Hati aku terus tak tenang... tu sorang je atuk yang tinggal... dengan keadaan aku macam ni, macammana aku nak balik??? Perut dah nampak da... mmg confirm tak leh masuk Singapore... terus berdoa semoga Atuk tak ada apa-apa...
Sedih sangat2 sbb akukan cucu sulung... walaupun tak rapat but i know he love me... sila jeles cozen2 ku sekalian... my wedding je ok atuk duduk tolong buat bunga telo... hahah kelakar... sbb dia tak tahu pun, selama ni pun dia tak ambik port pun nak duduk... but dia gurau2 dengan aku time tu... sedihnya...dan aku tahu bila aku bagi tahu dia aku nak kawin, dia org yang paling gembira... sbb i know dia bit sad sbb aku di antara cucu yang lambat kawin... merisaukan ati dia... maklumlah org tua, kalau boleh nak yang sulung kawin dulu... kalau tunggu aku yang confirm gigit jari,kan? hahaha...atuk siap cari jodo tuk aku sbb takut sangat aku tak kawin... hehehe... abang Jamani kan ada tuk????
Lagi menakutkan bila dia sedar, dia terus marah nenek kenapa tak layan mak dia dtg tadi... org kata kalau kita di datangi arwah maknanya sesuatu yang akan jadi...
Pagi ni aku call Singapore... berbual dengan nenek... and i really sad... mengalir air mata bila dengar suara nenek...
"Dah ada umah tangga sendiri, dah tak cari nenek yer..." Nenek gurau...
"Alah jangan cakap macam tu...kan along call nenek ni..." Nenek gelak... tapi kalau atuk tak sakit, i dont think i will call them kan???
Alhamdulilla atuk dah sihat... nenek cakap semalam dia pengsan je... harap tak ada apa-apa yang jadi... nenek tak kasi risau sangat... and me??? sedih sbb dapat cakap dengan ibu sekejap... ibu kalau dah sampai sana, aku jatuh kat belakang dia pun dia menonong... how dare you ibu! chewah... tadi pun kelam kelibut nak letak fon sbb nak hantar kawan dia tu balik umah sedara mara dia... haizzzz... bak kata Didi,
"Tahun ni Along, angah tak ada... kereta kita dah jadi kereta kebajikan masyarakat dah...ibu offer semua org nak balik kampung..." Hahah apa ko ingat ko boleh jadi raja bila kami tak ada??? hahah padan muke... kawan ibu tetap nak ikut jugak balik, dlm keadaan emergency macam tu pun ibu dengan ayah terpaksa turun Klang ambik kawan dia... aku tak la merungut, atau mengungit...mmg ibu pun dah janjikan? tapi tak pa la...diorg pun dah selamat sampai...
Apa pun aku doa sangat tak jadi apa-apa kat Atuk... sbb keadaan aku sekarang mmg tak mengizinkan aku masuk Singapore pun... sob sob sob...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-





Korang baca tak???? Ha dia bikin hati waaaa panasssss.... kata aku ambik ati Ijat... ada ke patut? Patut ka??? Butakah mata dia??? ini namanya mempertahankan diri maruah bangsa anak bangsa sendiri...
Tengok!!! Tak cukup chantik ke adik ipo aku... see la siapa akak-akak ipo dia... wakakak... kalau tak, takkan la abang ajis you dengan abang jamani i nak kat kita iyo dak??? hahah mengarut... dah la penat layan diri sendiri... hahah daaaaaa...

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri. 
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

