Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 20, 2008

Fadzlin Basyirah ~ Al - fatihah~

Petikan blog dari seorg sahabat.... (Entry ni di tulis Jumaat lepas ok)

Masihkah ada harapan
Fazlin Basyirah…4 tahunapa takdirnya jadi begini..??? Dia sedang menderita mengidap penyakit Kanser organ..hampir 90% organ dalam badannya diserang kanser…Macam mimpi..! Kanak-kanak secomel fazlin terpaksa mengharungi hidup dengan kedua belah buah pinggangnya rosak...

Ya Allah, apalah dosa kanak-kanak ini..dulunya dialah yang paling comel, cerdik, kuat menyanyi, melaram…dia tak nakal macam kanak-kanak lain..dia sentiasa leka bermain anak patung..tapi kini dia hanya terbujur kaku…hanya mata yang memandang sekeliling..Hampir 2 bulan berlalu…kini Fazlin disahkan tiada harapan malah kini dia sedang tenat…macam-macam usaha sedang dilakukan namun semuanya menemui jalan buntu..
Kenapa???

Hanya kerana doktor mengatakan kejadian ini berlaku pertama kali di Malaysia…Benarkah ini??? Mengapa dugaan ini melanda lagi…? Kak Eta, abang asry iaitu ibu dan ayah fazlin terkelu..banyak mana pun melimpahnya duit..dah takde makna lagi..Aku dan suami sentiasa mengingatkan..SELAGI ADA HARAPAN JANGAN SESEKALI KITA BERHENTI BERHARAP…biarpun telah disahkan tiada harapan lagi, namun ALLAH maha mengetahui..takdir akan mengatasi segalanya..hanya doa dan tawakal akan mengiringi usaha untuk menyelamatkan fazlin…Bagi pembaca blog ini..sama2lah mendoakan kesejahteraan fazlin..baik didunia ataupun di akhirat..Amin..
*******

Penulisan seorg sahabat lama aku tentang anak buah suaminya... aku pernah baca article ni kat blog kawan aku setahun yang lepas... dan seyes, budak ni sangat cantik... tapi di sebalik itu, tak ada siapa pun tahu dia menghidap penyakit buah pinggang...

Semalam aku berchatting dengan kawan aku Nurbaya... memula perasan status kat YM dia, tapi aku diamkan je... tak nak la sibuk sbb mungkin dia bersedih... tapi petang tu kami berkongsi la cerita... sbb aku perasan 2 hari dia tak on YM dia...

Rupanya budak tu dah kembali ke Rahmatullah... terkejut aku... aku tak pernah dengar cerita budak ni, dan aku jugak tak pernah kenal siapa budak ni... tapi air mata ni mengalir bila Nurbaya (skema aku panggil minah ni Nurbaya...padahal aku panggil dia Abby jo) cerita pasal budak ni...

Contoh on that day terbaca blog seorg kawan, waktu kes hidung anak diorg berdarah sbb benda alah tu... aku yang balik panic... tak tahu tapi ini yang aku rasa... aku tak tahu la kalau masa hadapan aku boleh jadi yang baik atau tak... adik2 aku kata aku kejam!!! Bila Mira jatuh kerusi waktu dia berusia 5 tahun dulu... aku boleh jadi gaduh dengan akak sepupu aku semata2 dia kata anak dia gurau... jatuh sikit tapi menangis dan mengada je lebih... dah bila aku naik hantu... dia bawak nak dia gi klinik... terbukti tangan Mira retak! Siapa nak jawab?

Aku bukan nak menunding tangan atau jari... setiap manusia ada lalainya... tapi apa yang aku dpt dari Nurbaya sangat bermakna... anak sekecik itu tak pantas menangung kesakitan macam tu... wahhh akak very sensitip adik oiiii

Menurut Nurbaya, penyakit Fazlin dapat di kesan waktu 4 tahun... selalu mengadu sakit pinggang semua org kata dia macam mak nenek kecik2 dah sakit pinggang... sampai darah keluar dari pampers baru parents dia sedar... Ya Allah hanya mendengar cerita je aku dah sedih... jiwa aku dah jadi kacau... apa lagi perasaan mak diakan?

Tambah lak bila Nurbaya cakap abang dia yang sulung berusia 12 tahun, dan 8 tahun... cium jenazah siap minta adik dia maafkan salah silap dan maaf kalau air buatan dia tak sedap... aduhhh makin tersiksa batin aku tengok kanak2 macam ni... apa pun... kita ramai2 sedekahkan Al fatihah yer...

Oh satu lagi yang aku nak kongsi... kacang tanah penyumbang kepada sakit barah... kacang mudah merebakan sel darah... sejauh mana kebenarannya aku tak tahu...may be DR Hanna, Dr Shieda dan DR Din boleh huraikan sejauh mana kebenaran ini sbb yang bagi tahu Nurbaya ni pun doktor yang merawat Fadzlin ni...
Jom layan gamba ye...

Cutekan? aduhhh sedih aku tengok

Sakit tapi masih mampu tersenyum

Aku tersentuh dengan gamba di bawah ini. Dia masih mampu tersenyum walaupun dah kritikal... seyes aku sedih gila... sebak wei rasanya....
Guys bukan niat aku nak menyebarkan gamba2 ni untuk penghinaan... i love kid so much! Tapi mungkin ini boleh kita kongsi bersama... kalau kita boleh cegah kita cegah... ramai ibubapa ambik mudah kesihatan anak2... diorg kecik tak leh tahu apa itu sakit... paling tidak diorg menangis... sedih aku tengok gamba yang Nurbaya sent kat aku... sebak weiii... tapi ini lah dugaan Tuhan....


Semoga dia tenang di sana...


Al fatihah....


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

4 comments:

Hasra_Razali said...

Kuat sungguh dugaan adik kita ni kan...Adakah kita mampu menjadi sekuat dia??

Al fatihah....

Suki Cida said...

HASRA - tu lakan? tuhan je yang tahu

iKHMAR said...

Xper...
dia mesti gembira kat sana. Kecil2 dah disayang Allah, apatah lagi tiada berdosa...Allah Maha Penyayang~

Deqna said...

real sad story... i love kid.. really love kid..