Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 14, 2008

Last year N3 from Friendster's blog

Erm aku jenguk blog aku kat friendster... uhs lama dah aku tinggalkan. Rasanya aku mula berblog di Friendster la... the last entry is last year entry during Ramadhan...genap setahun... aku paste kat sini... boring sikit sbb ayat aku ayat skema waktu tu... wakakak...

READY????!!!!

September 27th,2007 by Cidda

Dah 16 hari puasa barulah aku dapat tulis coretan kat sini, of coz citer pasal kematian Nurin tu aku curi masa sikit sbb sedih and geram bila membaca cerita itu. Anyway… kerja mmg banyak since start puasa and baru ni clear. So dari membuang masa, melanguk than better write something,kan?

Alhamdullila puasa aku masih lagi penuh. Dan buat pertama kalinya aku tak tinggal terawih… malah sepanjang Ramadhan ni lepas sahaja berbuka aku solat magrib, sementara menunggu Isyak, aku habiskan satu juzuk dan bila selesai aku solat terawih. Taklah penuh, 8 rakaat sahaja, tapi aku cukup puas hati sbb kalau nak di bandingkan tahun-tahun sebelumnya, aku tak nikmati bulan ini sepenuhnya.

Erm kalau org ajak buka luar pun aku rasa sayang sangat… nanti takut tak larat nak buat terawih. Maklumla lepas je terawih aku terus tido… penat gila rasanya. Tapi bulan ini bulan yang berkat,kan? so siang Allhamdulilla tak terasa penat cuma lepas buka letih sangat.

Hahah yang paling best bila aku keluar dengan sorang ni… sian dia, aku puas la mengelak… bukan tak nak keluar buka tapi macam aku katakan tadi sayang nak tinggalkan terawih. Walaupun terawih boleh di lakukan bila2 masa lepas isyak, aku takut penyakit malas aku ni ulang balik. Macam2 alasan aku bagi at last aku pun cakap aku sayang nak tinggal terawih… malu jugak… yer la aku ni bukan jenis yang baikkan? Tetiba lak jadi baik?! Sembahyang 5 waktu pun kadang2 terlepas. Tapi "dia" faham… dan tak putus asa… ajak aku jemah dengan dia…

Tuhan… jauhnya aku dariMu… the last aku solat jemaah 7 tahun lepas dan teori yang aku belajar waktu sekolah dulu dah luput dalam ingatan. Bila aku dengar jemaah aku takut… takut org akan nampak kesilapan dan kelemahan diri. Betapa jauhnya aku dr Allah. Solatku pun aku tak tahu di terima atau tidak. Cuma bulan ini membuka hasrat ingin tahu… sampai bila punkan? Depan "dia" aku tak malu bercerita… aku boleh bercerita 1001 cerita, tapi bila bab ini aku terdiam. I really need guide from some one… tapi siapa?

So aku terus terang, aku tak tahu nak jemaah sbb solat di masjid pun aku tak pernah pergi sbb takut buat silap.Sehingga aku sanggup balik rumah qada’ yang mana tertinggal.

Orang selalu kata doa di bulan puasa akan di makbulkan. Aku sentiasa mengharapkan seseorg membimbing aku… bukan jadi ustazah tapi cukup sekadar yang asas… dan Alhamdullila… Tuhan anugerahkan dia untuk mengajar aku… tak banyak tapi bermakna untukku.

Malam ke 6 ( tak silap aku), aku jemaah. Terharu bila sebelum tuh, dia terangkan cara niat, macam mana nak solat ikut imam dan dia hadiahkan aku Al-quran bersaiz kecik untuk aku. Dia kata kalau nak khatam dalam masa 30 hari, baca 4 helai untuk setiap waktu. Tapi macam mana pulak? Aku kerja… dan itulah tujuan Al-quran mini tu. Terharu…

By the age of 27… erm… baru nak tersedar… is it to late for me to know everything? Dosa makin banyak, bila-bila sahaja nyawa boleh di tarik. Tapi aku betul dapat merasai nikmat bulan ini dari Ramadhan yang lepas. :D

* * * *

Tahun ni?! uhhh sbb first day dah tak puasa... so take me 5 day to continue fasting... teruk tul, so bila start tu agak liatlah,kan.... bila baca entry atas macam alamak! Kejapnya aku ni insaf... tahun ni tak terasa pulak... heheh "dia" tu point to Pak Arab la... diakan imam masjidil Haram...

Tapi serius... last year banyak yang aku belajar dari dia... he is nice teacher. Seorg lelaki yang bole di lihat membimbing la... terharu masa tu... uhuhuh

Tahun ni?! Buke sesama waktu third puasa kot tak silap... tapi nak solat aku lak bendera merah. Dia buat kat umah je la. Ermmmm

Malam ni aku buat terawih... Actually since aku boleh puasa aku buat terawih tapi kat umah je la, nak buat kat masjid macam segan nak pergi tak ada kawan. I know... pergila kerana Allah, tapi tak biasa la... aku mana biasa gi memana sengsorang pun... jadi pada siapa yang BARU nak cakap "Gi Shopping boleh kuar sorang2..." lupakan niat anda sbb aku ni mmg tak pernah kuar sorg ok! Tuh Puan Latipah tu peneman setia aku, maklumlah Encik Rusli mmg tak confident dengan anak daro dia ni ha... tu yang aden payah nak kawin tuh... wahhhh tetiba!

Dah lari lak topic!

Tahun lepas, lepas buke aku solat Magrib than sementara nak solat Isya aku cube habiskan satu juzuk... tapikan tahun ni... erm...erm... buat jugak, tapi tiap kali solat aku baca 4 muke surat... sepatutnya kalau aku baca Quran 4 helai dari subuh, zuhur, asar,magrib dan Isya, conform leh abis satu juzuk satu malam... tapi... heheheh kali ni ikut mud dan kepenatan aku...

Terawih pun last year lepas buat 8 rakaat, lepas tu baca doa lepas solat terawih, than lepas buat Witir aku doa jugak... ikut buku ler...kalau hafal sendiri masak la...rumi pun terhegeh2 nak hafal apa lagi ayat Quran... Tahun ni?! heheh... lepas terawih terus witir, doa pendek pastu desub tengok TV tak pun update blog.... ayyoooo apa mau jadi :(

Tapi just now... lepas baca Blog yang aku tulis kat Friendster tukan, aku rasa tahap kesungguhan aku tahun ni kurang la... Masya Allah... bukan lama pun, yer tak? Kita puasa pun sebulan je... takkan tak boleh nak manafaatkan masa tu... kan?

So aku kuarkan buku yang Pak Arab bagi tahun lepas... banyak doa ringkas ada dlm tu... org kata nak beribadah tu bersungguh2 yer tak? Kalau nak ambik mudah sebagai syarat je, baik tak payah...


WAKE UP CIDA OIIII...




Post- Mortem,kasi lapor

2 comments:

tiffany said...

cida... shieda pon insaf la bile bace ur n3 ni... mmg shieda pon kejap kang cam alim sikit, kejap kang jadik malas... nape ekk takleh nak consistent... huhu... besar sgt agaknye setan dalam badan ni, tapi bulan pose setan kne ikat... so kite nie ke setannye... huhu... thanks cida atas n3 nie sbb sikit sebanyak shieda tersedar sikit dari lalai tu...

Suki Cida said...

tiffany - tu la pasal... kalau setan kat diri shieda besar, cida punya agaknya dah beranak pinak dah...kuikui tu yang liattt sangat... bila ler nak berubah kan... tak pa... janji kita sedar kita dah tertinggal kauh, kan?!