Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, October 14, 2008

Diet...

Sakit kaki ibu menjadi-jadi... semalam sampai dia tak leh nak berjalan. Bila dah sakit mud dia pun berubah la. Asyik nak marah je... so aku ajak dia ke klinik... semalam hujan boleh tahan la :) Tapi demi ibu... ku gagahkan jua.... sian tengok dia dok mengadu sakit...

Kita ke Klinik Penawar

Klinik tak ada org... doctor ni kira doctor family... ubat dia makan sekali dah baik. Mungkin sbb tu nama penawar. Cume aku je tak suke klinik ni... sbb susah nak dpt MC... selagi ko tak teruk jangan harap ok! Mahal boleh tahan nak mampus...

Kosongkan? Doktor pun tak mai lagi...

Nasib we all dtg dulu... masuk je klinik, ada 3 org dtg masuk... (/me manarik gelek2 ok)... Tak caya tengok tuh....

So tunggu dlm 5 minit than doktor pun dtg.... tahu tak apa penyakit mak aku? Ni dah kali ke dua dtg. Sebelum raya ari tu dah pergi... tapi baiknya tak jugak... jadi pelik sebab kitaorg mmg serasi makan ubat doktor ni...

Masuk je doktor senyum... kenapa senyum? Sbb selagi berat badan mak aku tak turun, bagi la ubat mana pun kalau berat badan tak turun sakit kaki mak aku tu tak akan hilang. So doktor timbang berat mak aku... supprise naik 6 kg from the last visit... ibu makan apa ni bu? Besi ke apa? Padahal waktu jumpa doktor tu 3 hari sebelum raya jerk.... ambik ko! attande umah terbuke sepanjang minggu...

Doktor buat peneranga, berat ideal yang ibu kena ikut ialah 55KG ok! Berat mak aku sekarang 76 KG dan tinggi 148 sahaja... comei tak mak aku...kuikuikui

Jadi doktor bagi ubat kurus badan... makan pun kena ada diet yang betul... sebelum makan, makan buah separuh... pastu makan la apa nak makan... agak2 kenyang makan yang separuh lagi... Buah yang doktor suggest ialah Apple, Pear, Timum, Sengkuang or apa-apa yang berfiber. So penghadaman tu senang... oooo aku pun leh ikut cara ni... heheh

Doktor kata aku tak gemuk... so kena marah sbb aku minta ubat kurus badan... lalalala...

So doktor bagi ubat kurus tuk ibu selama 15 hari...lepas tu dtg tuk periksa berat badan... Doktor suruh aku pantau cara pemakanan ibu.

Kuar dari bilik doktor ibu tanya aku...

"Balik ni boleh tak Ibu gi umah belakang ada open house"

"NO WAY IBU... Kasi jalan tu betul baru pergi" Itu jawapan aku...~dush~ ha mak aku gelak sampai semput2... belum balik dah pasang niat nak gi umah terbuke... kaki nak diri pun susah nak berpimpin.Nak gi umah terbuke... macam mana nak kurus ibu oiiii?

Ok tunggu nama di panggil tuk ambik ubat... malu nak ambik gamba sbb kuar dari bilik doktor tetiba klinik penuh....

Sementara menunggu tu kan, aku tanya mak aku

"Macammana rupa ibu ek kalau kurus? Doktor kata turunkan 55KG... berat along tu bu...Jap nak bayangkan..."
"Aah la... along rasa kalau ibu kurus, ibu cun tak?" Kerut dahi... sempat lagi nak verangan... mana la Tuhan nak kabulkan, blm kurus dah riak...

Ibu gelak tengok muke kelat aku...

"Along kalau ibu kurus... jangan lupa masuk gamba ibu kat blog tau...." Ahhh pengsan... bini siapa yang kuat veranggan ni?! En Rusli... sila jawab!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

2 comments:

iKHMAR said...

ehehehe...
klakar la ibu kak Suki Cida nih...
sporting lagik!!! iKHMAR sukeeee~

Suki Cida said...

ikhmar - hahah ibu kak suki mmg gitu ikhmar... sporting habis... kepala giler2... heheh macam anak dia...