Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, November 24, 2009

Sekali lagi di uji

Sekali lagi aku di uji... baru je nak lupakan kesedihan kehilangan anak ku, tapi aku di uji lagi... ni cerita ari ahad yer... baru teringat nak tulis entry...

Pagi ahad tu aku bangun tido... badan menjadi sakit... terutama bahagian dada... i mean buah dada la... nak gerak kiri kanan pun susah... mmg sakit sangat... yang ada anak tu tahu la kot kenapa... aku bangun masuk toilet... longarkan bra... sekali tengok air susu mengalir... aduhhhh... tetiba sedih dan syahdu... org kata kalau susu keluar time anak tuk makan...

Teringat Aryssa yang tiada... dah tentu aku panickan... aku pun tak tahu air susu akan kuar sebanyak tu... dan sepatutnya doktor bagi tahu aku air susu tu akan keluar...

Aku mengadu kat ibu... kebetulan Fidah pun ada... ibu suruh kuarkan air susu sampai rasa kurang bengakak... nak ke hospital pun, klinik tutupkan? Zamani pujuk suruh aku sabar... esok dia hantar ke hospital... lagi sekali aku nangis... sakit sangat...Pidah pun tak tahu nak cakap apa... sbb bengkak dan sakit tu akan hilang bila BAYI menyusu...

Semalaman aku tahan sakit...

Esoknya Zamani hantar aku ke sepital Putrajaya... nampaknya hospotal sekarang semakin canggihkan? Ke aku yang dah lama tak ke hospital kerajaan... the last aku aku gi pun time sekolah dulu... ayah akukan kerajaan... bila dah besar ni banyak gi swasta...

Sampai je org penuh... sangat ramai... than ambik number kat kaunter pertanyaan...

Kaunter :- Ada buku appointment?
Aku :- Ada... tapi appointment saya lambat... saya nak jumpa doktor... tak pun saya nak ambik ubat tuk hentikan susu badan
Kaunter :- Nak behenti susu badan? kenapa pulak?Kan elok tuk bayi...

Erm... kejam sangat ke aku ni? kalau anak ada nak minta ubat berhentikan susu badan?

Aku :- Anak saya dah meninggal kak... air susu saya tak henti mengalir... takkan nak biarkan?

Walaupun free... tapi sakit yang aku sendiri tak dpt nak tahan... sakit wei... nak gerak pun payah. Macam ful tank gitukan...

Kaunter :- Ambik number than daftar...

So aku pun tunggu la tuk pendaftaran... kemudian diorg bagi number, lepas tu terus ke farmasi... kat sini pun satu lagi... aku tak tahu pun kena scan number tu... padan la aku tengok org yang dtg lewat dr aku di panggil dulu... hampir setengah jam aku tunggu... dah tu aku naik angin... nak serang la... than nampak nota kecik cinonet... "sila scan number anda di sini...kemudian tunggu giliran anda????" aku macam....awat kecik sangat notis korang ni???


Kaunter farmasi

Ha nampak tak notis tu? kecik yang buat aku tak nampak... sampai je tunggu...

Lepas tu terus scan... than tak sampai 10 minit, nama aku di panggil... wah sangat cepat!

Kaunter :- Akak nak buat apa yer?
Aku :- Akak nak ambik ubat tuk berhentikan susu badan
Kaunter :- Oh tu kena tunggu doktor ORDER!

Aku mcam ha? Order???

Kaunter :- Akak gi kaunter E... minta doktor orderkan

Ibu lagi best soalan dia...

Ibu :- Doktor order ubat tu kat malaysia ke atau luar negara? Berapa lama pun nak tunggu???

Aku terus ke kaunter E...

Di ulang benda yang sama... dah macam aku ni mak yang jahat lak... kalau ada anak idok la teman susah payah ke sana sini... diorg tendang aku kat bahagian ibu2 mengandung... adoiiii bodos je rasa... aku ke kaunter A... tanya minah yang sama... sama jugak memandai cakap tak elok tuk baby... sepatutnya diorg ni tahu... org minta mestilah ada sbbnyakan? Takkan tak faham... dan terima mesti la ada kes tertentu... aku rasa macam nak nangis pun ada... badan org lepas bersalin ni mmg tak kuat... lemah je... bisa je sana sini... dah la aku kuar tak pakai baju sejuk... ingatkan lengan panjang tak la sejuk sangat... badan dah bisa2... buah dada dah tegang semacam sbb banyak air...

Aku :- Saya ni bukan la ibu kejam... anak saya dah meninggal... takkan air susu ni nak buang macam tu je... tak tahan la... sakit ni...

Baru la dia ambik buku appoiment... nak doktor order ubat... erm kalau aku gi swasta rasa di layan macam ni ke?

Rupanya bukan doktor ubat kat luar... cakap la kena kebenaran doktoer.... sekali lagi aku scan number kat farmasi...

Ibu aku sangat peramah. Dalam masa yang singkat pun dia dah dapat kawan... aku malas nak campur, kang di tanya bukan2, aku ni bukan leh... cepat nak sedih je...

Bila nama di panggil.... aku ambik ubat...


Ini la ubatnya... kecik macam telur lipas....dan yang sedih bila????

Dua bijik je... boleh tak???? Kena kuarkan susu... than makan... kalau susu still kuar, dtg ambik lagi... ermmm tak pa la... so far aku makan ni hari selasa... ok dah... susu dah kurang, bengkak pun dah susut. Than tadi aku baru tengok surat2 yang pihak hospital bagi... kira aku entitle 2 month maternity leave sbb consider bersalin dan bukan kes gugur yang perlukan 2 bulan cuti.

Surat pengakuan kemasukan ke hospital...

Surat pengakuan bersalin... ni yang akan di tunjuk ke majikan tuk dpt entile 2 month leave... Kat bawah tu ada lah definasi tentang kelahiran, sekiranya bayi berusia lebih dari 20 minggu atau berat melebihi 500 gram, dah consider as bersalin...

Dan yang menyedihkan every time aku tengok ni...

19 Nov... tak tahu nak definasikan... is it Aryssa Birthday??? Ermmm tarik kelahiran... tapi dia dah lama tiada... tapi tarikh ni akan aku ingat sampai bila2... berat aryssa 430 gram... kurang 500 gram, tapi usia kandungan aku sudah melebehi 20 minggu, aryssah sepatutnya dah menjangkau 27 minggu sekarang... and yang best confirm dia perempuan... she my angel...




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

4 comments:

mai said...

cida..mai harap cida kuat dan tabah utk hadapi apa saje ujian..mgkin senang utk me bkata2 tp me tahu cida seorang yg kuat semangat..

Che Ta said...

takyah susah2 makan ubat, theoretically susu akan stop bila takde demand. now susu kuar sebab reaction dari badan, they 'read' it as if u had delivered, thats why susu kuar.
kalau sakit sgt pam bg kuar sikit. just to release the pressure
but kalau bengkak teruk boleh kena infection, and akan demam.
traditionally boleh hancurkan daun ubi kayu (kot? ku tak sure la!!) sama bedak sejuk, sapu kat breast, nnt susu cepat kering.
or better, u can always gugel! piss bebeh!

Deqna said...

betul kata che ta tu, insyaAllah nanti susu berhenti bila takde demand.. tapi buat masa ni memang kena pam lah dulu tuk kurangkan bengkak dia...

so, cida akan berehat selama 2 bulan ni kan.. so cida byk kan berehat yer...

Suki Cida said...

mai
terima kasih mai... so far cida masih lagi bole terima... cume kadang2 tu tersedih...

Che ta
alahhhh kenapa tak cakap? me pun lupa nak tanya... hehehe... sampai beratuq lelama kat sepital... than mengadap plak soalan2 yang tah apa-apa...

Deqna
Tu la... kena gugel and try....