Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, May 26, 2009

Sharing is caring!

Sesungguhnya beras ku mmg rajin fowardkan email yang berinfo,lawak kat aku,kan?! banyak yang dia hantar, but just ambik yang penting tuk di kongsi bersama...

Yang nak kongsi sila baca... agak panjang but tak rugi kalau kita baca pun sekadar pengetahuan... yang rasa bosan than skip... tunggu next entry...alrite babeh!

Actually ramai yang terlepas pandang benda ni... ada khimah kenapa Allah melarang dan membenarkan benda2 ni semua...jadi tahu tahukan la diri anda semua yah.... selamat membaca dan mencube... wakakakaka



WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

**adeh gue tak pasti sama ada makan benda2 ni ke tak.... haizzzz....

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna . Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran . Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."


4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ->iaitu anak."


6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."


7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."


12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

Ada lagi....panjang... tapi aku hanya paste yang mana penting la yer...

ANJURAN BERJIMA'

1. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

2. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."


3. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa,Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammadaar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

4. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

5. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

6. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa danpetah."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,masyhor dan alim."

8. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."...
Bergune tak informasi ni?! Sometime kita terlalu sangat mengikut cara barat...baru aku tahu ia memberi kesan ada anak kelak...harap2 minta jauh dari segala yang tak baik... dan berdoalah semoga kita, suami dan anak2 di berkati.... amin

Ada yang confuse selain si rayyan ni? wakakaka... mak dia, si fidah bila call tanya aku bila nak bagi anak dia cozen! wahhhh main order nampak...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Bersama Naufal dan Nazmi

Bila bateri Naufal dan Nazmi dah recharge, diorg jadi sangat active... kalau nenek aku ada confirm dia menjerit2 sbb budak2 ni main bola dlm umah... tapi kitaorg semua tak kisah... cume tak selesa la...nama pun budakkan?? kalau main, semua diorg nak redah!

So pak long dengan baik atinya mengajak Naufal dan Nazmi turun ke bawah. Luas sikit diorang nak main...Naufal anak yang baik, siap minta kebenaran dr mak dia nak ikut pak long and mak long.


Yahhhh pak long membantu anak-anak buah dia memakai kasut...suke mak long....

Bukan mudah nak jaga budak2 selasak Naufal dan Nazmi... tapi bagus... lasak diorg pun, diorg dengar kata.... bagussss...senang keja mak long!


Muka happy nazmi

Muke happy Naufal


Pengawasan perlu tuk kanak2 selincah diorg... nak panjat je... mata tak leh nak lepas dari diorg, sbb tahu2 diorg dah buat aksi2 terlampau.... ni pak long la mengajor!

Tetiba je aku terasa nak anak sendiri ^-^...ok tak?! Terlalu awal eh korang rasa?

Lepas main play ground, diorg ajak main bola pulak... somput mak long yanggg oiiiii.... pak long macam biasa la... dok memerhati je macam manager...

Ok layan gambar kami yo....

Seyes... budak2 sekarang pun dah pandai bergaya bila ambik gambar....

Gambar mak long dengan pak long mmg wajibkan? kan? kan?

Ok... selagi tak ajak balik, selagi tu la diorg nak main lagi... giler kentang tul stamina bebudak ni... pancit aku nak kejar sorg2...tapi macam aku cakap diorg ni dengar cakap.... tak banyak bunyik terus je naik atas.

Nazmi yang keletihan, sampai nak jalan pun tak larat... minta di dukung...

Nazmi nak main lagi la pak longggggg... muke letih je... confirm naik terus tido.

Naik je terus cari air... sian diorg... kuikuikui

Apa-apa pun mmg best dengan diorg ni... mak long pun rasa nak tido je lepas mandi... tapi Pak cik Hery mau belanja tengok wayang... vah vah.... tapi rite after that Zamani received call dari mak... diorg kat putrajaya tuk makan malam.... so kita org gi jumpa diorg kat precient 14...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Oh! terkembang suda...

Salammmmm....wah tetiba mud ku gumbira segumbiranya!


Sbb???? Korang ni best ar...lap you all la! Aku selalu ingat blog aku ni tak syokkk... maklumlah acik selalu merapu je... rasa nak tulis je aku tulis...seyes aku mmg tak pandai nak berkata-kata, tapi aku hanya pandai menulis... nak luahkan isi hati kat Zamani pun susah ok... percaya tak? Kalau kata i love you pun kalau boleh tak nak pandang muke... alahaiiii menyampah! Zamani lagi la.... laki aku tu kalau bercakap, jiran sebelah umah pun dengar...cube kalau aku cakap "B... love you...." Dia jawab? selagi boleh dia tak mo semut dengar... kuikuikui.


That y enty aku ni banyak sangat cerita... sbb aku ni kalau nak ikut very the pendiam... so tulis je la... tapi time sekolah dulu awatla aku bencik karangan ha?! che che wa!


Asal aku happy...


Sbb semalam ada reader komen dia suke baca blog aku... aisemen! Terharu la pulak bila dia kata hubby dia pun suke baca blog aku.... alamak! Lelaki masuk secret of chamber?!!! yang aku tahu Zamani je la yang dok folo perkembangan binik dia... tak pa...layannnn... so aku pun masuk la dlm blog minah ni...lagu dlm blog dia best ooooo.... so layan... baca entry-entry dia... sis anna... oh tak ada kena mengena dengan Ana NorZamani family yah... kalau kamu tak kisah, besarkan font bole? akak ni dah tahap rabun jin dah... tapi dlm membaca...ku terbaca dialong antara miss Anna dengan hubby dia... ahak!


Nampak tak? Blog Sis Sukicida tu romentik... wahhh kembang semangkuk sudah...


Terima kasih yer... teruslah bagi sokongan membaca... aku paling takut kalau ada org kritik blog akukan... yer la... takut ada yang busan pulak... tapi macam aku cakap la... if u dont like than stop reading sbb aku menulis tuk tatapan aku sendiri... sambil2 tu bagi suami aku tu infomasi sikit, sbbnya aku suke diam kalau aku tak puas hati...


Terima kasihlah Anna... nak link ur blog tak leh lak... blogger ni! Tampo jugak laju2...apa hal pun tak tahu... http://whisperingmoment.blogspot.com


Pada silence reader... jangan la baca je... tinggalkan jejak... boleh kenal2... tapi nak tinggal jejak nak buat aku sedih2, sakit-sakit baik jangan... aku fire kang!nak? nak?

Oh tak lupa pada ikhmar! thanks alot yer on entry cik gu herry tu... akak sendiri tak buat that entry lagi... heheheh... thanks yah...nnti minta cik gu hery belanja ais kerim ok!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, May 25, 2009

Nasihat lagi....

Friday lepak umah MIL... duduk2 sambil cerita... suami aku dah siang2 masuk dapur cari nasik... adehhhh malu sungguhkan! suami siapa ni? Gelojoh masuk dapur, aku nak hidangkan pun tak sempat. Macam tikus masuk dapur! Nampak sangat im not gud wife,kan... hepppppp! tapi mmg tak nafi la, MIL masak sedap... Zamani dr umah dah hangin sbb im to slow mengemas sblm gerak umah MIL...

Aku hanya hidangkan nuget and kentang goreng je tuk dia sementara nak tunggu aku habis basuh baju dan mengemas... so dia dok diam2 sambil tengok TV...

Zamani dah sampai umah mak, dia pandai bawak diri, so dia biarkan aku bual dengan mak... sambil2 tu aku tolong buat kotak berkat... wahhh tak sabar nak naik pelamin... lalalalala....

Sambil berbual dengan mak, mak sentuh isu pasal sumeone... aku dengar and yet hati aku rasa marah sangat bila dengar cerita mak... ada jugak isteri macam tu... tapi aku siapa nak menilai org...sama dengan je... but apa pun aku rasa didikan umah tu penting la...

Kisah rumahtangga ni kalau nak ikut macam2... dan apa yang MIl cerita tu aku ingat kat TV je jadi... rupanya reality... perempuan mata duitan... tak kisah la... aku pun mata duitan jugak... but diorg ni tak rasa ke tanggungjawab? mengunakan org (keluarga si suami) tuk kepentingan diri. Nak hidup mewah, ambik jalan mudah pluss menyekutukan Allah lagi dengan gunekan ilmu itam.

That gurl mmg tak takut dosa... dan mak ayah dia pun acting like org bodo dengan masuk campur hal rumahtangga anak dia... aku bersyukur ibu dengan ayah jenis yang tak sibuk nak campur urusan rumahtangga anak2... selagi tak ada kesan lebam atau luka kat badan anak2, ibu cakap selagi itu dia tak akan masuk campur... which is memula aku ingat ibu dah tak sayang aku lagi dah... bila ini berlaku, membuka mata aku sedar bahawa tanggungjawab mereka dah pun berakhir...

But anyway kalau org berniat jahat ni selalu tak akan kekal plan dia tu... kau nak kenakan org baik so mmg sia2 la... now she using the baby tuk dptkan duit... siap nak saman si suami sbb tak jalankan tanggungjawab sebagai seorg suami...kesian si ayah... walaupun dia rasa sayang anak dia, dia terpaksa lupakan bila melihat apa juga yang si mak ni buat bersama atuk nenek dia semata2 nak duit tuk diri dia sendiri... sanggup dia beranak, than gunekan anak tu tuk ambik keuntungan dr keluarga si suami ni...

Tetiba aku terpikir, di mana ati dan perasaan dia sebagai seorg isteri dan jugak ibu?


Waktu akad nikah aku ari tu, aku rasa sangat bersyukur dan aku nekad nak bukak buku baru... aku tahu aku bukan baik... tapi bukan baik tu tak bermakna saya murah yer kawan2... so nasihatkan pada siapa yang rasa tak puas nak enjoy... korang puas2kan diri tuk enjoy yer... kalau tak ini la jadinya... tak gune akal... baik mati je dr nak conteng dosa kat muke ko dan seluruh ahli keluarga kau ok! Kalau adik aku, dah lama aku pijak! haiyak haiyak haiyak!

Bila balik dr umah Mak... aku insap sekejap... looking at zamani's face while he sleeping make me promise myself and pray jangan la ada sifat dengki kat ipar duai, beras biras or mertua...pluss aku tak nak buat dia sakit kepala atau susah ati, sbb aku tahu Zamani banyak tempuh dugaan yang berat2 before dia jumpa aku...im not saying im gud! But so far setiap kali tengok dia gelak, senyum, MENYAKAT aku. Aku dah cukup puas ati... Zamani is bad temper ok kawan-kawan... tapi percaya tak suami aku tu since kitaorg tunang aku jarang sekali tengok dia marah macam dulu... ahak! sama ada dia gembira dengan aku atau dia lebih takut aku... kuikuikui... sebab everytime dia mula nak marah, beta akan besarkan mata... muahaha buat dia gelak tak jadi marah...
Anyway, dlm family aku pun ada je dlm family aku yang bersifat macam tu... coz aku bersyukur sbb Allah tu temukan aku dengan Zamani yang punya ikatan kekeluargaan yang kuat... sbb kalau dia bermula dengan family yang penyayang dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain, insya Allah, dia jugak akan membentuk keluarga sendiri yang penuh dengan ciri-ciri tu...

Bukan senang aku nak kawin ok!!!! makan hati berulam jantung, sakit kencing manis, darah
tinggi semuanya ada...sori akak ni emo sikit...hal2 macam ni kadang2 bermain kat kepala walaupun kisah org lain tak ada kena mengena dengan hidup aku... but aku tahu mak cerita kat aku pun sbb dia tak nak anak menantu dia ulangi kesilapan yang sama macam apa yang telah berlaku. And aku pun tak nak benda tu terjadi antara aku dengan Zamani as well...


Apa yang aku dan dia cube lakukan ialah memuaskan hati dua org keluarga... macammana dia jaga hati keluarga aku, aku kena buat benda yang sama... itu yang ibu ajar kat aku first time aku kata nak tawin... it not ez... mesti ada je yang kecik ati... benda tu tak leh nak lari la... but kalau boleh minimize la benda2 ni... jangan jadi berat sebelah...


Semalam lepak dengan Hery dan Zamani give his view... kitaorg bincang pasal isu ni la...cik gu herry sejak dah ada kerja yang menjamin masa depan ni, dia mula la berpikiran positive...

"Isteri mmg la kena ikut suami, benda tu mmg harus dan wajib, tapi suami jangan la take advantage on that nak gi sebelah dia je... " Aku terus macam terharu... wahhh baik sungguh suami aku,kan...nasib baik kat kedai makan, kalau tak, wa da kasik hadiah dah... *wink wink*. Banyak benda yang berlaku kat sekeliling kita yang kita tak sedar... me and Zamani try to take it as guide line...

Ok aku tahu aku baru kawin... tak layak nak bagi nasihat... but pikir la ok... yang mana kawin semata2 niat nak senang tu, tak payah la...semua org nak hidup senang... tapi korang bahagia ke hidup atas kesusahan, kesengsaraan org lain?

i told Zamani, sometime manusia ni tak sedar apa yang dia lakukan tu salah... and if i did wrong, jangan diam... kalau dia dengar bunyik yang tak sedap di dengar dari siapa pun tentang aku, juga jangan diam... let me know in nice way la... kalau terjah kata "Eh ayang! diet la weiii, badan ayang macam badak... buat malu b je..." Mmg aku smack down!

Selagi kita bernama manusia... kita takkan pernah sempurna... kena ingat tu... and sori la kalau ada org yang ingat aku ni pandai berkata je... baru kawin dua minggu tak sampai sebulan dah nak nasihat. Actually benda ni sebenarnya keep bothering me since MIL cerita that day... nak blogging pasal ni, tak tersusun lak ayat sbb Zamani dok kacau aku je... tunggang langgang ayat aku jadi...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Salah siapa sekarang?!!!

Syialkannnnnn.... adehhh aku rasa nak mengamuk je ni!!!!

Silap aku aku ke?! macammana la pulak aku nak mengadap bos aku ni? Gara2 salah mangkuk ni.... Borang CP 204, angaran tax peryear is 3,000 so installment for 12 month is RM 250... so si badigol ni bagi aku installment payment schedule is RM 200 permonth... so kurang RM 50...

Pastu nak buat macammana? aku pun tak perasannnnnn.... adehhhh

Nak mengadap bos nak bagi tahu salah siapa? aku sbb tak perasan ke? Senang je dia cakap...

"Oh bayar je la yang terkurang tu... apa susah... isu cek termasuk yang terkurang tu..."

What the Fcuk la! Your money is it?!!!!!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

LIV , MU = Chelsea???? Tak sesuai!

Sorang penyokong kuat Liverpool, sorang penyokong kuat MU.... dan yang pasti penyokong kuat chelsea tu si Marina...

Tapi dua2 ni mengunakan pendekatan nak trik perhatian budak2 ni dengan bukak macam2 cerita... sorg bukak ipin and upin, sorg bukak ultraman... so diorg jadi confuse... mana satu nak pergi ni... Pak cik Herry bukak cerita upin ipin... Pak long bukak Ultraman... arggg confuse ooooo....terlari2 budak ni... jahat sungguh Cik herry dengan pak long ok!

Cik hery berjaya pancing Naufal...


Pak long berjaya menambat hati Nazmi....

Masing2 nak tunjuk power la.... kuikuikui.... tapi budak-budak ni siang2 dah pakai jersy ni...

Dapat anda teka????


Close up sikit!

Sungguh tak sesuai!

Kata bapak dia... baju ni di beli oleh org... so pakai je la... org dah bagi... wahhhh kalau gitu tunggu akan ku cari jersi LIV tuk diorg... kuikuikui... walaupun Abang Nizam penyokong MU....

Kecik2 dah tunjuk minat...kuikukui....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Weekend @ putrajaya

Hujung minggu lepak Putrajaya... Thanks to Zamani... muaks muaks kat dia kerana nak juga stay umah mak aku selama 3 hari... suci sungguh! kekalkan yer sayang...

Hari sabtu aku tak kerja... terima kasih kepada TNB sbb nak buat selengara dr kul 10- 6 ptg... maka opis tutup... plan awal nak tido Shah Alam on friday nite...tapi ibu mertua ku ada hal, maka kami dtg lepak je... bila Zamani kata tak perlu tido Shah Alam... aku pancing dia... ehem ehem...goda sikit lebih kurang... lentok sana sini...apa lagi lemah la tu! Okkkkk lepas gi umah mak... tido la umah mak eden....

Takut jugak...lama tu 3 hari hari... sbb ahad pun tido sbb ayah gi Johor... so nak anta didi gi sekolah... Zamani main setuju je... tak pikir pun terus cakap, kita anta didi gi sekolah pagi tu baru balik klang.... wahhhh gitu! abang ipo yang prihatin...

Jumaat sampai je tengok kereta kak ina ada... cis perempuan ni... dia pun dtg sama???? oklah tu... dia tu nama je sepupu aku, tapi wajib bagi dia sebulan sekali mesti dtg umah aku...dtg menyemak umah ibu kan... heheheh...jangan mara eh Marina! Tapi tak pa... sekurang2nya diorg ni tahu la diorg sayang mak aku... kesian jugak tengok ibu ayah... ada cucu pun mak bapak bz... so anak2 sepupu aku je la rapat dengan diorg... uhuk! tak pa eh ibu... anak along tiap2 minggu along post sana! uhuhuhu....

Hari Sabtu... ambik cikgu Hery di KLIA.... yahhhh my bro sudah pulang... ni pun sama, nak lepak putrajaya dulu... kuikuikui...so jejak kasih la dengan si Marina kat umah aku...


welcome home cik herry!

Gambar sendiri mestilah wajib!

Hubby's Hand... bz dengan game manager football dia...

Org cuti2 bervanja-vanja dengan isteri, dia tetap dengan game dia... tak pa giler game ok... jangan giler lain... aku naik giler kang!

Than lepas tu Abang Nizam call pulak... sajer nak dtg melawat umah baru ibu kat putrajaya... Zamani dengar Naufal dengan Nazmi nak dtg... hapy la... dia mmg minat sangat2 layan dua org tu... ahak! dia kata budak2 tu buas! And dia suke budak2 yang lasak macam diorg... mmg mati aku!Kenapa???? Anak org oklah... anak sendiri mau semput akukan... heheh sbb tu mak ayah naufal dengan nazmi, badan maintain jo.... satu latihan yang baik!

Nazmi yang macam tak bermaya je... kelakor... dia tak kelip mata pun sbb malu... pluss dia baru bangun tido... so bateri tak active lagi.


Mak long bual dengan ko pun, ko tak jawab eh mi!!!!

Si abang pun tak mo berbual... senyap je...

Tapi pak longkan juara pujuk ati budak2... sekelip mata je bila diorg dengar lagu ultraman, dua dua tak tentu arah nak tengok apa yang ada kat lappy tu... terutama si Nazmi... tersear terus dr kemurungan....

Obses dengan ultraman Dyna.

Comel je kan???? Pak long nak tengok ultraman lagi.... kuikuikui...layannnn

Cik gu herry mengunakan pendekatan yang dia sebagai seorg guru, mengambil perhatian budak-budak ni


Ok perbincangan adik beradik... walaupun tak cukup koremkan? Tak pa.. yang pasti aku happy... ibu and ayah pun happy bila anak2 buah pun berkumpul sama.

Macam aku, aik beradik tak ramai.... tapi yang membuatkan kemeriahan tu bila sepupu2 aku dtg umah... and kak ina being such wonderful person more than cozen sister to me... dah macam adik beradik... ibu dengan ayah pun kalau diorg tak dtg dag tercari-cari... that why amira dengan amirin rapat dengan family aku...

Cuti sekolah nak dekat.... kak ina???? tak posting anak2 mung ke sini?!!! hehehehe

Hubby pun nampak happy je tak kekok nak bawak diri... i like! kuikuikui



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, May 22, 2009

Another foward email.... jom kongsi!

oh berasku begitu rajin memfoward email2 kepada aku... so ni sangat menarik perhatian hambo tuk berkongsi...

Since entry yang aku tulis lately mendapat sambutan... aku rasa boleh sesiapa boleh baca ni... ingat para ibu, isteri, gurlfriend, tunangan ke apa jua... sila anggap diri anda berharga... sbb lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan... kuikuikui... sori but ini reality... sama ada diorg tak leh nak hidup tanpa seorg isteri mahupun seorg ibu... antara dua tu la...

So to my dear friend... baca ni... it true! Dan ini yang aku maksudkan...since ko terlalu baik tuk dia... dia akan sedar kehilangan kamu juga... so biarkan dia rasa kesunyian itu... bila dia rasa dia akan berubah... aku tak suruh kau tinggalkan dia jauh... sbb aku tahu... cinta maaaa... kalau ko suruh aku tinggalkan Zamani pun aku tak sanggup... but pls pls pls... bagi dia hormat kamu sikit... kalau bukan sebagai kekasih, but biarlah dia hormat kita sebagai seorg perempuan... aku jugak tabit la, even aku seorg isteri aku tak mampu lagi nak uruskan suami aku macammana ko buat bertahun2.... and kalau Zamani tak hargai aku macammana dia (BF mu) buat... tell you, i will report this to his mother... wakakaka gurau je... tu je la senjata akukan? Kihkihkih...

So to all ladies... sila baca... yang lelaki... sila melopong dan agree la walaupun tak 100%...jangan tipu, 70% tu pun korang agree,kan kan kan... yang tak agree tu... aku rasa korang ni monyet... muahahah dok utan sana... tarzen pun sayang mak angkat, yang beruk tu... bluek!

Sila la fwd kat hubby masing2...

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang- camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinkipenuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.


Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu..

"tak lah" jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya

"wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI......."


Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak (Statement puaka adalak pontianak) Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!.

It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4,rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite,very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..


So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheartkita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums.

And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulahbaru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyerirumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup nitak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Dengar tu? heheh bukan aku nak cerita keburukan org... mungkin ada korang meluat la dengar... macam cik suri kita... aku boleh lihat macammana husband dia tak boleh hidup kalau dia tak ada... nampak je dia macam tu, tapi aku sendiri tak tahu bole ke tak buat macam dia... ikut je mana jugak suami dia pergi and the best thing bila kau dengar diorg bual... ah sangat manja... aku yang baru kawin seminggu dengan Zamani pun tak cakap macammana sue dan kerry bual ok... waktu malam nikah aku, sue lepak umah aku dan buat aku tersenyum bila kerry call cakap dia tak leh nak tido sbb sue tak ada nak bobok dia???? ha! amacam? ada yang geli? aku rasa susah ooo nak kekalkan hubungan yang lama macam tu... kan kan kan? Puan Sue kita dah kawin 5 year... tapi bual macam tu. Bole tak korang buat rasa2? Syok je dengar ok... kalau korang tengok blog dia pun, korang akan tahu betapa dia memanjakan suaminya itu....

As for me lak... terbalik... Zamani memanjakan aku... kuikuikui...dia akan pastikan aku dah tido baru dia kuar buat kerja dia kat bawah ke, kat luar ke, mana-mana la. So bila dia tak ada, balik lambat, kalau aku terjaga dia tak ada... sesuatu... jeng jeng jeng... korg pun gitukan?

So pada kawan ku... usahlah kamu gundah gulana... no matter what u must have faith and biarkan dia dia hargai kamu... since ko banyak buat kerja2 tuk dia... masak, basuh baju, kemas umah dia semua, tanpa ko aku rasa dia akan terasa... dan aku nak mamat tu rasa ketiadaan ko... bukan ko rasa ketiadaan dia... kalau aku jadi kau... ermmm lepak siot! kemas rumah sendiri lagi bagus... perlu ke kalau org tak hargai apa yang kita buat?

Panjang lak entry aku ni... korang pikirlah... foward dan paksa suami2 anda tuk baca artikel ni ok!Kasi diorg bukak mata sikit....


Luv this pic... muahahahah... halal maaaa...nak muntah? silakan ke bilir air... adios!

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-