gambar sepanjang beli laptop tak dpt di ambik sbb kitaorg bz membeli belah...

Membaca majalah sementara order

Bakal ibu :)

Me and DD

Kan aku dah kata.... dia mmg tak ada tulang belakang :)

Aku dengan Shaiful makan nasi ayam special Hainan... boleh tahang la....

Tambahan kerabu Mangga tuk aku... hahah macam aku lak yang mengandung yek? Tak la masam mana pun....oklah!

Pidah pilih Asam Laksa.

Didi fav nasik lemak ajo...

Over all makanan dia best... tapi air datang setengah jam kemudian... macam haram! Naik tercekik semua rg. Sbb tulah tak sempat ambik gamba.

3) Handphone

Bukan aku yang beli... kalau dah melangkah ke lowyat,semua ada promotion... adik aku dengan Hubby dia dua-dua beli handphone... niat nak survey je... tapi dengar dek pujukan cino tu, dua-dua ekor beli... gamba nanti aku up date la ok... diorg pun dah tido dah :)

Apa lagi yang aku tak citer yek? oklah... maxis hari ni mmg lembab... naik mengantuk aku up upload... oklah... nak tido dah... daaaaaa

Aku puas dapat buat blog dengan sempurna... tak terkejar-kejar :) I like!

Blogging at home

Mmg membuak-buak perasaan nak blog kat opis tadi... uh! sekejap2 aku bukak blog... macam-macam citer aku nak kongsi... tak pa satu persatu yah...

Pukul 4.30 tetiba je si May masuk bilik aku... "Be prepare.." Uish bunyi macam nak buat apa je...terkujat jugak aku..."Itu system guy dah dtg..." Ha!!! tercengang la muka akak ni... kata esok nak dtg...

Company aku nak tukar system accounting. What we had now semua manual... so bos aku ni berhati-hati la sangat...kalau korg nak tahu aku dah buat kerja tapi bos aku tetap buat costing... maklumlah dia kata dia hanya percaya diri dia aje... what we do right now mmg risk...buat kalau ada silap, mmg problem besar. Mana taknya, setiap org buat kerja sendiri dan no double checking ok! Biasa la bos aku... so the best way to install system whereby risk to make mistake tu berkurang ar...

Aku tercengang sbb aku ada hal penting nak buat lepas balik kerja... the last time this guy dtg, sampai pukul 7 lebih baru habis. Kali ni aku dah semangat nak dptkan broadband celcom tu ok! No way aku nak tunggu lagi!

So the discussion bermula... aku dok tanya pasal account. May dengan June (heheheh) May dengan bos aku terangkan pasal operation side, what are their requirement... citer punya citer dah pukul 5.30...aduh nak gi celcome ambik masa setengah jam dan pukul 6.30 pulak dah tutup. Aku malas nak menunggu sbb maxis hanya bagi masa 7 hari percubaan... and yet aku mmg tak puas ati... mmg lambat!

Kul 5.45, sesi soal jawab tak habis lagi... kaki aku dah dok goyang2... apa bos aku tanya, cerita aku angguk je. Sedapkan hati, esok je la pergi! Tapi Cida is still Cida, if i want one thing i can not sabar one! Kalau aku tak dpt apa yang aku nak, mmg mengalir air mata duyung ar! heheh, salahkan Cik Tipah sbb manjakan sangat anak sulung dia ni ha!

Tepat pukul 6.00... aku habis je aku terus lari masuk bilik, save kerja2 aku tadi and guess what? I can wait any longer...so i just switch off main power...opss did my boss or any of his crony reading my blog?

Sepantas Mikka hekinen aku bawak kereta... mmg rasa tak sempat,paling tak ambik masa setengah jam tuk sampai, tapi dengan izin Allah, sepanjang perjalanan aku, lampu trafic hijau je panjang... doa jugak kalau lampu kuning harap sangat kereta depan terus jalan, kalau tak masak jugak aku.

Akhirnya aku selamat sampai... 10 minit je korang... Celcom broadband punya pasal, sanggup terkejar2... Alhamdulilla tak ada apa...

Inilah yang aku dok kejarkan... kalau tak elok jugak, tak tahu la nak kata apa... duit dah habis RM 567 tau tak... benci! Tapi diorg cakapkan, bila ada benda ni, semua line boleh masuk... hahah banyak la duit aku nak bayo line2 tuh... yang satu pun sangap...

Rasa-rasa korang la Maxis saman aku tak? heheheh biar la diorg tahu, Org bayar memahal nak coverage yang elok. Aku nak upload gamba ni, sempat baca blog org satu cerita... tention tak? Lagu auto play kat blog org pun tersenguk-senguk, tention aku! Heheh sekali Celcom 2 kali 5 je yerk? Ker lappy aku ni yang slow? Tak mungkin! (chewahhh)

Oklah korg... aku nak makan... harus di ingat aku di rumah... akakak tolong jeles secepat mungkin... mak aku masak nasi lomak! Apa mimpi dia masak nasik lemak memalam macam ni... tak tahu ke anak dio diet?! Hahaha alasannnnn... oklah... jap lagi satu lagi cerita ok... tunguuuuuu

NOTA KEPALA :- Seronok tengok yek blog2 yang ada tulis nota kaki la, nota kuku kaki ku la... ni nota kepala aku... baca nota ni ingat dlm kepala ok.... AKU ADA BROADBAND... SO AKU BOLE JALAN SANA SINI... HAHAH... tu je nak cakap... riak aku yek... pencuri pun senang nak bawak laptop aku ke1 sana ke sini... uhuhh dalam gembira harus ingat benda yang mungkin akan terjadi...adios

Monday, July 28, 2008

Look at my new baby!

Sedia tuk tahu baby saya?

Ini la baby baru saya! Compaq V3839TU,RM 2400 and i get all program inside and 7 free gift! Cool yeh!

Malas nak citer panjang-panjang and jom tengok all the gift from the shop ok

HP Laptop beg... besar tapi i suka sbb free

USB HUB

Pen drive 2 g...

Head fon... besar but i like! Macam Dj era...wakakaka

Computer Lock... no one can steal him prom me yah

Tikus saya...

Cooling Pad for my lappyy...

Kesemua free gift yang aku dapat! Yesss i like...

Aku tak kisah la korg nak kata apa... heheh sakai ke, batak ker... yang penting aku happy... and aku sekarang upload blog kat uma... so kat pejabat buat la kerja... bos aku mesti suka .. heheh... I like! ini la best kalau gi low yat... macam-macam ada

Cuma aku pakai maxis broadband... ayo... very the slow la macha! Harus aku tukar pada celcom! Tapi device celcom mahal gile... u have to pay RM 499 for the device.Ada ke duit? Maxis give me 7 days trial... lembab ubi tul! Harus ku tukar! let me find the money... mana tahu turun dari langit?!!! wakakaka... Oklah... til here... da... banyak benda aku nak buat ok!

Bila putus cinta

Citer aku tak habis lagi ni!!!!!

Bila kita dah frust dengan org... kita buat sesuatu yang bodo... tapi aku tak tahu la apa yang aku buat ni bodo atau tak...

Aku citer sikit la yek...aku bagi clue! tak leh nak cerita... nak bagi korang meneka! Sbbnya ada problem pulak! Sbb tu tak leh nak bagi supprisenya! Yang dah tahu citer dok senyap2 tepi koner tu... gi...gi... syuh...syuh...

Aku telah menghabiskan simpanan dlm bank ku! akakakak... duit yang sepatutnya aku simpan tuk kawin la... konon duit tu kot2 la boleh tolong aku sikit-sikit... sbb aku stress sakit sangat! Aku cube tak nak tunjuk kan org....

I'M OK GUYS... not to worry... so aku telah beli sesuatu... dan aku rasa, aku boleh lupakan si dia! Walaupun berat hati...

Tapi tuk kepuasan diri sendiri... aku habis RM 2400 lebih dan commmmminnnggg expenses agak2 dlm RM 200 lagi baru benda ni berjaya... dan setelah itu... aku pasti boleh lupakan dia... kan..kan...kan

Macam kawan ku bernama SURI kata... "Beli tuk kepuasan diri kau!" Yes sheeee aku puas... semoga the new BABY will wipe my tears away.... wakakakak

Saturday, July 26, 2008

Again?!!!

Tak suka! tak suka! tak suka!

Setiap kali dia call je aku jadi tak tentu arah... apa kono ekau ni cida? ... apa yang hang nak dari dia? Get a life will yah... move on la girl...

He called, saying that he can not make it to terminate the line... aku dengar aku dah berderau dah... aduh Menteri Besar Kelana Jaya ni mmg madang je tak boleh...

But you have to do it... im just supp holder je... unless u fax me ur IC....

Dia jawab ok... i will give to you bebila... arrrggggg tidakkkkkk... (emosi tak agak2)

Jatung ku gugur! ... lagu Fauziah ahmad dauh berkumandang di telinga Bila bunga bunga jatuh berguguran ooooo...hilangla keindahan cahaya penerang zaman kuikuikui. Korang layan je la aku ni... gilo! Aden dah tak ada tempat dah nak mengadu... sini je la tenpat aden... wakakak....

So aku nak kata apa? Aku jawab la... oh ok....nanti i buat la....

Diam! Aku dengan dia la diam di talian... Bukan suruh korang diam... hahahah

Maksud aku pastu sunyi la kejap... aku terus cakap oklah... bye... selalu bagi salam... dok i lap you, u lap i... now no more... dia call pun pakai phone office... kot kot la kan takut nak pakai hanfon...mana tahu kawe tu dah dapat mek baru iyo dok?! Mek dia dok checking pon dia macam kawe dulu dok periksa hanfon dio... WAHHHHH.... i dont like...

Oklah jiwa akak tenteram sikit da...

Any advice reader? Bagi la pendapat sikit... oooo kritikan wa tak mau yek... wa tengah jiwa kacau lu org nak kondem-kondem, ...

oh semalam aku tengok citer IM NOT SINGLE... macam mana? Erm nanti ku ceritakan la ok! Buat masa ni mud tak ada... daaaa semua