Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, May 19, 2009

Zam and Cida junior

Tak lengahkan terus je buat entry ni... gara2 Puan Sue kita la...so aku pun excited la nak menerai... macammana muke Zam and Cida junior... muahahah gedikkan????

Tapi ni semua kerja manusia... veranggan je la ok tuk dpt muke macam ni... aku excited terlebih lak,kan... hahahah....

So this is our pic....


























And Zam and Cida junior will be.....


Cine habis... same je muke dengan anak si SUE.... cume diorg tukar mata je... ahak! Gune template yang sama kot... uhuhuuh.... 10 org buat, confirm sama je anak-anak kitakan? hahahah... tapi aku suke budak ni... comel...

Oh melalui gamba boleh jugak buat Face analyze... so my one...yang ni...

This woman is lax and tolerant with herself and others. An easygoing type, she puts up with just about anything.The novel approach is not for her since she likes stability and safety.

New things can end up freaking her out a bit, or at least make her feel confused and frustrated.She holds strong opinions and beliefs on just about everything, and has long ago decided what is good and what is bad.


She is an expert at seeing things in black and white. She tends to judge people and their actions, whether silently or aloud.She figures she can't afford to lose her temper or raise her voice when irritated. This would not be smart. So she tries to keep her feelings balanced.

This woman is a tough customer. She needs to feel total satisfaction with her what she buys; otherwise she is out the door.She tends to be intelligent, truthful, decisive and determined.She tries to act in a socially acceptable way in order to avoid critical remarks or putdowns. So she pays a lot of attention to clothes and the details of the latest fashion trends.


She welcomes new experiences, encounters and emotions.She takes her time evaluating the situation before making a major decision or starting a new business. (We're talking possibly 5-10 years.)She is thrifty and saves money. Marriage, home and family are very important priorities for her.


So korang rasa betul ke idok?!!

Mr Zamani punya lak... personalitinya

He is good-natured and hard-working. A known procrastinator, he often leaves things until tomorrow because it may take him a while to come to a decision.

The man is pretty conservative in his views; he likes a traditional, established lifestyle.This liberal, unconventional energetic man finds the "same old same old" a pretty boring alternative in life.He figures he can't afford to lose his temper or raise his voice when irritated. This would not be smart. So he tries to keep his feelings balanced.


This man is a tough customer. He needs to feel total satisfaction with his what he buys; otherwise he is out the door.He tends to be intelligent, truthful, decisive and determined.This sensitive man may take criticism to heart.


He takes things personally and can spend a lot of time suffering from this.An optimistic man, his strong, independent personality may be reflected in his music and clothing tastes.This man prefers to deal with what he knows: familiar circumstances, situations or work.He has a knack for repairing things around the house. He can be trustworthy, reliable and a good friend.

Mr Ana, Che Ta, Izatty, Suri... korang kenal Zamanikan... sila value sendiri.... betul ke idok? Me wife dia... ermmm rasa apa eh... biarlah rahsia... let me judge him sendiri ok!

Attractiveness.... oh ni nak perasan sendiri... bila lagi nak perasan... ahak!





Wakakaka... giler perasan la laki aku tukan.... kembang la segalanya... senyum2 kambing...ingat aku tak tahu? Ahak!


So kalau yang teringin nak buat tu... just go here ok!

Have fun semua....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tak jadi!

Ok aku banyak kerja pagi ni...gilo... date line minggu ni banyak... tapi tetap nak berblogkan?

Ok... semalam balik Zamani ambik... dia balik awal sikit... tepat kul 6 sampai opis... takpa aku tunggu setengah jam je ^-^... so balik singgah kedai beli tomato, santan kotak dengan kentang...

Sbb aku nak masak... ahak! naik syok lak masakkan? So balik je dengan tak tukar baju, aku terus berjuang dia dapur...

Tapi sayang... dan bengang! Rasa agak kurengggggggg!!!!!! Cis! Apa yang kurang eh? Call ibu, ibu cakap betul la semua bahan tu... pelik pelik...

Tapi yang buat aku semangat nak masak bila!!!!! Suami ku makan tanpa banyak bunyik! Yes dia cakap ada kurang tapi boleh baiki... siap dapat hugz and kiss kat pipi lagi, ... wahhhh semangat! Sila kekalkan eh tuk 10-20 tahun lagi... kalau tidak!!!! gi makan kat kedai mamak tu... kuikuikui.... aku berhenti masak... ahak!

So malam ni? Aku tanya Zamani... nak aku masak ke? Mana la tahu dia serik nak makan ke apakan... dia kata ok... so menu malam ni????

Nak try daging masak kicap pulak la.... than ayam goreng...suami ku tu suke bebenor makan ayam goreng... semalam ada baki ayam goreng... so ingat pagi ni kalau tak terusik nak buang je... tapi tengok kat singki ada pinggan kosong... ayam elek!

oklah nak buat kerja... gambar sebagai bukti? ermmm tak perlu kot... sbb aku malas! Cukup Zamani tahu aku masak... tengoklah kalau rajin aku snap la gambar...

Daaaaaaaaaaaaaaaaa....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Perbezaan buah dengan manusia...

Got this from my beras.... ngeh ngeh ngeh... gelak sakan aku kan kat opis ni... baca la...

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Jangan suka mendedah tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.



Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.



Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.



Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.



Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!






The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, May 18, 2009

Pestime Dinner ^-^

Balik PD, singgah Putrajaya umah ibu... sian ibu, bosan tak ada buat apa...TV tak ada, nak masak pun tak ada benda nak masak sbb ais box tak ada (time tu)... so menantu dia prihatin sblm gi umah ibu, gi beli lunch tuk mak mertua tuk... wahhhh syabas bete'! Confirm jadi menantu fav ni...uhuk! Sorry gamba tak ada time tu... miss my mom to much and aku dengan Zamani sampai je terus terlelap... hahah sungguh penat...

Bangun je terus gi batu 3...tp sebelum tu gi Giant beli iron board... uhuhu... dah dpt printah tuk gosok baju dah... ahak!

Dah beli iron board, and beli barang sikit tuk umah, so kitaorg gi umah Shah Alam...

Ah! I sangat nebes! Hahahahah.... bak kata suami ku "Tengkorak hang nak nebes..."

Cis! Suamiku.... sungguh kurang ajar bahasa kamu,kan... hahahah nasib baik dia cepat2 cium dahi aku, tanda dia gurau...kalau tak! Awas kamu! Tapi mesti la nebes... waktu tunang2 dulu ambik je... nak makan pun segan2... takut menyusahkan semua...

Sekarang dah jadi isteri... lain la... apa daaaaa itu pun tak faham ke suami ku? Tapi mak dan abak mmg best.... hua hua hua... macam2 soalan mak dengan abak tanya... yang utama....

"Senang nak kejut Zamani tido?" Wakakakak.... Laki ku kamu bikin bini mu malu dahhh... susah kan nak bangun???

Mak masak sodap... hingga menjilat kaki ooooo.... nasib baik belum sanding... adehhh semput nak jaga badan da!padan la anak mak yang sorg ni nak makan umah mak je... ambik masa 10 tahun nak rasa sama macam masakan mak dia ni... tahap hebatla... aku??? aku tahap nak buat bubur... masak bukan minat utama aku.... hahah blogging...kalau blogging boleh mengeyangkan... waaaaaa confirm Zamani gemukz,kan??

Adeh memalu lak... sebelum tu dia pandang camera. Haizzz.... ni adik Zamani... along dah kawin masing2 rindu dia eh... kalau rindu dia, meh dtg klang... tak ada org pun... Zamani pun without them dia jadi mati kutu... sian dia... kebosanan dengan aku je 24 hourskan?

Abaikan laki aku tu.... eshhhhh org nak ambik dia bebual dengan abak dengan Fifi... tak leh dok diam... jadi Aliya lak... hahahah...

MIL dengan Aisyah... Aisyah tetiba je jadi malu2... tak mo nak ambik gambar.... main bunga...

Aisyah and Aliya... besama ultraman pak long yang di beri nama ultraman Yati....wakakak... aku mgg gelak la...ultraman tu aku beli tuk Zamani time dia balik dr Peneng... konon welcome home ar... ahak! Poyo.... tapi biarlahkan....cinta maaaaaaa....

Zamani dengan puteri-puteri kesayangan dia...

With Aliya ^_^

Ni Acu dengan Aliya... Ni adik bongsu Zamani... cantikkan ? Sori taken already... heheheh... habis dia kena dengan abang2 dia... termasuk laki aku... menyakat je...sbb dia yang bongsu plusss the only doter in the family...so bila dia balik tu, semua happy... and mmg kecoh la time makan... sori eh Zaty akak hanya boleh tolong gelak je... sbb abang2 mu semua mmg kuat menyakat and akak suke gelak sama... hahahah...sekarang dia nak final exam... so gud luck sis! Nanti see you lepas 28 nanti ok... boleh hang out shopping sama2, may be? atau double date dengan alongs mu.... ahak! larikkksss....

And menu tuk ari tu, ayam sambal, sup ayam or sup Aisyah, Ketam masak kari... ok lepas makan aku main dengan Aliya and Aisyah.... kul 10 Zamani ajak balik sbb dia tahu bini dia ada shiff malam basuh baju plusss baju kerja dia kena gosok!

Mak masak mmg best! Zamani suruh aku berguru dengan mak... i no problem... heheheh... mungkin mak boleh bukak kelas masak tuk menantu2 dia.... hahah so che ta? wanna join? May be Cik Aisyah boleh jadi setiausaha... And Aliya since nak pandai cakap dia boleh jadi pengerusi majlis. Ahak!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Hanimun day 3 part 3

Tak habis la... hahah... kata 3 hari 2 malam... apa barang satu hari lagi? Erm... last day tu tak buat apa-apa...sbb cek out kul 12 tengahari... so aktiviti pagi tu brekpes je la...

Macam biasa, Zamani payah bebenor nak bangun... kencing manis akak ok!

Lena betul suami saya tu kan? Second day pun sama je... cuci muke, gosok gigi... than gi sarapan pagi

Sambil tunggu suami ku tu siap... posing dulu... saje je nak tunjuk inai di jari ilang sudah... hanya di kuku sahaja...

Sambil2 tunggu tu, kemas apa yang patut... sila percaya aku kemas ok... hambik ko! Selama ni terasa sangat di manjakan sbb semua dah tersedia... tapi sekarang???? non ado... Zamani sekarang tunjuk2 je apa dia nak... aku ler kena buat.... terasa di zalimi... hehehe.... gurau jo... kata nak jadi isteri yang baik... kena nak buat... bluek bluek bluek....

Ada satu insiden telah berlaku... waaahhh sangat takut ok... Zamani lepas je cuci muke and berus gigi, dia boleh sambung tido balik... aku dah naik hangin da... actually dia bukan la tido betul, memain je... tapi aku jadi sakit hati... siapa tak sakit hatikan? So aku terus cakap.... "Tido je la... ayang gi sendiri... bye..." Zamani dah jerit panggil aku tapi aku main kuar je tunggu depan bilik...nak gurau je konon -konon. Sekali tu dia maraaaa daaaa....

Mmg takut giler ok... first time dia marah... aku lak gedikan konon nak buat suprise la... snap gambar dia, waaaa Zamani sudah tertukar menjadi ijau mude.... nak jatuh camera kat tangan aku... hua hua hua... meh aku ajar, kita kena buat muke sedih... so i did that... nasib dia senyum balik plusssss mud pengantin baru tu adakan? so nasib dia minta maaf... heheh... nasib baik oooooo....

Kalau tak, confirm muke ku muncung seminggu kan? *wink wink*

Dapat extra service lagi... heheheh rasa bersalah sbb termarah aku..bluek! Actually salah aku pun, tapi geram tak kalau berkali2 kejut tak bangun?so jalan terbaik tu je la,kan... tapi dia marah lak... nasib baik aku depan pintu bilik je... kalau aku jalan sendiri, mak aiii rasa dia buat apa?

Brekpes tuk aku.... sayang dia! muakssssss

Brekpes suami ku...
Sambil sarapan sambil baca paper... kewajipan bagi Zamani...*wink*

After sarapan, balik bilik...continue packing... tak semangat oooo nak balik sbb best bangat!

Bole la pulak nak balik baju nan ado... adalah tapi kurang sesuai sbb nak balik umah MIL ambik barang Zamani... jadi mengambil kesempatan tuk beli baju... tahu di mana? The store! giler lama ok aku tak jejak kaki ke the store... kira tu la pasaraya terhebat! Heheheh.... kira bole la... penuh sabar si zamani menemani plus pilihkan baju dan seluar tuk aku.... yah outfitt yang terbaik dr ladang... hua hua hua.

Ok layan gambar tuk kali terakir di Avillion.....




Love this pic and love this guy 4ever! Muakasss....

Ok... jom balik... nanti next year bawak ayang kat sini lagi ok....itu je cerita hanimun kami... daaaaa semua ;-*



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, May 16, 2009

Keciwa!

Hari ni sabtu... malas tul nak gi kerja... nasib baik suamiku sangup nak menghantar gi kerja... suci je...ari ni nan ado sarapan... bangun lewat... tak la lewat mana... macam biasa je... tak sempat nak buat sarapan... Zamani pun tak kisah... dia darhagakan kasih sayang kat mamak tu... muahah...

Sampai opis punch card... aku suruh Zamani orderkan aku bihun goreng and milo ais... than aku naik tuk punch card and on kan PC...

Turun2... aku tengok bihun dengan telo mata yang lembek2 tu... adehhhhh suami ku... 5 bulan kawan, tiap hari jumpa, masih lagi tak reti apa yang aku suke ke?

Aku :- I ada bagi tahu ke nak telo mata
Zamani :- Asal? makan je la...
Aku :- Ada tak?
Zamani :- Tak ada... napa tak makan ke?

Frust tul! Whyyyyyyy guy tak sensitif macam perempuan eh.... oklah tak pa, hal kecik je... tak makan letak je tepi... tapi telo kuning tu pecah!!!! membasahi bihun aku.... terus darah menyirap! cancel la nak makan....tapi tak la cakap dengan suami aku tukan... mau dia mengamuk kat situ....tapi nasib baik dia sedar isterinya mara... kalau tu buat tak tahu jugak... tak tahu nak kata apa la....

Rasa2 kalau aku suruh dia list apa yang aku suke dengan apa yang aku tak suke... rasa2 dia berjaya tak?!! ngeh ngeh ngeh...

Ok bukan isu besar pun... kecewa sikit je... tengok muke aku nak hijau hijau sikit... dia terus orderkan aku yang baru... dan dia habiskan bihun aku tu... hahahah yer!!!! saya mmg very the manja...janju saya tak manja dengan laki korang sudah...hua hua hua...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Karangan terbaik

Enjoy reading... sungguh lawak... aku cilok dr FB si Suri... hampeh mu tak tag aku dengan benda macam ni... aku rasa nak tampo je kalau anak aku yang buat... ikut perangai bapak ko 100%! imiginasi kuat! chewah! En Zamani, take note... jangan dok ajar anak or anak buah yang bukan2... sbb ini yang diorg tulis tuk karangan sekolah.... hahaha

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.


Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.



Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.



Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.



Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter..


Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.



Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.


Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Aku rasa tajuk karangan ni Kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat... agak2 time Zamani sekolah, dia buat tak karangan se-cretive budak ni? .... hahah very the lawak! tapi seyes la budak2 sekarang, kalau la karangan ni di tulis oleh anak buah aku... aku pun tak tahu nak marah ke tak,kan kan kan...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, May 15, 2009

Update!

Laki ku call....

Zamani :- Kat mana?
Aku :- Opis...u need anything ke?
Zamani :- Tak yah masak la... jom gi umah mak... mak masak ari ni....

Ump! kau takut ke nak makan masakan aku? wakakaka...

Aku :- U suruh mak masak yeh?
Zamani :- Tak la mak baru call...weekend baru masak...

Evil smile.... weekend ek encik Zamani?!! tengoklah kalau senang.... wakakakak.... okok menurut perintah!

Zamani :- Ayang jangan cakap kat mak B MC ari ni....

sekali lagi ampun eh....

Aku :- Satu malaya dah tahu B sakit... xpecially anyah... siap komen kat FB. Blog pun dah tulis.
Zamani :- Ermmm cepat je... oklah balik cepat, b tunggu....

Ok suami ku dah tunggu... chow! tenaga masak akan ku gune hujung minggu.... lalalala... janji kap lam ya nga... hahaha ANGAH! tetiba....

Nota kepala:- Baru nak veranggan beli cili idup sbb che ta bagi tip cara masakan ibu mertua... tapi wat to do...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Nak masak ke tak????

Semalam nak masuk tido... tetiba tengok suami ku duduk kat hujung katil pegang kepala... tengok2 kepala dia luke... makkkk.... darah lagi!

Agak bengang sbb umah aku tak ada minyak gamat atau apa jenis minyak tuk luka... yang ada minyak masak... Tak tahu macammana, dia tunduk nak letak beg laptop kat hujung katil, lepas tu kepala dia terhantuk kuat kat bucu katil.... awwwww... saya tengok pun ngilu tahu mmg sakit, kalau tak, takkan darah...


But semalam ok je... pagi dia dia tak leh bangun... aku jadi lagi panic... ajak gi klinik dia tak nak... makan ubat sakit kepala je... nasib baik sempat sediakan sarapan, walaupun pagi tadi aku bangun lambat sikit 10 minit... tengok2 kul 7 pagi...


Mengelabah aku bangun... setan kat hati dah berbisik... 'alahhh suruh je Zamani sarapan kat mamak... mmg tu pun biasa dia buat....' tapi semalam ibu call warning aku.... cis!


"Jangan malas.... awak dah ada suami... jaga suami tu... jangan bagi dia makan kedai je... bla...bla...bla... " Saat ni aku rindu ibu... oooo sungguh besar pengorbanan ibu... berat rupanya kerja mak aku tukan... now i know la... betapa susahnya. Dulu senang je tukar baju, campak kat besen atau baldi, tahu2 dua tiga hari, baju tersusun dlm almari sedia tuk di pakai...



NOW???? Buat sendiri.... ibu dah tak ada daaaaaa....



Semalam ibu call... wahhhh dia tak bagi aku beli cerek air... sbb dia tahu anak dia malas... baru sehari jadi isteri dah kata letih bangun pagi nak jerang air... so ibu beli tramos yang elektrik tuk aku.... jeng jeng jeng...sayang ibu.... mengediskan aku... lalalalala.... angah sile jeles.... muahahah....Tak yah bangun awal jerang air... so mmg air akan sentiasa panas, cume rajin top up air je la... ibu siap perli lagi... tramos yang automatik isi air tak ada la... diorg tak create lagi... so along jangan malas!!!!



Yes ibu.... alah... semua org jatuhkan semangat aku ler... tahu la aku ni malas pluss tak pernah buat kerja rumah... tapi tak bermakna aku tak boleh jadi isteri yang baikkan? Zamani tak komplen pun... hahah ibu sambung "Tak lagi... tunggu je la..." muahahah... kejam! Suami aku tu manja... air panas2 tak leh nak minum... so air dia kena buat awal, by the time nak gi kerja dia boleh minum... ermmmm.... sesuatu... tak pa la dah tu cara diakan... buat je la. Nasib baik Zamani, kalau si Kamarudin tu... lagi la pengsan... lauk semalam tak makan, nasik semalam pun tak makan, kopi atau air kena panas2... panas tak leh lak minum, lagi siksa batin... sekurang2nya Zamani tak ada problem macam tu, kan kan kan?



Erm... since Zamani tak kerja, aku rasa balik ni nak masak.... chewahhh... nak masak pikir dr umah sampai ke opis... dasyat... and nasib baik Zamani suke makan sambal... apa jenis sambal pun dia bedal...itu kata dia la... akak suke masak sambal sbb sonang je... yang payah nak goreng sambal bagi kering tu je payah la makan masa dan penat mengacau sbb takut hangusssss... oh ai org melaka... nasib bukan negori... negori hambik ko! confirm tak gi kerja esok pagi sbb sakit peyut... heheheh... giler pedaskan masakan org negeri... tapi ai like... merah2 muke kalau makan masakan pedas ni.



So ... plan nak balik kerja ni singgah Jucso atau Tesco, nak beli ayam... buat ayam goreng sambal ok tak? Ok la tuh... berani sikit nak masak sbb mak mertua ku kata "Along tak banyak cakap, lauk sedap dia makan banyak... tak sedap dia makan sikit... heheh" Ok la tu... aku boring kalau org dok kritik ni... ok ari ni berjuang kat dapur... hehehe aku ingat2 lupa la nak masak... lama gila tak masak... balik kerja tahu2 makanan dah sedia... kali ni???? the last time aku masak time aku belajar MMU 5 years ago... haiz... boleh ke masak lagi? Tak pa cube... tak cube tak tahu... tengok blog puan deqna yang sekarang kerap masak tu, rasa seronok la pulak... muahahah... tengok suami dia pun berisi la sikit... so mau kasi Zamani gemuks? kenalah tekel perut dia tu,kan... tawakal... Insya Allah bole....doa eh!




Nota kepala :-Korang doa la... aku ni semangat je lebih... hehehe kot2 last minit ubah pikiran beli kat mamak je... heheheh... yah! Semangat!!!!




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

With Luv From Dublin....

Ada gambar, meh zoommmmmmm

Terima kad dr Dublin... tengok je tulisan i know it from my brother...Jay....

Thank you bro... terima kasih atas ingatan tu... really miss you... me and Zamani tak sabar tunggu ko balik... nak claim hadiah kawin... muahahahah... no la... want him to meet you. And akak nak ko ada time sanding nanti... sedih time nikah kau tak ada... tapi i know u will always pray for our epyneskan?! kan?! kan?

Love you and miss you bro... sob sob sob


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-