Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, February 20, 2010

ku kebosanan

suami ku telah meninggalkan ku di umah mak sdrian. dia melawat kedai fav yang di panggil kedai ayaq bandung 'wolvoringeeennn' sebutan kena pekat sikit. harus je nak ke sana kalau balik batu tiga, tak lengkap kalau gi sendiri atau gan bini. kena berempat, tak pun bertiga, ok lagi kalau berdua. dah tu lappy di takluk oleh che aisyah kita nak main zuma, nak pecah rekod mak long la tu. ijat masak sedap, dah makan bila baring mata mula mengantuk. malam ni ada open house kat umah bos. makan free lagi tak payah masak ari ni. huhuhu.... ku mmg nak mengelat jo.ok ku update melalui hanfong.... so now mau tidoq. mata mengantuk. happy weekend semua.

Selamat Hari jadi Ibu dan ayah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... chantik tak kek tuk my mum and dad??? Cakap chantik... aku sendiri terkujat dengan hasil yang kak pnut buat...

Last minit punya order... nasib baik akak ku sabar sbb ku order seminggu je sblm birthday ibu... baru dtg design creatip... gigih aku cari gambar lama kat stor bilik belakang... perhhh masak lemak cili padi oooo... sampai rahsia aku dulu terbongkar! Cheh abang Jamani sibuk2... sampai jumap gambar di zaman kegemilangan... hampeh!

Aku tetiba teringat nak buat lain dari lain... tapi konsep masih sama sbb org dok teruja letak gambar atas kek! ngeh ngeh ngeh

Semalam terpaksa gigih cari umah kak pnut ok! Dia bagi plan gi umah dia, aku konon nak print tapi tak boleh plak... hahahah gigih snap gambar... konon abang Jamani nampak la... sblm dia jadi pak badang, baik acik bagi tahu dia bole ka kita gune GPS ke umah kak pnut... wahhhh sangat bagus GPS abang Jamani *bodekssss*

Sampai jugak ke umah kak pnut, tapi depan kawasan taman umah dia jerk... pastu kena la call... sori kak pnut, Cida menyusahkan akak... kira aku pelanggan yang paling mengadaskan??? Memula nak ambik ari Ahad... pastu tukar nak ambik sabtu... sian dia kena ubah jadual! Apa pun i lap la you kak pnut!

Konon nak sambut ari Ahad... tapi memandangkan Marina dan anak2nya ada di Putrajaya... baik sambut... meriah sikitkan??? Diorg nak balik ari sabtu sbb Mirin kena masuk asrama ari Ahad.

Maaf... bukan camera fon saya tak betul ye... salahkan org yang ambik gambar... tangan ketaq je lebih!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Birthday ibu 18 Feb, dan birthday ayah 23 Feb... so sekali harung... tak leh nak sambut 18 feb tu takut ayah lak kecik ati... so fair selepas birthday ibu, sebelum birthday ayah... ha! Rayyan sila sambut dengan papa hang naaaa...mama hang buat majlis besar macam nak sambut menantu.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Aikkk tetiba gambar Tayen plak... hahaha... apa ar mak long nih!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sila abaikan gambar pemandangan baju yang tergantung di belakang tu... ahak! Ayah teruja melihat wajahnya yang hansem itu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Wajah kami... laki aku suke buat muke kalau ambik gambar tau... eee geram!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kena sound buat muke sehabis comel... comel la laki ai.... wakakaka

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Ibu tak kasi ayah potong kek! Bule??? Hahaha... dia nak buat sorang2... gila kose!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Agak kebengangan bila Didi cakap muke ibu mude2 macam aku... dan siap warning Zamani, maka dah tua, sila time hakikat isteri anda macam ibu mertua anda... *haiyak dush* mulut bau longkang! Ok la tu... comel aje kan mak aku tu... kan kan kan???


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mummy i love you!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Peace Yo!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Time paling kelakar... dia mati2 tak nak potong kek, suruh ayah dengan kak ina beli kek baru untuk dia... nasib baikla kak pnut tak letak gambar sepenuh kek... sbb???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok cara dia potong kek bule???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yer!!!! kami makan kek sikit je!!!! Ibu potong tepi sbb gambar dia nak frame! Sayang nak makan... bak kata Mira "Punah harapan kita nak makan muke nek long!"

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas makan, terus masuk dlm bekas... kelakor la ibu ni... dia dengan kak ina, gigih cari bekas nak simpan... aku nak tengok jugak berapa lama diorg nak simpan... sayang la sangat... yer tak???

Dinner

Mak sangat rajin masak dan panggil anak-anak makan kat umah... kebetulan ari khamis tu akak tak masak... mogok sbb hujan lebat... muahahah... mmg cari alasan je... hujan yang HEBAT... maka nak go kodai tak lopeh... kita makan luaq je la...

Tapi org kata rezeki tu jangan di tolak... walaupun hujan lebat... banjir tengelamkan Klang... kalau rezeki makan tu jangan tolak... tu yang badan membesar macam hulk tu!

Sampai je tengok mak tengah hidangkan makanan.... sekali lagi buat jurung2 kalinya... dah banyak kali punnnnnn *muke ketat* diet tu terbatal!

Hidangan malam tu adalah.....

Lemak

Ikan masak lemak... di letak souuunnnn *ku tak gheti nak eja* atau cik Aisyah kata tok mama masak mee ikan....

Lauk kicap
Kalau nampak ni mmg tak leh nak tolak la... mmg tak pikir dua tiga kali la nak diet! daging masak kicap mak yang mabeles! Sampai sekarang dah dekat setahun jadi menantu, fail tak gheti lagi nak masak macam ni... what the hack of you cida!

Sambal
Lauk yang menjadi kegilaan ku juga, expecially time mengandung... gila la! mak punya sambal ikan masin mabeles! Tapi aku tak makan sbb aku tak gheti kalau dah makan satu ikan nak makan ikan lain... waaaaaa hantuk kepala kat dinding...
Why mak Why!!!! ni la masalah akukan... tak gheti nak ambik lauk banyak2 sekali gus... sendiri rugi... sbb apa??? aku menjiwai rasa satu persatu...

Sup
Ni yang tak leh bla ni... ko nampak cili padissss yang berenang dlm sup tu??? adoiiii kalau kat umah dah bukak tikar dah dok korek isi tulang temulang tu! Abang Jamani buat bodos je tau... akak malu... wakakaka... habislah keayuan akakkan kalau dok ambik satu tu... cheh! jadi akak makan daging lemak2 tulang tu je... sekali lagi dagingnya tak ku rasa sbb ada daging kicap... aikan tak gheti nak pelbagaikan makanan... so ku makan lemak2 yang ada kat tulang tu... perhhh mabeles... sekali gus menaikkan lemak badan jugak... not gud not gud!

Friday, February 19, 2010

gedik santai bersama Che Aisyah

Kami yang sememang nya rapat... ahak! Bila tak jumpa aisyah mak long jadi rindu... bila aisyah jumpa mak long, kalau mud dia ok wahhhh kami macam belangkas... everything nak buat sama2... mak long tak sedar diri dah tua jadi budak2... Aisyah tetiba jadi budak besar.

Kenapa jadi budak besar???

Dia pandai nak posing sampai dengan akuh akuh sekali dia suruh posing... baiikkkkk punya! Siap muncung2... siapa loooo mengajar dia hangak2nya yer??? *Pandang mak su ijat...*

Budak Zaman sekarang....

Ni zaman Pak long Zamani pakai phone lama... cukup mengadang si Aisyah... yer la pak long punya camera megapixel 2 je nak oiiii... dah tu mana ada anti shake semua... dia ambik gambar klippppp je dia nak tengok... tak leh sbb pak long punya fon kena stay tune 5 saat baru gambar ok... ahak! Berpeluh jugak nak mengajar dia... degil lak tu...last2 dia kata....

Hanfon pak long ni banyak tul rosak... tak bagus ni!

Ahak! tempias kena kat mak long ok sayang....hang kata pak long hang mak long terasa oooo... tu yang pak long ada phone baru... ulalalalala...

Hari tu kebetulan kami kuar jalan kat giant... tengah malam... apa pun yang ada... mainan yang ada topeng ni je pun... ahak... belasah je la...dah tu dia minta posing siap ambik gambar lagi...

Aisyah 5

My name is Barbie...

Aisyah 4

But my real name Aisyah Farhana binti Abak... hahahah...

Topeng tu ada 2... satu mak long satu Aisyah... mati2 suruh aku pakai... ok laaayyaaannnn....

Aishah 1

Hasil gambar Che Aisyah kita...

Yang best dia yang nak ambik gambar dan suruh aku posing... boleh dia cakap... mak long posing gaya cium cium... aku cium dia, dia mara... ahak... sorry la Shah... mak long cium pak long je... wahhhh terlebih sudah!

Buat mulut kecik macam ni! tak tahu ke???!!! Tepek sound aku!

Aisyah 2

Over tak mak long??? hahaha... layan... dia tengok gambar ni dia cakap, camera pak long ni rosak ni... ambik ko kanda! anak buah mu mulut yang lezer... wakakak

Aisyah 6

Us! Pak long ambikkan sbb kami dok gaduh... hahaha... senangkan? Aisyah keteqak nak ambiks sendiri, mak long pun keteqak tak mo mengalah, nak jugak kacau dia ambik gambar...last last pak long suruh posing diam diam...

Aisyah 3

Kindda like this pic... sesuaiiiiii

Its been 3 month already...

Today genap 3 bulan lepas aku bersalin...

Sekejap je kan??? Tapi ingatan tu tetap ada... bila baca blog kawan2 yang tengah mengandung... yang sama dengan aku dah bersalin, hati tersentuh juga... but now lebih tabah dari sebelumnya... aku cuba mengawal perasaan ini... tak boleh nak ikut sangat kata hati...

Ari tu berbual dengan mak... bercerita la sbb ada org cakap kematian Aryssa adalah balasan dosa buat aku dan Zamani di masa silam... sesungguhnya mulut org senang dan lancang berbicara... tapi silap...

Allah sayang kamu dan Zamani... maka Dia ambik anak kamu sebagai saham di akhirat... anak kamu akan tarik kamu dan Along (Zamani) tuk masuk syurga... tak semua org dapat saham Allah... sbb tu mak nasihatkan jangan nangis, sbb kamu dan Zamani akan tersenyum lebih dari mereka ni... dan org yang cakap tu dia akan mendapat balasan dia nanti... anak yang dia ada pun tak tentu menjaminkan dia masuk syurga...

Allahuakbar... begitu sayangnya Allah pada kami sehingga kami di uji begini... menjadi ketakutan plak rasa... tapi aku perlu redha... Alhamdulilla seharian aku dapat menerima... pujuk hati yang kami akan bertemu juga nanti... pusara anak tak pernah ku lupa, setiap hujung minggu kami pasti ke sana... tengok istana kecil yang kami bina buatnya... aku pun tak tahu sampai bila aku akan berhenti bercakap mengenainya... to Zamani, kami dah tak bual sangat pasal ni, sbb perasaan yang sama... dan aku pun tak nak susahkan hati dia...

This year will be honeymoon year... di atas sbb yang tak leh nak elak... Che Ta mendahului carta... dapat la ku anak buah baru...ku masih tak faham kenapa Aliyah payah sangat kat aku... ermmm... so this commmminnngggg baby boleh ku cilok... kih kih kih...

Anyway end of year ada big event... boleh je kalau nak (hahah velagak) but me and Abang Jamani plan to wait after that je la... tak nak penat2 lari sana sini sbb after this definitely aku kena jaga betul-betul... sian kat mak sorang2 nak urus... ha ha ha macam aku menolong sangat... tak adalah, ku tentu faham sbb i know my husband definitely tak mo tinggalkan bininya sendirian... ahak! I love you la baby! Coz dulu pun dia dok risau pasal aku dengan babykan? So lagi la after this both of us will more focus dan menitik beratkan benda yang selama ni kami tak ambik pedulik... will make sure sentiasa buat medical check up, tak boleh nak buat kerja lebih2... tak leh nak jalan jauh, makan pun tak leh sukati belasah je...

Yah Yah Yah

Ku tahu kalau jaga macammana pun kalau dah tertulis bukan rezeki kami, bukan rezeki kami... same goes to Arrysa... but aku dok bertanya kenapa kenapa kenapa... mana silapnya... agak lama nak pulih... ni pun consider not 100% pulih... tapi ku tahan juga jebat! And Zamani dia sumber kekuatan aku...

And to Cikgu Hery... sejak dia bagi aku lagu ni, hilang rasa rindu padanya... bila dengar lagu ini, ku dengar dengar dengan senyuman... semoga anak ibu bersemadi tenang di sana...

Shila OIAM - Memori Tercipta Lirik

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

(Ku teringat saat first bila aku dapat tahu aku mengandung... macam2 perasaan ada time tu... macam mimpi... penantian yang aku tunggu selama ini... tuk menjadi seorg isteri dan ibu... Tuhan telah menunaikan permintaan aku di saat tu... aku sering baca entry Zamani kat blog dia, saat we get to know we goin to be father and mother

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

(saat itu paling indah... mendengar dengupan jantungnya... mcm mana laju dan activenya dia bergerak... dia tendang kuat when ever aku rasa marah sangat dengan Zamani... dia diam bila dengar suara abaknya... sweet sangat....setiap kali jumpa doktor aku seakan tak sabar tuk lihat dia yang berada di dalam ku... the last scan adalah saat yang paling indah... Dyna... that nick name for her. Given by Zamani... and i guess she love that name sbb dia buat gaya otemen that time... make me and Zamani lepak gelak... i still have her foot print)

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Yang terpahit jua termanis
Bagiku semuanya terindah
Ku ingati buat selamanya....
(Aku tahu pasti semua ini akan berakhir dengan senyuman... kita akan bertemu juga nanti... Allah turunkan petir, guruh dan hujan yang lebat... sbb dia nak hadiahkan kita pelangi....)

Dan aku hanya perlu bersabar... dan ku pohon pada Mu Ya Allah, janganlah Engkau tutup pintu rezeki buat kami...Al fatihah buatnya...

Happy Birthday Mummy

STIKY NOTE!!!! IT'S PUAN LATIFAH BURFDAY! SCROOLLLL FOR NEW ENTRY!

Glitter Graphics

07022010029

Happy 52th Birthday Ibu...

Thanks for your love and care... you been such superwonderful mother to us... me, Zamani, Fidah, Kent and Didi (Chong??? should i mention???) wakakaka!... we loves you... muakssss muaksss.... bithday suprise esok malam je la... ha ha ha since ari ni ari berkerja, tak dan nak balik Putrajaya... but special kek from Kak Pnutzzzzzz lagi! Yeszzzaaaaa....

Thursday, February 18, 2010

Hadiah kecil buat Suami...

Since ku kawin dengan Zamani, ku rasa tak banyak barang yang ku hadiahkan buat dia... heheh ada pun dengan duit yang dia bagi kat aku bule???

Tapi rezekikan?

Terus terang suami ku bukan jenis yang meminta minta... nak hint pun jarang la... kadang2 gaduh sbb dia susah nak buat keputusan nak beli atau tak. Pakai selagi bole... pakai selagi tak hancur...

Bila tengok hanfon dia, terasa plak sadis... sbb??? alahai fon binik lebih dari suami... dia tak kisah... tapi aku kisah... terasa lebih lebih pulak... muahaha...

Sepatutnya aku belikan dia waktu Bithday dia bulan 4 ni... TAPI! Sajer la survey kat kedai2 kot2 fon ni turun harge... sekali tu bukan takat turun harge... dah tak keluarkan lagi dah benda ni! Seluruh kedai kat kelang ku redah... namun sayang tak ada la... panic panic...nokia dah stop pengeluaran N79...

Setelah di pikir dan di bincang dengan ibunda! Ya ibu ku yang sporting itu, dia suruh buat kejutan tuk Valentine day.... pulakkkkkkkssss.... sportingnya mak aku ni!! Maklum la ingat tak kejutan Valentine tu??? Kan laki ku bagi depan ibu??? Jadi ibu sudah terharu... mengapikan anak dia supaya belikan fon itu tuk suamiku...

Memula nak minta tolong awie belikan... sbb aku tahu Awie je yang tahu selok belok hanset ni... hanset, computer serah kat awie je... tapi dia kerja kat Kuantan lak ari tu...maka aku pun sms Fifi...

Bole plak time aku bersiap, Zamani baca sms Fifi...

Zamani :- Fifi suruh bank in duit apa?

Pucat muke akak! Dah tu nasib baik msg out ku delete... dan fifi pun tak mention apa-apa

Aku :- Oh fifi nak pinjam duit...

Zamani :- Ha? Asal tak sms I dia sms you?

Mati kena langar lori aku!

Aku :- Entah... mana ai tahu... dia tak hantar kat u ke? Ingat you tahu...

Terus berbalas sms dengan Fifi...

Aku :- Kuarkan duit la... dia nak pinjam duit suruh masuk duit kat bank account...

Zamani :- kita nak gi umah makkan?

Aku :- La mana ai tahu dia nak pakai duit sekarang la...

Ha! tipu suami lagi... maybank satu klang out of service... nak tak nak bagi kat umah mak la.

Yang best zamani dengan fifi kan macam belangkas... aku risau je kalau zamani nak ikut fifi keluar, tapi si Fifi bijak... kuar umah time laki aku tengah makan... wakakak nak gelak sbb dia kena tinggal...

Maka dia pun ke seorg la duduk dengan aku dengan mak... aku tahu dia bosan... maka dia layan arnab yang mak abak baru beli... Mak pun tanya kenapa bazir duit belikan fon? Tuk apa?

Tak ada apa-apa... cume aku serba salah... dulu bercinta dengan boiperen bukan main berhabis duit tapi dengan suami yang hidup dengan aku, aku langsung tak belikan apa-apa... rasa macam tak adil gitukan?

Bila balik je, aku letak fon tu atas meja... abang Jamani stil tak nampak, padahal semua dah kumpul depan meja nak tunggu dia tengok... bz dengan bunny dengan lola pula dia... lepas tu dia sudah nampak...

Zamani :- Waaaaa hang beli hanfon baru eh Fifi?

Fifi :- Tak la... tanya la bini hang...

Zamani :- You punya???

ku tersengeh je la...

Aku :- Tah... jumpa tadi...kalau tak nak tak pa, rasa ramai kat sini nak...

Wah teruja sudah... dia bukak... tapi fifi lak kenakan dia... dia letak fon dia (fifi) dalam tu... keciwa laki aku...muke ceria kembali hampa... sbb?? fon yang dia pakai lagi canggih dari fon yang fifi letak dlm kotak tu...

black-n79

Zamani fon yang hitam tu... tetap menjadi pilihan jugakkan jenis yang ni... sbb ada game N-gage... jangan cakap abang Jamani, kak Cida pun gila main game sekarang ni. syok oooo

14022010061

Camera pun 5 mgaplx... seronok oooo...

16022010078

Sekarang ni, dah rajin tunjuk skill... ni yang terbaru la... cubaan mengambil gambar sofa umah MR Ana dengan Che ta... yer ke?? Zooommmm sat...
16022010081
Peace! quality dah ok... apa lagi?? ngeh ngeh ngeh...

Jangan cari pasal bole???

Gelagat sepupu kembar ku... very the cute... muke Aqil (adik) mcm ayah dia... tapi atitute mcm mak dia... senyap, baran jugak! Adam (abang) pulak ikut muke mak tapi perangai more like dady... ini apa yang Kak Cida nampak la... amboiiii mude 30 tahun ku rasa... i like!



Dady telah capture gambar ni... aku pun tak tahu mana satu adam, mana Aqil...but rasa kalau pipi gembol tu Adam la...

20012010570

Adam dengan tetiba menampar muke Akil yang senyap tu... biasalah pak cukan gitu... org senyap dia suka kacau...

20012010569

Kata mak cu, Aqil ada perangai 'abang' compare to Adam. Kalau adam tak ada dia akan tercari2 dan jerit macam nak rak! Sampai la dia tahu Adam berada hampir dengan dia. Adam tampar Aqil, Aqil tak diam diri... kasi penumbuk terus!

20012010571

HA! Kan Aqil dah cakap... jangan cari pasal bole????

Ku tak sabar nak tunggu sepupu2 kecik ku ini membesar.... and Ya Allah... adakah ruang tuk aku dapat anak kembar selepas ni? Insya Allah... satu je dah rahmat buat ku... kalau dua, bonus seh!

Wednesday, February 17, 2010

I-city full of light

Siapa kata dok klang bowing??? Siapa cakap sila tampil ke hadapan!!!! Chewah...

Malam Valentine, Abak ajak mak gi tengok lampu kat I-city Klang... klang ka shah Alam, ku tak pasti lak... sbb in the middle benda tukan... kat sempadan... :P

Tapi anak2 mengacau nak mengfolo... apa daaaaa... very the kacau the daun... ampun mak abak...lariksssss

14022010053

Dari tepi highway siapa yang lalu pasti terpukau akan ke chantikan lampu yang melambai-lambai tuk dtg sini... chantik ooooo.... saksikan banyak gambo lagi kat bawah ni

14022010058

Pokok-pokok yang di hiasi dengan lampu... opssss salah... nampak macam pokok, tapi ni bukan pokok betul pun... mmg ramai... sian mak tak dpt naik sbb diorg ni tak buat laluan betul la... masing2 gigih memanjat bukit..sbb tak ada petunjuk pintu masuk... semua pakat berhenti tepi jalan pastu gigih memanjat bukit...

14022010059

Ini dia pokok yang di penuhi lampu... pokok limau, belimbing? semua di buat dr lampu yang berwarna warni... mmg sesuai la nak buat photo shoot tempat ni... cume jauh je la...

I-city ni di buat mcm lowyat kot... tapi tuk mereka yang tinggal kat kawasan Klang, shah Alam... tak perlu la sampai ke KL nun nak cari lappy ke handfon... but so far ku tak masuk dan tak tahu pun apa yang di jual kat dlm bangunan I-city tu... ni daya penarik yang pertama... lampu yang di bukak sewaktu malam.

14022010063

Sebahagian taman kecil yang di penuhi lampu... siap berusa bagai... ada lagi... tapi tu la tak kose nak jalan di tengah ramai umat... dah la semua bz posingkan... tak mo la kacau

14022010064

Adakah kamu nampak suami saya di situ??? hansem tak??? hahahah.... hansemmmmmmmm... meh tampo sikit yang cakap tak hansem tu... bluek!!!!

14022010003

Me and my sista... sian kami tak ada org nak ambikkan gambar... terpaksa posing sendiri... gedik2... rupanya abang Jamani ambik aksi kami...

14022010054

Ini la hasil tangkapan sendiri....

14022010061

Abang Botaksssss gigih ambik gambar... eh! Fon baru ka??? lalalalal

14022010057

MAsih membuat cubaan tuk ambik gambar sendiri...

14022010062

Us... masih lagi pasangan sweet ka??? bluekkkkkksssss...

14022010055

Tak nampak sangat tapi ku nak JUGAKKKK BERGAMBAR!!!!

14022010060

Acik Fifi dan mak su Ijat....

14022010068

Di bangunan I-City... jugak di hiasi dengan lampu-lampu macam kat negeri omputeh ai rasa...

14022010067

Siap dengan pokok krismas... dan lampu putih menampakkan macam salji la polakkkk...

14022010066

Di satu tempat plak ku terasa berada di China town... al maklumlah CYN kan? tapi mmg cantik... banyak gambar yang ku ambik nak tempek kat sini tapi banyak sangat la plak... kang korang muntah darah plak...

14022010025

Ku akhiri dengan gambar kami yang makin mengembang, bahagiaaaa maaaaa... kaber kaber habis kurus tak bahagia la??? Lalalalalala....jangan marah... kami pun kerisauan ni... badan sorg2 mengembang.... kih kih kih....

Main masak masak....

Entry ni lama giloz... adalah 3 minggu lepas kot... aku dok cari gambar2 ni... rupanya kat fon lama aku... dengan sepantas kilat ku terus transfer ke fon baru...

Hari tu che ta tunjukkan bakat masak nasi ayam... hahaha kami gelar nasi ayam tokai... suka suki kami je... sbb che takan org Tokai, Kedah...

Ni gara2 Acik Afifi la terjah dtg umah depa pastu pukul canang che ta masak nasi ayam sodap... wahhhh dengan titah baginda, MIL ku teringin nak rasa... anyway kami pun rasa mak perlu rehat, let us take over lak masak memasak that day...

Aku hanya membantu, sambil2 buat lawak dan belajar macam mana nak masak nasi ayam nanti... oklah macam senang jugak nak sediakan... tapi biasalah kami kalau ada kat dapur main je lebih... hahaha... kalau mak mertua aku, bagi sejam je masak, semua berezzzz... kami??? 3 org kat dapur ambik masa 2 jam, amacam? berani ambik cabaran tahan lapo tak???

DSC00974

Mmg kecoh la... Che ta tanya aku yang tak ada pengalaman??? mmg silap... so Ijat yang konon aksen tak mo menulung, kami heret sama... mana leh president dengan vice president kat dapur??? So tugas ijat potong bawang... maka atas tu hasilnya... hahah nak buat ni banyak pakai bawang, buat sup pakai bawang, nak perap ayam pakai bawang, buat cili pun pakai bawang... hehehe... aku rasa 2-3 kali di Ijat potong bawang...

DSC00973

Tu dia!!!! Potong ayam gaya mesti ada... hahah aku??? akukan blogger tegar... tugas aku ambik report je... muahahaha...

DSC00978

Che ta ala ala chef buat rancangan masak... gaul rencah kat ayam pun ada cara tersendiri ok... akak gigih memerhati...

DSC00975

Hasil gaulan Che ta... bawang merah, puteh, halia dan serai... berserta kicap... kan che ta? Ayam ni di rebus dulu ok... ambik ko! gigih dia gaul panas2 tu... maklum la time ni the ANAS dah mula ulang alik masuk dapur dok tanya dah siap ke lum...

DSC00976

Sup ayam!

DSC00977

Sosnya... ermmm ingat balik mmg lawak la... sorang2 rasa... ada je yang tak kena... che ta panic sudah... last2 mintak tolong mak jugak rasa... dan mak macam biasa 'oter' apa yang kurang... lepas sedap masing2 tocang tegak.... weeeelllll we aols masak ok per.... jangan tengok kami tak tahu masak.... lariksss sorok belakang mak.

Tugas aku dlm penyediaaan??? hahah aku goreng ayam je... gigih ku goreng tau... ayam besar2 lak tu, bila nak golekkan ayam tu, aku rasa dengan aku2 sekali nak tergolek...

DSC00979

Hasil kerja kami... pelbagai sudu tuk rasa... hahahahah... kalut tul!

Dan hasilnya??? jeng jeng jeng

DSC00980

Sodapppp uolz.... macam makan kat kedai plak... mak siap letak nasik bentuk mangkuk ok!

DSC00981

Ini nasik saya... yer diet ku ari tu mmg habis... sesekali masak habis dapur mak jahanam... bukan main selerak lagi... heheheh ampun mak! Apa pun che ta... what next resepi... kak long gigih nak belajor ni!