Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 15, 2009

Cute eh


Da baby so cutee.... eee geram... rasa nak gomol je pipi dia tukan???


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Ohhh sungguh tidak tahan!

Badan mula rasa kebahangan-nya...

Badan dah mula rasa sakit satu badan... terutama bahagian tangan dan kaki... rasa bisa semacam je...

Perut ku terasa mcm kena cucuk dengan pin... bole??? macam org cucuk dengan pin satu-satu bahagian kat bahagian ari2 tu la...

Ku bernafas macam rasa kuar bahang gunung berapi...

Mata pedih...

Tekak rasa sangat kering WALAUPUN naik kembung minum air... sila tahu aku mmg tak pose pong!!!

Kepala berdenyut2...rasa nak loya...

Lemah semacam... sesuatu...

Nak nangis... kenapa ni???? sakit ka???? dan aku nak baring


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tip untuk bertengkar secara positif

Orang mud raya tapi ekau boleh lagi nak bagi tips lak bertengkar secara positip??? Acik kehilangan idea nak menulis... kira janji ado la dr nan adokan???anyway sharing is caringkan??? Kot2 ada pasangan yang baru2 nak bercinta ka... apa ka.. boleh la ambik iktibar...

Ok sources email biasalah dari biras ku yang sangat prihatin... che ta


Mr Ana tak mo email sinopsis Nurkasih ka??? heheheh ampunnnnnn...leh ku publish kat sini... masih terpikir mana dia dpt sinopsis tu... dia dah tahu apa yang akan jadi sblm cerita start...


Ok tanpa membuang masa... may be this tip pun sesuai tuk aku... memandangkan sejak pregg ni kan... tah eh emosi makin menjadi2... sangat bahaya... boleh bikin umahtangga musnah ooo...


Ok sama2 kita kongsi eh... layannnnn


1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.



8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.




11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, September 14, 2009

Teruskan la....

Aku sudah terikut2 dengan SIL aku lak, si Ijat... ahak! Ok me join the club... tetiba suke lagu ni.... meh share... sori since lagu raya ni auto play...kang memekak lak dlm blog ni lagu bercampur2... kui kui kui...

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri kesempatan

Kuhidup dengan siapa?
Ku tak tau kau siapa?
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Sedap uloz lagu ni... dengar la... feeling la ko sorg2 nan ada org yang marah kek ko... muaahahaha


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Ari rajin ku....

6 Hari lagi raya... hureyyyyyy... Malam Jumaat bertolak ke Kedah... tetiba dlm suke hati sayu... ni Pidah la ni... semalam buat jejak kasihan plak!

"Tahun ni kita terpisah along..." Dia buat dramatik dia...ibu dengan ayah gelak2... Zamani dengan si Shaiful buat tak nampak apa kitaorg buat, ahak! Shaiful siap cakap...

"Biasa ni politik isteri bila nak dapat turn balik umah kita ni... " wakkakakak....

Tapi weekend lepas sangat best... seronok berkumpul... kecoh dengan telatah si Rayyan makin bijak sekarang... oh Atuk sudah bagi Rayyan duit raya... itu pun budak kecik tu berlakon... eshh mana tak tumpah kuah kalau kat nasi? (Betul ke ayat tu??? belasah je laaaa)...same dengan je dengan mak dia tu... manja sikit lebih kurang, dapat duit tak mo da kat atuk... how dare you Rayyan!

Ahad tu, Pidah and family termasuk bibik Rayyan si Didi, hahah gi Alamanda... shopping raya... me and Zamani dok umah sbb malas nak ikut sbb ibu tinggal sorang... ayah menghilang ke mana... so semalam jugak roh rajin aku mai masuk tuduh... nak dekat raya baru la rajin masak... tui tui tui... tapi barang semua ibu dah ready siapkan...ku cume campak2 dlm kuali... hehehe.

Di sebabkan aku malas nak gosok dan basuh baju kat umah, semua khazanah tu ku bawak ke umah ibu... rajinnya ibu pulun la basuh dan gosok baju kami laki bini... ahak! Nak buat tapi ibu yang suruh aku duduk, sbb diakan suke manjakan aku... plus tahu anak dia ni malas....

Tapi sian gak... terkejar-kejar dia nak masak lagi... ayah 2-3 kali bagi arahan je... nak makan sambal tumis udang... ermmm sambal tumis ok la... boleh la lagi buat sendiri... ahak!

So sila tahu ok aku masak semalam... wakakaka... giler rajin... since ayah nak makan sambal tumis udang, ku ikut je la... than tengok kat umah ada pucuk paku.. ermmm sejak suke makan lauk lemak cili padi ni, konon nak try la... dengan harapan tinggi sama la dengan rasa mak mertua aku tukan... HARAPAN je la... ahak! mmg out langsung... last2 aku tak makan, ku habiskan cendawan butang je, sbb aku masak lemak pucuk paku plus cendawan butang... lantok la... aku yang nak makan, tapi bila rasa tu nan ado... aden pun makan cendawan dan butang- butangnya la...

Pastu goreng ayam, ala ala kfc... aku tak tahu siapa yang mengandung,aku ke ibu.. seboleh2 suruh aku goreng ayam dengan tepung tu... so layan je la... aku tak pernah buat pun... ikut arahan kotak tepung tu je... heheheh

Sambal tumis udang...

Bukti di tempat kejadian kena ambik... tu lauk lemak ku yang tah ku rasa out! Tapi oklah... cube try lagi... ibu kata ok... dia mmg selalu kata ok je... ahak! Kalau dia kata tak ok, dia tahu aku takkan masak lagi...lalalala.... kijamkan aku??? kan kan kan?


Ku namakan... lauk lemak... indah kabar dari rupa... hahahah... tapi walaupun indah kabar dari rupa, ku tengok laku jugak... hahah mungkin mereka kelaparan... puasakannnn????



Ayam goreng tepung... peliksss aku... tapi ikut je arah semoga mendapat hidayah...

Muke ku yang tak berapa nak siap... harap maklum... im not Dato Siti nak masak pakai lawa2 masuk dapur... ini adalah style di dapur... pakaian/ uniform, org kat dapur mmg gini... kalau korang masak dengan keadaaan lawa dari yang ini, maknanya korang amatlah sesuatu... wakakak atau ko jeles cida??? oh tangan kena tunjuk... bukan ayam sahaja yang di salut, tapi jari jugak perlu di salut sebagai bukti ku buat kerja... hahah asal 3 jari je bukan semua tangan bersalut??? apakah????


Yer ayam kena lawa... rasa out kita buat bodo... hahahah presentation is very important... heheh iyo la tuh!

So lepas buke, magrib dah sipi2 isya... lepas dengar azan je, buat sekali isya, than layan Rayyan, dia tido dengan aku, aku sekali berlayar sama... adoiiii aper pasal lately aku sangat keletihan yer kawan2? badan bisa-bisa... asik nak tido je kerja aku...mengalahkan org pose je...pastu balik gi umah mak... hanto barang... mak dengan baiknya tanya nak lauk tak tuk sahur??? aku dengan muke yang tidak malu jawab... NAK... hahah macam ko posekan??? Alah aku tahu Zamani mmg nak lauk mak... sbb duduk kat dapur agak lama bukak periuk mak satu2, cek mak masak lauk apa... kan yang kan kan kan??? nak makan dah kenyang, tak pa meh ayang minta mak lauk tuk you... memalu lak...

Aku yang memula konon2 la tak mo la makan sahur ni... eksen minta mak sikit je tuk Zamani... pastu sendiri ambik pinggang letak nasik... wakakakaka



Yang pasti lauk sambal ikan tu, ku tak tahan godaan... bukan apa laki aku tak makan ikan, aku tahu lauk tu tak jalan... jadi aku la makan...[Ni ayat kaber diri namanya]... ayam goreng aku tu sebelah mata pun dia tak pandang... padahal ku tanya semalam dia kata nak... so kisah ayam tu berakhir di tong sampah... ush buang rezeki ko ni cida... ateee umah berdua... kucing aku pun memilih tak pandai makan ayam... tu kucing tak sodar diri namanya... heheheh

Apa pun itu la kisah menu kami...nasib hang la En Jamani... dpt bini macam aku...kui kui kui... idok la ku tahu bila aku nak pandai masak ni... ahak! Tak pa, ku pastikan anak2 ku suke makan masakan aku, WALAUPUN mak dia fail masak dan hanya pro goreng telo... wakakaka...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, September 12, 2009

Pertolongan Cemas...

Chewah bunyik yang mengerunkan... iyo tak??? semalam berbual dengan Hasra kat YM... aku kesian jugak kat bakal biras aku ni... ahak! Nak gelak pun ada baca entry dia... yang baca tu mesti tahukan... dia kena mark paper student dia yang 177 org tu dlm masa seminggu... kalau dia solo dah tentu ar dia boleh habis marking... tapi ni??? kata bercinta??? wei akak pun gitu jugak bercinta dengan abang Jamani... muahaha.... kejap2 sms, call kalau tak cecah 2 jam tak stop... so agak2 korang ler, kalau Hasra dpt paper tu ari Jumaat... sabtu ahad kuar dating, mark paper start Senin, rasa2 sempat ke dia nak beraya??? Statement tak tahan dia tu satu...sampai cramp perut aku gelak...

"Weiii mana bole tak jumpa wei... lama tu minggu ni kena jumpa, kalau tak lepas raya jumpa masakkkk ooooo..."

Hahahah aku macam pernah dengar je ayat tu... maklum ler tu la ayat aku time cinta dulu... hehehe... sehari je pun tak jumpa... rasa seribu tahun ooooo... so aku faham apa Hasra rasa walaupun dia plan nak jumpa family PIL aku malam Khamis sblm raya, next weeknya dah leh jumpa, tapi dia kata lama... hahahah... tak pa akak faham org bercinta...

So aku bagi suggestion kat dia... why not dia bawak paper tu semua dtg umah mak MALAM ni... sbb kalau sabtu, aku dengan Zamani mmg tak ada... than PIL aku berbuke dengan keluarga kat PJ, so tak ada org kat umah. Jadi aku cakap nak tak nak terpaksalah bermalam umah MIL, kitaorg tolong mark paper objective... at least Hasra hanya focus bahagian essei... tu kalau ko nak student ko fail, ok je bagi kitaorg mark... wakakaka... so Hasra macam berminat ler..aku ambik 50 paper, Ijat tolong 50 paper, hasra 50 paper, 27 paper si Fifi leh buat...

Wah suka suki ku bagi arahan padahal yang lain tak tahu...

Sampai umah MIL semalam waktu magrib... heheh sekali lagi wrong timing, awal lak, time buke lak tu... laki ku tak pose! EEEEE tak alu Zamani tak pose... siap ada stok roti dlm bilik... see mak jaga dia tip top... tu pun nak marah akukan... mmg la menyusahkan mak, tapi kalau harapkan aku, tah tah dia belum sembuh lagi... makan tak menentu, ubat kalau tak monitor jangan harap dia nak makan...so join buke sekali... kebas muke aku duduk atas meja... heheh join org pose makan...

Aku tanya Fifi, Hasra jadi tak dtg... mak terkejut... tak bagi tahu pun nak datang, asal nak dtg?? Aku cerita la... hahah mak kata, datang, meh ramai2 kerjakan paper student si Hasra... so kitaorg pun tunggu la kedatangan paper exam tu...

Kul 10 Hasra sampai... kebetulan Mr Ana pun ada... mmg kecoh la... sakit perut aku dengar kritikan si Mr Ana... dosa oooo MR ana... bulan pose ooooo.... heheh tetiba



Paper yang Hasra kuarkan dari beg dia... ambik ko... yang lain semua sedia menanti... tangan sorg2 gatal... nak ler tahu best ke jadi Cik gu? Tapi before that dengar cerita mak, pengalaman mark paper student, yang sakit hati bila student bengap2 ni... hahaha... apa-apa je dia bagi jawapan... nasib baik time sekolah dulu aku tak macam tu ok... hahah yer ke tak? ke sama je lecture and cik gu sekolah aku menyumpah marking paper aku???

Tapi mmg susah jugak la... macam2 gaya dan cara penulisan diorg ni... yang objective pun dah buat aku tergelak2... siap tak sedar diri kutuk org lak tu... wakakak... sengalnya budak ni... yang paling tinggi markah 16/20... heheh bukan nak action, tapi nak riak je... hahah aku paper teori tuk objective time kat kolej and MMU adalah jugak lebih 16... wakakaka... so aku tak bodo eh... cheh! pui pui pui la ko Cida!


Ni gaya-gaya orang yang terlibat secara langsung dalam semakan kertas exam... aku nak gelak sbb Mr Ana dari mula paper tu di buka, ada je komen dia... tulisan budak ni kecik2... mesti dia gemuk... siap suggest kat Fifi, tulis belakang paper tu... [ko gemuk eh???] Than tulisan buruk... [esh susah nak baca, failkan je... ]

Siap berlakon nak buat kelas tuition... "Saya lulusan banking, nak buat kelas tuition tuk kamu semua... yang tak lawa tak yah masuk kelas ni yer..." Wahhh abang ajissss... mentang2 Che ta nan ado kat situ, tulus je statement tu... nasib baik la dia bukan lecture aku kat Uni dulu, kalau tak confirm paper aku fail sbb tulisan aku macam haremmm sikit... lagi2 time examkan... saat nak habis masa, kalah tulisan doktor... hahahah...

Si Fifi lak satu lagi perangai... checking student spell nama Hasra...

"Eh ni Hasbanu Ghazali...potong potong markah student ni..." Amboiiiii bias tul diorg ni...

"Ni Hasbana Razali... Potong-potong, apa ni? tak reti eja nama lecture"

Ni antara dua pengkritik terhebat... habis semua student diorg kondem... si Hasra lak bias gak... "Siapa yang eja salah nama aku tu... bak sini ID..." pastu dia cek nama student dia sekor2... lawak tul... masing2 nak emo,kan... apa la nasib student2 dia tu... tapi aku tahu dia professional... cume lawak je... yang Mr Ana and Fifi jadi batu api... dah tahu ada list nama siap suruh cek lagi... wakakak....laki aden jugak malas nak campur, biasalah menjalankan kewajipan dia sebagai pembantu...gambar2 semua atas usaha laki ku itu yer kawan2.

Hanya aku dengan Ijat je seyes... kitaorg tanda je... janji cepat siap... ewah ada gaya ke jadi pendidik??? wink wink...

Teror tak??? Garis panjang tu tanda cik gu besar yang mark... bukan main panjang... sila tahu Cik kak Aisyah kita pun contribute sekali tenaga dlm marking paper... ha ni approval dr guru besar... nak gelak aku... semua tengah syok marking dia pun senyap2 nak tolong sama... nasib baik dia tak tulis 'A' [Cara-cara nak tulis A?]Garis sini.... garis sini... pastu tarik sini... dan nasib baik dia tak tulis 'B' [Cara-cara nak tulis B?]Buat garis, pastu buat nenen... wakakaka... kalau tak, Hasra jawab la hang dengan student hang... wkakakak...
Dan pagi ni???? Hasra berjaya... tinggal 130 lagi nak mark... tak pa... insya Allah bole... berkad doa abang Fifi, ko balik raya jugak nanti... wakakaka...
Sbb tu la aku tak suke nak jadi cik gu... boleh darah tinggi sakit jantung oooooo....

Korang layan la video ni... mmg lawak...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, September 11, 2009

Poor Hubby

Yer muntah muntah muntah.... sajer kasi korang meluat! Tapi follower ku, ku tabik spring ar kat korang... sanggup mengikuti walaupun aku sendiri tulis entry ni bulu tengkuk aku sebenarnya... jiwangzzz sangat2... Cidakan ganas... tapi pat menulis aku jiwang karatkan... ahak! Pedulik lakan... tak tak suke... bla shu shu shu...

Zamani dah sembuh... ehhh tak pose.... 2 hari dia tak pose... hahah nanti ganti sesama dengan i yang berjumlah 18 hari ini yer... ahak!

Suara dia sangat la lain... serak habis... sian suara macho laki ku itu...

Aku :- Sayang sudah sihat?
Zamani :- Ok sikit ar...
Aku :- Puasa???

Walaupun aku tahu Ijat dah bagi tahu 'Dia dah bagi Zamani makan' statement Ijat macam dia bagi kucing makankan? hahah ampunnnnn Ijat...sajer je...

Zamani :- Tak... mak tak kasi... mak suruh makan ubat...

Tomeinya jawapan suami aku yang berusia 33 tahun, macam 8 tahunkan... tersenyum aku dengar jawapan Zamani... Mak jugak pandai ajar dia, kalau dengan aku mmg sampai bila pun dia takkan buke puasa, sbb Sahur tadi dia nak jugak puasa. Aku cakap tak yah la puasa, sbb kena makan ubat, dia tak nak dengar, nak puasa jugak... tahu2 dia cakap mak tak kasi puasa *gelek-gelek suke*

Aku :- Ayang nak balik umah, nak pesan bawak apa-apa?

Zamani :- Bawak baju je la, esok nak gi umah ibu sekalikan?

Aku :- Alah tak basuh baju lagi la yang...ayang basuh baju dulu la malam ni...

Zamani :- Alahhhh... tak yah la ayang... esok B anta ayang gi kerja, b balik umah, than basuh esok la ok...

Ermmm Zamani tidak la menolong. Dia cume takut apa-apa je jadi kat aku... dia monitor je... hahaha... never trust your husband to do house work... wah gitu... sbbnya ada je tak complete... tapi last week sangat comei... dia membuktikan dia boleh buat kerja umah... pestime aku tengok satu baju pun tak tertinggal... selalunya apa ada kat bakul tu yang dia basuh, baju kat bilik air dia tak nampak dia tak ambik basuh... baju gantung pun dia buat tak tahu je... tapi last week aku bagi dia 10 bintang di langit.... sbb dia berjaya basuh semua...

Zamani :- See B boleh buat kerja umah... so you kena trust husband you now...

Tuk itu akubagi dia one biggggg hugz and kiss... upahlah...selalu aku buat kerja dia buat macam tu... hahahah... eh asal eh last week dia tolong aku basuh baju??? ermmmm aku lupa la sbb nak tido umah mak, kalau tunggu aku balik basuh lambat... yahhhh pasal tu... habis tekun dia buat sila tahu...





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Apa-apa title je la...

:( bole tak kalau aku stop makan iron pil tu??? busuk laaaaa... tak suke... aku rasa nak pose je... kalau telan pil tu ku terbau2 bau pil yang hancing tu... serius uolzzzz... mmg bau hancing... tak suke tau... tapi Zamani cume cakap saja yang mematikan permintaan aku yang kali ke 80 tu...

"Do it for baby pls...dia yang perlu zat tu... " Yah tru me la kan... kalau boleh masuk kat mana2 , mmg aku buat je... bila tengaharikan aku rasa macam lemah semacam tau nak makan ubat tu.... haiyooo, sajer melengah2kan masa...


Oh ari tu bawak Zamani gi klinik... aku rasa someting kat perut... nak kata sakit tak, tapi aku rasa macam geli... hahaha... cucuk2 geli sampai nak terkucil aku,kan... hahah... pergerakkan baby aku tak rasa lagi, tapi tula... hahah muke ku muke tercengang, Zamani dah gelabah time tu sbb aku yang drive... satu pengalaman yang sangat2 lain... mcm semalam berbual dengan Zy kat MSN, aku tetiba rasa geli bahagian bawah rahim... mcam ada org menekan perut sbb aku syok sangat layan balqis kat webcam... tp tak la sakit... mcm ada org tolak lembut tapi gelila...

Time tengah layan baby balqiss... tetiba aku rasa geli semacam... hahah Zy kata anak aku nak gurau2 dengan aku... ahak! teori mana tuh???
Hope baby doing fine inside mummy's tummy... cepat2 besar, kasi abak dengar and rasa lak... ahak! dia dok nak tahu je sakit macammana, geli macammana... teringat tendangan rayyan kat Kent dulu... terkejut aku dengan Didi... ha dok peluk bini ko lagi depan aku... hak! dia kasi flying kick kat papa dia... gelak semua org sbb kejadian tu sepantas kilat... kebetulan aku dengan Didi menjadi saksi kejadian... pastu Rayyan dok dlm diam2... kui kui kui...

Bila dpt rasa gerakkan baby sepenuhnya??? Ada siapa nak bagi tahu???



Cepat cakapppppppppp!!!!!




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Zamani Update!

Semalam 5.29 aku dah berdiri depan punch card... hahah giloz tak?Tak sabar nak balik umah mak tengok suami ku yang tak sihat itu...5.30 je punch kasi balik!

Balik umah kemas2 baju aku tuk kerja esok... than 630 kuar umah... gi famasi cari ubat yang doktor suruh beli... than baru teringat, beg satu lagi tertinggal... siot tul! jam giler2 depan umah aku... dah kuar kat kawasan HTAR dah... buat u-turn ambik beg tu... tak ada beg tu habis aku... tak gosok gigi gi kerja... badan berbau... dengan laki aku punya badan sekali bau nanti... ahak! Stupid la ko cida... kan dah susah... kiri kanan jam... aku dah lama tak drive... memula tadi takut2... mcm kura2 aku bawak... dah jadi macam tu aku jagi gangster... muke buas... salah sendiri hon hon kereta org... heheh tapi kalau driver kereta tu perempuan la... ahak! tak pa... mesti org ingat aku cino... pedulik la kan...

Balik umah, ambik beg tu, kuar balik...menempuh lagi jam yang macam haremmmmm.... tapi lepas HTAR, jalan clear dah... bawak selaju boleh... tengok jam kul 7.00... haisemen... mesti sampai umah mak time buke... tak sopan ko cida... ku bawak sepelahan bole... konon nak sampai lepas buke la... tak syok ar, dah la tak pose... mak dengan abak mesti jemput makan sama... aku malu2 unta daaa... walaupun consider aku puasa jugak sbb tak pose sbb nak makan ubat jer... tapi aku still segan... bukan kat umah PIL je... kat mana2 pun la... sbb tu aku tak faham, mereka2 yang tak pose ni dengan vangganya makan depan org...bagus sangat ka??? Bukan la kata aku baik... tapi meluat! Rasa nak ludah je... pui pui pui... hormat sikit bole...

Sampai umah aku masuk diorg tengah buke... hehehe... tapi lakiku enggak ada kat meja... mak suruh aku makan, tapi aku nak jumpa Zamani dulu... mengadas tau laki aku, aku sms tak mo jawab... risau le kami... naik atas tengok dia tengah dok surfing apa tah... rasa badan dia dah kebahhhhh... ohhh sangat happy... since time tu magrib, ku turun solat dulu... tetiba mata mengantuk yang amat... baru nak terlelap, Zamani panggil makan... so makan ler dengan dia... mak masak mee kari.... oooo aku dulu cukup menyampahlah mee kari... kalau makan tu makan la... tapi tak gemar sangat... tapi tah la... bila mengandung ni... mee kari melambai2 tangannya... ni gara2 ijat ler ni tulis status menu buke kat Ym... haha... terus je ku duduk cedok mee kari mak... banyak lak tu... hheeheh nasib baik org tak nampak... bluek! Dah jadi rambang mata... makan mee kari, mata tengok bubur jagung... hahaha... tapi ingat, makan tu jangan la tahap lupa diri.. lepas makan mee kari rest perut kejap, than makan...

Heheh ni pasal aku ke, pasal suami aku????

Oklah nampak suami ku sihat sikit... dah boleh gurau2 dengan Aslan... tapi nampak letih sangat... tak bermaya... aku tak nak tanya lebih2...kang dia rimas lak, sbb Zamani kalau sakit jangan la ko nak bebel depan dia... bebel belakang dia... ahak! Muke boleh tukar jadi hijau ooooo...

Tapi malam time tido, badan dia panas balik... ahhhh dah mule merengek... mata aku dah tak leh bukak... tapi dengar keluhan dia tu buat aku tak senang nak tido... tengok kat dahi dia ada cool fever...bagus lak laki aku ni, pandai jaga kesihatan sbb aku dah tertido sementara dia tengah mengadap lappy dia... rupanya bangun sahur tadi, mak cakap sblm mak tido mak suruh dia letak cool fever tu... Nasib baik mak ada... Zamani kalau tak suruh dia tak buat, ku tahu sangat perangai dia... and nasiblah jugak mak ingatkan dia, sbb sblm dia tido tu aku rasa badan dia panas sikit... alhamdulilla time aku bangun sahur tadi rasa dah kebah sikit badan dia...

Nak jugak puasa... tak pa la... kalau larat tak pa... kalau tak, buke sbb dia kena makan ubat habis... kalau tak demam dia berulang...

Pagi ni aku bangun gi kerja, tengok dah berpeluh2... tapi tangan kaki masih panas... apa pun rasa lega sikit la...

Ok itu je... lepas mandi salam dan kiss sikit lebih kurang halal, than gi kerja... hope balik kerja ni, aku dah boleh tengok dia gelak2, senyum2... loyar buruk balik...

Oh esok nak gi Putrajaya... Fidah keep ingatkan aku balik Putrajaya this week jumpa ibu ayah sbb raya next week masing-masing raya umah mertua... pengalaman baru bagi aku and Pidah walaupun dia dah sambut raya kali ke dua dengan suami... buat masa ni aku tak rasa apa-apa sbb happy je nak gi kampung Zamani...maklumla hambo ni 29 tahun hidup tak pernah rasa raya kampung... sbb kampung ku dah jadi bandar lama sudah... dengar cerita mak, umah diorg macam mana, aku dah bayangkan slot cerita melayu...kihkihkih... and sila gelak, this is my first time ok ke utara... giler sakai jap aku... ahak! yer kesihani lah hamba... bukan tak nak gi, aku malas nak jalan jauh2 ni dulu... kalau area selatan ok... kalau utara aku tobat sbb dengar nak ke sana 7-8 jam dah buat aku penat dulu sebelum pergi... ahak! iyo la dulu ku yang drive, sekarang ku menumpang... so enyoiiiiiii ler sepanjang perjalanana... ngeh nghe ngeh...

As blogger tegar, aku akan update jugak... adik2 ipar ku buat muke sorg2... kah kah kah... statement fifi... diorg ni kalau jadi wartawan, laku agaknya surat kabar tu... ada je cerita... ahak! i like... kalau tak ada line, tak ada hal... buat kat words... than copi pes jerk... ahak! mudah dah senang...

Oklah nak buat bodo kat opis ni... mau dengar lagu raya... hehehe... oh thanks to all reader and friend yang concern pasal zamani yer... masuk kerja, on YM, sorg2 tanya kesihatan Zamani... terima kasih atas ucapan dan ingatan anda sekalian... sayang korang... muaksssss


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, September 10, 2009

Hati tak tenang

Nak call but i know he's sleeping...

Tapi aku nak tahu dia macammana... ok ke? Nak buat kerja tak leh... buat kerja asik salah... last2 layan FB layan blog... but senang hati bila ijat drop komen and inform me tru YM...

Along baru tido... mak baru masak sup ayam... dia baru makan and makan ubat... now dia dah tido...

Bertakung air mata akukan... GEMBENG la ko cida... risau wei... tapi aku rasa aku buat keputusan yang betul... kalau biarkan dia kat umah, nak makan apa? Aku sup2 ni tak pas lagi... kalau masak pun tunggu malam baru laki aku makan... adoiiii nasib la mak ada... tapi still risau sbb dia tak ada depan mata...

Kepala aku dah berat sangat... nak lelap kejap lunch tadi pun tak lena... korang nak kata aku mengada pun kata la... jadi kat suami korang, apa korang rasa??? gelabah tak macam aku? Just wanna be at home rite now... hampeh lembab tul jam nak kul 530!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-