Tapi bila aku dengar anak2 kawan aku demam tak kebah seminggu dua... aku lak jadi risau... membayangi kalau aku berada kat tempat mereka.
Kisah anak kak Pnut, baby Alesya... baru je sembuh dari demam panas... dan yang mengejutkan aku baby Alesya kena masuk ward... Ya Allah... aku ni dengan kak Pnut tak ada kena mengena... hanya kenalan melalui blog je... tapi hati aku betul2 risau... try comunicate dengan kak pnut kat Ym, but dia bzkan...anak masuk sepital, mau tak risau... aku boleh bayangkan...
Than kak jue la, bagi tahu Ammar dah dua minggu demam tak kebah... risau jugak aku jadinya... berkali minta dia ke klinik... rasanya dia lagi tahu, tapi aku je panic tak habis... kesian jugak sbb Kak Jue ambik MC, ambik leave sampai cuti dia dah habis da...
Itulah pengorbanan mak, dan aku jadi sedih bila dia kata minggu ni dia kena hantar Ammar balik kampung dia nunnn di Kedah... berpisah dengan anak dia seketika sbb tak ada org yang boleh jaga Ammar... Ammar kalau sihat mmg hantar kat nursery but kes2 yang berlaku kat Malaysia ni, takut jadi lain dan menjangkit lak kat budak2 lain... so terpaksa la dia hantar Ammar balik Kedah...
Menjadi ibu tak semudah tu,kan? aku sedar... tah aku mampu jadi sebaik tu ke tak... tapi aku yakin naluri ibu tu akan ada...kan??? Sama jugak dengan Fidah... aku cukup risau kalau dia bagi tahu rayyan tak sihat... dan akhir ni seminggu dia tak hantar anak dia kat umah yang jaga anak dia sbb tetiba je baby sitter tu selsema... and aku menentang keras, jangan sesekali tanggung risiko, penat sikit tak pa, janji anak tu tak ada apa-apa...
Erm entry ni macam aku baik la pulak... no... bukan tu maksud aku... aku jadi sangat risau dengar penyakit yang mudah jangkit kat kanak2... tapi sebagai ibu bapa apa yang boleh kita buat? Kalau surirumah oklah... bagi yang berkerja?
Anyway kak pnut seorg blogger yang sangguo berkongsi maklumat tentang apa sahaja... sbb tu aku suke baca cerita dia... tips2 dia... yang ada anak kecik yang mungkin perlukan nasihat atau tips, berkunjungla ke blog dia... tak rugi apa pun... macam aku sendiri... aku nak belajar semua ni bukan sbb aku nak jadi ibu...agak penting tuk kita tahu apa langkah yang perlu di ambil... kalau bukan tuk anak kita, tapi just for info, mana tahu anak2 sedara ke, anak kawan ada masalah yang sama... boleh jugak kita bantu... expecially dlm keadaan yang terdesak tengah2 malam ke apa...
Ni yang aku baca kat blog kak pnut... kalau anak demam dan hampir sawan... sbb menurut kak pnut apa yang doktor ajar kadang2 ni tak betul jugak... diorg hanya belajar teori sahaja... Ya Allah... nak tulis pun tak sedap... mmg maut tu tangan Allah... kesilapan kadang2 boleh buat kita menyesal seumur hidup... selalu sangat aku perhatikan ibu bapa yang sambil lewa tentang kesihatan anak2... jangan la...tak sayang anak tu bagi kat aku... ada yang bawak sama anak tu ke hulur hilir... cube anda??? kalau demam, sihat ke nak kemana2??? Ha emo ni...
Oklah just share the tips ok...
Demam Panas budak
Jangan sesekali mandikan budak sewaktu badan dia panas... ini sebenarnya akibat sawan... menurut kak Pnut, doktor yang advice kalau demam, mandikan sahaja... and she did that to his son...
"Bila dedar je badan, aku mandikan, lepas mandikan tiba-tiba dia menggigil, aku baringkan dia atas sofa dan selimutkan dia, tiba-tiba dia kejang, kaki dia mengerekot, mulut dah herot, bibir dah hampir terkancing, aku panik, jeritkan darling yg tengah solat maghrib masa tu, aku usung dia dalam bilik air, aku jiruskan dia dengan air, aku siram sampai dia sedar. Semuanya berlaku pantas tak sampai 4 minit."
Penerangan Doktor
* Bila budak kena tarik, jangan terus pi mandikan badan dan kepala dia. Masa tengah fit, otak dia tak berfungsi, sebarang cecair yang masuk ke dalam badan dia tidak dapat diterima otak, dan boleh menyebabkan berlaku komplikasi, contohnya air masuk paru-paru, dan beberapa komplikasi lain (termasuk kejadian macam kes budak kat seberang jaya, yang kaki dan tangan jadi hitam lepas doktor suntik ubat sawan kat dia masa kena fit)
*so doktor bagitau aku, sebaik-baiknya pulihkan anak dari fit tu, dengan cara, basahkan kepala dia dengan air bilas-bilas, pastikan tidak kena muka dan air masuk ke ronggan hidung or mulut, jirus kaki, badan... (selalunya fit ni tak lama, kurang dari 3 minit, dari pengalaman aku la orang lain tak tau la) lepas anak dah sedar, baringkan dia, tanggalkan baju semua, lapkan terus badan dia... kalau masa tu dia belum makan apa-apa ubat, boleh masukkan ubat sumbat kat bontot tu (ntah ape nama dia..) or kalau sudah lepas 4-5 jam budak dah makan ubat pun boleh masukkan. (better standby ubat ni kat rumah, sebab budak biasa demam akan muntah, lps makan ubat muntah, so utk elakkan badan dia terus panas kalau tak makan ubat guna ubat ni.
Tip tuk elakkan fit (sawan)
- First tu belikan digital termometer, dan selalu monitor suhu dia time demam. dan selalu lapkan badan dia supaya sentiasa basah, paling penting ubun-ubun kepala...sentiasa basahkan dan letak tuala. kalau aku, aku selalu guna air asam jawa aku ramas dalam besen air, tak payah le pekat2 cair tak pe, dan basahkan kepala dan sapu-sapu seluruh badan anak (air asam jawa ni bagus untuk sejukkan badan budak, tp jangan berlebihan. Kalau ada daun bunga raya sekali boleh ramaskan sekali. elok untuk keluarkan haba panas badan.
- Bagi anak makan ubat setiap 4-5 jam, kalau panas masih berterusan, kalau dedar biasa je lepas 6 jam pun ok. Jangan selalu gunakan ubat bontot tu, doktor Najmi dulu tak berapa advice guna, kecuali kalau dia minum ubat dan muntah baru bagi.
- Jangan sesekali mandikan anak time suhu badan dia panas sangat tu, cthnya 39-40 darjah celcius, bila badan dia panas, kemudian di mandikan nanti dia akan menggigil, dan bila menggigil tu la yang selalu dia kena fit, selalunya time ni fit terjadi, dia menggeletar dan terus kejang. Sebab itu kena turunkan dulu suhu badan dia, then baru lah mandikan kalau nak mandikan, itu pun aku mandikan dengan air suam. Takut dia kesejukan dan menggigil.(in case kalau dia menggigil time ni, aku selalunya akan selimutkan dia sekejap, gosok tapak kaki dan tangan dia kasi panas sikit) aku selalu mandikan dia lepas bagi ubat, lepas turunkan suhu panas badan.
- Kalau boleh la..kalau dah sekali anak kena fit ni lepas tu kalau dia demam, amiklah cuti, jaga sendiri anak kita, kalau kita dapat baby sitter/taska yang betul-betul prihatin tak per, kalau kena macam taska Najmi, buat bodoh jer berulang kali aku pesan pun, sampai sekali terjadi depan mata mereka baru diaorg panik, cuak dan menangis2 cikgu dia call aku sebab tak tau nak buat apa. So korbankan cuti dan biar anak sentiasa depan mata, sbb yg kali terakhir najmi kena kat taska dia ialah time dia tengah tido. So kalau anak demam, jangan ler terus terlelap, tido-tido ayam je la.. and kalau anda jenis ibu bapa tido tak sedar diri, better kalau dia masih panas badan dia, dlm pukul 12 mcm tu sebelum tido masuk ubat bontot tu, sbb ubat bontot ni boleh tahan 6-8 jam, so bolehlah bertahan kalau tidur pengsan pun.
- Balik kampung-make sure dlm check list balik kampung tu, ubat anak, termometer, letak no.1, and tuala kecik. And tak payah le bawak anak pi shopping ke masa dia tengah demam, kalau something bad happen, menyesal tak sudah. Ini terjadi kat kawan aku, anak dia demam, dia gedik jugak nak pi shopping, bawa anak, dalam supermarket anak dia kena sawan tarik ni, gelabah la. dah le parking jauh, toilet pun jauh masa tu nak basahkan budak. Kami dulu kalau Najmi demam, memang tak ke mana. Biarlah orang kata manjakan anak, tak leh kena panas, tapi itu anak kita, kalau terjadi yang buruk bukan depa boleh gantikan anak kita pun. And terjadi jugak, dulu ada kawan opis aku kutuk aku time family day opis aku, aku tak mau berjemur anak, dia kata aku manjakan anak.
- Kalau dia demam panas dan tengah tido, jangan bagi dia terkejut, bila terkejut pun dia boleh menggigil sakan. Masa kali terakhir Najmi kena kat taska tu, aku tengok sendiri teruknya dia kena, sampai kaki mengerekot, mulut semua dah herot, mata dah terbeliak, terkencing2 dah, bayangkan cikgu dia call aku kat ofis bagitau dia kena fit, adalah dlm 5 minit amik masa utk aku sampai, dia masih menggigil lagi, dan sepanjang jalan ke hospital, dlm 5 minit pun dia still macam tu, masa tu aku masukkan jari aku dalam mulut dia sebab dia dah nak terkancing gigi, dah berdarah2 jari aku kena ketap, masa tu tak rasa sakit pun, sebab panik sangat.
Itu adalah tips yang boleh di kongsi... yang Najmi tu anak dia... aku just copy paste je... tak pa la janji point2 penting tu dah ada... Fida take note! pls pls pls... and tuk reader yang lain jugak... serta aku... heheheh... Fida ni giler shopping jugak... risau gak aku dia seret si Rayyan kalau dia demam... jangan! Shopping tu bebila bole... anak tu kalau apa-apa jadi, menyesal tak sudah nanti... kalau dah giler sangat nak shopping ke berjalan ke, letak la anak tu kat umah sedara ke, mak ayah kejap... bagi rest yang cukup... antibodi diorg tak sekuat kita...
Aku mmg pandai cakap je kan... kalau rasa benda ni bergune, ambik la... kalau rasa korg mmg mak yang super... tak yah ambik langkah2 ni... tak pa... aku tak rugi apa pun di sini... sekadar berkongsi maklumat...
Salam..
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
4 comments:
Betol apa Cida cakap tu..sgt useful bg ibu2 yang first time ada baby..
Baby yang less than one year memang sgt fragile dari segi kesihatan..
Jangan risau,nanti Cida akan experience sendiri.Best tau jadi ibu nih..Serius talk..
So enjoy your pregnancy moment,bebeh.!
Cayok!
Good Cida, hopefully ramai org more concern bila anak demam panas, jangan ambil mudah, jangan sampai menyesal seumur hidup, akak dulu bos marah sebab anak demam sikit nak cuti, akak siap gaduh ngan dia, lantak la.. anak lagi penting, hilang kerja boleh cari lain, anak kalau terjadi apa-apa siapa nak ganti balik???
dah banyak kes anak lahir normal, tup-tup kena sawan tarik, lain pulak jadinya.. Nauzubillah, tak sanggup nak sebut pun, mintak dijauhkan...
org tua2 selalu pesan,kalau nk mandi/basahkan badan budak (org tua pun pun sunat kan), biar dari kaki naik keatas, so badan tak terkejut. budak2 ni termostat derang masih belum fully functional, so tak boleh selimutkan/pakai baju tebal kalau demam. better bolenkan, pakai lampin je. lgpun senang nk lap2 badan.tapi.. kesian bila tgk derang sejuk, ye la demam kan kita rasa sejuk. how do you moms tackle this? lets share
erk saya tak pernah lagi mandikan anak kalau demam panas sgt tp kite lap2 badan die dgn tuala basah..lgpon bila afif demam cepat2 saya bertindak...mmg baby ni byk kemungkinan untuk cepat sakit sbb antibodi tak berapa nak kuat lagi kan..yang penting sbg ibu kite beri perhatian lebih mase die sakit dan jgn amik ringan pasal anak sakit ni..lastly bagila yang terbaik untuk anak kite..berila susu ibu kalau mampu..sgt bagus untuk develop antibodi anak...susu mahal mane sekalipon takleh lawan khasiat susu ibu.
Post a Comment