Gua cilok ni dari Che ta punyer blog eh Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa......
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......
Setiap manusia melakukan kesilapan... sorg pun tidak terkecuali... siapa kita untuk menilainya? Aku akui untuk memahami dan mengenali hati budi seseorg tu memerlukan masa yang agak lama...apa la sangat hubungan yang terbina antara aku dan dia... tapi aku percaya dia milik ku... apa pun jua tugas ku sebagai seorg isteri untuk berada di sisinya, sama ada susah mau pun senang... itu amanah yang di berikan...di mata ku dia adalah ketua, dia la pemimpin... dan tugas ku bukan memaafkan suami ku setiap kali melakukan kesilapan...
Aku tahu ada di kalangan kalian mencebik mendengar cerita yang di anggap dongeng antara aku dan dia... terserah... aku tidak pernah menghalang kalian membuat andaian walaupun kalian lebih lama mengenalinya... but he complete me... walaupun dia tak sempurna...
Aku tidak pernah menyesal... bahkan sebagai isteri aku perlu percaya dengan keluarga yang aku bina... aku tahu aku tidak membuat keputusan yang salah dengan memilih dia sebagai seorg suami, kerana aku yakin dia untuk ku... sebelum aku kenali dia, tiap malam aku berdoa... aku bangun mengadu nasib pada Allah... temuikan aku seorg lelaki yang boleh membahagiakan diri ku... dia tak perlu kaya... dia tak perlu kacak... dia tak perlu sempurna... aku hanya perlukan seorg lelaki yang memahami, yang boleh hidup susah senang dengan ku... cukup! hanya itu... sbb apa yang aku lalui hanya duka dan kesedihan... ibu dan adik2 tempat aku mengadu bila dalam kesusahan...
Hadirnya dia dalam hidup ku memberi harapan yang baru... Allah perkenankan setiap doa ku... dia bukan seorg yang kaya... dia jugak hanya kacak DI MATA ku... dia jugak manusia yang sering melakukan kesilapan... dan dia sentiasa di sisi ku terutamanya bila aku dlm kesusahan... so bila dia di timpa masalah perlukah aku menghukumnya? Perlukan aku menilai dia sedangkan seorg isteri tak sepatutnya simpan rasa curiga terhadap suaminya... aku akui aku juga perempuan yang lemah... tak lepas dr sifat cemburu dan sakit hati... biar apa pun kesilapan yang dia telah lakukan... aku tak layak menghukum dia kerana dia SUAMI Ku...
Yup...aku bole la di kategori sosial... bak kata org kampung aku kat melaka tu... tak bermoral punya perempuan... tapi aku tahu batas2 sebagai seorg islam... aku tak kata aku baik... solat pun ada yang tinggal... kalau bercinta dulu aku sering keras kepala... tapi aku tanamkan satu je... dia bukan suami ku... apa hal nak dengar lak cakap dia... aku tak pakai duit dia, aku tak mintak pun duit dia... dan aku tak perlu kesenangan dari org lain... so why should i listen to him anyway???
Aku selalu kagum dengan ibu... full housewife... dan aku tak pernah dengar dia merungut ataupun curiga dengan ayah... sedangkan ayah segak, selalu nak nampak mude... keluar outstation berhari-hari, berminggu-minggu... tak pernah aku mendengar dia rungut dan tuduh ayah berlaku curang... dan aku menyimpan hasrat satu hari nanti... aku boleh curiga dengan semua lelaki... tapi bukan dengan suami sendiri.. but it not ez ok... bukan senang bila dah selalu sangat curiga kat org than dah kawin tanam sikap baik la konon-konon...
Tapi bila kita niat melakukan kebaikan, time itu lah terus di uji.
Ini la ujian kecil yang Allah bagi... hadapi dengan senyuman... tabah dan redha... kepala hotak aku lak kalau nak senyum,kan? ahak! Take it as positive... bila aku melakukan kesilapan dia tak pernah melenting apa lagi dengan meninggikan suara... but i did that... bila duduk solat Allah mula lapangkan ati ku... mula membuka setiap persoalan yang kabur... sabarlah kerana ini dugaan dan ujian yang telah Dia berikan untukku... setiap kali aku berzikir terasa bersalah kerana mulut ni terlalu banyak bersuara dr mendengar... dan itu bukan tugas seorg isteri bila suami di timpa masalah... terdengar nasihat Fidah menenangkan aku ari tu... biasalah, bila aku ada masalah, aku lebih tenang bual dengan my only best friend tu,kan... tersentuh bila dia cakap....
"Along... abang Zamani is great guy and aku sendiri bersyukur Allah temukan kau dengan dia... walau apa jua silap dia, dia jugak manusia... aku sendiri cemburu tengok kebahagian kau... aku bangga dia jadi abang ipar aku ok... dengan family in law kau yang baik giler2... kau ada masalah family mertua kau bantu sama, susah tau nak dpt keluarga mertua macam tu... so what ever mistake yang ko rasa tak leh terima tu... yang ko rasa besar sangat tu, just tutup mata je la... tak seberapa kalau nak di bandingkan dengan apa yang kau miliki... org lain bercerita, kau hanya boleh mendengar... dan kau sahaja yang boleh menilai... itu yang aku belajar... rumahtangga aku, itu urusan aku dan suami... korg boleh cakap apa sahaja, tapi aku yang lalui... "
Tetiba bila dah jadi Ibu ni, dia bijak lak berpikir...kalau tak selalu mengadu itu ini, tapi tu la manusia... kita tahu menasihati tapi bila kena batang idung sendiri tak tahu nak buat apa... ermmmm...
Buat suami ku... ampunkan kesilapan ku... ampunkan aku kerana meninggi suara tanpa mendengar penjelasan mu...ampunkan aku bila aku menoleh membelakangkan mu sewaktu kamu sedang berbicara dengan ku... dan ampunkan aku kerana terlalu melayan emosi, mmg kamu membuat kesilapan, tapi sebagai isteri aku jugak tak patut melayan kamu dengan cara macam tu... feel bad about it...emosi isteri mu ni kureng sikit kadang2... namun walau apa pun, apa yang kau lakukan tetap salah dan walaupun apa juga alasan yang kamu berikan, ia tetap salah di mata sesiapa pun... walaupun benci dan marah sekali pun, tak seharuskan kamu membuat tindak itu...tapi tak pa... janji kita mengaku kesilapan itu dan aku VANGGA mempunyai suami seperti kamu...
Well kalau korang rasa entry ni poyo... than terserah... ambik iktibar kalau ada yang baik... yang buruk tinggalkan... dia punyai sejarah silam yang aku sendiri tak dpt mengubahnya... dan ketahui la...tak bau syurga seorg isteri tu kalau durhaka pada suaminya... jangan ikutkan hati dan perasaan, bila suami melakukan kesilapan, kita pun nak balas dendam nak buat benda yang sama... hati tenang bila dendam berbalas, dosa dan azab dunia? Dia dunia sahaja Allah dah berikan petunjuk apa lagi di sana???
Maafkan saya kalau saya tak layak memberi pandangan ke apa di sini... saya tahu saya bukan jenis yang baik... tapi sekurang2nya saya tak lupa tanggungjawab saya sebagai seorg isteri dan sebagai bakal ibu, dah pastinya saya tak mahu didikan anak rosak dek kerana saya tak puas dengan cara suami... anak ini segalanya buat saya...apa pun masalah ada jalan penyelesaianya... Mmg suami saya seorg yang sukar menerima pandangan dan nasihat, tapi Alhamdulilla, bila dia dah tercipta untuk kita, Allah mempermudahkan segalanya, akhirnya dia menerima jugak pendapat dan pandangan saya... chayang dia... *wink wink*
Oh yer Zamani tak menghasut atau meracuni pikiran saya pun, walaupun waktu itu saya mmg agak emosi sikit... cume ketika saya solat, Tuhan lapangkan hati tuk berfikir... tenangkan jiwa tuk menerima... ermmm mungkin saya leka dan lupa akan tugas saya sebagai seorg hamba... bila bahagia muncul dlm diri saya, saya lupa Allah seketika... terasa jauh sikit darinya... ada khimah di sebaliknya... bersyukur Allah tak lupa pada kita... dugaannya mengingatkan kita sentiasa... jangan bila senang je kita ingat suami kita, tapi bila dia dlm kesusahan kita tinggalkan dia dengan meminta cerai... sesungguhnya hidup wanita itu tidak akan di redhai Allah...so guys out there... cari isteri biar la yang boleh susah senang bersama... itu penting... aku tak kata aku bagus, tapi peringatan... cari jodo tengok latar belakang keluarganya... sbb itu mencirikan seseorg yang kita nikah... trust me... Zamani bukan lelaki pertama yang aku kenali... akak bercakap melalui pengalaman... bukan sekadar bicara mulut... biarpun suami membuat salah yang amat besar sekali pun, isteri tetap tak layak menghukumnya tapi perlu berada di sisinya ketika susah dan senang...jangan sesekali memilih isteri kerana dia hanya cantik... kecantikan wanita terletak pada dalaman, dan hati budi... ingat cantik hanya bonus... heheh cermin diri tu sblm bercita2 nak bidadari yer... tak guna kalau cantik tapi tak bahagia...
Legaaaa... heheheh... sure ada yang nak komdemkan??? silakan kumpul dosa... hahahah...larikksssssss
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
6 comments:
ermm... begitulah hakikat yg sebenarnya. Bila kita dah bersetuju utk berkahwin dengan seseorang lelaki itu kita haruslah menerima dia seadanya. Menyayangi dan mempercayainya juga. yg penting harus menghormatinya juga. suami juga harus menghormati isteri.
apa juga salah suami atau isteri
harus dibincangkan diselesaikan bersama..bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.. tapi jangan lah asyik tergigit manjang kan.. sakit gak lidah tu nanti..:)
hahahahahaha...tau takut hihihihi
hahaha...takut yeee...huhuhu..baguih lew lau dh sedar hihihihi
Kak Cida,
Sy suka la baca pengakuan ni..hehehe..so sweet..semoga akak ngn abg zamani bahagia ke akhir hayat k..:)
we never know how strong or how weak we are, until we'r tested.
btw, aisyah nk komen jugak : paklong pakai baju nmpk ketiak!
well said =)
all the best to you both.. eh silap, ada lagi sorang coming soon. hehehe.. all the best for the 3 of u.. glad everything went well..
Post a Comment