Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, November 9, 2009

Aktiviti hujung minggu...

Entry nan ado gamba... busan la kiranya... tapi tak pa... kalau kata nak baca, bacalah... kalau tak ada ku faham... apa nak buat org tak sudi...



Cik Yayang komen kat YM...



"Bila nak stop buat entry berpasword" amboiiiii cik yayang... very the kepochi nak tahu Cicida punya cerita... tapi ku tahu Cik yayang tak perlu pasword pun, kalau Cicida nak bagi tahu, ku bagi tahu jugak...



anyway cuti hujung minggu ni banyak benda nak buat... iyalah sejak mendapat title warden asrama mutiara subang... kih kih kih...kali ni gue import pegawai atasan dr Sungai Buluh dengan pelatih kecik Aisyah dengan Aliya... heheh... terasa lak hujung minggu ni bermakna... macam balik raya la plak...Cik Yayang pun tak ketinggalan wei menyemakkan diri... heheh jangan tak mo... tak mo marah cik yayang...



Sabtu pagi Ijat and Awie ada MUET exam lak...Zamani sudah tarik akak tuk tido 10-20 minit lagi... tapi tak lehhhh... dah dengar bilik Ijat gedebang debung... sian lak dia... turun2 dia dengan Che ta dah buat sarapan... tapi biasalah Aliyakan tak leh nak berenggang dengan mummy dia... mak long tolong goreng sardin rol yang diorg bawak import khas tuk adik2 dan abang kat umah... Awie sampai tak menyempat sarapan... Ijat makan roti Tuna je sbb macam tak sempat je nak goreng sardin rol yang masih keras...



By 8 ku gi kerja...dlm kul 10 lebih call dr Pidah... mengadas... motip call sbb malas nak masak... nak suruh aku masak plak... siap bandingkan aku sayang adik2 ipo aku lebih dari dia... heheh jangan la salah faham... adik aku tukan tak betol sikit... muahahah... cakap dengan dia skait jantung... siap cakap aku 'adik sendiri di anak tirikan' belasah je ayat dia ni... zamani pun gelak2 sama dengar kesewelan dia yang kalau dtg mud nak gurau giler2....

So lepas keja ari sabtu, aku pun gi Putrajaya, habis kerja je dah dpt call tanya kat mana... aisemen... kul 2 dah tu... nak jugak ke aku masak... dia bebel lagi...kali ni bawak geng si Rayyan... sian laki aku lapo... so berhenti beli 1901 coney dog (hubby's Fav) and me try Chicago Beef... sebagai alas perut...

Sampai2 je tengok Rayyan aku tak leh nak ke dapur... dok sibuk main dengan dia... seronok tul dia nak pandai bercakap... nampak aku gelak2... nampak zamani pun sama... tengok2 dapur ibu tengah goreng ayam... hahahah tunggu ko kebulur semua... siapa suruh tunggu iyo dak? So tugas aku buat sambal ayam... cheh! kena jugak... Rayyan so cute... geram tengok... pandai menjawab kalau org marah... hep hep hep... geram aku... belakon pun tak kurang hebat, minum air masak tak nak... belum masuk mulut dah sembur sana sini... geram je mak long...

Around 7, Cik Yayang tanya sampa ada che ta masak ke tak malam ni... sbb dia nak masak lak... wahhhh Mak dengan Abak tak ada, yang perempuan berlumba2 nak masak iyo... hebat tul... yang lelaki dok komen... perut kenyangkan???Komen plak...

Kuar dr Putrajaya around 8 macam tu... sampai depan umah ku dengar bunyik ketukan batu lesung satu taman, mesti hebat la diorg ni... hahahah...akak dengan Ijat cuti peristiwa yer, sila tahu...

So menu malam tu sup ayam, sayur goreng dengan sambal belacan che ta... killingggg sehhhh! Aku dah kenyang sbb makan umah ibu... tapi jamah jugak jugak... maafkan si ibu mengandung yer kawan2... hahaha...

Komen dr aku :- Sup sungguh lemak berkerim... yum yum maaf ku tak makan banyak sbb aku jatuh cinta dengan sambal belacan yang mabelessss... konon nak taraf jamah... ambik ko...tambah dua kali... wah terbayang2 sudah... sayur cik yayang yang cinonet macam tuk makan sorg tu, telah di tambah quantiti sayurnya... jadi akukan golongan kambing... hahah mengaku sendiri... mmg suke sayur2 ni... mmg ku belasah habis... muahahah... than lepas makan ijat buat kopi... mari secawannnn....

apa lagi??? nak sambung ke cerita kisah ari ahad lak??? malam ni la yer... aku ada kerja... Ahad kami buat ladies day... aku lak beli sesuatu... apakah??? yer sila tunggu... heheh kasi aku ambik gambar barang yang aku belikan tu yah...




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Dear Hubby




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Sunday, November 8, 2009

Personal Entry






The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, November 6, 2009

uhhhhh

Cicida penat ari ni...

Balik kerja basuh baju... start kul 7 malam kul 10 baru siap basuh... last round suruh En Zamani sidaikan sbb tempat penyidai tinggi sangat... akakkan comel... mana nak sampai...

Anyway dari tadi asik bersin je... naik rimas...

Makan ubat selsema... than Suamiku suruh aku update blog...

Ermmm dia nak berjalan dengan kembar dia la tu! umpan aku suruh buat blog... bukak blog je mata mula mengantuk... mungkin kesan ubat sbb doktor kata ubat ni mmg mengantuk sangat2...

Rasanya nak tanya Dr Umu la... bole ke perempuan mengandung ambik jap HINI... risau lak akukan... Lupa nak bagi tahu korg, last week Rayyan kena H1N1... aku punyalah sedih... tapi penyakit tu dah tak bahaya macam memula ia tersebar... vaksin semua dah adakan? Jay pun cakap penyakit tu tak la bahaya sangat mcm memula kuar... harap2 la... perempuan mengandungkan senang terkena...

Ermmm... esok sabtu... aku jer yang kerja... busan!!! Ijat dengan Awie ada test MUET esok... so kena bangun macam biasa sbb abang Jamani ai bertanggungjawab tuk menghantar mereka esok. And aku yang memula nak bangun kul 8 terpaksa bangun macam biasa... kalau tak laki aku bangun tah kul berapa... kui kui kui

Che ta take over menu tuk weekend... hehehe susah2 buat Sardin Rol kat umah... so esok may be aku bangun buat air... kita rasa lak masakan biras ku itu yah...

Oklah dah tersangap2 aku... mata pun nak tertutup... dadadaaaaa...





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Perempuan mesti ke dapur

Kak Pnut!!!!! Cida curik entry ni eh... insap kejap akukan... ahak!



Actually kak pnut dah lama buat entry pasal ni... cume aku dok deley ... bukan la apa, takkan sekali dua masak tetiba nak tulis macam pro lak... idok la... well sememangnya aku suke tengok org masak.. even aku tanam semangat kalau aku kawin dan ada family aku sendiri, aku nak bagi diorg makan dengan air tangan aku... chewah... mmg aku mmg malas... tanya la mak aku... kadang2 sampai nangis puas suruh masak, tapi aku tetap tak nak... tapi tak bermakna aku tak mo ambik tahu... sbb aku lebih suke makan masakan ibu walaupun dia bukan tukang masak yang hebat... no she not! But apa pun masakan dia tetap di hati saya... itu yang saya rasa... kalau berjauhan, pastinya aku akan teringat masakan ibu... itu la namanya air tangan seorg isteri dan ibu...



Ayah pun sama... kalau nak rasa masakan yang sedap, pejam mata je dia boleh gi pilih restaurant dan kedai... but dia prefer ibu masak... kalau aku masak dia sanggup makan kedai, bule? akak lak jenis cepat kecik ati... kwang kwang kwang... alasan...



Kak pnut!!! akak dah macam penasihat dah... ada respond melalui email... kak pnut paste kat blog dia... ampun kalau cida ambik ni ya... korang baca!



Salam kak Pnut, saya F****, saya ni dah lama baca blog akak, lama tak lama, seingat saya, dari saya student (3 tahun, habiskan degree, setahun dah kerja, dan sekarang dah setahun berkahwin, dah anak sorang baby) kiranya family akak tu dah macam sebahagian dari apa yang saya perlu tahu, ye la dah lama membaca blog akak, so memang dah jadi satu kemestian, saya mesti baca blog akak, kalau out station ke apa, balik je khatam blog akak la.



Kak, saya nak share sedikit perasaan saya bila akak ada mention pasal masakan emak dalam entry waffle akak hari tu. Kak, saya pun lalui seperti mana kawan akak yang emaknya tak suka masak tu. Samalah macam saya lalui. Emak saya bekerja, emak saya bekerja sebagai nurse, jadi dah tentu kerja shif kan, jadi siang malam tak tentu kerjanya. Bila emak kerja kami akan tinggal di umah Mak Long saya, iaitu kak sulung ayah saya.



Jadi kami adik beradik rapat dengan keluarga Mak Long, Mak LOng saya macam emak akak la, suka masak dan kami-kami ni sukalah makan. Berbeza dengan emak saya, walaupun hari dia cuti, dia tidak memasak, samaada dia belikan lauk, just masak nasi, goreng-goreng ayam, ikan cam tu lah, atau mak atau ayah akan bawa kami adik beradik makan kat luar. Itulah rutinnya.



So bila akak sebut tentangan keluhan kawan akak di hostel, tepat dan benarlah seperti apa saya rasa suatu ketika dahulu. Itulah perasaan saya. Bila melihat keterujaan kawan-kawan nak balik kampung nak makan masakan emak masing-masing, saya diam, tak der perasaan apa-apa. Saya lebih teringatkan Mak Long berbanding emak, kerana saya percaya kuatnya perasaan itu kerana tangan mak long itu yang menyediakan makan minum kami adik beradik bertahun-tahun.





Air tangan Mak Long dah banyak masuk tekak kami. Akak tau dak, ada sekali saya balik dari hostel, kebetulan mama saya cuti 3 hari masa tu, saya teruja juga sebab terasa kotlah ada kelainan, tapi tak der kak, saya sampai rumah petang tu, mama just sediakan meggi kari je, ye la walau dia masak mee tu kreatif la juga, letak daging, sayur, udang, tetapi bagi saya, takat nak makan meggi kat hostel dah berbungkus saya telan, tak tau la nak kata perasaan tu macam mana, tapi saya makan juga demi menjaga hati dia. Tak tau nak kata perasaan masa tu macam mana, hambar je bila balik rumah mama.



Tetapi perasaan jadi kisah bila saya dah masuk universiti, saya dikeliling dari kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, saya terbuka minda sikit, lebih bermakna kawan-kawan saya yang dari kalangan orang-orang tak berapa senang, emaknya duduk rumah tak bekerja, tetapi kekuatan emak-emak macam ni sangat melekat di hati.Kak, dari unviversiti saya berazam hendak cari calon isteri yang benar-benar dapat menyemperunakan dirinya sebagai seorang isteri. So dari universiti saya ada juga usha-usha awek-awek yang ayu-ayu ni.. kira jenis pompuan melayu terakhir la. Ada juga yang saya berkenan tapi derang pulak tak berkenan kat saya, kui..kui..kui.. ada juga yang saya bekenan giler-giler.. tapi dah orang lain book dulu. Maka solo la saya sampai grad.





Kat universiti saya ada kawan baik, dia orang Perlis, selalu juga saya ikut dia balik Perlis, (saya orang Selangor) dalam dok ikut dia balik Perlis, saya jadi rapat dan baik dengan emak dia, bila dah kerja saya saya masih single, dan saya nak cepat-cepat kawin, saya nak dapatkan kembali hak-hak saya sebagai lelaki yang patut dimanjakan oleh seorang perempuan hahahah terukkan.





Satu hari, saya ikut kawan baik saya balik kampung, dan ada sekali saya ikut kawan saya ni pergi rumah tok wan dia kat Jitra, di situlah cinta pandang pertama saya berputik. Saya berkenan sungguhlah dengan sepupu dia yang tinggal sebelah rumah Tok wan kawan saya ni, tok wan kawan saya ni dah uzur, jadi sebagai cucu paling dekat kat situ, sepupu kawan saya ni selalu mandikan tok wan, suapkan makan, masak makanan kat tok wan, bak kata dia memenuhi naluri lelaki saya la.





Saya angau kak... Akhirnya saya suarakan hati kat kawan saya, dan minta emak dia risik-risik, dah tersurat, akhirnya jodoh kami la kan, tak lama saya kenal-kenal dia, dalam 5-6 bulan je, terus bertunang, mama saya agak menentang awalnya sebab awek saya tu minah kilang je kak, tapi saya tak peduli, hati saya dah suka. Last-last mama ok je la.So sekarang kami dah kawen, dah ada sorang baby boy, Alhamdulillah kak, walau dia bukanlah isteri yang bijak kalau nak diukur dari segi pendidikan, tetapi cukup bijak dalam rumah tangga.





Cekap uruskan makan minum saya, masa pregnant pun dalam mabuk kepayang, tak pernah dia abaikan saya. Walaupun dia tak larat sangat, tetapi setidak-tidak, ikan bilis goreng potong bawang dan sardin jadi juadah kami. Itulah yang saya cari kak. Saya tak mau nanti anak-anak saya lalui apa dah saya rasa, itu sebab saya carikan ibu yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah isteri saya juga mudah mendengar kata, tak pernah kasar dengan saya. And now, jadi menantu kesayangan mama saya.





Saya tak salahkan mama saya mungkin dia sudah biasa dari kecil dimanjakan nenek, diaorang ada orang gaji, jadi semua disediakan orang gaji kot, dan mama saya pulak anak pompuan paling bongus, jadi mungkin dia dah biasa disediakan semua.BIla akak tulis entry lepas tu, saya sangatlah setuju, isteri sehebat mana pun dia, kalau tak pandai ke dapur, bagi saya, tidaklah hebat sangat.



Keep on blogging kak.. saya suka cara akak, sinis, selamba tetapi tepat. Apa akak tulis selalu biasa je, takder ayat bunga-bunga, tetapi akak deliver message tu tepat. Akak educate orang-orang macam saya secara selamba. Wish that kita dapat jumpa nanti, saya nak kenalkan akak pada isteri saya. Walaupun isteri saya tak kerja duduk rumah je, tapi saya ajar dia guna internet, biar dia terbuka minda sikit, dan dia peminat hasil cupcakes akak tu.. Insya-Allah bila hero kami setahun nanti saya nak order gak cupcakes ngan akak.

Ermmm betul... aku pernah duduk kat asrama... macam aku cakap la... masakan mak aku tak sedap mana pun... tapi aku boleh jadi rindu... dan sbb tu bila balik je, order ibu nak makan itu ini... terharu baca email dari mamat ni...



Lately aku bincang dengan Zamani... dia biasalah dengan isi-isi penting perbahasan dia... nawaitu isteri dan ibu tu penting... kalau bersungguh dia sediakan makanan tuk suami dan anak dia, dia akan di sayangi anak dan suami... dan kalau niat isteri tu menyediakan makanan hanya sebagai syarat,janji aku bagi korang makan, tak kisah la makan segera ke, makanan dlm tin ke, maka jangan salah anak atau suami puji masakan org lain, sbb nawaitu isteri sediakan makanan pun dah pesong jauh... some time aku bagi tahu Zamani jugak... kalau dia jenis yang banyak sangat komplain, aku mmg tak akan masak langsung... tapi Zamani cakap just think satu je... sampai bila? Nak tengok anak dan suami cakap puji masakan org lain? Kenapa tak ambik kritikan tu sebagai satu semangat tuk berubah? Beta terkaku di situ...



May be senang tuk dia cakap, kadang2 hati kita perempuan ni sangat soft... semangat berkobar bila suami cakap tak sedap, alamak sedih rasanyakan? Tapi tu la... jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab isteri... aku terpikir jugak... banyak jugak kes aku tengok... contoh terdekat anak jiran aku... heheheh... slumber je cakap kat mak dia, masakan mak aku sedap sangat2... hahaha... padahal mak dia masak lagi hebat dr maka aku, cume malas... hanya ada masa je masak... tapi puji masakan mak aku melangit... sbb masakan mak aku yang dia makan lebih dari mak dia... sbb tu la dia puji... tapi sedap je mulut jiran aku ni cakap... apa-apa je kak tipah letak sampai budak2 ni cakap sedap sgt, sedap lagi saya masak... heheh maid dia sampaikan kat mak aku bila anak dia dok puji masakan mak aku... salah siapa than???



Satu lagi tak yah tengok jauh2... adik2 ipar aku... mak tak ada... dok teringat... kadang2 aku tertanya... masakan sekarang semua simple... tapi mak gune jalan jauh, tumis bagai... padahal boleh je bukak tin tu makan,kan? Tpi di situ la rahsianya... she want the best for her children... learn cida... learn from that...



Kan sedap kalau kita antar anak kita sekolah, dia balik uma... bercerita kisah dia di sekolah than cakap....



"Ibu, tadi abang/kakak gi sekolahkan... kawan bawak bekal kasi abang/kakak rasa... tapikan sedap lagi masakan ibu..." Tak ko berbungga lalang kat situ... pujian tu yang paling indahkan? tak perlu pujian jiran sebelah atau org kampung hulu... cukup anak suami kita puji...wahhh suke suke...



Ni aku nak cerita ni... kisah benar.... perempuan ni!!!! Mak anak buah aku yang celupar tu... Si mira... Marina... tanya la adik2 dia... dia mmg tak tahu masak... lagi teruk dr aku, masak air pun tak tahu ok... seyes... aku tak kutuk dia, aku tahu dia baca blog ni... hahah... mmg malang la siapa buat dia bini... ahak! Sori abang Amir... kih kih kih... aku rasa nenek buat keputusan salah kawinkan dia tau tak... But now... dia super duper hebat dlm masak... sampaikan suami dia balik makan tengahri tak beli tak makan luar... even aku pun ya Allah... mmg sedap ar kalau dia masak... rasa kalau dia duduk Klang mau aku tender mangkuk tingkat, ambik lauk dr dia...kui kui kui...



Sampai pengakuan anak2 dia...



"Ushhhh masakan ibu terhebat!" Ko tak bangga ke? Tak perlu org lain yang puji, cukup sekadar anak dan suami puji... hehehe...suami tu tak perlu ar... kadang2 diorg ni nak jaga hati... belakang lepas makan, pui pui pui... siapa tahu... tapi anak of coz tak tipu,kan?



Tapi aku mmg nekad la... kalau ada anak, aku nak masak... simple pun tapi ada... kan? Ini azam aku... chewah... sejak2 kena masak tuk adik2 ipar ni... entry pasal masakkkkkk je...idok la uolz... can ask Zamani... aku selalu cakap dengan dia pasal isu ni... sblm kawin lagi... dia berkenan dengan aku kerana aku ada semangat... hahah semangat je selalu berkobar2... hahah... tapi aku cume malas bila time mengandung aje... ni dah ok, Alhamdulilla tak ada apa-apa... baby pun dah baik je kat perut ibu... heheh... kasi peluang kat ibu belajar masak kot...



Bila saya berusia 6 bulan ke atas... untie2 dan uncle2 jadi saksi yer... ibu kata dia nak masak tuk saya... walaupun tak sedap, semangat ibu tu yang penting... so dengan itu ibu sila la belajar masak dengan tok mama, dengan nenek dan mak long Marina ok?!! Slbm saya pandai bercakap, sbb sekali saya dah pandai bercakap saya akan puji masakan ibu masakan terbaik di dunia...



Kih kih kih... anak ke ibu yang berangan ni??? hahahah... sbb tu ada blog yang aku suke baca... kerjaya tinggi melangit, time di umah dia tetap di dapur... suami pun sayang, anak pun sihat... heheh...




Cheh! Ini peringatan tuk diri sendiri... yang baik ikut la... yang tak baik jangan ikut ok... kang ada lak kata aku mengada pulak... yang penting keluarga ku tahu... siapa aku...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Nasik Kicap Pedas Ijat

Poor the AnaS...

Mak tak ada masing2 mencari masakan mak... tak pa mak rehat lelama sikit kat sana... mak ambik cuti sebulan... kalau aku dengan Ijat masak je... mesti diorg cakap...


"Ok ok sama dengan masakan mak..." yer bukan saya yer... saya hanya membantu... yang buat adik ipar saya Ijat... kalau saya masak dah tentu macam mak saya... hahah mak aku bukan teror sangat masak ni... dia masak asal bole... hahah janji anak2 tak lapar... tak cari kat umah org lain... dia senang ati... kui kui kui...


Bila dengar macam tu sedih plak... mmg aku akui mak masak sedap... benda tak makan pun terus jadi makan... hahah Che ta baru bagi tahu dia tak makan baked bean... tapi mak punya dia makan... aku cukup menyampah lauk lemak cili api... tapi since jadi menantu mak... hambik ko... pembuka selera... teringat time beta sedih2 saat dok giler tu cakap kandungan beta ni tak kuat... tunggu je pendarahan berlaku... arggggg tak leh ku ingat2 ayat doktor tu... betapa downnya aku saat tu... tapi mak hantar lauk... lauk lemak mmg tak jamah... di sebab nak jaga hati suami... sbb kalau aku tak makan dia tak nak makan, ku jamah la... pikiran celaru kot, terus cedok lauk tu...


Perhhh semangat aku makan... hahah dalam sedih2 tu boleh lalu... hahaha peliksssss...but since than aku suke lauk masak lemak... especially lauk lemak mak... yum yum yum


So petang semalam, aku bagi tahu Ijat... since Zamani tak kerja, dia kat umah, tak yah la kuar makan, panaskan sambal ayam tu dan masak je nasik... tapi Ijat dah suke main masak-masak... dia kuar skill dia so jadi la....


Laki aku puji... oooo sangat sedap....
Awie Puji.... ooooo sebijik macam mak masak, pedas, best....
Fifi and Mr Ana???? komen on sardin dia semalam Pandai noooo hang masak... sama mak...
Hahaha... susah ooooo nak dpt pujian... or they miss mak so much??? Ijat ijat... nasib mak tak bawak hang... mana pulak aku nak cari yang 'serupa macam mak'
Ermmmm sedapnya... buat tuk kak long plzzzzzz... baby request... wakakak....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Lucky to have them as Family

Semalam dapat Sms dari mak...

"Salam apa habaq semua. Doakan sihat dan terpeliharalah hendaknya. Mama kami shat belaka. Phone Mama tak boleh call hanya sms aje. Doakan mama kuat tempuh dugaan di sini"

Ermmm bila baca Doakan mama kuat tempuh dugaan di sini... aku tak sedap hati...Semoga Allah lindungi mak dan abak di sana dan harap mereka dpt jalani ibadah haji dengan sempurna.

Anyway semalam me and Ijat nak masak simple... ayam masak kicap, sayur khailan goreng ikan masin pluss sardin istimewa resepi mak... kih kih kih ijat tak sia2 hang tolong mak kat dapurkan??? Tapi last minit menu tukar... En Zamani cakap masak daging kicap, goreng ayam, than goreng telor...

Dan last minit jugak... laki aku sms suruh masak nasik lebih sbb Mr Ana and family nak makan umah... glub!!!! ni payah... sbb Mr ana pandai masak... apa la sangat nak banding dengan kami (Me expeciallykan???) Padan muke... ibu suruh belajar masak tak nak... mak ada sblm gi haji pun tak mo tolong tanya atau tolong masak... ambik ko... tetiba ku rasa keseganan sangat... tapi Che ta kata abaikan kalau suami dia tak makan sbb Mr Ana mmg tak makan tambah... tapi yang pasti Che ta kata dia nak makan sampai habis... kui kui kui... kira lebih garam pun telan naaaa....

Ijat bila dengan Mr Ana nak makan umah... dia tanya Zamani... kalau gitu kita makan luar la... hahah... adik sendiri takut nak dengar kritikan abang...tapi lama2 ku pikir... alaaaa masak je... sedap makan, tak sedap tak makan tu tak pa la... ku faham... hahahah... maklumlah mengandungkan... jiwa tersentap lebih2...

Zamani cakap muke aku pucat macam nak masuk pertandingan... hahah anyah (MR Ana is not pengadil rancangan memasak....)

Kih kih kih betul jugak... al maklumlah kak long segan ler... masakan kak long rating kumpulan 'Z' iaitu kumpulan budak baru belajar... wakakak... giler kentang... Bila tau macam tu, ku siap2 solat kat opis... ahak! plan dengan Ijat... kita kena masak sblm Mr Ana sampai... wakakak... by the time dia sampai idoklah teman takut...kot2 la terlebih garam ka... terlebih ayaq... ehhh tak tahu la... ku rasa semalam aku takut mengalahkan perasaan nak jumpa mak dengan abak pestime tau...

Balik je gigih aku siapkan barang... nasib baik hujan... hahah aku tahu mesti kes jam kat luar... fifi pun lambat balik... so aku masak daging masak kicap... NASIB baik la 2 hari sblm mak pergi Mekah aku call mak tanya mcm mana nak buat daging masak kicap, sbb mak punya resepi meletop... tapi ari tu terlebih lak air... kali ni kena buat betul2 ni... kih kih kih... ku ingat ijat tahu rupanya minah ni kata dia tak perasan mak buat macammana...belasah je la... last alhamdulilla jadi... WALAUPUN TAK SAMA dengan mak... tapi janji masuk perut ok la,kan??? Than Ijat goreng ayam... lepas tu aku tolong buat sup sayur pelato lagi tuk Aisyah... sbb semalam dah buatkan... so ari ni dah semi pro dah... *wink wink* kat Ijat sbb depa kata sama macam sup mak... vangga vangga Ijat eh...

So menu semalam itu je la... as biasa gambar tunggu Ijat... ku up date kat sini...

Anyway... tu report duty semalam...

actually aku rasa vangga dapat family inlaw dan biras yang berkerjasama... i think mak dengan abak must be proud... heheh... bukan la... aku tak puji aku baik...tapi dah mmg tugaskan. Mak dengan abak dah amanahkan umah dan jaga adik2 sepeninggalan dia ke sana... so bagi aku itu satu tanggungjawab yang perlu di pikul oleh Zamani sbb dia abang sulung... and as wife kenalah berdiri belakang diakan? takkan nak suruh dia sediakan semua...

Baby doing just fine... may be dia pun faham... tapi buat aku risau dia tak gerak2 2 hari dah... bual dengan dia pun tak ada respond... ermmm kenapa eh? i dont feel any pain la,kan... may be aku yang tak perasan atau mmg dia dah kurang gerak2...

But aku tak jalan tugas ni sorg diri... well Che Ta dengan Mr Ana pun tak lepas tangan... macam setengah family kadang2 ipar dengan biras ni mengambil kesempatan... aku faham diorg ada anak kecik, nak hantar anak gi sekolah bagai... so tak kisah sangat... sbb hujung minggu Che ta dengan Mr ana will take over lak... may be aku akan kemas2 umah, basuh baju adik-adik, bila tang masa ada org take over. Gigih menantu Cik gu yati cari resepi tiap2 ari kat opis... wakakak bule???

Tak lupa jugak pada cik yayang... tak involve directly... but tanya2 la jugak kot2 dia boleh tolong apa yang patut... ahak! Me and Che ta happy je... Fifi tu bakal laki hang jugak... time ni la tunjuk skill sayang lebih... datang umah weekend tolong kami apa yang patut ka... masak tuk abang Fifi A.K.A yang lain menumpang sama ka... kan???

Even macam semalam pun, seminggu sekali mak akan panggil anak menantu, dtg makan kat umah. Aku dengan Ijat pun takat masak tuk perut2 kat umah tu je. Tapi Zamani mmg every day akan ingatkan adik2 dia, walaupun yang hak sorang tu dah kawin ada family sendirikan? kuikuikui... every nite mmg nama Mr Ana di sebut2... tup tup dengan hapynya dia beri arahan pada me and Ijat masak nasi lebih. But bila dah berkumpul tu,kan, meriah la... cume kurang mak dengan abak je... selalu berbual dengan mak macam2 pekara, but yesterday ku senyap tetiba... hahahah... takut kena komplain... wakaka...


So malam ni apa eh menu che ta??? muahaha... or mungkin malam ni kita semua makan luar je? Boleh la survey tudung kat kedai tudung tu... muah muah muah... abang Jamani ai jeling, TB jegil mata... helo abang2.... isteri nak beli tudung tak elok halang2... abang abang jugak dapat pahala... abang abang jugak sedap mata memandang, sejuk hati, kan kan kan??? TB mungkin ku faham la, mungkin tudung umah depa dah boleh buat jumbo sale depan umah... tapi abang Jamani, dr kamu nak dengar aku bebel tak ada tudung yang kena dengan baju, baik bagi moral support ok... kalau idak???? ku keluar pakai tudung saji padan muke ko! hahah aku sendiri sanggup ke? Kih kih kih...

Gambar eh??? nantu ku post... banyak kerja nak buat... ari ni Jumaat... oh pagi ni aku gigih buat nasi goreng... erm tak sedap sbb rencah megi masin... yer pakai rencah nasik goreng la! rajin la sangat aku nak giling cili bagai... muahaha... letak sikit macam tawar... ku letak satu paket masin nak mampus... at last alternative nak bagi lupa rasa masin tu, ku potong cili padi banyak2... wakakak... bagus tak idea kawan tu??? kih kih kih... than goreng nuget... lambat punya pasal, sampai lupa aku bukan wonder women atau iron lady sbb slumber pegang kuali yang panas tanpa kain...hambik ko... gelembung tangan mak nakkkkk....tapi tak pa... suami ai punya pasal, ku sanggup redah... Encik Zamani... sapu ubat... wink wink... lain jeeeee bunyiknya...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, November 4, 2009

Duty Report - second day

Semalam aku sediakan roti tuna sandwich, malam pulak ingat nak masak, but Zamani cakap makan kat luar... so pilihan aku Q-bistro cheras... hahah kesian the AnaS... lapar sbb terpaksa menahan sbb dr Shah Alam ke Cheras jam giler giler... nasib baik husband ai malam semalam mud baik... buat lawak... kalau kami berdua je, mau sepanjang jalan aku dengar dia menyumpah tak habis... wakakak.

Tetiba je nak minum ais blande Choc... tu la adik2 tanya baby lagi... dia mmg dari bulan lepas nak minum tapi tak kesampaian sbb ibu dia kencing manis... kali ni aku tak kawal tau makan aku... mmg naik ler BHP akukan??? Tak pa... 18 haribulan ni baru check up... seminggu sebelum tu aku jaga la makan minum....kuikuikui...

Q-bistro tu tempat mak cik bercinta dengan pak cik... kalau dulu aku sempoi je... kira time bercinta aku habis chantik ar.... hahahah... sekarang ku rasa felikssss sbb penampilan ku lain ar... wakakak... Awie dengan Fifi siap kata aku dengan Zamani giler time bercinta... makan sikit punya jauh... kih kih kih...kata cinta... kalau Amerika tu ambik masa 3 jam...sanggup ku redah...

Pergi balik jam nak mati... sempatlah the AnaS menghiburkan aku dengan nanyian koir diorg... kepala dia laki aku la...

So pagi ni??? Menu sarapan??? Baked bean... memula ingat nak buat selera sendiri... aku senang je... goreng telor, panaskan baked bean plus sos tuk pedas than tuang atas telur tu... itu nama menu org pemalas... tapi Zamani request nak baked bean mak buat... terkebil2 mata aku... aku makan pun sekali je... ingat balik apa mak letak... rasa mak tumis... sbb ada bawang and cili... iyolah beta buat tuk kanda...

Bangun mcm biasa... awal setengah jam... mandi, solat subuh than berjuang di dapur... bangun je tengok Awie dah bangun tuk gi kelas... alamak!!! dia ada kelas kul 8 pagi la ni... sempat ke??? Buat Milo.... than potong bawang... sekali tu Ijat bangun...hoyehhhhh... dia tanya nak buat sarapan apa? Aku cakap la baked bean... nasib Ijat ada...

So dia tumis la bawang dan cili... masukkan baked bean, pecahkan telor.... tambah garam and benda yang aku tak tahu rupanya letak majrin... cheh!!! nasib ko ada Ijat... kak long dalam otak ni tahu tumis, masuk baked bean and telor je...

Siap menu... semua makan... kih kih kih.

Malam??? me and Ijat decided to cook malam ni... menu???? Ayam sambal, sup petola and telur dadar... Aku suruh Zamani beli barang2 awal... tapi still dia nak tunggu aku balik kerjakan? Dah la hujan... dalam otak ni dok pikir sian adik2 ipo aku nak makan... sempat ke? Zamani cakap dia akan umpan adik2 dia tengok ultraman... gasak la korang...


Singgah tesco beli barang dapur... tapi sblm tu masuk lak kedai tudung... aku jadi giler jap... tudung murah2 dah chantik... nak beli lagi, zamani dah Sms...

~Nak dinner lauk tudung ke???~ iyolah mak cik bayor laju2... terus beli barang2...


Kul 730 malam sampai umah... ijat bersihkan ayam, aku solat magrib... than dia lak sambung solat, aku potong bawang... kerja aku potong bawang je kan dr tadi... wakakak... so aku masak sambal ayam, ijat masak sup petola... aku sediakan telo dadar, ijat goreng...

Ini dia!!! sayur Pelato...eh nak cerita time gi Tesco Ijat di kaco oleh org lelaki... bole tak aku kat sebelah, Zamani kat sebelah dok nak kacau2??? Takkan kacau aku kot... tak nampak ku usung perut ni... sbb Zamani tunjuk peria tu petola... so Ijat cakap kat Zamani "otak hang! Ni peria'... mamat dua ekoq ni lak sibuk2 menyampuk... ush jangan la garang2... laki akukan sound dia very the slow... so dia tak dengar... tapi bila aku cakap mamat dua org tu kaco ijat... wahhh siap nak hentak kepala dua ekor tu... wakakak... yer aku lagi kasi panas...
Nak timbang, mamat dua ekor tu pun sama ada... ahak! Ijat terus terhenti... so akak terus ambik pelato tu beratur... ha!!! tekel la... tekel... *chechewahhhh, kaco, kaco*
ambik ko!!!! Semua makan kul 9.... masing2 tambah 2 kali... vangga vangga... tambah sbb apa Ijat??? Diorg lapaq!!!! tak pa... janji tak ada bunyik... kih kih kih...

So menu sarapan pagi esok apa plak??? abang Jamani ai mmg prihatin kat bini dia... tak kasi buat benda yang berat2... wakakak... ker bini masak tak sodap?dia suruh sediakan benda yang simple je... hari dia dia beli roti dua jenis, yang biasa tu... dengan roti coklat... tapi ingat esok aku buat roti telo je la...

Gambar eh??? Ijat ambik ar... aku tak ambik...once dia post... aku cilok and just update here ok??? dah mau tido... sgt mengantukzzzzz...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

2nd Nov 2009....

Entry yang agak panjang sikit... tapi tak pa... blog akukan... hahaha... baca jangan tak baca eh...

Flight mak dengan abak sepatutnya bertolak jam 1 pagi on 3rd Nov telah di cepatkan... pada 2 Nov pukul 6 petang... so kena dtg tabung jai awal... dlm kul 12 dah kena ada sana... aku tido umah mak malam tu... since umah ramai org, mak dengan abak tido kat ruang tamu, yer la tetamu dtgkan... so switch place aku dengan suami tido bilik mak... hehehe... mak kata tak leh tido bilik sbb selesa sangat nanti lambat bangun...


Aku tido pun around 2 macam tu... penat sungguh... itu pun aku yang tak buat apa-apa... mak yang dr pagi kat dapur, mau tercabut lutut... perhhhh tumit aku pun sakit2, pinggang aku pun sakit2 sama... tak kena nak duduk... tah asal tah... gyne kata biasa, baby dah besar, nak menampung tu sakit sikit...


Aku bangun 630 pagi... ku paksa tu bangun ok!!!! Sbb jangan la tak sedar diri dah tido bilik org buat bilik sendiri... hehehe... cepat2 aku mandi, solat kejutkan Zamani tuk bangun...kot2 mak nak pakai bilik nak mandi salin pakaian... aku dengan suami dah la tido style hungga hungga... hehehe... chencet yoouuuu....


Zamani tido agak lewat... dia biasalah kalau jumpa si kembar 3... mau tak tido... tu pun NASIB ada org kat ruang tamu... diorg sedor diri sikit tak mo memekak semua... kalau tak mmg tah ke mana2 merayapnya... so pagi tu aku kejut dia tuk beli sarapan.


Tapi Mil dengan Fil lagi pantas... diorg dah get ready nak gi beli sarapan... haisemen... bila nak bertindak lebih pantas dr diorg ni??? Segan jekan... so since aku je dah bangun awal... tak tahu nak buat apa... heheh gi la buat air... buat MILO.... hahah ketaq tangan nak buat... kang ada lak komplain...manis sangat... tawar sangat... akak tak leh menerima kritikan sebegitu... wakakak... sajer gurau2...padahal mana aku pernah buat air... hahahah... padan muke ko cida!!!! Ibu pasti gelak guling2 kat umah kalau dia tahu aku buat air...

Beg mak dan abak... yang bawah tu beg aku...hahahah... so sila abaikan yang tu yah... kita tengok yang besor2....


Ni pesanan tuk kami semua... ha! sila baca adik2... aku suke part kebajikan Asalan tu... heheheh sbb si Aslan tu dalam jagaan mak abak gemukssss.... bulatssss perut.... kita tengok dia boleh slim tak... wakakak.... *haiyak dush dush* Asalan bukan sahaja kucing tapi dah macam family ok... tapi kalau Aslan kurus bukan salah tak bagi makan... dia buat latihan larian dengan Zamani... wakaka....

Dalam pukul 10 macam tu, mak panggil semua ke bilik.... time ni sedih tau... aku dok doa jangan aku nangis... ijat kalau nangis... aku confirm nangis sama... wakakak... giler kentang! Tak pa ai wanita mengandung yang bermain dengan emosi...

Abak memberi pesanan terakhir... nak kena bagitahu sini ke??? Takyah la... yang pasti... aku dengan che ta suke satu je...

"Sepeninggalan mak abak ke Mekah.... Along, Anyah, Fifi, Awie... jangan kuar balik lewat sangat...ingat tanggungjawab kat umah ada adik perempuan dengan isteri kat umah...." Lalalalalalal...... korg balik lambat aku tulis minit mesyuarat bagi mak... *gelek muntut*

Dalam kul 11 macam tu, adik abak pak anjang dengan mak anjang dtg... bersama anak diorg... than cik yayang pun datang around that time kot...



Bersedia tuk berangat... tugas si kembar tu apa lagi angkat beg mak abak masuk ke dlm kereta.

Sblm berangkat tu, anak pak anjang telah azan dan baca doa... sblm berangkat ke kompleks tabung haji....bergerak dlm 4 kereta... Awie satu kereta bawak abang2 dia.... Cik yayang membawa bakal2 biras dan jugak mak bakal biras... hehehe... serta Ijat...of cozzz.... abak bawak pak ngah dan mak ngah... dan pak anjang dengan mak anjang satu kereta dengan anak dia...

Terselindung di belakang mak nah... gilo ko apa ko cida... org dok baca doa, ko sibuk nak jadi bloger tegar... wakakak





Kami tiba di kompleks tabung haji kul 1130 pagi... boleh plak tersalah jalan gara2 niat tak baik nak sampai awal dr suami2... padan muke... tapi berjaya oooo mencari jalan...tabik spring... toi toi

Keadaan yang agak lengang... time ni... sekali tu aku nampak????

Che Aisyah sudah paw siapa belon tu??? Nama dia Dora... wahh mmg ambik untung betul peniaga kat situ... sila tahu satu RM 7....


Sian si Aliya... tengok akak dia pegang dia pun nak jugakkan? So Pak long dengan baik hati belikan tuk dia... TAPI pukul 3 time balik, Aliya punya hilang tah ke mana... Dora Aisyah dah habis angin... hahah rugi... rugi... tak sempat nak bawak balik umah pun... kih kih kih


Mak yang bz mengikat tanda pada beg-beg

Memang menyusahkan... bukan salah aku eh... dr kul 11 tu sampai la ke pukul 3... asik dok panggil line up je... ambik tag nama la.. ambik tag beg la...ambik itu la ini la... aku sendiri rasa naik hangin... maklumlah yang pergi bukan semua yang sihat2... mak sendiri tak larat sakit kaki nak berdiri lelama... kadang2 aku rasa diorg ni berurusan tak pakai otak! Menyusahkan org ramai je... bukan kita bayar seribu dua... berpuluh ribu tapi layanan macam apa je. Apa salahnya kalau di buat sekali harung terus... ni tak... dua tiga kali nak panggil beratur lak tu!

Antara keluarga yang menunggu...

Me and cik Yayang yang mengediks tengah2 panas..

Mak yang beratur tuk kali ke dua... kali ni ambik tag tuk beg kalau tak salah aku la...

Abak pun sama beratur bagi jemaah lelaki.

Dah tu beratur lagi tuk ambik tag nama pulak...satu satu diorg ni,kan???

Ni namanya kanak2 yang tak puas nak main... bebudak ni main belon tu kejapan je... lepas tu di tinggal merata2... hahaha... tu yang Cik yayang mengambil kesempatan tuh... muahahaha...

Tag mak... gambar dua tahun lepas... heheh... mak kata time ni berat mak 120 kg... makkk aiiii ku tak percaya jadi percaya lak... berat mak sekarang dah turun ke 70 lebih... ha... nak tips my mother in law????

Than lepas tu sesi bergambar pulak...

Mak and Abak... we will miss you...

Bersama the AnaS... laki ai mmg selalu over excited... hehehe...

Menantu and bakal menantu... oh... abak and mak selalu cakap 'pada kami tiada menantu, semuanya anak' so touchingkan... ku tak rasa ada jurang and terasa sebahagian dari family member... heheh cun tak aku??? itu la rahsia baju itam... idok la nampak gemuksss....

Bersama adik beradik mak dan abak...

Bergambar dengan family Mr Ana... ha! habis hansem Mr Ana berdiri macam tu.... lariksss lariksss.... tapi mana Aisyah???? Ilang lagi la tuh.... ermmmm....ke aku yang cepat sangat snap gambar ni dia tak sempat masuk???

Gambar wajib... kata blog sendirikan??? Mana leh tak ada gambar bersama hero pujaan aku ni kan??? wakakak.... muntah muntah la korang... heheheh...

Oklah tu je cerita... lepas dari bergambar tu, emosi sedih terover lak... sampai tak leh nak ambik gambar... kih kih kih...

Mak dengan abak masuk tepat kul 3 petang... punyalah ramai org... pening kepala beta ok! Sampai je umah masing2 terbaring... aku pun nak tido jugak, tapi ada lak org dtgkan... tak elok la nak kuak lentang... penat tapi Alhamdulilah semua jalan dengan baik... semoga perjalanan mak dengan Abak berjalan dengan baik seperti yang di rancang...

Ok... nak tido... panjang seh entry ni... gasaklah korang...nak baca, baca... tak mo kasi tutup... kui kui kui... daaaaaa


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, November 3, 2009

Hadiah mak dan abak

The nite sblm mak abak bertolak ke Mekah...

Chewahhhh.... ari ahad tu umah mak sangat bz dengan org ramai datang... aku pun dtg agak lewat sbb Zamani mmg nak dtg awal... ayah dengan ibu pun nak dtg tengok mak sekali... so ingat nak pergi sama2... tapi bangun2 pagi je, ibu dengan didi tengah lepak tengok TV baru lepas sarapan... ayah menghilang ke mana... so aku cakap kat ibu, aku dengan Zamani gi umah mak dulu... kalau tunggu diorg mmg lambat...

So kuar umah dlm kul 11 lebih... sampai2 umah mak mak dah siapkan semua dah... see.... very the fast tau mak kalau siapkan makanan... adoiyaiiiii sangat malu... apa jenis menantu aku ni??? seyes aku bukan buat2 dtg lambat ok... kalau ikut mak aku, kul 12 tu tengah tumis2 hagaknya...

Anyway sian mak tak rehat lagi, org dah start dtg... so mak mandi sekejap, me and che ta la menguruskan apa yang ada... uruskan ke??? semua dah sedia dah... ikutkan kitaorg tunggu makan je... heheheh.... kan che ta??? tapi ok la...kami basuh pinggan... hahahah... vangga ada jugak kerjakan? dari goyang kaki... buat tak tahu je...

Sampai la ke malam... tak henti org dtg... aku lepas je kul 4 tu, aku teus balik klang ambik barang2 tuk isnin sampai ke jumaat... tapi sampai2 umah je... gedebummmm tido kejap... heheheh... magrib baru bangun... tapi barang dah siap dah... cume angkat je masuk kereta...

Lepas semua dah balik, time nak tido... abak bawak turun satu bungkusan... dia bagi semua anak2 dia... menantu tak dpt sbb tumpang je baca buku suami masing2... kata mak abak, buku tu panduan hidup...kalau kita baca dan amalkan, insya Allah kita di landasan yang betul... Insya Allah boleh jadi isteri dan suami yang baik... jadi ibu bapa yang baik...


Time tu pun acik leh sedih2... apa kena tah... anak2 relex je... aku lak nak emo... tapi stil control... ada 5 buah buku semua dpt... tapi Aisyah line up kat depan Wan, tengok2 buku tuk dia tak ada... siap tanya "Mana Aisyah punya??? Mak long pun tak dpat... Mummy pun..." Semua bantai gelak... nasib baik dia tak kata "Eshhhh Wan ni dah la kedekut!" hahaha.... tapi si kecik ni pun tak mungkin cakap mmg tu sbb dia tahu Wan dengan Tok Mama tak pernah berkira dengan dia... baik soal makan mahupun pakaian ke mainan ke... TAPI korang tahu laki aku kena setepek dengan Aisyah bila Zamani dok bz pukul aku alok2... dia pukul Zamani, cubit, gigit tangan pak long... siap cakap.... "ESHHHH PAK LONG NI!!! JAHAT....DAH LA KEDEKUT!"
Aku pandang Zamani... Zamani pandang aku... KEDEKUT????? Wakakaka... anyway selingan sahaja... heheh abak dengan mak mesti tak tahu cerita dia panggil Zamani kedekut sbb semua bz time tu... so aku report kat sini... hehehe... so pada suami ku, jangan kacau2 Aisyah depan org... drop water face terus kita... hahaha...


Ini la bukunya... buku panduan... lengkap dr mula sampai la kita mati... apa amalan yang perlu kita buat...

Antara isi kandungan yang terdapat dlm buku ni... Zamani suruh aku baca buku ni dulu... cheh! Tapi ok la... so far aku baca, tak la bosankan... cume doa2 tu aku baca maknya... baca tu pun merangkak... hehehe... ok aku tak malu nak kata aku mmg lembab sikit tapi sekurang2nya mencubakan??? Chewah tetap nak menangkan diri ni... kih kih kih...layannnnn


Bab pertama... sesuai la kot bagi aku yang menunggu saat kelahiran anak... macammana nak sambut anak secara islam... oh meh kita kongsi yer pada mereka bakal2 ibu... bila anak lahir, sapukan buah tamar (kurma eh) di sekeliling mulut bayi... dan bagi dia sesudu air Zam Zam... kalau bayi perempuan Qamat kalau bayi lelaki Azan... rasa tu semua tahukan? yang buah tamar tu, aku pun tak tahu... tapi mmg tertuliskan... so apa salahnya kalau kita ikut....

Pendidikan awal kanak2... macammana cara didikan anak2... cara kita mengajar anak2... berkomunikasi dengan anak... ringkas tapi isi sungguh padat...
Bab lain tak baca lagi... heheh tapi oklahkan... dah la free, org dah bagi takkan tengok buat perhiasan je, yer tak? heheheh.... Terima kasih tuk mak dan abak... bagi Zamani, aku lak baca yer... kui kui kui... tak pa B... nanti ai cerita kat u apa i baca eh... ngeh ngeh ngeh....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-