Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 17, 2009

mencari yang sempura????

Gua cilok ni dari Che ta punyer blog eh

Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa......
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......

Setiap manusia melakukan kesilapan... sorg pun tidak terkecuali... siapa kita untuk menilainya? Aku akui untuk memahami dan mengenali hati budi seseorg tu memerlukan masa yang agak lama...apa la sangat hubungan yang terbina antara aku dan dia... tapi aku percaya dia milik ku... apa pun jua tugas ku sebagai seorg isteri untuk berada di sisinya, sama ada susah mau pun senang... itu amanah yang di berikan...di mata ku dia adalah ketua, dia la pemimpin... dan tugas ku bukan memaafkan suami ku setiap kali melakukan kesilapan...

Aku tahu ada di kalangan kalian mencebik mendengar cerita yang di anggap dongeng antara aku dan dia... terserah... aku tidak pernah menghalang kalian membuat andaian walaupun kalian lebih lama mengenalinya... but he complete me... walaupun dia tak sempurna...

Aku tidak pernah menyesal... bahkan sebagai isteri aku perlu percaya dengan keluarga yang aku bina... aku tahu aku tidak membuat keputusan yang salah dengan memilih dia sebagai seorg suami, kerana aku yakin dia untuk ku... sebelum aku kenali dia, tiap malam aku berdoa... aku bangun mengadu nasib pada Allah... temuikan aku seorg lelaki yang boleh membahagiakan diri ku... dia tak perlu kaya... dia tak perlu kacak... dia tak perlu sempurna... aku hanya perlukan seorg lelaki yang memahami, yang boleh hidup susah senang dengan ku... cukup! hanya itu... sbb apa yang aku lalui hanya duka dan kesedihan... ibu dan adik2 tempat aku mengadu bila dalam kesusahan...

Hadirnya dia dalam hidup ku memberi harapan yang baru... Allah perkenankan setiap doa ku... dia bukan seorg yang kaya... dia jugak hanya kacak DI MATA ku... dia jugak manusia yang sering melakukan kesilapan... dan dia sentiasa di sisi ku terutamanya bila aku dlm kesusahan... so bila dia di timpa masalah perlukah aku menghukumnya? Perlukan aku menilai dia sedangkan seorg isteri tak sepatutnya simpan rasa curiga terhadap suaminya... aku akui aku juga perempuan yang lemah... tak lepas dr sifat cemburu dan sakit hati... biar apa pun kesilapan yang dia telah lakukan... aku tak layak menghukum dia kerana dia SUAMI Ku...

Yup...aku bole la di kategori sosial... bak kata org kampung aku kat melaka tu... tak bermoral punya perempuan... tapi aku tahu batas2 sebagai seorg islam... aku tak kata aku baik... solat pun ada yang tinggal... kalau bercinta dulu aku sering keras kepala... tapi aku tanamkan satu je... dia bukan suami ku... apa hal nak dengar lak cakap dia... aku tak pakai duit dia, aku tak mintak pun duit dia... dan aku tak perlu kesenangan dari org lain... so why should i listen to him anyway???

Aku selalu kagum dengan ibu... full housewife... dan aku tak pernah dengar dia merungut ataupun curiga dengan ayah... sedangkan ayah segak, selalu nak nampak mude... keluar outstation berhari-hari, berminggu-minggu... tak pernah aku mendengar dia rungut dan tuduh ayah berlaku curang... dan aku menyimpan hasrat satu hari nanti... aku boleh curiga dengan semua lelaki... tapi bukan dengan suami sendiri.. but it not ez ok... bukan senang bila dah selalu sangat curiga kat org than dah kawin tanam sikap baik la konon-konon...

Tapi bila kita niat melakukan kebaikan, time itu lah terus di uji.
Ini la ujian kecil yang Allah bagi... hadapi dengan senyuman... tabah dan redha... kepala hotak aku lak kalau nak senyum,kan? ahak! Take it as positive... bila aku melakukan kesilapan dia tak pernah melenting apa lagi dengan meninggikan suara... but i did that... bila duduk solat Allah mula lapangkan ati ku... mula membuka setiap persoalan yang kabur... sabarlah kerana ini dugaan dan ujian yang telah Dia berikan untukku... setiap kali aku berzikir terasa bersalah kerana mulut ni terlalu banyak bersuara dr mendengar... dan itu bukan tugas seorg isteri bila suami di timpa masalah... terdengar nasihat Fidah menenangkan aku ari tu... biasalah, bila aku ada masalah, aku lebih tenang bual dengan my only best friend tu,kan... tersentuh bila dia cakap....

"Along... abang Zamani is great guy and aku sendiri bersyukur Allah temukan kau dengan dia... walau apa jua silap dia, dia jugak manusia... aku sendiri cemburu tengok kebahagian kau... aku bangga dia jadi abang ipar aku ok... dengan family in law kau yang baik giler2... kau ada masalah family mertua kau bantu sama, susah tau nak dpt keluarga mertua macam tu... so what ever mistake yang ko rasa tak leh terima tu... yang ko rasa besar sangat tu, just tutup mata je la... tak seberapa kalau nak di bandingkan dengan apa yang kau miliki... org lain bercerita, kau hanya boleh mendengar... dan kau sahaja yang boleh menilai... itu yang aku belajar... rumahtangga aku, itu urusan aku dan suami... korg boleh cakap apa sahaja, tapi aku yang lalui... "

Tetiba bila dah jadi Ibu ni, dia bijak lak berpikir...kalau tak selalu mengadu itu ini, tapi tu la manusia... kita tahu menasihati tapi bila kena batang idung sendiri tak tahu nak buat apa... ermmmm...

Buat suami ku... ampunkan kesilapan ku... ampunkan aku kerana meninggi suara tanpa mendengar penjelasan mu...ampunkan aku bila aku menoleh membelakangkan mu sewaktu kamu sedang berbicara dengan ku... dan ampunkan aku kerana terlalu melayan emosi, mmg kamu membuat kesilapan, tapi sebagai isteri aku jugak tak patut melayan kamu dengan cara macam tu... feel bad about it...emosi isteri mu ni kureng sikit kadang2... namun walau apa pun, apa yang kau lakukan tetap salah dan walaupun apa juga alasan yang kamu berikan, ia tetap salah di mata sesiapa pun... walaupun benci dan marah sekali pun, tak seharuskan kamu membuat tindak itu...tapi tak pa... janji kita mengaku kesilapan itu dan aku VANGGA mempunyai suami seperti kamu...

Well kalau korang rasa entry ni poyo... than terserah... ambik iktibar kalau ada yang baik... yang buruk tinggalkan... dia punyai sejarah silam yang aku sendiri tak dpt mengubahnya... dan ketahui la...tak bau syurga seorg isteri tu kalau durhaka pada suaminya... jangan ikutkan hati dan perasaan, bila suami melakukan kesilapan, kita pun nak balas dendam nak buat benda yang sama... hati tenang bila dendam berbalas, dosa dan azab dunia? Dia dunia sahaja Allah dah berikan petunjuk apa lagi di sana???

Maafkan saya kalau saya tak layak memberi pandangan ke apa di sini... saya tahu saya bukan jenis yang baik... tapi sekurang2nya saya tak lupa tanggungjawab saya sebagai seorg isteri dan sebagai bakal ibu, dah pastinya saya tak mahu didikan anak rosak dek kerana saya tak puas dengan cara suami... anak ini segalanya buat saya...apa pun masalah ada jalan penyelesaianya... Mmg suami saya seorg yang sukar menerima pandangan dan nasihat, tapi Alhamdulilla, bila dia dah tercipta untuk kita, Allah mempermudahkan segalanya, akhirnya dia menerima jugak pendapat dan pandangan saya... chayang dia... *wink wink*

Oh yer Zamani tak menghasut atau meracuni pikiran saya pun, walaupun waktu itu saya mmg agak emosi sikit... cume ketika saya solat, Tuhan lapangkan hati tuk berfikir... tenangkan jiwa tuk menerima... ermmm mungkin saya leka dan lupa akan tugas saya sebagai seorg hamba... bila bahagia muncul dlm diri saya, saya lupa Allah seketika... terasa jauh sikit darinya... ada khimah di sebaliknya... bersyukur Allah tak lupa pada kita... dugaannya mengingatkan kita sentiasa... jangan bila senang je kita ingat suami kita, tapi bila dia dlm kesusahan kita tinggalkan dia dengan meminta cerai... sesungguhnya hidup wanita itu tidak akan di redhai Allah...so guys out there... cari isteri biar la yang boleh susah senang bersama... itu penting... aku tak kata aku bagus, tapi peringatan... cari jodo tengok latar belakang keluarganya... sbb itu mencirikan seseorg yang kita nikah... trust me... Zamani bukan lelaki pertama yang aku kenali... akak bercakap melalui pengalaman... bukan sekadar bicara mulut... biarpun suami membuat salah yang amat besar sekali pun, isteri tetap tak layak menghukumnya tapi perlu berada di sisinya ketika susah dan senang...jangan sesekali memilih isteri kerana dia hanya cantik... kecantikan wanita terletak pada dalaman, dan hati budi... ingat cantik hanya bonus... heheh cermin diri tu sblm bercita2 nak bidadari yer... tak guna kalau cantik tapi tak bahagia...


Legaaaa... heheheh... sure ada yang nak komdemkan??? silakan kumpul dosa... hahahah...larikksssssss






The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Buat seorg Sahabat....


Tahniah tuk Cik Hasra... aku sayang ko Has! Aku rasa sekarang dia dah kuat sangat... tak lemah seperti yang pernah aku kenali... agak terkejut dengan perubahan dia sekarang but i feel very happy walaupun aku tahu dia sangat down ketika ini... but my dear friend, trust me! Luka dan sakit tu hanya seketika... bila masa dan saat kamu datang, kau akan gembira. Have more faith...

Allah menduga sbb dia sayang kita... dugaannya untuk mendekatkan diri kita padaNya... so jangan sedih2 sbb kau ada ramai kawan di sekelilingi mu yang sentiasa menyokong... betul tak tawan2 ku sekalian?

Im happy for her... my baby pun happy for her... wakakaka (tetiba) dengan kawan pun kena gune politik yang sama... ngeh ngeh ngeh...really sad bila dengar rintihan dia... sakit hati bila dia fowardkan semua sms yang tak gune tu kat aku... sori my friend kalau kadang2 mulut aku ni celupar dan marah tak tentu pasal, walaupun kau sekadar nak berkongsi cerita... but now aku tahu kau dah kuat... dah lulus langkah pertama... so tak ada masalah lagi...

So mari la kawan sekalian... kita dengar lagu ni!!!! enjoyyyy!!!! jangan sedih2 ok...hahahaha... motip??

Percaya u deserve some one better than him... carilah lelaki yang hormat kita... itu yang penting bagi aku... seorg lelaki yang baik, tidak akan menjatuhkan maruah seorg perempuan tu walau apa yang terjadi... tapi aku tersenyum vangga bila ko balas balik msg dia... ahak! bikin dia bengkak ati dan bermuke hitam... muah muah muah...
So my dear Hasra... smile... coz u have beautiful smile dear :)



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, July 15, 2009

Merapu!

Usia kandungan dah 2 bulan... Alhamdulilla... gigih aku paksa diri makan ubat...walaupun ubat benda paling aku bencik! tapi tuk anak, racun pun ku minum,kan? vitamin nasib baik la tak jenis kapur, cuma Turinal (Ubat kuatkan rahim) je jenis kapur... tapi nasib baik kecik kalau besar panadol aku tak tahu la nak telan macamana. Still kena ambik ubat tu... haiz... memula sehari 2 kali, than doktor kurangkan sekali sehari... kena ambik sampai bila aden tak tahu.

Banyak sangat gerak ari ni... perut rasa tak selesa... macammana kalau besar nanti? Dok sms Zamani cakap sakit je... naik risau mamat tu...kih kih kih... tapi bila sampai umah rehat, baring dlm 30 min, sakit tu hilang... uhhhh kurang jugak risau dlm hati...


Semalam try bangun buat sarapan tuk Zamani... sian dia... dah sebulan lebih makan luar... minum sarapan pun buat air sendiri... sob sob sedihnya... che che wah... paksa diri tuk bangun pagi semalam... buat nasik goreng je... goreng terbanyak pulak... mulut nak makan 2 org je, tapi bila nak suap kat mulut sendiri... mula mual... adehhh cukup menyampah... asal???? selera tertutup sudah!


Than balik kerja tak mandi baring kejap kat bawah tengok manja lara... seyes aku rasa sangat senak perut ni... risau takut apa-apa... tapi Alhamdulilla bila baring tu ok sangat tak rasa sakit sikit pun.


Kul 7 ambik Zamani kat komuter... hahah pujuk jangan la sakit... nak ambik abak ko ni! bukan ibu nak kuar tuk bersuka ria... ahahaha statement poyo... Alhamdulilla ok je sampai komuter, tukar driver macam selalu sbb aku hanya bawak kereta kalau Zamani tak ada, selagi ada bayang2 Zamani, mmg dia yang bawak... ahak! Masuk je dia tanya ok ker tak... muke risau... sbbnyeeeee semalam plan nak gi tengok transfomer! Takut tak dpt tengok lagi la tu... heheheh Zamani ku itukan suci, kalau mengadu pening sikit pun, dia sure suruh aku rehat cukup2... mua mua mua. Gi bukit tinggi... dapatlah tiket kul 830... Zamani happy bukan main...kalah Nazmi atau Naufal aku rasa... enjoy habis tengok cerita idaman dia... best sangat CUME lepas tengok wayang aku jadi takut... hahahah terbayang2 kalau semua kereta lori jadi autobot... bole???


Ehem ehem... esok HALF BLOOD PRINCE akan di tayangkan... harus sehhh gi tonton... walaupun tahu jalan cerita dan kesudahan cerita tu... tapi tak pa, janji aku je yang tahu apa yang jadi... mmg la tak suprise sbb dah tahu jalan cerita tu... but aku gurantee this coming two harry potter's movie mmg best! Mcmmana aku nak cakap eh??? Sbb jalan cerita dia dr mula dah dark. Sedih dan penuh dendam la... erm yang baca buku tu tahu la kot... tapi Half Blood Prince is kemuncak sbb apa yang pembaca or peminat bayangkan semua akan jadi lain... mmg tak sangka dan akan terus tertanya... ahak! itu yang terjadi kat aku bila baca Half Blood Prince tu... marah giler bila baca ending episod ni sbb mmg tak sangka...


But baca Deathly Hallows menjawab semua soalan di dalam Half Blood Princess! ahak! yang faham tu faham je la yer... oh Jay??? when u gonna see Harry Potter? I guess u bring along anak buah ko yang celupar tu,kan??? hahahaha...

Oh to my dear Husband... thanks for memahami binik mu ni yer... siap sanggup belikan tiket movie harry potter semalam tuk tonton sama2 esok... sweet tak suami saya tu?!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, July 14, 2009

Jawapan Bapa Mertua ku....


Vah Vah.... vangga ooooo... sesiapa nak add FIL aku kat Facebook sila tanya anak2 dia... hahahah korg komen je, diorg mesti tolong jawapkan... hua hua hua... ampunnnnnnn larikssss...sorok sorok...
Ok aku tengah bosan... layannnnnnn.....
wei tetiba teringat pak cu aku tu... ahahah dia kata tetiba je dia rasa sangat popular sbb ramai reader aku add dia kat facebook . Yer ker korg add???... hahah menyemak je korg add si Kamaruddin tu.... lalalalal? Tak baik kutuk pak cik sendiri... kang muke anak terkenan... hahah tak ada maknanya terkenan... muke dia dengan laki aku lebih kurang, kih kih kih... bagus la korang... jangan memalu, family ku family mu jua... laki ku... jangan pandai-pandai nak laki mu jua yer... awas! Kah kah kah... tetiba....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Entry basi

Entry ni si Hasra dengan Ijat dah lama giloz publish... aku je tak publish... kemalasan tahap Azkaban....uhhhh... Binik siapa ni yang makin malas ni???? Haizzz... tah apa-apa cerita je aku tulis... si hasra sampai dah cerita pasal masalah lappynya yang sakit tenat tu... aku baru nak terhegeh buat entry time nak gi...salahkan sang lelabah... tak mo belikan aku camera baru... ahahah... org lain paling cikai sekarang 8megapixel... aku???? 6 lagi ok.... tah apa-apa je... *merajuk merajuk*

Tapi now aku kerajinan... last two week kot... aku menemani cik hasra nak gi lowyat beli printer... sambil2 tu aku pun apa lagi ambik peluang shopping beli barang hantaran... nak tunggu suami aku tu mmg tah bilalahkan??? Bz memanjang... dia bukan suke lama2 pilih barang... heheheh takut binik dia habiskan duit... *gelak syaiton* semenangnya aku perempuan mata duitan...


Memula niat nak beli barang hantaran tuk dia... barang hantaran aku beli lain kali sbb takkan sang lelabah nak ikut sama shopping dengan Hasra dengan Ijat... so kasi peluang kat binik dia tuk gedik2 kat luar tu dengan ijat dan Hasra...



Tapi lepas tu dia call, suruh beli sendiri barang hantaran aku... pakai dulu duit bulan yang dia bagi kat aku bulan lepas... *muncung*... ALASAN????? dia malas nak kuar shopping dengan aku sbb aku pilih barang lama sangat nak pikir.... dah alang2 ada ijat dengan hasra, kot2 diorg boleh bagi pendapat... Zamani bagi buget beli kasut and handbeng RM 1000... menyesal aku ambik murah!!!! tak sampai RM 500! dah beli baru bagi buget!


Zamani :-Murahnya? B ingat ayang nak beli beg dengan kasut yang mahal... kot2 teringin nak pakai gucci ke, guess ke, bonia ka...


Murah????tak puas hati ni!!!!


Aku :- Ha murah yeh??? B buget berapa?


Zamani :- Yer la mana tahu... B buget kasut dengan handbeg ayang nak beli RM 1000


Terbeliak mata aku...


Aku :- Ha boleh ke kalau ayang nak beli mahal macam tu??

Zamani :- Ayang yang nak pakai... kalau dah beli, b bayar je la...

Aku :- Alahhhh tu semua harga lepas sales... B bayar harga penuh eh! eh!

Zamani :- Amboi... dan dan mintak penuh... yer la...

Tak pa...bulan 9 dah dekat dah tu... ahak! tak pa... semua tu harge lepas sales... nanti u bayar harga FULL! hahahaha suke-suke... ahhh tak penting semua tu, nak pakai duit banyak ni... so berjimat cermat la...


Oh melencong sudah! aktiviti pertama kita ke lowyat... Cik hasra nak beli printer... sangat murah... RM 200 je, printer, scanner dengan photostat! Dah mula lentok kucing minta Zamani, nak satu... heheheh...alasan??? Nak buat buku scrap tuk baby... ermmm lepas majlis akan di pikirkan... ahak! Suke suke!

Time ni diorg tunggu aku kuar duit dr Maybank... sempat posing ni.... oh ni kerja Ijat kat belakang eh??? ambik gambar sorg2? hahahah... kasi paste sikit kat blog ni... tuk tatapan secret admire sorg tu... ehem ehem....

Hasra yang tak tahu jalan ke lowyat... aku jangan cakap la... selama ni pun aku jadi co-pilot je... ni direction Zamani yang bagi...dia dok terang kat hasra sambil cakap kat aku, aku yer yer kan je tapi haram aku tak tahu jalan mana... ahak! tapi berjaya jugak... yang best si Harsa masuk parking ni dia siap tanya... mana lowyatt??? terpampang tulis plaza lowyatt cik Harsa oiiii....


Sampai sana, terlayan pulak mamat cina celcom broadband... so Zamani demand nak celcom broadband as hantaran... over laki aku tu... since broadband aku tak support masuk lappy dia... sbb aku punya takat Vista je... org tu Winodw 7... eksen...

Memula nak ambik contract...yer la broadband yang elok celcom je la... so tak perlu la aku beli open sim card device,kan... sama je... walaupun semua simcard boleh masuk tapi harge dia RM 250 + Rm 68 line... dlm RM 300 lebih... berkira siot aku... nak jugak bayar RM 250 upfront than bebulan bayar RM 89... sekali bila dengar, kalau pakai open simcard device, gi luar negeri boleh gune simcard diorg, aku giler tamak sikit... hahahah ni beli tuk kepetingan sendiri namanya... dan dan ku ambik open simcard device tu... ahahaha...call Zamani, dia ok je... tapi aku kata, kalau gi Singapore pakai you punya eh... wahhh hebat...


So lepas tu gi cari printer Hasra... ambik ko... mmg la murah... ko pikul la printer tu sendiri... ahak! akak perempuan yang kurang upaya... best betul Hasra dengan Ijat layan baik punya... jalan laju2 je dah kena sound siap nak bagi tahu suami ku la pulak.... leceh tul! aku lak kalau bab shopping ni lupa diri sikit... and bila pat angkat2 barang bagi alasan tak leh angkat berat... hahah politik... politik!

Dalam beli printer tu, Harsa nak beli skin laptop dia... so dia dengan nada gurau cakap la nak hadiah hari jadi dia... ha senang kerja aku... ambik aku bayar... dia suruh aku pilih... ambik Superman tu... ingat aku sikit.... SUKI CIDA.... tak pun Shida... ahak! Tapi sampai umah Fifie kata Suki cida kebenda... Supermarket!!!! Dush dush haiyak!


lepas beli je terus jalannn.... tak kuasa nak ke hulur hilir dengan printer besar tu... memula hasra bawak... pastu sampai parking, terus pas kat Ijat... hahahah... bila aku snap gambar si Hasra cakap...tu dia, blog blog... eshhh bukan blog... aku nak tunjuk MIL aku ko buli anak perempuan dia... ahak!

Dah la berpusing cari kereta... ijat dengar stament aku siap berhenti posing lagi... cepat ambik tunjuk mak.... hahahaha....


Gegar pulak gambar... hahaha... sila tahu Ijat adik kesayangan Fifie... wakakakak... eh motip sebut nama Fifie???? kui kui kui... ko buli adik kesayangan kembar 4 tu???? chewah... kijam tak aku???

Than kami menuju ke Midvalley tuk beli barang seterusnya... ermmm sampai je terus terjah kenny rogers...oh sangat lapar ok... tak bisa ku tahan... lepas makan cari barang... bila barang Zamani complete... dan dan laki aku sms pesan beli barang aku sendiri... ermmm dah nama barang aku... kena la pilih yang berkenan di hati...ahak!

Ok pilihan di hati handbeg RENOMA... tah aku mmg suke jenama tu... walaupun limited sangat design but i dont know, aku suke brand tu nak compare Guess ke, Gucci ke... tapi hampeh je mendengar statment Fifie... RENOMA bukan jenama seluar dalam ke??? Uhhhh sungguh hina statement tu!!! wakakak... *haiyak dush dush*

Renoma punya pasal aku berulang alik dr Jusco ke the garden ok! tak mo beg lain! nak tu jugak! penat oooo... Hasra siap sound promoter Jusco sbb bad service bagi kita org tunggu 15 minit... harga kat jusco ada la discount 15%, the garden nan ado sales... perhhhh sakit hati... walaupun 15%, boleh jimat Rm 40 lebih tu... banyak tu!!!! Tapi tu la... dua2 tinggal display! Sian ijat dengan hasra setia menanti... hahaha... Ijat snap muke tak puas ati aku sbb jalan jauh pun sama je... baik aku ambik yang kat sana...


Kasut aku tak memilih... tapi idok la vincci... hua hua hua... tak ada maknanya nak pakai RM 400 lebih kat kaki... sbb aku sangat the kasar dan aku suke pakai buang je bab kasut ni... itu pun ambik yang sesimple bole... maklumlah akak tak lama lagi badan naik mendadak... hagak2 ko nak bergaya dengan kasut tinggi 3-4 inci... satu dua inci sudah... anggap je kasut raya... ahahaha... baik tak aku... *wink wink* kat Zamani...


lepas shopping... dah dapat barang baru aku rasa penat... hahahah giler tak aku?? Padahal doktor masih suruh aku banyak rehat... sbb aku cepat penat... tapi tak menyedor... so kami singgah Starbucks.


Hangin jugak sbb aku minta Choc Cream CHIPPPPPP!!! Dia bagi choc cream... kempunan lagi! hangin jerk... tapi habis la jugak... beli donat RM 3.90...padahal beli kat kedai mak milah aku rasa RM 0.50 je... kah kah kah... tak nak jatuh saham punya hal... bedal!


Sambil2 tu, mengedik ambik gambar jap... erm aku sejak kawin ni, tak berhias langsungkan kan???...asal the bole je... hehehehe... *buat muke terkejut* ker tu alasan Zamani tak mo kuar beli barang dengan aku dah??? Ha???? Jawab jawab sang lelabah... che che waaaaa...saja cari pasalkan????

So gambar di atas adalah kesimpulan hari yang kita shopping tu... semua beg plastik tu hantaran aku dengan Zamani... ambik ko! Giler kuasa... sampai aku beli boxer tuk Zamani, MIL tanya... ni pun nak letak kat dulang hantaran... hahahaha....dak aiiii, aku tak sanggup!!!!! ok habis... fuhhhh habis jugak satu entry! lalalalala....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Baby's stuff

stroller for the dads
And some of the moms! Available in Japan only from Combi (their US strollers aren't quite so spiffy) is this:
Can you tell what it is? Yep, it's the "M78 ultra man dream baby buggy". I'm normally not too into character goods on this scale (you may find that hard to believe but it's true). And I love the stroller I got for Emily. But for this, I might have made an exception (and I know Evan would have!). All you need is $350 and a trip to Japan to find one.


And when baby's too big, you can move on up to the "M78 ultra man dream junior seat":


Ermmmm terdiam sat aku depan PC baca email Zamani... dia nak beli tuk dia ke atau nak beli tuk baby???? Org kata sambil menyelam sambil2 tu minum air banyak2... tak payah membazir yer... beli stroller biasa, than ko tampal la stiker yang banyak2 tu kat umah... ahak! ok tak idea???

Macam2... anak tak ada apa-apa... ayah pulak yang over...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, July 13, 2009

Album nikah

Terlebih dahulu aku nakminta maaf kat kak andam aku... sri yanti



Sbb mencilok gambar2 ni... hahaha... biasalah aku suke sangat mencilok ni... aku try ambik gambar tapi tak jadi nampak macam biasa je... tak puas hati betul... since diorg lagi profesional maka aku ciloklah...


wah terasa lawa pulak... kihkihkih... teknologi sekarang sangat canggih... buruk pun leh jadi lawa... ha! jangan terasa pulak!!!!! aku kata aku... aku buruk tak lawa, boleh touch up sampai jadi lawa... ha...


Actually dah siap lama...tapi Yanti ada krusus kat Terengganu... so aku tak nak dia terkocoh2... kang tak cantik aku lak yang geram!!!! chewah teremosi lak kat sini....

Tapi semalam aku terpegun... wahhh sangat berat... tapi cantik... rasa nak tatap banyak banyak banyak kali... pertama kali aku terasa cantik... hahahah walaupun ada yang kata aku gemuk la... aku macam mak org la... apa la time nikah tukan... so pedulik apa, janji aku suke... i like.....






Sangat cantik... saje je pegang bagi cap jari merata2 sbb lepas tu lap, aku cantik balik... eh aku lak...album aku cantik balik... hehehehe...

Yanti,
Thanks yang... sangat cantik... i puas... nanti sanding u tepek bedak tebal2 kat muke i ok... kasi org nampak sebatu lagi... ahak!

Oh semalam fitting baju... siapa kata tak muat???? ehem2... tapi terasa baju sangat berat... mcm robot aku rasa semalam... ahak! i like baju tu... tak tahu la korang tak suke... tak kisah... aku request that colour... ahak! Tak cantik???? kata cantik jugak!!!! kuang kuang kuang... hahah... adios...

Oh nak contact dia, gi kat website dia yer...harge dia boleh ikut buget you all.... (eh aku rasa la... hahahah dia ikut buget ciput aku ni)... tapi boleh runding... bagi org yang kedekut macam aku ni, oklah aku rate dia very the ekonomical la... aku rasa dia boleh bawak berbincang... semuanya ok. Tak kedekut idea... heheheh... ala korg sebut nama aku... ahahahah nanti dapat discount... hahaha suka suki aku je... ingat ko ada share?????!!!!!! Chewah... tetiba aku dengar suara hati kak andam aku tu,kan.... wakakakak.... try la korang... service mmg tip top meletop! Plusss ko dpt kerenah geram dr anak dia Safiyah Camelia.... asal tak nak auntie semalam! eee geram... ok dah terover!

heheh pasal anak tu aku gurau je... anak dia comel... suke je aku tengok... kihkihkih


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Menguji Menantu...

Bapak mertua ku ada facebook... jangan tak tahu... sila tahu yer... ahak! tetiba tergamam pulak... abak sent application ujian lorat kedah... mati aku.... eheheheh... tapi chewah.... 2 bulan duduk dengan depa (haisemen dah start dah)... boleh la faham sikit2... walau pun si FIFIE paling kuat gelakkan aku bila aku blur dengar diorg cakap... kui kui kui...


Ha garang tak muke father in law ai???? Buat jangan tak buat... heheheh ketaq lutuq ooooo (wakakak terover sudah)... baca bismilla banyak kali... kalau salah ni confirm kena gelakkan....


Ahak! fifi!!! sila tahu kak cak (chewahhhh lagi sekali) dapat 'A' ok... wakakaka... padahal soalan aku tahu yang confirm betul 3... yang lain mmg asing bagi ku...


Ha ambik jawapab siap suruh aku kerja kat istana anak bukit lagi... wakakakak.... Suami ku mesti Vangga!!!!!



Soalan senang je.... hahahaha.... nak buat sampai tertido... haisemen... velagak tak hengat.... nasib baik abak bagi soalan ni lepas aku dah jadi menantu... kalau tak???? habis markah gue! wakakaka... dan dan minta che ta bukak kelas tuition.... ermmmmm Aisyah pun bole ajaq mak long kannnnnn?????silap silap Aliya pun bule! wahahahaha... ampun semua... melawak je....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thank you Darling....

Sori ke-bz-an lately.... so aku update sepantas yang bole... sebelum aku bz buat kerja....


Hadiah Second month tuk aku dari suami terchinta.... sangat tak sangkakan.... ok dah dapat agak...kalau 10 Aug Zamani balik lambat, maka dia carikan aku bunga...hahahah...da dua bulan dia bikin aku hangin sbb balik lambat... tapi tahu2 ada bunga... i like...


Nak layu da bunga aku.... tapi sempat snap pagi2 tadi....


Aku tahu aku dengan Zamani baru je kawin... kalau nak ratekan aku dengan dia ni, masih peringkat bahagia awal2 perkahwinan... but aku rasa aku tak buat kesilapan salah mengkahwini dia... sebb dia sangat romantik... penyayang... seorg suami yang sangat baik... so aku tak mengharapkan lebih dari Zamani... *wink wink*





Alhamdulilla... since we all kawin, Zamani tak miss lagi tuk peluk aku... walaupun gaduh, tengah dingin... dia tak pernah angkat kaki kuar rumah... tak sampai one hour dia akan terus pujuk... bikin akak cair... heheheh... seyes sbb waktu tunang, dia jenis keras hati... pujuk sekali tak jalan, than jangan la harap nak pujuk lagi... ha! dia jenis gitu... but so far im happy la... lagi tengah mengandung ni... ermmmm dia makin sabar... syabas sayang...


Since preg ni, dia lak lebih bertanggungjawab... sampaikan dia sendiri ingat bila next appoinment aku dengan Dr Rafiq... macam semalam... tetiba je... tak ada topic...


"Your next appoiment dengan Dr Rafiq 7 Aug kan?"


"Tak tahu... dia kata one month from last visit"


"Yah la... ari tu kita gi 7 July... so next visit 7 Aug la..."


Ermmmm sumpah aku tak ingat bila aku jumpa doktor... tapi tersenyum bangga sbb sang lelabah ingat semua....


Thanks Darling... ur the best! Muaksssss

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, July 11, 2009

Bencik!!!!!


Semalam panas badan terlampau! dan aku kat opis sampai kul 6.15... balik mandi... bila suhu badan panas kena air sejuk... apa lagi... mengigil aku rasa nak pengsan... Zamani dr opis terus gi batu tiga... so terus kuar umah... rasa nak tido je... letih badan tapi ku gagah juga drive ke batu 3... sampai sana Zamani belum balik... pelik tul dia tu... aku call tak angkat fon... dah angkat tanya kat mana pun gelak2....dah la org sakit dan demamkan???

Ijat suruh makan, tapi tekak mmg tak selera... batuk sampai sakit tekak aku... nak minum air masak pun dah nak termuntah2... so solat magrib than tertido atas katil ijat sampai kul 9...


Suami ku tak sampai... dr last aku call kul 8 tadi dok kata on the way tak sampai... Setia jaya dengan Batu tiga 2 station je... tapi takes 1 hour nak sampai... haizzz tak puas ati tul!


Than Awie balik... habis separuh seyes dia kata ada org nak jumpa aku kat luar...siapa la pulak... laki aku la tu.. apa je nak jumpa kat luar... masuk je la... aku lagi tak larat ni!


Kuar2, dia buat muke..."Jom balik!" aku rasa nak gigit je! Demam ni... dah la gigih drive dr Klang... ko sampai nak balik???? Motip?????


Aku buat muke... dia kuarkan??????


BUNGA! 2 kumtum bunga... wahhh sangat suke... nasib umah mak pluss aku demam... semalamkan 2 month anniversary... sangat terharu... ok next month u balik lambat than i tak marah... sbb i tahu u akan beli bunga 3 kumtum.... yeeeehhhhhhh suke!!!!!


Ala tak ambik gambar bunga.... Zamani habis kena gelak dengan adik2 dia... heheheh kasi chan la abang korang tu seyes je memanjang... dengan kak long biar la dia lomantik lomantik sikit.... wakakakak....


Tapi bila dia rasa badan aku... dia mula la risau... bebel Ya Allah boleh pekak telinga aku... dan di paksa makan panadol yang bulat kapur tu... adeh aku cukup tak boleh nak telan ubat yang jenis kapur ni sbb aku rasa melekat2 kat lidah, lelangit... habis garang muke Zamani... tak berganjak selagi ubat tu aku tak telan... sampai menangis... dia langsung tak simpati :(


Si Aisyah tengok pun gelak... mana tak... aku kalau sakit the person kat kepala is ibu... ibu sabar je berdiri tengok aku makan ubat...hahahah... kalau ubat yang jenis peluru dan mcm plastik sikit tak berkapur tuh oklah senang nak telan... ni jenis yang ni mmg payah!!!!!!! ni aku rasa macam kena dera... siap nak tolak masuk dlm mulut... kejam tul la suami aku ni...



Macam ni la muke dia... oh garang lagi... mengigil takut ko!!!!!



"Dah cukup2 i sabar layan kerenah you this few day... tak nak makan ubat, i diam... now makan... think about person inside you...."


Ermmm mula la sayang anak over dr mak ni!


Tapi aku berjaya telan jugak... yehaaaaa setelah satu biji ubat, aku minum secawan air... hampeh tak tertelan dok dlm mulut... pahit!!!! tak suke!!! benci!


Dah makan baru la nak senyum... dah tengok sampai terkuar2 air mata aku... lain kali belilah panadol yang peluru tu... senang nak masuk...ni bulat2 aku rasa dia berenang dengan air dlm mulut aku tu... yuskkkk tak suke!


Now mak long tahu perasaan Aisyah tak mo makan ubat... hahahahaha...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-