Hari ni permulaan pagi macam biasa sahaja...biasa bangun pagi otak dah set nak buat apa kat opis pagi ni... semalam tido agak cepat pukul 11 dah lompat atas katil, abang Jamani tido around 12 kot uruskan anak2 kucing kat belakang umah...
Tetiba ky di tegur oleh seorg teman lama... mmg lama sangat la... boleh di katakan lost contact... banyak kawan2 time belajar dulu tak serapat dulu, sbb??? tah... ada je tindakan mereka atau ayat2 yang kuar dari mulut mereka tu membuat aku terasa... contoh time aku bagitahu nak kawin dulu... slumber je ayat kuar
"Ha harap kali ni kekal la... jangan pulak aku dengar lepas ni ko bercerai plak...ko kan asik tukar pasangan je, kawinnya tak"
" Siapa lelaki yang 'bertuah' tuh? Harap dia tak tinggalkan ko macam ex ko yang lain yer..." Word bertuah tu mmg dia sengaja tekan habis!
"Akhirnya ko kawin jugak!!! Aku ingat ko antara kawan yang nak bercinta sampai tua..."
Walaupun dalam gelak... but ku sedar mereka bukan kawan yang baik, bukan kawan yang mendoakan kebahagian ku tapi sebaliknya... or may be aku je tak leh nak terima gurauan itu? better ignore je ppl yang tak buat kita bahagiakan? Should i call them as friend??? No rite?
Mereka ilang bila aku kawin... mereka muncul kembali bila tahu aku keguguran/ anak aku meninggal... tak putus2 tanya kenapa? bagaimana? Even aku dlm pantang, dalam kesedihan, mereka tetap tanya benda yang sama... sampaikan ada yang bertanya semata2 untuk tahu bagaimana perasaan anak mati dalam kandungan... Tuhan... mengapa mereka wujud dalam sekelilingku?
Ingat seronok ke? u think its fun? U think i feel gud about it? u think my husband syok bila tahu anak kami meninggal? Ada ke org2 mengandung nak rasa perasaan tu? tahu tak betapa siksa, betapa sedih, betapa sakitnya ujian itu? yes aku merasai, tapi bukan untuk di kongsi...
terima kasih duhai kawan2... ku berterima kasih kalian masih lagi mengambil berat pasal aku... serius aku sangat bebesar hati menerima panggilan telifon kawan2 lama... tapi soalan itu membunuh perasaan aku sendiri...
Sampai sekarang aku masih takut... takut benda yang sama berulang kembali...
Ingatan pada Arysah less... sesekali tengok org mengandung, sesekali tengok baby, tak nafi aku rindu saat itu... but alhamdulilla aku tambah kuat dari dulu... tapi perasaan mula tak best bila ada yang bertanyakan tentang itu kembali... cukup la sekadar ucapan takziah, aku berbesar hati menerimanya... tapi jangan di tanya kenapa, mengapa, bagaimana... kerja Tuhan aku sendiri tak dapat nak halang... dah itu kehendaknya... dah itu tertulis buatnya...
Maaf kalau aku menyepi dari kalian semua... rasanya itu yang terbaik... bukan aku sombong, bukan aku tak kenang budi...tapi aku tak sanggup la, setiap kali berhadapan dengan korang, soalan yang sama aku terima... enuff... ku menjalani idup seperti org2 lain jua...
Ni tetiba seorg kawan muncul, berbual kat YM tak cukup... tetiba tanya num fon aku plak... sori ku terpaksa menipu... firasat macam tahu je apa soalan nak tanya? Walaupun dia kata ku hanya sekadar nak tahu kabar...
Rasanya berapa kali entry pasal benda ni??? diorg tak tahu sbb private... tapi biar la nak kata aku sombong ke apa... i need space... hati yang luka tak sembuh habis lagi... chewah ayat tak leh bla!
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment