Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, May 20, 2009

I love him so much!

~Turn Mud jiwang anda~

Tetiba aku rindukan Zamani... gedikkan? berbual dengan seorg kawan di YM... menceritakan masalah cinta dia...ermmm terasa sama seperti aku dulu... and she worried sbb she getting 28 this year... kerjaya dah ada... pelajaran dah tinggi gunung... cume keseorangan tanpa teman...

Sedih bila BF dia buat dia macam org asing... apa dia lalui sama macam aku lalui 7 tahun lepas... may be more than that... oh 8 year... bukan nak bukak cerita lama... but apa dia lalui dah aku lalui... lagi teruk dr dia... kalau dia, BF dia takat tepis2 je bila dia pengang... than dia kena pulak minta maaf kat BF dia walaupun itu bukan salah dia... i did that before, even more than that kot... macam dia sorg je cinta mati kukan... aku pernah kena tampar and kena pukul lagi... hebat tak? still lagi menunggu macam tak ada lelaki lain... aku pernah kena tengking depan family dia... even depan family aku sendiri... tapi semua tu cinta... cinta membuat semua buta dan bodoh!

But you need to move dear friend...

Aku pun tak kuat... but some how you have to be strong.... lelaki macam ni tak layak di panggil lelaki but jantan! Opsss ampun atuk... see dah main nama arwah datuk sendiri! Haizzzzz Bagus sangat nak kita melutut kat dia? Mana maruah kita sebagai perempuan than? Enuff bila maruah aku di pijak... macam aku ni sampah... and i hate when he did that to her...of coz ko kawan baik aku maaaaa

This gurl ceritakkan kisah dia bertemu dengan sorg mamat ni... mamat ni baik bla...bla...bla... tapi dia tak suke... tak ada rasa cinta, walaupun lelaki tu bagi respond yang baik... tetiba aku teringat time Zamani muncul dlm hidup aku...

yup segala berubah til i meet Zamani... satu keajaipan telah berlaku... actually aku ni kira setia, cinta mati habis la... cume nak lepas tu mmg susah... kita dah berhabis masa, duit, tenaga semua tuk sayang seseorg... but sampai bila nak macam ni... semakin hari semakin tawar aku rasa... so i start chatting with guys... kasi peluang pada diri sendiri tuk mencari kawan... tak bermakna aku curang... it just fun to know ppl... bila diorg tanya dah ada BF ke? aku selalu jawab tak ada... ahak! gila tak? But! When the first time i chat with zamani, aku rasa lain... bayangkan hanya satu hari berbual dengan dia,aku rasa lain... terutamanya bila zamani tanya soalan cepu cemas ... "U dah ada BF ke?"

Time tu aku rasa lain... rasa takut... bukan takut pada BF aku time tu...tapi aku takut dia mengelak lepas tahu aku ada BF...tapi aku kena yakin... jodo tu tangan tuhan... and alhamdulilla, i told him the truth and apa sebenarnya terjadi antara aku dengan BF aku waktu tu...from friend dia jadi advisor... semua berlaku dlm satu malam ok... we chat tak hengat... and dia bagi fon number dia... yang buat aku lagi tertanya2 sbb dia lelaki pertama yang TAK MINTAK number fon aku... bole tak? time tu mmg tarik tali la... kuikuikui.

I told my friend... when u know he is for u... ko akan rasa lain... ko akan rasa selamat selalu, ko akan rasa gembira... ppl can see changes in me... dulu aku down, selalu nak marah, selalu nak emo-emo, but sekarang tak lagi dah...jiwa aku tenang sangat2 bila aku bertemu dengan Zamani. Tak pikir nak gaduh, tak pikir nak tahu dia kuar dengan siapa...memula je la gedik nak jeles bagai... lelama aku jadi percaya kat dia :)

Aku tak tahu when is the last time aku nangis... when i meet him... tak ada rasanya... aku tak rasa sangsi pun dengan Zamani padahal aku la kaki kuat pikir bukan2 dlm relationship... i never trust man in my life... wakakak.... sbb aku rasa sama je... tindakkan diorg banyak buat aku sangsi.

When chat dengan kawan aku ni... aku rasa Tuhan tu menguji... dan terus je kan rindu kat zamani... ahak! confirm dia terkujat, tetiba aku sms dia tadi... tell him how lucky i am to meet him, kawin dengan dia... walaupun dia bukan sempurna tapi dia melengkapi hidup aku...chewah

And i make the right choice to choose him...biasalah human tak semua sempurna... kadang2 suami ku ni emo jugak, kuat merajuk jugak... but so far he never hurt me, tidak secara mental, fizikal jauh sekali... biasalah merajuk manja,kan? laki korang pun gitu,kan?


Ermmm dah kul 520... he on the way to pick me up... tak sabar nak jumpa dia... thanks friend... perbincangan dan perbualan kita membuatkan aku terpikir sejenak... aku perlu menghargai hubungan ini... and kalau dulu aku boleh hidup tanpa lelaki... but i guess now... i really cant leave without him... kena ingat... BF tu takat pilihan je... tak suke ko boleh buang... bila jadi suami, tak suke kena bincang... oh itu nasihat Puan Suri... thanks darling... love you..

So jommm sama2 duduk... ingat balik kenapa kita kawin dengan pasangan kita... apa yang buat kita pilih dia tuk hidup bersama selamanya? So balik ni, sila lompat dan peluk suami or isteri anda yah...
To you my friend... be strong... ingat semua ni ujian... setiap org ada pasangan. And remember... memcintai bukan untuk di sakiti... gud luck and aku akan selalu doakan kebahagian kamu... hugzzz gurl friend





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Gud LUck Acu!

STICKY NOTE.... Sila ke bawah tuk entry baru...


Good Luck Graphics

Since SIL aku dah tahu kewujudan blog ni... me and Zamani nak wish Acu Gud Luck And All the best dlm final exam! Go Acu! Tinggal 10 hari je... than kamu dah balik for gud! and Along la paling happy sbb adik2 dia dah berkumpul semula...


So to Izzaty.... Gud luck! All the best ok!




Luv From Along and Kak long....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Cerita semalam

Hola!

Nak blogging jugak... gile aku,kan? Gila blog tak pa, jangan gila lain... tak tahu la lately suke bebenor nak menaip... maklumlah PC baru kat opis ni... jadi buat semuanya laju giloz... i like!

Ok semalam nak masak tapi niat terbatal sbb peyed pain yang macam haram! time lunch makanan tak terusik langsung, aku tibai air suam sbb tak tahan... sampai muntah2... so pada mulut puaka yang tak tahu aku PMS macam haram nak kata aku mengandung... sila jaga mulut anda yang bau longkang tu ok! Alhamdulilla kalau aku mengandungkan... so semalam agak frust jugak bila tetiba org wish congarate la... ada yang perli2 sbb tengok YM status aku, sakit nak muntah!

Lepas kul 2 dah teruk dah... tak senang duduk...

Kul 530 Zamani call cakap dia on the way from opis dia... so dah start merengek dah... cepat!!!! dah tak tahan dah ni...


So sampai umah terus baring... tah mana tah ubat synflex aku... last month baru je beli... Zamani selongkar semua laci cari ubat... sian suami saya... dah la tak makan lagi... aku lak tak tahan... so dia terus gi farmasi cari synflex tuk aku sbb lepas mandi, badan aku dah mula lemah + nak demam.... mmg macam palat!

Time macam ni rindu kat ibu... siap nangis2 ni call ibu... ibu gelak je... tetiba rindu nak balik sana... sbb kalau aku sengugut, confirm ibu dah siap2 tuang air panas dlm botol, than suruh aku letak kat perut... wahhhh syurgaaaa ooooo... mmg sedap gitukan???? air panas pun dah siap tepi katil... ubat pun ibu dah siap2 sedia, sbb anak2 dia kalau peyed pain mmg menyusahkan!

Tengok muke Zamani, mmg dah naik hangin dah... serba tak kena... semua dia hulur semua aku tolak... last2 tak tahu nak buat apa terus turun bawah... tak naik2... umah lak berserak... cukup aku tak leh nak tengok! Haizzzz.... lepas makan synflex... bole la bangun sikit...gosok baju and kemas dapur...sbb lepas tu mmg nak tido!!!! gue tak tahan!

Aku suruh Zamani makan luar... dia ajak aku, sblm aku pengsan kat kedai makan tu baik aku dok umah... 10 minit macam tu dia kata Mak ajak makan luar... seyes aku tak larat... so aku suruh dia gi sendiri... sekali lagi Zamani tanya nak apa-apa tuk tapau, aku tak nak... tak selera.

Than bila Zamani kuar, aku tido... heheh mengadakan tetiba je jadi takut kat umah sendiri... bodo punya kucing, tikus (what ever thing yang berlari2 kat atas bumbung tu).... menakutkan aku... so turun bawah... tengok koleksi DVD Zamani... terus bukak cerita CINTA PERTAMA... oklah cerita yang bosan membuatkan aku terlelap sampai akhir cerita aku tak faham... sbb aku membuta... ahak!

Sedar2 Zamani balik... dia pun terkujat asal aku tido bawah... and yang terharu bila dia kata Mak order nasik tuk aku sekali... pluss bekal mangga.... buat susah je,kan...

Barulah kesan ubat berjalan... and baru la boleh nak gurau2 gelak2 dengan suami ku tu... kalau tak... dia claim aku buat muke 'ketat'... sampai sekarang tak faham macammana tak 'ketat'kan muke... dah muke aku macam ni... dah kawin banyak lak komplen... than terus tengok DVD ayat-ayat cinta...

Muahahah tangkap syahdu memalam sampai kul 2 pagi.... Zamani lak biasalah dengan game manager dia... balik2 masuk umah, bukak lappy sambung main game... gasak la... janji depan mata,kan????

So pagi ni malas nak bangun gi kerja,tapi ku gagah jugak bila kenangkan banyak sangat benda atas meja... ermmm... ok nak sambung kerja...

Nota Kepala :-Yuhuuuuu Neena, Deqna, Suri, Hasra... plan ahad ni jadi ke tak? Zamani dah bagi kebenaran tuk bersuka ria dia luar bersama kalian semua... let me know yah!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, May 19, 2009

Zam and Cida junior

Tak lengahkan terus je buat entry ni... gara2 Puan Sue kita la...so aku pun excited la nak menerai... macammana muke Zam and Cida junior... muahahah gedikkan????

Tapi ni semua kerja manusia... veranggan je la ok tuk dpt muke macam ni... aku excited terlebih lak,kan... hahahah....

So this is our pic....


























And Zam and Cida junior will be.....


Cine habis... same je muke dengan anak si SUE.... cume diorg tukar mata je... ahak! Gune template yang sama kot... uhuhuuh.... 10 org buat, confirm sama je anak-anak kitakan? hahahah... tapi aku suke budak ni... comel...

Oh melalui gamba boleh jugak buat Face analyze... so my one...yang ni...

This woman is lax and tolerant with herself and others. An easygoing type, she puts up with just about anything.The novel approach is not for her since she likes stability and safety.

New things can end up freaking her out a bit, or at least make her feel confused and frustrated.She holds strong opinions and beliefs on just about everything, and has long ago decided what is good and what is bad.


She is an expert at seeing things in black and white. She tends to judge people and their actions, whether silently or aloud.She figures she can't afford to lose her temper or raise her voice when irritated. This would not be smart. So she tries to keep her feelings balanced.

This woman is a tough customer. She needs to feel total satisfaction with her what she buys; otherwise she is out the door.She tends to be intelligent, truthful, decisive and determined.She tries to act in a socially acceptable way in order to avoid critical remarks or putdowns. So she pays a lot of attention to clothes and the details of the latest fashion trends.


She welcomes new experiences, encounters and emotions.She takes her time evaluating the situation before making a major decision or starting a new business. (We're talking possibly 5-10 years.)She is thrifty and saves money. Marriage, home and family are very important priorities for her.


So korang rasa betul ke idok?!!

Mr Zamani punya lak... personalitinya

He is good-natured and hard-working. A known procrastinator, he often leaves things until tomorrow because it may take him a while to come to a decision.

The man is pretty conservative in his views; he likes a traditional, established lifestyle.This liberal, unconventional energetic man finds the "same old same old" a pretty boring alternative in life.He figures he can't afford to lose his temper or raise his voice when irritated. This would not be smart. So he tries to keep his feelings balanced.


This man is a tough customer. He needs to feel total satisfaction with his what he buys; otherwise he is out the door.He tends to be intelligent, truthful, decisive and determined.This sensitive man may take criticism to heart.


He takes things personally and can spend a lot of time suffering from this.An optimistic man, his strong, independent personality may be reflected in his music and clothing tastes.This man prefers to deal with what he knows: familiar circumstances, situations or work.He has a knack for repairing things around the house. He can be trustworthy, reliable and a good friend.

Mr Ana, Che Ta, Izatty, Suri... korang kenal Zamanikan... sila value sendiri.... betul ke idok? Me wife dia... ermmm rasa apa eh... biarlah rahsia... let me judge him sendiri ok!

Attractiveness.... oh ni nak perasan sendiri... bila lagi nak perasan... ahak!





Wakakaka... giler perasan la laki aku tukan.... kembang la segalanya... senyum2 kambing...ingat aku tak tahu? Ahak!


So kalau yang teringin nak buat tu... just go here ok!

Have fun semua....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tak jadi!

Ok aku banyak kerja pagi ni...gilo... date line minggu ni banyak... tapi tetap nak berblogkan?

Ok... semalam balik Zamani ambik... dia balik awal sikit... tepat kul 6 sampai opis... takpa aku tunggu setengah jam je ^-^... so balik singgah kedai beli tomato, santan kotak dengan kentang...

Sbb aku nak masak... ahak! naik syok lak masakkan? So balik je dengan tak tukar baju, aku terus berjuang dia dapur...

Tapi sayang... dan bengang! Rasa agak kurengggggggg!!!!!! Cis! Apa yang kurang eh? Call ibu, ibu cakap betul la semua bahan tu... pelik pelik...

Tapi yang buat aku semangat nak masak bila!!!!! Suami ku makan tanpa banyak bunyik! Yes dia cakap ada kurang tapi boleh baiki... siap dapat hugz and kiss kat pipi lagi, ... wahhhh semangat! Sila kekalkan eh tuk 10-20 tahun lagi... kalau tidak!!!! gi makan kat kedai mamak tu... kuikuikui.... aku berhenti masak... ahak!

So malam ni? Aku tanya Zamani... nak aku masak ke? Mana la tahu dia serik nak makan ke apakan... dia kata ok... so menu malam ni????

Nak try daging masak kicap pulak la.... than ayam goreng...suami ku tu suke bebenor makan ayam goreng... semalam ada baki ayam goreng... so ingat pagi ni kalau tak terusik nak buang je... tapi tengok kat singki ada pinggan kosong... ayam elek!

oklah nak buat kerja... gambar sebagai bukti? ermmm tak perlu kot... sbb aku malas! Cukup Zamani tahu aku masak... tengoklah kalau rajin aku snap la gambar...

Daaaaaaaaaaaaaaaaa....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Perbezaan buah dengan manusia...

Got this from my beras.... ngeh ngeh ngeh... gelak sakan aku kan kat opis ni... baca la...

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Jangan suka mendedah tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.



Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.



Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.



Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.



Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!






The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, May 18, 2009

Pestime Dinner ^-^

Balik PD, singgah Putrajaya umah ibu... sian ibu, bosan tak ada buat apa...TV tak ada, nak masak pun tak ada benda nak masak sbb ais box tak ada (time tu)... so menantu dia prihatin sblm gi umah ibu, gi beli lunch tuk mak mertua tuk... wahhhh syabas bete'! Confirm jadi menantu fav ni...uhuk! Sorry gamba tak ada time tu... miss my mom to much and aku dengan Zamani sampai je terus terlelap... hahah sungguh penat...

Bangun je terus gi batu 3...tp sebelum tu gi Giant beli iron board... uhuhu... dah dpt printah tuk gosok baju dah... ahak!

Dah beli iron board, and beli barang sikit tuk umah, so kitaorg gi umah Shah Alam...

Ah! I sangat nebes! Hahahahah.... bak kata suami ku "Tengkorak hang nak nebes..."

Cis! Suamiku.... sungguh kurang ajar bahasa kamu,kan... hahahah nasib baik dia cepat2 cium dahi aku, tanda dia gurau...kalau tak! Awas kamu! Tapi mesti la nebes... waktu tunang2 dulu ambik je... nak makan pun segan2... takut menyusahkan semua...

Sekarang dah jadi isteri... lain la... apa daaaaa itu pun tak faham ke suami ku? Tapi mak dan abak mmg best.... hua hua hua... macam2 soalan mak dengan abak tanya... yang utama....

"Senang nak kejut Zamani tido?" Wakakakak.... Laki ku kamu bikin bini mu malu dahhh... susah kan nak bangun???

Mak masak sodap... hingga menjilat kaki ooooo.... nasib baik belum sanding... adehhh semput nak jaga badan da!padan la anak mak yang sorg ni nak makan umah mak je... ambik masa 10 tahun nak rasa sama macam masakan mak dia ni... tahap hebatla... aku??? aku tahap nak buat bubur... masak bukan minat utama aku.... hahah blogging...kalau blogging boleh mengeyangkan... waaaaaa confirm Zamani gemukz,kan??

Adeh memalu lak... sebelum tu dia pandang camera. Haizzz.... ni adik Zamani... along dah kawin masing2 rindu dia eh... kalau rindu dia, meh dtg klang... tak ada org pun... Zamani pun without them dia jadi mati kutu... sian dia... kebosanan dengan aku je 24 hourskan?

Abaikan laki aku tu.... eshhhhh org nak ambik dia bebual dengan abak dengan Fifi... tak leh dok diam... jadi Aliya lak... hahahah...

MIL dengan Aisyah... Aisyah tetiba je jadi malu2... tak mo nak ambik gambar.... main bunga...

Aisyah and Aliya... besama ultraman pak long yang di beri nama ultraman Yati....wakakak... aku mgg gelak la...ultraman tu aku beli tuk Zamani time dia balik dr Peneng... konon welcome home ar... ahak! Poyo.... tapi biarlahkan....cinta maaaaaaa....

Zamani dengan puteri-puteri kesayangan dia...

With Aliya ^_^

Ni Acu dengan Aliya... Ni adik bongsu Zamani... cantikkan ? Sori taken already... heheheh... habis dia kena dengan abang2 dia... termasuk laki aku... menyakat je...sbb dia yang bongsu plusss the only doter in the family...so bila dia balik tu, semua happy... and mmg kecoh la time makan... sori eh Zaty akak hanya boleh tolong gelak je... sbb abang2 mu semua mmg kuat menyakat and akak suke gelak sama... hahahah...sekarang dia nak final exam... so gud luck sis! Nanti see you lepas 28 nanti ok... boleh hang out shopping sama2, may be? atau double date dengan alongs mu.... ahak! larikkksss....

And menu tuk ari tu, ayam sambal, sup ayam or sup Aisyah, Ketam masak kari... ok lepas makan aku main dengan Aliya and Aisyah.... kul 10 Zamani ajak balik sbb dia tahu bini dia ada shiff malam basuh baju plusss baju kerja dia kena gosok!

Mak masak mmg best! Zamani suruh aku berguru dengan mak... i no problem... heheheh... mungkin mak boleh bukak kelas masak tuk menantu2 dia.... hahah so che ta? wanna join? May be Cik Aisyah boleh jadi setiausaha... And Aliya since nak pandai cakap dia boleh jadi pengerusi majlis. Ahak!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Hanimun day 3 part 3

Tak habis la... hahah... kata 3 hari 2 malam... apa barang satu hari lagi? Erm... last day tu tak buat apa-apa...sbb cek out kul 12 tengahari... so aktiviti pagi tu brekpes je la...

Macam biasa, Zamani payah bebenor nak bangun... kencing manis akak ok!

Lena betul suami saya tu kan? Second day pun sama je... cuci muke, gosok gigi... than gi sarapan pagi

Sambil tunggu suami ku tu siap... posing dulu... saje je nak tunjuk inai di jari ilang sudah... hanya di kuku sahaja...

Sambil2 tunggu tu, kemas apa yang patut... sila percaya aku kemas ok... hambik ko! Selama ni terasa sangat di manjakan sbb semua dah tersedia... tapi sekarang???? non ado... Zamani sekarang tunjuk2 je apa dia nak... aku ler kena buat.... terasa di zalimi... hehehe.... gurau jo... kata nak jadi isteri yang baik... kena nak buat... bluek bluek bluek....

Ada satu insiden telah berlaku... waaahhh sangat takut ok... Zamani lepas je cuci muke and berus gigi, dia boleh sambung tido balik... aku dah naik hangin da... actually dia bukan la tido betul, memain je... tapi aku jadi sakit hati... siapa tak sakit hatikan? So aku terus cakap.... "Tido je la... ayang gi sendiri... bye..." Zamani dah jerit panggil aku tapi aku main kuar je tunggu depan bilik...nak gurau je konon -konon. Sekali tu dia maraaaa daaaa....

Mmg takut giler ok... first time dia marah... aku lak gedikan konon nak buat suprise la... snap gambar dia, waaaa Zamani sudah tertukar menjadi ijau mude.... nak jatuh camera kat tangan aku... hua hua hua... meh aku ajar, kita kena buat muke sedih... so i did that... nasib dia senyum balik plusssss mud pengantin baru tu adakan? so nasib dia minta maaf... heheh... nasib baik oooooo....

Kalau tak, confirm muke ku muncung seminggu kan? *wink wink*

Dapat extra service lagi... heheheh rasa bersalah sbb termarah aku..bluek! Actually salah aku pun, tapi geram tak kalau berkali2 kejut tak bangun?so jalan terbaik tu je la,kan... tapi dia marah lak... nasib baik aku depan pintu bilik je... kalau aku jalan sendiri, mak aiii rasa dia buat apa?

Brekpes tuk aku.... sayang dia! muakssssss

Brekpes suami ku...
Sambil sarapan sambil baca paper... kewajipan bagi Zamani...*wink*

After sarapan, balik bilik...continue packing... tak semangat oooo nak balik sbb best bangat!

Bole la pulak nak balik baju nan ado... adalah tapi kurang sesuai sbb nak balik umah MIL ambik barang Zamani... jadi mengambil kesempatan tuk beli baju... tahu di mana? The store! giler lama ok aku tak jejak kaki ke the store... kira tu la pasaraya terhebat! Heheheh.... kira bole la... penuh sabar si zamani menemani plus pilihkan baju dan seluar tuk aku.... yah outfitt yang terbaik dr ladang... hua hua hua.

Ok layan gambar tuk kali terakir di Avillion.....




Love this pic and love this guy 4ever! Muakasss....

Ok... jom balik... nanti next year bawak ayang kat sini lagi ok....itu je cerita hanimun kami... daaaaa semua ;-*



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, May 16, 2009

Keciwa!

Hari ni sabtu... malas tul nak gi kerja... nasib baik suamiku sangup nak menghantar gi kerja... suci je...ari ni nan ado sarapan... bangun lewat... tak la lewat mana... macam biasa je... tak sempat nak buat sarapan... Zamani pun tak kisah... dia darhagakan kasih sayang kat mamak tu... muahah...

Sampai opis punch card... aku suruh Zamani orderkan aku bihun goreng and milo ais... than aku naik tuk punch card and on kan PC...

Turun2... aku tengok bihun dengan telo mata yang lembek2 tu... adehhhhh suami ku... 5 bulan kawan, tiap hari jumpa, masih lagi tak reti apa yang aku suke ke?

Aku :- I ada bagi tahu ke nak telo mata
Zamani :- Asal? makan je la...
Aku :- Ada tak?
Zamani :- Tak ada... napa tak makan ke?

Frust tul! Whyyyyyyy guy tak sensitif macam perempuan eh.... oklah tak pa, hal kecik je... tak makan letak je tepi... tapi telo kuning tu pecah!!!! membasahi bihun aku.... terus darah menyirap! cancel la nak makan....tapi tak la cakap dengan suami aku tukan... mau dia mengamuk kat situ....tapi nasib baik dia sedar isterinya mara... kalau tu buat tak tahu jugak... tak tahu nak kata apa la....

Rasa2 kalau aku suruh dia list apa yang aku suke dengan apa yang aku tak suke... rasa2 dia berjaya tak?!! ngeh ngeh ngeh...

Ok bukan isu besar pun... kecewa sikit je... tengok muke aku nak hijau hijau sikit... dia terus orderkan aku yang baru... dan dia habiskan bihun aku tu... hahahah yer!!!! saya mmg very the manja...janju saya tak manja dengan laki korang sudah...hua hua hua...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Karangan terbaik

Enjoy reading... sungguh lawak... aku cilok dr FB si Suri... hampeh mu tak tag aku dengan benda macam ni... aku rasa nak tampo je kalau anak aku yang buat... ikut perangai bapak ko 100%! imiginasi kuat! chewah! En Zamani, take note... jangan dok ajar anak or anak buah yang bukan2... sbb ini yang diorg tulis tuk karangan sekolah.... hahaha

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.


Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.



Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.



Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.



Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter..


Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.



Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.


Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Aku rasa tajuk karangan ni Kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat... agak2 time Zamani sekolah, dia buat tak karangan se-cretive budak ni? .... hahah very the lawak! tapi seyes la budak2 sekarang, kalau la karangan ni di tulis oleh anak buah aku... aku pun tak tahu nak marah ke tak,kan kan kan...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-