Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, April 30, 2009

Satukan Buget suami isteri

Since nak mendirikan masjid ni, ramai lak kawan2 yang anta macam2 tip kat email... thanks to all yah...

Kali ni lak Lakiku si Sang Lelabah pulak yang hantar email... tak nak ketinggalan jugak... motif email ni? Lu pikir la sendiri... nak mengigatkan aku jangan habiskan duit dia la tu... lalalala... nak jugak habiskan...hahaha aku mmg kejam...

but info ini pun sangat berguna... aku ni nama je buat account... tapi duit sendiri hancus nak uruskan... i made mistake alot... now baru nak menyesalkan...haiz... tak pa masih tak terlewat tuk mula dari bawahkan?!


Banyak pasangan suami dan isteri tidak berbincang mengenai bajet kewangan mereka, padahal ia boleh disatukan untuk kebaikan sekeluarga.

Membina keluarga bahagia ketika sedang menghadapi kemerosotan ekonomi bukannya satu perkara yang mudah. Sekiranya tiada kesabaran dan iman, kita pasti menghadapi masalah persefahaman dan emosi dalam menyelenggara perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan keluarga.

Hari ini cuba anda duduk bersama pasangan hidup dan berbincanglah mengenai perancangan kewangan, selain apa yang kita inginkan dalam kehidupan.


Walaupun masing-masing mempunyai matlamat sendiri, apa kata kita gandingkan bersama dan menjadi lebih kreatif dalam merealisasikan impian kita berdua atau sekeluarga.

Kita perlu bersetuju bahawa ia merupakan langkah bijak untuk mengurus bajet demi kepentingan seisi keluarga.

Apabila bajet ini dapat dicipta bersama, anda akan mendapati bahawa ia lebih senang dan mudah untuk melaksanakannya. Sekiranya timbul masalah, ia juga lebih mudah untuk diselesaikan bersama.

Inilah keistimewaan bajet dan perancangan kewangan yang sihat apabila sepasang suami isteri mempunyai kematangan arah tujuan dan dapat mengawal situasi secara realistik.

Dalam kita menentukan matlamat kewangan bersama, kita perlu catatkan:
Matlamat kewangan jangka pendek yang mungkin terdiri daripada beberapa perkara di bawah:

*Makanan*Pakaian (harian atau pejabat)*Bayaran ansuran*Barangan rumah*Bil-bil air, elektrik, telefon dan lain-lain*Buku-buku dan alat tulis*Hiburan dan percutian*Bayaran pinjaman perumahan


Matlamat kewangan jangka panjang pula mungkin terdiri daripada beberapa perkara di bawah:
*Tabungan persaraan bersama*Wang perbelanjaan kolej atau universiti anak-anak*Premium insurans hayat, penyakit berbahaya dan perubatan*Wang untuk didermakan kepada anak-anak yatim

Sambil mencatat matlamat jangka pendek dan jangka panjang bersama, tuliskan juga amaun di sebelah setiap perkara. Tujuan kita melakukannya adalah untuk menghitung kos yang perlu dijelaskan pada setiap bulan atau tahun.

Untuk kos bayaran bulanan, beberapa bayaran seperti hutang kereta dan bayaran pinjaman perumahan, amaunnya mungkin tidak berubah setiap bulan. Namun begitu, untuk bayaran yang berubah, anda perlu isikan amaun anggaran.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah apabila kita menghitung kos matlamat jangka panjang seperti tabungan persaraan bersama.
Walaupun amaun yang diperlukan agak besar, amaun yang diketepikan setiap bulan akan bertambah dengan cepat dan selamat apabila disimpan di institusi kewangan yang memberikan pulangan yang baik.

Siapkan penghitungan di atas dan dapatkan amaun bulanan yang diperlukan.
Seterusnya, lakukan dua salinan, iaitu satu untuk suami dan satu lagi untuk isteri. Tandatangan di kedua-dua salinan tersebut dan berjanji akan melakukan yang terbaik agar matlamat-matlamat itu akan menjadi kenyataan.

Anda juga perlu berjanji bahawa tabiat buruk seperti pembaziran wang semestinya dikurangkan.

Hanya cara inilah jalan terbaik di mana bukan sahaja kita berpeluang menggabungkan wang daripada gaji bulanan bersama, bahkan kita dapat berkongsi beban kewangan setiap bulan atau setiap tahun.

Seterusnya, lakukan proses mencatat semua pembelian dan pembayaran yang dilakukan dalam sebulan ini.

Lakukan dengan ikhlas supaya kita dapat mencapai matlamat kewangan bersama dengan sempurna. Semuanya mustahak dan harus dicatat. Daripada pembelian atau pembayaran tunai, cek atau menggunakan kad kredit, selagi ia bernama wang, semuanya ditulis dalam buku nota yang dibawa bersama, ke mana saja kita pergi. Di sini, kita dapatkan jumlah keseluruhan yang digunakan setiap hari.

Setelah sebulan kita berjaya mencatat semua pembelian dan pembayaran, kita harus bermesyuarat dan sama-sama menganalisis dan mengkategorikan berapakah wang yang digunakan untuk keperluan makanan, pakaian, barangan rumah, hiburan, percutian dan sebagainya. Pasti proses sebegini dapat memberikan satu kesedaran kerana melalui cara ini sajalah kita mengetahui kebaikan dan kelemahan pasangan hidup kita.

Apabila kesemua proses di atas telah dilakukan selama sebulan, jangan pula anda berhenti di situ sahaja. Kita hendaklah meneruskan amalan yang baik ini untuk selama-lamanya.

Ini kerana apabila matlamat jangka pendek telah dicapai, kita perlu mencapai matlamat jangka panjang pula. Dalam kita meneruskan perjalanan hidup bersama dengan lebih bermuafakat, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan syabas sebagai tanda kita telah berjaya melakukan satu perjanjian matlamat hidup bersama.

Aku dengan Zamani dah plan da dengan financial bila dah kawin nanti... aku minta semua gaji yang dia dpt dan aku akan uruskan semua perbelanjaan... hahah tu yang dia pengsan tu... tak la... gurau je... sajer letak gambo ni... kitaorg dah bincang la... cume nak pratikkan benda tu belum la lagi,kan... gaji bulan may , kita try buat tengok... heheheh...

Kalau tak jadi, mmg aku makan Zamani hidup2... lalalala... ye aku garang, sila takut!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

8 comments:

ieda said...

Dlm rumahtangga ekonomi ler main peranan penting. Bukan berapa kita dpt every month but how we spent all the money.

Bagus jugak ur future husb tarbiah ko. Itu adalah ciri2 kepimpinan yg baik.

Learn from mistake k.

Suki Cida said...

ZURAIDAH
tu la... aku harap pun gitu la... wei... dtg la majlis nikah aku... sampai ati ko... sebelum ko melangkah jadi org johor...hahahah

NeenaAnuar said...

yeah... betol tuh.. financial planning amat penting dlm kehidupan berumahtangga... jgn ade istilah.. "ko buat hal ko... aku buat hal aku..." uuihhh.. susah nanti woooo... it's better to share everything with our partner! and I tell u.. u will love it!! :D

Suki Cida said...

neenaanuar
Tu la... tapi takut jugakkan... maklumlah sedangkan adik beradik boleh bergaduh pasal duit... apa lagi suami isteri...but hope semua berjalan dengan lancar... hehehe harap bakal suami cida bukan kedekut... wakakak

Che Ta said...

haii
just stumbled into here
now it my time to peep into your blog hahaha
well, gud luck with your planning
wakakaka, we pray for the best, just prepare your self for the worst, in case,
-been there dan done that, and stil surviving!

Suki Cida said...

che ta
waaa...macammana leh tahu ni? heheh... still tercengang kepelikan ni... uhuhuh....

Suraya said...

ha yer.. duit2 ni selalu issue yg menjadi topic hangat utk org dah kawen. so kena pandai tangani masalah budget tau. mcm aku dgn kerry dulu pun sama.. kabut gak la.. but insyallah, lelama persefahaman tu dtg sendiri.. i wish u all the best!

Suki Cida said...

superstar
yah... tu yang seram tukan... selalu je masalah tang duit :(