Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, April 1, 2008

Jangan biarkan maruah kita di pijak!

Aku menaip ( berbual) panjang dengan salah seorg kawan chat aku di YM. Kesian dia, dah berminggu bf dia tak call dia hanya sbb kesalahan yang sangat2 kecil. Sangat2 tak masuk akal pun kalau nak gaduh. So pasal benda tu dah rupa macam dah putus dah. Aku suruh dia SMS bf dia at least cakap "i miss you" atau apa sahaja yang bole buat bf dia ni cair. Tapi sayang bf dia tak balas satu pun SMS dia. Dan kemungkinan tuk kehabisan prepaid pun tak akan berlaku sbb dia pakai fon company ( something like that la bunyinya)

So dia frust... aku tahu dan faham sangat apa dia rasa. Dia rasa sangat bodo sbb dia kena minta maaf sedangkan bukan silapnya. Aku cakap dlm hubungan perlu ada sifat bertolak ansur dan kalau dia api, apa salahnya dia jadi air. Kadang2 dlm hubungan, kena banyak mengalah. (Che... kakak aku mesti cakap benda tu... poyo je adik aku ni sorang menasihatkan org) . Well that not the point.

Point aku di sini bila seorg lelaki mula jadi POYO dan mula berfikir, "Alah... this gal mesti tak boleh hidup tanpa aku". Dan bila perempuan tuh cakap "Tak boleh nak lupakan dia sbb dia sangat baik dan banyak kenangan antara saya dan dia. Walaupun saya tahu dia baran dan kasar, tapi bila ok dia baik sangat"

Ok... ulasan aku tentang statement tu... kadang2 perempuanlah buat lelaki bangga diri. Aku tak cakap aku ni baik. Well dulu aku pun gitu jugak. Bf belum tinggalkan aku lagi, baru intro gaduh, aku dah tak leh makan, aku layan sangat perasaan jiwang aku ni tak nak gi kelas la, tak boleh nak belajar la, apa la. Sampai sakit-sakit... padahal BF aku dulu relex je... siap boleh keluar hang out dengan kawan2 lagi tuh. Aku lak dalam bilik melalak... in fact aku siap libatkan kawan2 aku ni... kesian kawan2 aku bila suruh aku tinggalkan Bf aku tuh macam2 aku cakap.... sama la ayat aku dengan kawan aku ni.

But you have to move on!!! YES mmg sakit... mmg pedih... mmg perit... tapi kalau di beri pilihan kawin tapi tak bahagia dan hidup sendiri aku pilih pilihan ke dua. Nak sakitkan kepala buat apa? Aku sound dia dan aku rasa dia kecik hati. But come on la... aku bagi nasihat atas pengalaman aku sendiri. Sampai sekarang aku menyesal kenapa aku boleh berperangai macam tu sekali. You can cry... aku gaduh dengan pak arab sampai ke hari ni, kalau benda membuatkan aku sakit hati, aku akan nangis, but pls... dia tak perlu tahu apa yang kita rasa. Bila dia tahu, dia akan buat tak tahu and time tu maruah kita akan di pijak2.

Jangan sampai bila maruah di pijak baru nak menyesal? Macam aku? Aku tak pernah kata aku baik. Tapi perempuan ni terlalu lemah. Kalau yang dah berumahtangga aku rasa lain la cerita. Kemungkinan besar aku akan nasihatkan supaya banyak mengalah sbb berdosa besar kalau meruntuhkan masjid. Tapi sebelum terlewat, sebelum akad di lafazkan, kita masih boleh mengubah nasib kita. Siapa diorg nak aturkan hidup kita? Dah la tak bersungguh nak kawin dengan kita, than nak mengarah itu ini, nak dengar cakap mereka? No way man!

Heheheh sedap tul ayat aku... tapi bila pak arab tu tak dengar cakap aku, pandai aku marah2... anyway lelaki dengan perempuan lain. Dia lelaki, kalau ikut telunjuk aku mmg la tak boleh jadi ketua keluarga...shhhhh kalau dia baca blog ni mesti dia tahu apa aku rasa. At least dia tegas dlm sesetengah perkara cuma aku je 'cuba try test' dia. Tapi perempuan pun sikit lebih kurang la, if u and him tak ada apa ikatan, just ignore arahan dia.

Sekali lagi, wanita2 yang SINGLE AND BELUM BERKAHWIN, yang dah berkawin tak leh ikut. Korang dah ada ikatan yang sah! Jangan la cakap "Tak leh lupakan si dia sbb tak ada lelaki yang sebaik dia". That bull shit! Selagi belum kawin, selagi itu la kita ada hak membuat pilihan.Jangan butakan mata dengan menilai dia dengan mata yang buta tuh. Jangan lemah dengan kata-kata lelaki dan sentiasa minta petunjuk dari Allah. Kalau jodo kita tak ada dengan dia, kita pasti di temukan dengan org lain yang sesuai dengan kita.

Kini baru aku tahu kenapa aku kena lalui keperitan itu... sebab keperitan itu telah mematangkan aku supaya lebih kuat dr Malik Nor muahahah. It ok to cry.Tak ada salah pun kalau kita nak menangis, but make sure tangisan itu terakhir dan tidak berterusan.

April Fool!

Aku banyak sangat kerja... so make it simple and fast...

My mom... dia selalu kenakan org bila tiba april fool! Memang tak pernah kalah la... dia jerk kenakan org... dan selalu bila 1st April, dia mmg berhati2... belum kita bukak mulut, dia akan cakap "tahu april fool!" so tak menjadi... so dah 27 tahun aku faham benar perangi mak aku ni. malas nak layan. Semalam aku org pertama dia kenakan pukul 12 malam! Menyesal aku tido kat bawah. Dia kejutkan kul 12.10 minit suruh aku tido dalam bilik dalam pisat2 aku bangun tido tu boleh dia kenakan, kenapa baju ko tuh? Koyak ke kotor? Aku pun toleh dia jerit APRIL FOOOLLLLLL!!!! Sengal! Bukan mak aku... tapi aku... heheheh

Pagi ni buat jurung2 kalinya adik aku kenakan dia... pecah perut aku gelak... adik aku yang sentiasa serius, yang malas nak buat benda2 bodo ni call aku... suara yang cemas.

My sis "Along... baju ibu yang aku hantar kat kwan aku punya mak tu... dia salah potong... macammana? Dah la mahal..." Aku lak mengelabah... mahal gila baju tuh. Adik aku beli tuk mak aku tuk malam majlis pernikahan dia. HArga kain tu RM 450 tuh! So aku pass the fon kat my mom... mengamuk gila mak aku.... siap suruh tukang jahit tuh bayar balik. Muka nak nangis... tetiba.... dia jerit "HA!!!!! Bertuah punya anak" Aku tengok dia gelak... sah! kena dengan adik aku.... kahkahakah

Amcam ibu? serik kenakan org lagi? Adan uke ibu!

Monday, March 31, 2008

Hujung Minggu ku...

Sabtu lepas, akhirnya aku dapat keluar dengan si dia... wah lama bangat gue tak kuar sama dia. Hari2 yang biasa sahaja. Cuma aku dah janji dengan adik aku untuk hadiah perkahwinan dia, dia minta hadiah purse RENOMA.... terkincit jugaklah, sebab aku sendiri tak pernah beli purse segitu mahal. So aku belikan since gaji masuk ari Jumaat lepas :)

Anyway we went Mid Valley Mega MAll, Kuala Lumpur! Perhhh sales gila babong... aku beli dengar harga RM 167.90 after 20% discount. Oklah tuh...

Kami makan tengahari di........

Tempat yang biasa. Di sebabkan sabtu tu org sangat ramai, so kena la berhempit2. Aku dengan si Dia makan kat betul2 pintu masuk... apa nak buat, dah la lapar, sebat je la labu.

Choc ais for us

Tom Yam Koong Soup for me... arg meleleh air liur aku... kalau dtg ke Secret Recipe jangan lupa order Tom Yam Mee dia ni... sedap bangat... pedas, masam and semua ada....sehinggakan org "di hadapan ku" siap cilok lagi.... uik... ada buktinya....

Ambil dari mangkuk ku.... kemudian?

Yum... masuk mulut and click... bukti cendawan tom yam ku di curi....

Menikmati makan tengahari ...my fav food Tom Yam Mee. Uh makan memang tak ingat orang dah.

Menu si dia... tak tahu apa namanya, but i guess my one is much...much better!

Choc Cheese for both of us....

Terasa nak makan lagi la ;P

My sister's Wedding Part III


Additional berkat for her close friend. Jewellery box....will upload wedding card pic once it ready :)

Tuesday, March 25, 2008

How is it feel.....?

How is it feel when your beloved boyfriend propose you to be his wife? Is it same when you planning future together?

How is it feel when he bring you to meet his parent? It is same when you bring him meet your parent?

How is it feel when his parent come over to your house, propose you to be their daughter in law, is it same when you get promoted in your company?

How is it feel when you get engage?

How is it feel when you getting married?

Well i always wonder, how do they feel and how they react when this happen to them. Most of them will said "Im the happiest gal in this world" is that true?

Why til now i cant get to feel this feeling? Is it difficult to have serious relation? Is it hard to have commitment?

I always afraid on attachment. I wonder if i can be gud wife and mother. But anyway, mungkin jodo aku masih belum sampai. Bila tiba saat dan tika itu, aku akan merasainya jua.... :)

Cerita lagi...

5 hari lagi, berakhir la bulan 3. Cepat betul masa berlalu yek? Tak lama lagi adik aku nak kawin. Banyak benda yang kami kena lakukan sebelum tibanya detik bersejarah bagi kami semua.

Dalam kesibukan aku menguruskan majlis perkahwinan adik aku yang akan berlangsung akhir bulan 5 ini nanti, macam2 kerenah yang aku kena hadapi. Antaranya sanak saudara aku yang berada di seberang negara. Sangat memeningkan kepala. Kadang2 tertanya jugak, they goin to wedding ke atau they goin to stay here for holiday.

Alhamdulilla aku tak mengharapkan apa-apa dari mereka. Apa yang aku harapkan diorg dpt datang. Niat di hati konon nak bahagikan tugas, tapi bila jadi macam ni aku bersyukur sangat aku tak la mengharapkan diorg. Baik aku upah org, lagi puas hati. Cengkadak tak ada.

Well not all my relative like that. Only a few. Yang buat aku sakit hati is one of the family. Mereka nak bilik yang selesa dan kalau boleh tak nak ramai org dalam satu rumah. Oh! For their accommondations, i already booked one appartment dekat Shah Alam. They asking me 1000 time how the conditions. Mereka dok tanya bilik macam mana, ada air panas ke tak, ada air cond ke tak, ada breakfast ke tak, membuatkan aku jadi rimas pulak. I tought they only need place to sleep and to take shower only, tapi sekarang they asking me like they want to stay a week or two.

Tak pulak diorg tanya macam mana persediaan majlis ni. Bagi pendapat ke apa ke. Yang aku dapat hanya perintah. Diorg nak "tour guide" and ask me to find balachi for them. And seriusly i sick and bored to have instruction from everyone. Dekat rumah pun aku terima arahan, bila terima panggilan telefon pun sama juga aku mendengar arahan.

Kat rumah pun ramai yang tak membantu.Kalau aku tak buat apa-apa, yang lain pun sama. Kecik ati jugak rasa bila kita membantu, org still nak mengarah, tak nak terima pendapat and nak ikut selera mereka je. Tapi i dont mind. It her's wedding. Tapi berhadapan dengan semua ni buat aku rasa penat sangat. Sepatutnya dia patut "turun padang" help us yang mana patut. Tapi tak. Bz dengan kerja, ada masa terluang pun di gunakan tuk benda lain. Bila aku tegur, tak terima. Macam-macam alasan yang dia bagi.

Aku dah kemas rumah dari awal lagi, aku clearkan semua sampah2 sarap yang terkumpul kat rumah tu, tapi tak sampai seminggu jadi benda yang asal semula. Rimas dan kadang2 aku dah malas nak mengemas. Aku kemas, ada je yang buat sepah. Tak ada sivik betul la.

Monday, March 24, 2008

Qiara

Aku selalu risaukan ibu kat rumah bila aku pergi kerja. Well mak aku nampak sihat tapi apa pun bole terjadi kat rumah. Bila semua kerja dan adik bongsu aku ke sekolah, dia keseorangan kat rumah. Buat kerja rumah, dan dia selalu mengadu kaki dia tak kuat kalau nak naik tangga mengemas.That why im worried. Mendengar beberapa kisah dr kenalan, mak diorg meninggal jatuh kat rumah, nausubilla minta di jauhkan pada mak aku dan semoga Allah sentiasa lindungi dia kat rumah.

Aku selalu call dia kat rumah at least 2 kali sehari. Sajer tanya itu ini tapi nak make sure she ok. Aku hanya mengharapkan adik bongsu aku dapat balik cepat dan tak melencong balik dari sekolah sbb sekurang2nya dia ada kat rumah menemani mak aku kat rumah. Tapi adik aku ni banyak sangat alasan. Dia balik sama seperti aku balik dr kerja. Itu yang buat aku selalu memekak kat rumah.

Anyway when ever i call my mom. Dia lebih banyak citer pasal kucing kami, Qiara. Qiara ni kucing biasa je. Tapi aku tak tahu dia mmg tak nak kuar dari rumah. Kalau kitaorg kuarkan dia, dia mesti main kat kawasan rumah dan dia tak merayap pun. Dan Qiara yang selalu menemani mak aku kat rumah. Kalau call mak aku mesti mak aku mara2 jerit2 macam jaga budak padahal kucing. Kalau mak aku masak dia lepak kat dapur. Kalau mak ku mengemas dia sibuk duduk perhatikan mak aku kerja. Kalau mak aku tido, dia pun tido sama.

Tapi satu je masalah si Qiara ni. Berak merata. Puas ajar dari kecik. Kalau dia rasa nak berak kat pasir, dia berak la, kalau dia malas dia akan berak merata, alhamdulilla selalu dia akan berak kat depan bilik air, dah tu pandai lak dah berak panggil mak aku dan tunjuk kat mak aku yang dia dah melepas kat depan bilik air. Mak aku apa lagi kalau dah nampak, dia jerit la macam gaduh dengan manusia.

Aku mmg tak boleh, kalau mak aku tak ada, gi mana2 untuk jangka masa yang lama, than aku akan hantar dia ke Pet's care. Tak kuasa nak kaup najis dia... Mak aku ni 10 kali kata nak buang si Qiara, tapi dia sayang. Qiara ni kalau di buang aku sure dia tak boleh nak hidup kat luar sendiri. Dia tak berani nak keluar rumah macam SIMBA (my other cat). Simba lak lain pulak perangai. Sejak dah besar ni, dia buat umah hotel pulak. Balik makan pastu keluar. My dad selalu kata dia dah kawin... heheheh so nak kena jaga anak bini.

Kelakar tengok mak aku ni. Kalau la si Qiara tu manusia, mau dia ajar kucing tu memasak.

My niece's school project!

Last weekend, Marina's family comeover my house. Spending the weekend with us since her husband attend class at Shah Alam. My niece yang sorang ni mmg la rajin, aku dengan pidah selalu gelakkan cara dia buat kerja sekolah yang sangat mudah. "Mak long kita tak faham soalan satu hingga sepuluh, tolong tulis jawapan kat situ". Perh dengan mudahnya dia suruh aku tulis jawapan. Kalau kita mengajar dia, masya Allah... boleh sakit jantung.

Dia ni mmg payah sikit nak mengajar. Kesian jugak bila tengok budak sekarang, cuti sekolah je kerja rumah mengalahkan hari sekolah biasa. So pagi tuh, dia buat kerja sekolah dia macam biasa. Cik gu dia siapa lagi mak aku la. Mak aku je rajin melayan budak2. Tapi aku tahu teknik mak aku sbb she aply the same technic, sama dia mengajar kami adik beradik.

The first 10 min, dia terangkan, she will write and explain to us... 20 min after that you will see she the one who finish the homework... hahahah. Lagi la anak buah aku ni, manja.

Ayah dia balik kelas pukul 6, selalunya lepas magrib diorg akan balik melaka. Tengah sedap tengok TV, mak aku dok cari barang, menghalang TV dan anak buah aku ni dok cari barang kat almari kasut. So aku tanya mak aku, mak aku jawab dia nak tolong Amira buat school project. Aku pun buat la tak tahu, mmg dah paham perangai mak aku ni, dia mmg penolong kanan budak2...

Half hour after that mak aku menjerit "&^&(***)(*) macam mana ni!!! Tak jadi la mira" So aku gi la kat bilik tempat diorg buat kerja tu. aku tanya mak aku... tahu mak aku cakap apa?

"Tolong Along, sekolah dia kena buat project buat kereta, kalau kereta tu tak boleh berjalan, nanti Mira fail." Si kecik tuh dah sembunyi belakang mak aku. Macam mana kereta tu nak jalan kalau mak aku gi gam tayar lori (CD ) tu kat badan lori tu ( Kotak kasut).

Dan bermula di situ aku pun terlibat sama dengan project budak ni!!!! Menyesal aku tanya! Dalam hati menyirap je... mana tak, aku bukan pandai seni lukis melukis ni! mak aku pulak merayu, si Mira ni relex je... anyway school project aku pun kebanyakkannya mak aku yang buat... heheheh. Cuma dah tua2 ni, dia dah lupa cara-cara nak buat. Nak tengok apa jadi dengan lori ni, look at those pic that i upload.

Barang yang diorg dah sediakan tuk aku buat...

Kotak kasut yang jadi badan lori

CD sebagai tayar lori...

Meletakkan gam pada penutup botol sos... Lupa nak citer, my mom bukak semua sos baru kat umah semata-mata nak ambik penutup botol sos ni!

Nak jugak posing walaupun bukan diorg yang buat... uhhhh

Mak aku rajin lukis gambar driver kat kepala lori tu...

Tah daaaa... nasib ko la Mira!

Lori ke kereta pajak ke ni? Cd dengan penutup botol tu kena balut tapi aku tak nak bagi sugest sebab aku jugak yang kena buat... hehehe lori ni hanya bole bergerak atas kapet je, kalau simen tayar rosak... hahaha...

Master mind! Kids love my mom... sbb dia je suka melayan budak2, terutamanya si Mira

Sometime i wonder, kalau kami adik beradik ada anak, my mom gonna spoil them with love. Tp Alhamdulilla kami adik beradik masih lagi sayang and hormat dia sebagai ibu, cuma kadang2 je la ada terkasar bahasa dengan dia. But we still love her and aku susah nak berjalan2 kalau my mom tak ada.

Love you IBU...

Broke!

Pokai aku minggu ni. Well, satu penykit aku yang sukar nak ubat ialah berbelanja. I spent to much. Terutamanya kalau duitgaji ada 'Balen-balen'. Uh... bila dah beli baru nak menyesal, baru terpikir, asal pulak aku beli barang2 ni? Kalau makanan still ok kot, tapi ni beli baju.

Last saturday aku gi temankan adik aku buat facial muka. Memula malas nak pergi, so my sister cakap dia bayarkan sekali, so ni peluang terbaik! So pergi la.... than leps facial kita org gi Jusco, memula nawaitu hanya nak "look at shop's window" tapi ambik ko! Masuk, tarik barang, gi kaunter bayar! Itu adalah 4 cara mengeluarkan duit dari poket. Kalau tak ada duit, dah masuk 5 langkah iaitu cucuk duit kat ATM, masuk kedai, tarik barang, gi kaunter dan langkah terakhir bayar!

Uh... but anyway benda dah berlaku. Ini yang aku buat bila aku tengah bengang dengan org di sekeliling aku... kalau aku tengah ada problem je ni la aku buat, buang duit! Look what i bought that saturday.

I bought this blouse dengan harge RM 18.95 from SODA 70% off...

Baju for Naufal Fariz... anak sepupu aku. Tak boleh nak menahan diri bila tengok baju budak2 yang cute sekarang. The price is RM 69.90 and 50% discount from PADINI KIDS

Baju ni tuk Nazmi Faiz... si budak demuk tuh... geram tengok dia. Baju dia ni only 10% discount from RM 45.00... perh... tak ada warna hijau terpaksalah ambik yang ni.

The reason i bought this shirt for them is for my sister's wedding... The theme colour will be green. So sbb tuh aku beli. Tapi bila dah beli aku terpikir kejap... macam mana baju diorg lebih mahal dr aku? Heheheh... anyway tak pa la... dah beli pun, bukan selalu aku belikan diorg barang... love them so much!

Friday, March 21, 2008

SMS

I received SMS from my friend. We both study in the same collage and in the same University. And I already know her more than 5 year. She is my bestfriend. And we share everything together. But since she got married 2 years ago, hubungan kawan tu dah makin rengang

One is because of the distance,Two is because her husband is my EX bestfriend. I dont want get involve with my EX and i heard from sources that my EX always wanted to know bit of my story. Not because he loves me or he still want me. But he purposely want to make fun of me infront of my friend, talking bad about me , and being 'kepochi' about my life. Third reason. since she is full time house wife, i guess her attention is more to the family (of Coz la kan?)

Well she is nice friend. Helpful friend, i cant deny that. She always be gud listener but somehow her word sometime hurt me. That make me drawn the line between us.

Her SMS :- Akum, Elo perempuan. Awat senyap je sekarang ni?Bz giler ke? Ari tuh aku jumpa Mar dan Hubby dia kat Tesco.Kecoh kejap kat Tesco. Wei bila kita nak jumpa ni. BIAR ORANG DAH KAWIN BULI KO.Heheheh

so when i received this SMS. I only caption the words BIAR ORG KAWIN BULI KO. So i reply

MY SMS :- Ko la tak habis BZ, org single idup hanya BZ tang kerja. Erm 2 la kan,nanti ar, aku kemungkinan akan balik mlk bulan 4. Apa citer ko kat sana? Anak ko dah sekolah ke? Hehehe, ke nak masuk anak ke 2?

She reply...

Her SMS :- Anak ke dua? Belum rezeki lagi la.... bla..bla..bla ( well the second sms sound normal so dont waste time to type and read)

I reply :-

MY SMS :- bla...bla...bla... ( about her second SMS,) till one part i wrote KERJA MACAM PUAKA, RASA NAK CARI LELAKI YANG KAYA JE, SO NAK BERHENTI KERJA DUDUK RUMAH.

And she reply back

Her SMS :- Bla... bla.. bla... SEMALAM AKU DTG KL INGAT NAK SINGAH RUMAH KO TAPI MAK MERTUA AKU ADA SAMA. SAJER NAK TUNJUKKAN ANAK AKU MAMA CIDA YANG BELUM KAWIN....

Terkedu kejap aku baca. Tunjuk mama cida yang belum kawin... Well that why i draw the line between us. Since she got married i heard all gud thing about her marrige life and it like something wrong with me that until now i havent get married. When ever i meet her or any of my friend , i really dont understand, why they have to bother, why im not married.

I guess they just been jelous kot... heheh i dont have any attachment with kids or HUBBY... i dont need permission from HUBBY to go any where. I dont have to disscuss with HUBBY to buy something. Heheheh seronok kan hidup single ni?

Haahah it just to cool my self je la. It gud to have someone that can share everything with us actually. I always want that. Tapi nak buat macam mana? Jodo tak sampai... yang kat luar tu, mak2, ibu2 yang dah berumahtangga, jaga je rumah tangga sendiri. Dont ask question that i dont know the answer. And for those yang kepochi ni (especially my friend yang dok gelak i tak kawin lagi ni). I will invite you. You WONT GET ANY wedding card from me... i will make sure only you will get BANNER WEDDING invitation from me... show it to your daughter and HUBBY, How luck you are to have friend like me