Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 16, 2009

Ibu anak Menantu....

Ibu, Anak Dan Menantu sila baca tuk ambik iktibar sama-sama.....


Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas... Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘


Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.


Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..


Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.


Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.


Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka.......


Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......


Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.


Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.


Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.


Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua???


*HAHAHAHAHA bodos tak cerita ni... tu la... kan dah cakap... "Jaga jaga Cik Salmah..." kui kui kui


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Mari baca info bergune

Mesti korang ingat aku dah bertudung konon alim arrrr.... silap sehhhh... sesi mengumpat still jalan seperti biasa...kutuk org, maki org still tak dapat hidayah nak stop... hehehe... not gud for baby tau ibu ( mengingatkan diri sendiri)...

Aku still belajar... masih lagi mencari ilmu... solat pun ada jugak tinggal... kih kih kih...kalau dah tertido tu, mmg la sampai ke sudah pun tak bangun... so jangan la kata akak ni baik naaaa.... poyo ke apa ka... me still me... luar je tertukar, dlm sama jugak... hahahah...


So i hope benda ni boleh membantu anda... menakutkan anda jugak... ha! kenapa rezeki tak masuk??? sbb tak solat subuh.... kenapa sakit perut dan selalu nak marah2? sbb tertinggal solat Zuhur.... kenapa kita rasa kita tak creative??? sbb kita tinggal solat Asar... kenapa kita sering sakit sendiri semua? Sbb kita tertinggal solat magrib? dan kenapa kita selalu dalam kegelisahan??? sbb kita meninggalkan solat isya...


Aik... aku rasa macam aku rasa semua je??? heheheh... kan aku cakap aku bukan la baik bebenor, pakai tudung je nak jadi taraf ustazah... idok la teman gitu... macam teman kata la... sharing is caringkan? So kongsi la... mungkin lepas ni, benda2 ni boleh menakutkan kita, maka kita akan buatkan? itu tujuannya... so korang bacalah... malas nak leter panjang2...



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan. Jangan lenggahkan solat ya.......banyak yang kita akan kerugian... Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai. Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah! Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.


Subject: Rahsia Solat Awal Waktu Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang t ida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? Sebagai contoh,


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda t ida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang t ida k optimum lagi.



Waktu Zuhur Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.



Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Ha sejauh mana aku tak tahu la... tapi apa pun solat tukan wajib??? so kalau dia kelentong macammana pun, tujuannya hanya satu... nak korg solat... heheh sbb org2 sekarang ni tak percaya benda2 tahyul ni... ada pulak tahyul... nak sangat kaitan dengan sains bagai... ha! ha! ha!


Jom solat semua... hehehehe....dan dan je kan????




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, October 15, 2009

Haloha!

Uhuhuh... halo ha! Ampunnnn... CiCiDa bz la lately... kerja yang menimbun telah ku habiskan... beresssss.... tu yang terluang masa menulis... miss me??? Hahahah... tak ada apa la nak tulis... voring je... first time kasi tumpuan sepenuhnya pada kerja... ni dah abis time kerja eh aku menaip... clap clap... menunggu putra mahligai ambik kat opis ni ha...

Baby??? ok... sekarang kerap gerak... expecially malam nak tido... kita nak tido time tu dia gerak2 active... wah wah... tak kasi ibu manja2 dengan abak eh??? anak dengan abak masing-masing merebut kasih sayang ibu nampak???


Ahad ni full scan... kalau tak nampak jugak jantina, ku assume itu gurl... tak pedulik! Nak beli gaun2 dah... wahhhhh sekali kuar lelaki, pakaikan anak lelaki ko baju gaun tu yer ci cida... gaji tak masuk lagi... jauh nak tunggu hujung bulan... tapi dah mengila barang tuk baby... dah bole beli ke sekarang??? maklumlah aku ni bukan org kaya... nak beli sekali harung... sikit2 la gamatnya... baby cot... erm perlu ke? yang aku dok tengok anak semua diorg letak tido atas katil tak pun tilam... any suggestion?? penting ke baby cot tu? kot2 abak dia yang teringin nak tido dlm tukan? muahahah *gelak syaiton*


Tak mo nanti jadi tempat simpan barang sahaja... uhhh ku pantang umah berserak... cukup2 bilik ku berselerak... alamak!!! baby marah la... dia tahu ibu tulis entry ni... siap tendang2 lagi... kot kot dia cakap... beli la... beli la... kedekut ibu ni!!!!! seyes aku tak tipu dia sedang bergerak sekarang ni... heheheh... seronok je bila itu berlaku...


Tok mama cakap petua org tua2, kena beli 3-4 pasang... (tok mama kata 2-3 pasang je... ibu up lagi dua pasang) tuk sambut baby... nanti baby merajuk... petua org tua... betul atau tak tak salah kalau kita ikut... tak rugi pun... walaupun ada org sedia nak menghulurkan kotak baju anak dia...*wink wink kat Fida*


Insya Allah aku akan beli baju dan keperluan lain... tapi tu la sikit2 la... nak beli sekali harung mmg aku pengsan tepi tangga... siapa susah??? abang Jamani ai la kang... dia sekarang ni dah pandai dah info pasal baby2 ni semua... bagusssssss... kadang2 dok cerita dengan aku pasal baby... terkezut jugak akukan? keep it like that ok darling.


4 month to goooooo.... baby sihat yer dalam tu... tak mo sakit2... biar ibu sakit, janji baby sihat macam baby lain...


So monday ku upload the 3d pic yah tuk korang... kalau aku rajin la... kih kih kih...maklumlah sakit malas makin menjadi-jadi... oklah nak sambung kerja... daaaa semua...




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

I wish ibu could be here....

I miss ibu so much....
I need ibu's hugz....

I wish i could tell her everything, mcm dulu-dulu... she not a gud advisor, tapi dia seorg pendengar yang baik... always make me smile... dan rasa selamat...

I miss her....


Sedih sbb try to call her tak dpt dr pagi :( dah la lama tak berbual... ari tu ibu dtg pun kejap je...pas tu ayah ajak balik... sob sob sob...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, October 13, 2009

Ibu dan facebook

Ku terlihat ini dlm FB Che ta... so tertarik tuk menonton...



Kadang2 kita lupakan... dok mengadap sesuatu benda, budak2 ikut...kalau dah ikut kita marah dan cakap benda tu bukan sesuatu yang baikkan? Tapi kalau di bawanya ke pentas sekolah... anak siapa tu???? hahahah lawak sungguh...

Che ta, extra be carefull, Aisyah and Aliya boleh je buat macam tu... tukar tajuk "Mummy dan blog"

Wah giler hebat gelakkan org yer cida... kot2 anak ko nanti... hahahah... Ibu dari aku lahir, ada masa terluang je blog... abak masa terluang je game... game tah apa-apa tah... tak macam game pun... wkakakaka...so ada baby nanti, kena rajin jadi macam Zy... sila tahu dia bawak Balqis yang berusia 6 bulan masuk library tuk tanamkan minat membaca... ko bawak rayyan dlm library... mau dia melalak kat sana... uhuuhu... apa pun kitalah ibu bapa yang mencorakkan anak2...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Dia menduga ku lagi...

Allahu Akbar...

Allahu Akbar...

Allahu Akbar...

Sesungguhnya Kau menguji ku... Tabahkan hati ini... Kuatkan semangat ini... lindungi la aku... lindungilah keluargaku... permudahkan semuanya Ya Allah...

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada - Mu dari sifat pengecut dan kedekut, aku berlinding kepada-Mu dari di tewaskan oleh hutang dan penindasan orang"


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, October 12, 2009

Wedding @ Kelab golf

PIL menerima undangan jemputan kawin kat kelab golf... so mcm biasa MIL aku lebih suka kalau semua anak2 dan cucu ikut serta... dua minggu sblm wedding mak dengan abak dah kuarkan notis secara lisan pada anak dan menantu... aku ni bila dah dengar wedding kat kelab golf, ku dah set dlm otak nak pakai baju lip lap...idok la suami teman malu, ate bini diakan perut dah membulats... walaupun membulat, elok la sikit pakaian tu, jadi suami dok megah je isteri kat tepi, kan??


Dalam otak teringat Pidah... adik beta yang up to date tu... baju ke hotel semua mmg dia ada... maklumlah org kerja bank... heheh (Statment nenek aku)... dan bonusnya diakan dah besau sikit, so baju dia tak ada masalah nak pinjam...

Aku call dia...

"Ngah... pinjam baju ko merah tu..."

"Bole... tapi ada kat dobi... dry clean... nak gi mana mak long nak glam ni???"

"Yo la... ko faham2 je la... aku kan dah besar... mana muat baju aku yang lain?? Nak gi wedding kat club golf bangi..."

"Hahaha, nak gi kelab golf, ko pakai la baju org main golf...apa barang pakai baju glam glam"

Choiiii... last2 bukak almari adalah baju satu... very the jarang gitu... boleh je nak pakai, kain pun sbb dia ikat, so tak jadi masalah... try try muat... walaupun sendat ku paksa jugak... tapi sbb akukan dah jadi muslimah... ahak! nak pakai jarang2... kena sambar petir baru tahu... lagi pun suami aku bila cakap jarang je, mata dia dah mule membulat... sepantas kilat beli inner dan tudung kaler coklat ok...

So lepas magrib kami semua bertolak ke sana... me and En suami berbaju Coklat... heheh nak sehati sejiwa jugak...

Sampai kat sana, family kami je aku rasa berpakaian proper MELAYU... bak kata che ta... tak habaq nak pakai macam ni, kalau habaq kita pun boleh pakai macam ni...betul betul betul...


Tapi ku bukan nak kondem majlis org... tak baik... minta maaf terlebih dulu kat mak and abak... ampun eh mak abak... tapi tah la... ku rasa majlis ni sesuatu... sbb masuk je kelab golf tu, mak ayah pengantin tunggu depan pintu... with pengantin lelaki yang segak bertanjak, berbaju melayu... kalau tanpa pengantin lelaki, ku mmg tak tahu tu mak pengantin ok... very the sosial... heheheh oppssssss sempoi la... bapak pengantin ber t-shirt, mak pengantin berkemeja... rasa mak dengan abak lagi glammmm... heheheh... warna baju sepasang... abak lengkap berbaju melayu... tapi majlis orgkan... apa nak kata...

Penyambut2 tetamu... mak aiiii mmg super duper cun la... anak2 dara semua... tapi syang buat tak nampak aku dengan Che ta... kami tau kami pun cunnnnn... can che ta???? simple semua... ada baju evening... ada berseluar... aku confuse... apakah wedding melayu sekarang sudah berubah? Ermmm make up semua mmg cantik la... kalah model... tapi me and che ta, tak kisah... sbb kami tahu taste MR Ana dengan abang Jamani ai yang biasa2 je... Fifi yang single (yer ke???) gelak sakan kutuk tak hengat minah2 tu...ker the 4 AnaS nak ambik ati je ni??? mata still tajam menikam pandang2 meja sebelah nunnnnn....

Lihat je mata mereka... wahhh terpegung habislah???

Actually Fifi dengan Zamani sibuk perhatikan dua org ni.. berpakaian evening dreess.... mmg memukaula... tapi heheh Zamani cakap kat aku..

Yang tengok tu... yang baju ijau tu make up dia macam pondan... lepas tu dia dengan yang lain gelak ramai2... cheh... suci je statement suami ku... jangan termimpi2 perempuan tu dah yer... ishhh mulut abak ni celupar, kan baby???? kan bini mengandung... lupa suda ka??? Tah la yer, since aku kenal Zamani, dia lebih senang aku tanpa make up... akakkan natural beauty tak perlu peralatan tuk bantu cantik... hahahah statment tak bole bla... sila muntah...

Nampak tak dua perempuan tu??? Siap berbunga you.. i like...

See mata laki aku... wakakak ampunnn baby... heheh sajekan aku cari pasal... haiyak dush dush... anyway jangan lak nak salahkan suami saya gatal... anda yang berpakaian menjolok mata... patutnya itu la tujuan utamakan pada mereka yang berpakaian seksi? Kalau dah terdedah sana sini, kuar statment eeee lelaki ni gatal la bla...bla... salah siapa? Ok aku cakap mcm ni sbb aku tak suke statment tu... dulu mak cik pun terdedah sana sini...tanya je abang Jamani ai, nasib time kita bertunang dan bercinta dia tahan nafsu dia... wakakaka... ampunnn sayang... Mak cik suke je org pandang, sbb tu la tujuan org pakai pakaian seksikan? Org pandang makna kita tahu kita cantik... betul tak? so kalau nak jasi seksi, terima je... tak yah cakap eee jantan ni jahat ke apa... sendiri berani buat, sendiri nak malu2... ok jangan marah eh kalau ada yang terasa...


Tetamu yang datang... actually makanan pun very limited... tak puas ati tul... sbb??? wedding aku dulu, aku rasa puas tetamu makan dengan kuih bagai... bukan nak kondem, tapi aku rasa sewa kat situ je dah beribukan? Apa la sangat kalau buat kat kampung pengantin tu... nampak exlusive wei...padahal murah je... hehehe... makanan dia sangat limited... yang tak best, ada lak org cedokkan nasik and lauk... makan takat tu je la nak oiiii... kuih pun agar2... dua kaler... bukan dua rasa yer... heheheh...
*Harus aku mati kena tembak ni... banyak bunyik la....*


Dalam pukul 9, pengantin berarak... sama padan... hansem dan lawa... dengar kata, lelaki pilot dan perempuan pramugari... mmg lawa la... tak di nafikan...

And pengapit dia super duper lawa... ok make up yang bagus... adik pengantin perempuan kot...

Majlis makan beradap siap ada tarian melayu... kenapa time aku nan ado??? whyyyy!!!!!

Aliya suke oooo tarian klassic melayu ni... tak pa... tok mama juara dulu, kang dah pandai berlari minta tok mama ajar Aliya ok... mak long pun leh join... mau Zamani sepuk aku... apa ke hal bini aku ni??? Jangan memain dengan mak mertua saya...*muke ku velagak*

Tak baiknya aku... heheheh aku mengkritik majlis org... ni aku yang kritik... tak ada kena mengena dengan MIL dengan FIL aku... aku menantu tak kenang budi, dah cukup baik di bawak pastu nak kutuk lak... idoklah gitu... aku frust tengok majlis yang ku rasa mahal tempat sewa dia, tak secantik yang kita harapkan... ni yang nak promote kampung pengantin ni... well meh la aku promote kejap... korang yang tak ada buget tapi nak buat grand... boleh je buat kat situ... buat siang RM 28, malam RM 30... beza dua hinggit je... malam lagi nampak grand...
RM 30 satu kepala ok... ha ikut la korang nak jemput berapa tapi minimun jemputan 600 org sahaja... semua termasuk, dengan kad kawin, baner bagai... siap boleh tapau balik lagi ok... konsep kampung... cheh tak ada org nak kawin kat sana ke?? ari tu aku tak puas makan tau... tengok gambar mewahnya makanan kat kampung pengantin sediakan...
Oklah banyak sangat aku bebel... meh layan gambar je la... kiraorg mmg buat tempat tu tempat sendiri...


Mr Ana dengan Che ta... suami ai duduk jauh2... cheh!

Sesi mengkritik... ehheheh gurau je... tak mo... tak mo marah....

Kami....

Tok mama and aisyah... Aisyah very the hyper malam tu... siap menari2 lagikan... cute je...

Me and Che Ta... slim kan aku??? wakakaka... bulatsss pipi!

Mak su and Aliya...

Me and Ijat
Me and Hubby... mata dia suke sangat merayap sana sinikan??? hanginnn beta!!!!

Me and Aisyah... time ni Aisyah tengok gambar dia, dia gelak... apa la mak long tak reti ambik gambar... aisss budak ni....gamba mak long ok je... heheheh...

Che ta and Aliya... taken by junior Che Aisyah

Aku nak jugak ambik gambar dengan suami ku... nak nak nak... hahahah giler kejam... maklumlah gambar bertudung sikit sangat... nak banyakkan... alasan alasan... habis org lain gedik ambik dengan suami sendiri... aku pun nak la...
Ok tu je laporan... jangan marah je, kalau ada yang terasa... sesungguhnya, Half blood Princess mulut very celupar... tak tahan tutup mata... hehehehe. Kalau yang mengenali ku, yang tengok aku sombong malam tu, maaflah... aku sebenarnya mmg gitu, 10 kali org buat muke ketat kat aku... aku lagi la ketatkan muke berpuluh2 kali... so sekali lagi maaf kalau ada keterlanjuran kata... atau pun sikap... aku tahu aku org baru dlm family En Anwar, but human, biasalah ada hati perasaan tuk menilai org, sama macam org menilai aku... wink wink...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Pertama kali ke umah Biras and BIL

Cerita last 2 week... tapi nak jugak cerita... hehehe...2 minggu lepas mak buat makan2, aku tak update sbb tak ada gambar...hampeh... so cerita tu terpaksa la akak skip naaaaa....


Tapi ahad 2 minggu lepas, buat pertama kalinya aku gi umah BiL aku Mr ana dengan che ta tu la... Mesti korang tertanya... awat aku panggil BIL aku MR ana sedangkan ada 4 org MR Anakan??? dah tu dia je yag comercialkan nama dia MR Ana, yang lain ambik nama sendirikan... so kita panggillah Mr Ana... so jangan confuse yer... Sebut Mr Ana, korang ingat Che Ta iyo?



Tak ada rancangan pun nak gi umah diorg... aku ada la tanya Zamani, how far umah dia compare to us kat Klang ni... Zamani cakap Klang lagi dekat... mmg jauh jugak la... mak tetiba tanya aku nak gi tak... aku ok je... dengan berbaju T shirt dan seluar track, aku beraya umah org... tak sopan... heheh umah aku dengan Zamani??? erkkkk jangan la terjah macam tu yer... kot yer pun bagi la notis... mak buyung nak jalan pun tak larat... kang paling tak pun oder je kat kedai dopan tu ha!



Baru sampai kat umah mereka... snap dlam kereta...

Haaaa baru nampak!


Actually gambar tak banyak la... kemalasan lak nak jadi blogger... umah org tu... ko nak snap... Che ta tak bertudung so tak leh masuk blog... Mr Ana memalu kucing... dok gerak2... hahahah susah ku nak jalankan kewajipan aku... PA aku si Aisyah bz jadi tour guide... banyak cerita... gamba di ambik pun afew yang tak ada kena mengena... wakakak...


Gambar kegegaran... MR ana memalu... time ni tengah buat air kot... tak mo la gangu...kang ilang skill buat air... heheheh... oklah kan ada ni... janji ado dr nan ado...

Ni dr tangan blogger kecik kita Che aisyah... 2 gambar je dia snap... sbb sampai2 je, macam2 dia nak aku buat... nak mandikan dia, bule??? Alamak kalau umah tok mama ok la... malu la mak long...

Aliya yang baru bangun dr tido... nak kat mak su je... tak mo kat mak long...


Solat magrib kat umah Che ta... than turun makan malam... wahhhh nasik tomato ( i guess) dengan ayam masak merah... very the sedap... sepantas kilat diorg masak... aik boleh bukak kedai ni... ehem ehem... Mr Ana cakap nasik lembik... mak agree... tapi aku yang tak tahu apa-apa melainkan makan, tarammm je... janji tak sakit perut sudah...kira lulus...


Terkebil2 suami aku... ayang tahun ni tak leh buat open house eh??? erkkk erkkk erkkk.... next year baby... after bersalin aku nekat la nak masak... actually dah boleh dah masak... tapi balik kerja je pukul berapa dahkan???


Aku sian dengan laki aku... tak semegah je sejak kawin ni... sama je makan luar....nak makan best sikit makan umah mak... sob sob sob... taklah aku kata aku masak sedap, but at least belajar sikit2 lelama jadi terorkan? buat air pun dah buat sendiri... sarapan pun sarapan luar je... dulu rajin la goreng nasik tuk dia, nuget paling bangsat pun... now???


Tempoh 4 bulan sepatutnya dah lepas, dah sihat da... tapi tak jugak... badan asik letih dan sakit2 je... tu pun aku paksa diri tuk gosok baju...kesedapan tiap minggu dia yang basuh baju tuk binik dia... sian suami aku... gosok baju pun nak suruh dia ke? Dia ok je... Zamani kan suka manjakan binik dia lebih2...


Badan ni pun manja... tak mo ikutkan takut lak jadi apa-apa yang aku sendiri menyesal nanti... nak tak nak kalau rasa tak sedap je, aku tak berani nak gerak... naik tangga pun org eskot... baikkan suami saya... sedih je rasa... bila dia tido, aku rasa sedih sangat... im not a perfect wife... tugas sebagai isteri menjaga makan minum suami... aku tahu sekarang aku tak lagi offer buat air malam2 waktu tengok TV... aku tak goreng keropok ke, nuget ke tuk dia lagi... sbb setiap kali balik kerja, badan aku dah tak sedap dan tak selesa...


Apa pun, Zamani tetap suami yang penyabar... thank you darling...


Apa daaaa simpang lak cerita... tapi masakan diorg mmg best la... uhuhuhu... cume beta yang kena control makan... kalau idok mmg tambah buat kali ke dua...


Aisyah lak mud tak ada... mmg dia menyumpah mak long sebakul... mak long ni semua tak nak... dia nak aku buatkan dia susu, mandikan dia... alamak yang... tak syok la sbb ni umah Aisyah... takat susu mak long bule la buat... mandi sori naaaa....



Member terus naik hangin... aku ambik gambar dia pun, dia cakap tak payah!!!! Aisyah tak mo!!! Aisyah nak mak long mandikan... eheheheh... last2??? Tok mama turun padang... nak tak nak senyap la...


Anyway tak kesempatan ucap terima kasih kat Mr Ana and Che ta... ok insya Allah, next raya, kalau ku dah yakin nak memjamu org, aku buat open house ok! Heheheh... Zamani buat muke... iyo la binik ku... ku tunggu... jangan youuuuu... tuk u je, i sanggup bersakit sekarang... apa la sangat kalau terkena percikkan minyak tukan??? wakakka....


Statment isteri yang soleha konon... konon je laaaa.... wakakakak...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, October 10, 2009

5 month anniversary

MySpace Marriage Graphics


Its been 5 month now... equal to more or less 150 days... being wife to Ana Norzamani... bangun bagi macam biasa... dua2 lupa today is 10th of the month... tak pa la... tak penting pun... just monthly anniversary je... tahu wish... tak tahu buat bodo... lepas 12 bulan, confirm lost counting punyakan?Tak pa selagi ingat selagi tu cakap...


Plus aku dah suruh Zamani stop beli bunga... hhehehe... keep the money la, membazir je... bukan aku tak sudi, but 3 bulan pertama ok la... lepas tu, kalau ingat just hug and give kiss sahaja... cukup!


Tadi aku call dia... wish him happy 5 month anniversary... dia gelak... terus offer, B basuh baju yek... hahah that enuff for me apa... helping me do house work... kan?


To my beloved Hubby....

Your the best... thanks for ur love and care... i know you are a gud husband, and insya Allah going to be a gud father... love you, always...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Update baby

Semalam gi umah MIL... semalam jugak tak selesa aku rasa... macam aku cerita la, serba tak kena... perut tak selesa, punggung tak selesa semua...

Sampai umah MIL depan pintu perut aku cramp... adoiiiii tak leh nak tegak badan aku da... sakitnya Tuhan je tahu... masuk je Mak tanya kenapa... aku cakap bahagian kiri aku sakit sangat... mak gelak...

Mak :- Budak tu tersepit la tu... diakan bongkokkan badan dia... tangan kaki dah terkepit... baring letak bantal... nanti ok...

Aku menurut perintah... hope apa yang mak cakap betullah... jangan sbb lain pulakkan...

Aku pun baring kat bilik belakang... selesa sikit... tetiba aku terasa macam tumbukkan dlm perut... makkkkk peliknya... tapi best... heheheh... adalah few time dalam 5-6 kali... mungkin tangan kaki dia dah berjaya di lepaskan...pandai anak ibu... heheheh...

Ku letak tangan di bahagian perut... sekali lagi dia tumbuk... syoknya... nak panggil abak, tapi biar la... hahahah... nanti ibu miss the moment... sbb ibu tahu baby kalau dengar suara abak je, apa dia buat sure dia akan diam... see darling told you... tonasi you garang sangat...

Lepas tu dah ok dah... happy la gurau2 dengan Aisyah, Aliya semua... tetiba nak balik dalam kereta, jadi benda yang sama... nak pengsan aku rasa... tersimpul balik ke tangan dan kaki ko anak ku? Macam seronok je kan dia buat tu... heheh dlm otak dah pikir apa mak cakap tadi, baby try nak tarik tangan atau kaki yang tersepit... nak jalan ke pintu pun sakit... Zamani sampai pegang aku naik bilik... baring atas katil... tido mengereng...

"Baby buat apa ni??? jangan kasar sangat... sian ibu sakit... slow-slow ok..." Abak bagi arahan kat anak, sambil usap perut ibu... sekejapan aku terus tido tak sakit... dengar kata tak anak aku??? dengan aku cakap pun tak mo dengar, puas aku cakap sakit sayang oiii buat apa tu???... dengar suara bapak dia, sekejapan diam... terus tido sampai la pagi ni aku tak rasa sakit pun...

Apa pun pengalaman tu best... bila bangun pagi ni, aku tersenyum sendiri... cian anak ibu... ibu selalu complain eh kat abak sampai kena marah... pagi ni tak lak rasa dia buat apa-apa...may be merajuk...

"Baby gerak2 lagi tak?" Aku geleng...

"Tak lagi... "

"Baby jangan noti-noti sakit ibu"

Tetiba aku rasa baby merajuk... tak gerak risau... dah gerak banyak bunyik la mak aku ni... bluek...

"Tak pa la... as long ibu tahu dia ok dlm ni... " Pandang Zamani... laki aku buat muke...

"Eshhhh semalam kata sakit, ni kata tak pa lak... confuse budak tu"

Ermmmm anak abak sama aje... kita cakap je dia confuse... dia cakap semua terang eh???



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-