Kesian aku tengok adik aku yang bongsu ni... kadang2 perangai dia menyakitkan hati. Kadang-kadang aku lupa dia dah besar.
Aku kesian tengok dia sbb pada remaja yang seusia dia dah celik IT. Cume dia je ketinggalan... happy gila bila dia dpt buat ID YM... Chatting bagi dia benda yang baru. And sebagai kakak aku takut pulak nak ajar dia chatting...oh! bahana chatting sangat merbahaya. Aku takut dia alpa je... so aku hanya ajar dia boleh berchatting dengan org yang di kenal, sepupu-sepupuku, mak cik dan beberapa ahli keluarga yang lain.
Terkial-kial jugak aku tengok dia menaip... sesekali terukir wajah ingin tahu and plus excited dia... bila dia tanya aku je, aku ni jenis cepat marah... sian dia, aku banyak keluarkan perkataan bodo setiap kali dia tanyakan soalan. Jahatkan aku?! Padahal kawan2 sebaya dia ada FB, FS, MS dan aku tak terkejut kalau diorg pun ada blog macam aku sekarang ni. Tapi dia? nak bukak YM pun tak lulus lagi.
Terasa serba salah pulak tinggikan suara, bila dia tanya "Along macam mana didi nak upload gambar?!". Dia dah siap kuarkan memori kad handphone, tapi tetiba aku naik hangin... saiz memori kad tu tak boleh masuk dlm lappy aku ni. Dengan nada suara yang tinggi, aku suruh dia pinjam card reader Fida... bila dia turun dia kata "Tak pa la.Angah kata card reader tu kat abang" Sedih muka dia... terkial-kial dia pasang memory card tu balik dan aku tak ambik initiative tuk transfer gamba dia, sedangkan laptop aku ni ada bluetooh!
Ush zalim aku ni :(Tak pa la, ari sabtu ni aku akan ajar dia buat Friendster , my space yang mana dia nak la... aku selalu dengar dia dok citer kawan dia ada friendster, ada my space. Dia cerita kadang2 dia terpaksa tipu kata ada, cuma tak active sbb umah tak ada computer. Padahal aku tahu dia nak sangat buat benda tu...
Sian didi... berkobar-kobar dia nak belajar... tapi tiap kali aku balik umah aku mengadap computer sampai aku lupa janji aku sebelum aku dpt laptop tuk ajar dia... Bad cida! U are very bad sister!
10 comments:
isk... kena ajor tu. benda2 cam fs, fb n ms tu wajib tau... :)
sultan - tu la... kesian adik saya tu... tak pa saya tolong dia satu-satu
tak salah kalau dia nak belajar.. tapi jgn sampai addicted sampai terabai pelajaran sudah.. tapi cida as sister u should teach her, tapi basic2 je dahlah kang teradvance lak adik awak tu
ha'ah kak..sian dia..tp akak pantau la dah lepas akak ajar tuh..yela kang jd lain plak kalo dah pandai..hiksss..
deqna - tu la, saya takut dia lalai la, saya sendiri pun addicted, so tak nak dia jadi macam tu... heheheh tapi tak pa la bagi dia rasa and belajar...kan?
Belleza - hahah tu la takut jadi lagu tu jer
addicted tu biasa la tu...mula2 beljar mmg la excited, lagi2 benda baru...lama2 ok jer...i think kalo i jadi parent i rather tgok my son/daughter perabis berjam2 depan komputer dlm rumah dr tngok dorg berkeliaran x tentu pasal ke CC or anywhere suspicious sebab xde komputer kt rumah...
wah sekarang ni dah buat censorship utk comment...btw what i think u should do is, teach raudah how to access some very informative websites such as wikipedia, or any educational sites...teach her how to use google to help her with the homeworks or any courseworks...then introduce social networks such as facebook, friendster for leisure activities...
i still remember i got my 1st computer when i was in form 1- 1998...about 10yrs ago...it helped me so much with my studies+homeworks....agak terkejut when i realized stud like raudah in 2008! rarely have access to internet...i once asked raudah how did you do all your "Scrapbooks"?..she replied all manually...i was quite speechless at that time...it bothered me so much to realize how much she had been deprived of IT access that a person like her should deserve long time ago...just my 2cents
hye...tima kasih kerana memberi pandangan... itu jugak yang saya pikirkan :)
jay - true...that what make me thnk rite now... i guess u rite... i will teach her how to used internet... and please pray, hpefully INTERNNET will bring her positive side... jangan addicted macam aku suda! hahahah
Post a Comment